Kaherah, 17 Nov- Pada 13 November 2013 yang lalu, Fakulti Perubatan Kasr El-Aini buat julung-julung kalinya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013. Majlis ini dianjur bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan  akhir tahun yang lepas. Seramai 3 orang pelajar Malaysia daripada setiap batch telah terpilih untuk menerima anugerah.

Majlis yang bermula tepat jam 12 tengah hari itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran. Sejurus itu, Prof. Hussein Mahmoud Khairy, dekan fakulti perubatan dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada para penerima dan mengingatkan bahawa seorang doktor bukan hanya perlu cemerlang di atas kertas peperiksaan sahaja. Selepas itu, majlis diteruskan  lagi dengan persembahan kugiran dari Fakulti Muzik Universiti Kaherah. Kugiran ini juga mengiringi acara penyampaian anugerah dengan muzik-muzik mereka.

“Jutaan tahniah untuk semua penerima anugerah cemerlang dan Biro Akademik. Kita dapat lihat, ada di antara kita ini yang mampu bersaing untuk berada di kedudukan 10 teratas bersama-sama sahabat dari Mesir. Semoga kita dapat sama-sama dapat  mencontohi kecemerlangan sahabat kita ini,” sedikit komentar dari Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Berikut merupakan senarai nama penerima anugerah pada majlis tersebut.

Tahun 1

NOR SHAHIDA BT MOHD RADUAN

WIDAD BINTI AZIZAN MUHAMMAD

ADIB FIKRI BIN ZURHAINI

Tahun 2

MEGAT HARIZ BIN MEGAT MOHAMAD ANUAR

NURUL EMIRA BINTI RASHDAN

SITI NUR SUHAILA BINTI RAMLI

Tahun 3

MUNDZIR BIN ZAINUDIN

SITI KHODIJAH BINTI ZAINAL ABEEDEN

AMIRAH SYAKIRAH BINTI AZMI

Tahun 4

AHMAD SHAHIR BIN MOHAMAD NAZRI

MUHAMMAD ZHARIEF AFZAL BIN MD. KASIM

N. MADIHAH BINTI NIK SHAFII

 Tahun 5

NASYWA BINTI AHMADI

AISHAH MARDHIAH BINTI MAT HASSAN

SYAIMAA’ BINTI SHAYUTHY

20131113_124758