Archives for Uncategorized - Page 10

JADUAL MUSYRIF BERTUGAS SEMPENA CUTI MUSIM PANAS 2014

logo_jaksi_light

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

ETIKA MUSYRIF UMUM

  • Diharapkan kepada mereka yang ditaklifkan sebagai musyrif dapat menjalalankan tugas dengan rasa tanggungjawab dan seikhlas hati.
  • Musyrif yang ditetapkan untuk bertugas adalah berdasarkan kawasan kediaman masing-masing bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak berkenaan.
  • Mana-mana akhawat yang ingin menggunakan perkhidmaan musyrif disarankan untukmenghubungi musyrif yang menetap berdekatan dengan ‘lokasi semasa’ masing-masing.
  • Harus diingatkan bahawa bilangan minimum untuk mendapatkan perkhidmatan musyrif ialah sebanyak 2 orang akhawat dan bilangan maksimum akhawat adalah 6 orang untuk seorang musyrif.
  • Para akhawat dinasihatkan untuk menghubungi musyrif yang bertugas dengan adab yang bersopan serta menjaga tatasusila komunikasi antara ikhwah dan akhawat.
  • Para akhawat diharapkan dapat membuat temujanji seawal mungkin dengan musyrif yang bertugas beserta maklumat perjalanan selengkapnya untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.
  • Musyrif Kecemasan hanya boleh dihubungi jika semua musyrif yang bertugas tidak dapat melaksanakan tugas atas sebab sebab  tertentu. Musyrif kecemasan juga akan hanya bertugas jika ada kes-kes kecemasan untuk menuju ke muhafazah lain (luar Kaherah) pada waktu malam.Sebarang masalah mengenai musyrif sebagai contoh; semua musyrif tidak dapat dihubungi,sila rujuk ketua musyrif yang telah ditetapkan.
  • Para akhawat digalakkan untuk tidak berada di luar rumah selepas jam 12.00 a.m. kerana perkhidmatan musyrif berjadual ini akan berakhir pada jam 12.00 a.m. pada setiap hari (melainkan keadaan yang layak ditafsir sebagai darurat syariah).
  • Persetujuan pihak musyrif adalah bergantung kepada budi bicara masing-masing.
  • Para akhawat yang menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menanggung sebarang kos perjalanan (tambang) yang perlu dibelanjakan oleh musyrif.
  • Pihak musyrif dan para akhawat perlulah sentiasa menjaga adab masing-masing dan menjaga ikhtilat agar tidak mencemarkan nama baik PERUBATAN serta memastikan muamalat ketika khidmat musyrif berlandaskan syarak.
  • Pihak musyrif hendaklah mengelakkan melalui tempat-tempat yang berisiko tinggi dan gelap semasa berkhidmat sebagai musyrif serta memastikan keselamatan akhawat berada dalam keadaan yang terjamin.
  • Unit Musyrif JAKSI tidak akan bertanggungjawab keatas masalah yang berlaku kepada akhawat yang tidak menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh JAKSI PERUBATAN.
  • Sebarang aduan, kritikan dan cadangan yang dirasakan bernas boleh diajukan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah JAKSI Universiti Kaherah. Terima kasih dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada musyrif yang tersenarai untuk menjalankan amanah yang  telah diberikan Allah ini.

 

ETIKA MUSYRIF RAMADHAN

  • Akhawat digalakkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid yang berdekatan.
  • Akhawat dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan musyrif (untuk pergi dan balik) sekiranya ingin solat di masjid yang lebih jauh.
  • Akhawat hendaklah bergerak dalam kumpulan dengan bilangan minimum seramai 3 orang.
  • Akhawat juga dikehendaki untuk menggunakan perkhidmatan musyrif untuk sebarang urusan lain pada waktu malam.
  • Ikhwah dan akhawat mestilah menjaga aurat, pemakaian serta adab pergaulan.
  • Etika ini boleh berubah dari masa ke semasa mengikut suasana dan keadaan setempat
  • JAKSI Universiti Kaherah 2014/2015 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berlaku kepada akhawat sekirannya gagal mematuhi etika-etika berikut.

 

MOUNIRAH

Nama No. Telefon
Muhammad Amirul Afiq bin Aman 0111-7324121
Ahmad Afiq Fadhli bin Ramli 0111-9267378
Muhammad Basheer bin Yahya 0114-6077241
Muhammad Ikraam bin Abdul Latif 0115-5991298
Muhamad Amirul bin Yunos 0111-6446103
Muhammad Hafizuddin Mamat Azlan 0114-9616689

*Nama yang dibold merupakan ketua musyrif sempena cuti musim panas

 

SAYYEDA ZAINAB

Nama No. Telefon
Muhammad Habibullah bin Isa 0115-6901887
Ahmad Adib bin Zainuddin 0115-8499759
Mohd Zulkhairi bin Sahlani 0115-9048334
Muhammad Nur Azri bin Mohd Hisam 0111-9520702
Muhammad Hafiz bin Nazri 0111-4760598
Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi 0114-7626438
Wan Muammar Safuan bin Wan Azmi 0111-2993757
Nur Muhammad Ammar bin Ammar Razak 0111-8123263
Muhammad Shahir bin Shahibullah 0114-1596643
Busyoiri bin  Nordin 0111-3311210
Ahmad Luqman bin Ibrahim 0112-9636963
Muhammad Fazlan bin Sustrino Tanjung 0115-3225017
Muhammad Syukri bin Hasmer Shah 0115-9048374
Khairil Hafidzi bin Ab. Rahman 0115-9036820
Muhd. Nurassyed bin Mohd. Samsuddin 0112-6427159

 

ABOU RISH 

Nama No. Telefon
Adib Fikri bin Zurhaini 0112-1926812
Syed Ismail Faruqi bin Syed Norzaìm 0100-4297022
Muhamad Shair bin Awang 0127-8996337
Haniz Iqbal bin Hazaidi 0111-9273516

 ZENHOM

Nama No. Telefon
Muhammad Husnaim bin Che Rahman 0114-7626437
Muhammad Huzaifah Fadhil bin Mohd Noor 0114-5471578

free-copywriting-swipe-file-pdf-download

 

 

Wahai akhawat tercinta,

Rasulullah pernah bersabda: “Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri, nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan seorang diri pada waktu malam”                                                                                                                                                                                                                                               (HR Bukhari)

 

Kita usaha, ALLAH pelihara
Kerana dirimu begitu berharga
Selamat menggunakan perkhidmatan musyrif sebaiknya
Semoga Allah memberkati kerjasama semua.

 

`HAQ TERTEGAK, BIAH TERPELIHARA`

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN SOSIAL ISLAM
PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH 2014/2015

 

Senarai Nama Peserta Summer Clinical Approach

SENARAI NAMA PESERTA SUMMER CLINICAL APPROACH

LELAKI

KUMPULAN 1

BIL NAMA TAHUN
1 MOHAMAD HILMI BIN MOHAMAD NAFIAH 2
2 MOHD AZRI 4
3 AHMAD TAHIR BIN AWANG 4
4 MUHAMMAD AMIRUL IZAN BIN AZIZ 4
5 MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI 5
6 AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK 5

 

KUMPULAN 2

BIL NAMA TAHUN
1 MUHAMMAD AMIRUL AFIQ BIN AMAN 2
2 HILMI AFANDI BIN AIDI ROSLAN 4
3 KHAIRUL ADLI BIN IDRIS 4
4 MUHAMMAD BADRI BIN AHADIN
5 MUHAMMAD HAFIZ BIN NAZRI 5
6 NUR MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD RAZAK 5

 

KUMPULAN 3

BIL NAMA TAHUN
1 MUHAMMAD ADIB FIKRI BIN ZURHAINI 2
2 MOHD ZULKHAIRI BIN SAHLANI 2
3 BUSYOIRI 4
4 AHMAD LUQMAN BIN IBRAHIM 4
5 MUHAMMAD SHAHIR BIN SHAHIBULLAH 5

KUMPULAN 4

BIL NAMA TAHUN
1 MUHAMMAD FAZLANS BIN SUTRISNO TANJUNG 2
2 MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA 2
3 MUHAMMAD HUZAIFAH FADHIL BIN MOHD NOOR 4
4 MUHAMMAD NUR AZRI BIN MOHD HISAM 4
5 MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM 5

 

KUMPULAN 5

BIL NAMA TAHUN
1 WAN NUSAIRI BIN WAN MOHD NASRUDDIN 2
2 MUHAMMAD BASHEER BIN YAHYA 3
3 MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMMED AYYUB 4
4 AHMAD SHAHIR BIN MOHAMAD NAZRI 5
5 AHMAD ZULFAHMI BIN SHA’ARI 5
6 SYED ISMAIL FARUQI BIN SYED NOR ZA’IM 2

PEREMPUAN

KUMPULAN 1

BIL NAMA TAHUN
1 NAJIHA BINTI JANUDIN 2
2 RAIHAN BINTI MUHAMMAD RAMZI 2
3 NUR AMALINA BINTI MUSTAFFA 3
4 NUR FATIN NADIA BINTI MAZLAN 4
5 NATASHA ATIQAH BINTI MAT AMIN 5

KUMPULAN 2

BIL NAMA TAHUN
1 FATHINAH BINTI HARUN 3
2 SITI AMINAH BINTI HARUN 3
3 SITI KHODIJAH BINTI ZINAL ABEEDEN 4
4 NURUL AKMAL GHAZALI 4
5 NUR ADIBAH HUSNA BINTI ALADIN 5

 

KUMPULAN 3

BIL NAMA TAHUN
1 AIMI ASRINA BINTI NOH 3
2 NOOR ASYIREEN BINTI AYUB 3
3 NURSUFIA HANIM BINTI MAT NAWI 4
4 RABIATUL ‘ADAWIYAH BINTI AHMAD 4
5 ANIS SAFIAH BINTI AZMI 5

 

KUMPULAN 4

BIL NAMA TAHUN
1 NABIL HUDA BINTI CHE MURAD 3
2 ZATEEL FAHADA BINTI RUSLI 3
3 NUR ‘AINI SOFIA BINTI ROSMAN 4
4 WAN NUR HIDAYAH BINTI WAN YAHAYA 5
5 AMANINA BINTI JUAZER RIZAL 5

 

KUMPULAN 5

BIL NAMA TAHUN
1 NUR HUSNINA KHATIJAH BINTI ABDUL KHALID 3
2 NUSAIBAH BINTI AZMI 4
3 NURUL ASMAT BINTI YAACOB 4
4 NOOR AMALINA BINTI ABD RAHMAN 5
5 NUR FATIN BINTI BAHARIN 5

 

KUMPULAN 6

BIL NAMA TAHUN
1 NOHA NABILA BINTI MOHAMAD AKHIR 3
2 WAN ZHAFIRAH NUR HASYA BINTI WAN HILMI 4
3 RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD DOM ARANG BILONG 4
4 NUR ATIQAH BINTI MUHAMMAD TAHIR 5
5 AQILAH BINTI AB RAZAK 5

 

KUMPULAN 7

BIL NAMA TAHUN
1 SITI HAJAR BINTI MOKHTAR 3
2 USWATUL HASANAH BINTI SUHAIMI 3
3 FARAH HANIN BINTI MOHD AZMI 4
4 DINA ADILLAH BINTI NASUKHA 4
5 NUR ‘AFIFAH BINTI RAHIMI 5

 

KUMPULAN 8

BIL NAMA TAHUN
1 FATIN NABILA BINTI LUQMAN 4
2 NUR SUHAIRA BINTI ABD RAHIM 4
3 ZATIL HIDAYAH BINTI ADNAN 4
4 NAZHAH HANI BINTI MUKHTAR 5
5 NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI 5

 

KUMPULAN 9

BIL NAMA TAHUN
1 NUR INSYIRAH BINTI JOHARI 4
2 NURUL HUDA BINTI IDRIS 4
3 SITI MARYAM BINTI MOHD SALLEHUDDIN 5
4 RAHIMAH NURYATI BINTI ENGAH 5
5 NAQIYAN ANIS BINTI ABDUL RAHIM 5
6 NUR ANIS BINTI MOHD ZALI 5

[MTC] Setahun Penubuhan PERUBATAN Cawangan Kaherah

Kasr Al-Ainy, 1 Mac-  Detik debaran kini berakhir apabila mesyuarat tahunan bagi setiap tujuh cawangan PERUBATAN di Mesir dapat dijalankan secara serentak pada 28 Februari dengan jayanya.  Dalam sejarah PERUBATAN, ini merupakan pertama kali dianjurkan Mesyuarat Tahunan Cawangan PERUBATAN Cawangan Kaherah.

“Tanggal 9 Mac 2014, maka genaplah setahun penubuhan PERUBATAN Cawangan Kaherah.”, ujar Saudari Izzati Farhanah bt. Arip, Timbalan Bendahari Kehormat merangkap Timbalan Ketua Jabatan Ekonomi, Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dalam ucapan perasmian beliau.

Dalam ucaptama oleh Pengerusi  PCK sesi 13/14, Saudara Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi, beliau menyatakan bahawa PCK telah disambut baik oleh ahli dan terus berusaha membawa pembawaan atau agenda tahunan PERUBATAN dengan sebaik mungkin.  Lima pembawaan ini diakui sendiri oleh beliau merupakan agenda yang cukup besar dan meluas tetapi berjaya dipasakkan melalui organisasi yang mapan dalam PCK.

ASH_0102

Antara pesanan terakhir yang diberikan oleh beliau buat pengemudi dan penggerak akan datang ialah kita hendaklah memperbaiki diri sebagai seorang muslim dan memantapkan hubungan dengan Allah dalam memikul amanah sebagai khalifah di muka bumiNya. Di samping mempersiapkan diri untuk merawat penyakit dalam masyarakat.

Selain itu, kita juga perlu menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan secara menyeluruh ke arah menjadi doktor muslim profesional, da’ie buat masyarakat dan qudwah hasanah sebagai mahasiswa Mesir. Kita juga mestilah terus memberi sumbangan untuk komuniti PERUBATAN.  Tiada istilah berhenti selagimana Allah memberi nikmat hidup kepada kita.

Tahniah dan takziah buat barisan pucuk pimpinan baru  AJKT PCK sesi 14/15. Semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya.  Ayuh sama-sama kita sebagai ahli keluarga PERUBATAN Cawangan Kaherah memberi kerjasama yang baik dan sokongan yang berterusan dalam usaha melahirkan warga PERUBATAN yang berkualiti. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.’

Disediakan oleh,

Hidayatul Naadiah binti Zulkifli
Unit Liputan
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Kaherah

 

 

Kelas Tafaquh Khas: Kitab I’ndama Nuhibbu Rasulullah.

Daurah Kitab

Rasulullah SAW bersabda, “Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Alhamdulillah, dengan sukacitanya dijemput pelajar-pelajar yang berada di Kaherah untuk menghadiri majlis ilmu dan menambah thaqafah semasa cuti.

Makluman program adalah seperti berikut:

Kitab : عندما نحب رسول الله

Pengisi : Ustaz Mohd hakim Bin Azizan(Qiraat Shubra)

Tarikh : 15 Februari 2014(Sabtu)

Tempat : Markas PERUBATAN Abou Risy

Masa : 6.30 malam

Jom manfaatkan cuti anda bersama kami!

‘Mahasiswa Islami , Qudwah Insani’


Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH 13/14

Penyerahan Derma Dan Tabung Kasih Sayang (TKS)

Kaherah, 25 Januari – Kutipan derma dan sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) telah disampaikan kepada Saudari Siti Nur Hazwani binti Abdul Aziz, pelajar Tahun 3 yang baru kehilangan ayah pada  1 Januari yang lepas. Allahyarham Abdul Aziz bin Mustafa, bapa kepada Saudari Hazwani dipercayai menghidap Acute Myeloid Leukemia.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Saudari Siti Aminah binti Harun, Pemangku Timbalan Ketua Biro Kebajikan. “Saya dan keluarga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli PCK yang banyak membantu dan memberi sumbangan,” kata Saudari Hazwani.

1469924_594695000579071_1639644177_n

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh Saudari Hazwani sekeluarga. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.