Archives for SUKAN DAN AKTIVITI LUAR - Page 3

[LIQA’ RUNNERS] Peserta tunggal GEN 08 Juara Larian,GEN11US Juara Keseluruhan.

Kaherah, 1 Disember – Peserta tunggal daripada GEN 08, Siti Badriyah bt Yaakop berjaya merebut tempat pertama dalam larian pada jumaat yang lalu.  Bekas pemenang tempat ke-2 lumba lari 800 meter sewaktu PERUBATAN Sports Day (PSD 12’) setahun yang lalu, nyata mampu mencatatkan kemenangan lebih bermakna pada tahun ini lantas menewaskan peserta-peserta yang lebih muda.

Tidak kurang hebat juga, GEN11US merangkul juara keseluruhan lantaran kebanyakan daripada 20 peserta terawal menamatkan larian adalah daripada batch mereka. Penganjur program mengambil kira bilangan penyokong  yang hadir dan kehadiran awal para peserta dalam pemarkahan.

Namun begitu, batch lain tidak pulang dengan tangan kosong. Batch GEN X berada di tempat ke-2, GEN 9 di tempat ke-3 dan GENEXIIS di tempat ke-4. Masing-masing membawa pulang hadiah hamper berupa makanan. Peserta tunggal GEN 08 pula membawa pulang hadiah Juara Larian dan hamper penghargaan dari AJK Pelaksana.

IMG_2606

Para peserta dikehendaki berlari melalui 5 checkpoint yang telah disediakan bagi menamatkan larian. Semua peserta kelihatan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menamatkan larian masing-masing di samping ingin menyumbang markah kepada batch masing-masing. Kehadiran penyokong yang ramai  telah memberi semangat kepada semua peserta untuk menamatkan larian.

Liqa’ Runners Akhawat merupakan  satu program yang julung-julung kali diadakan di bawah anjuran Biro Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Kaherah (BSAL PCK) bertempat di Hadiqah Al-Azhar. Seramai 52 orang peserta telah  menyertai program ini bagi  mewakili batch masing-masing.

“ Program pada kali ini sangat memberangsangkan kerana memberi impak positif kepada para peserta.  Selaras dengan kejayaan ini, ianya wajar diadakan lagi pada masa akan datang sekaligus melestarikan keutamaan kita sebagai pelajar perubatan yang mengutamakan kepentingan kesihatan.” , ujar saudari Nurul Salsabila bt. Mokhtar yang merupakan salah seorang daripada peserta larian ini.

Perasmian penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah, saudari Nur Sabiha binti Zakaria.

Beliau dalam ucapannya berkata “Inilah masanya kita beriadah sebelum kita memberi nasihat kepada orang lain sebagai doktor.” Para peserta turut diingatkan bahawa pelancaran Biah Solehah baru-baru ini bukan sahaja disebarkan di media elektronik malahan perlulah dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Menepati tema yang dibawa, “Laugh.Cry.Remember.We Dignify the Bond”, program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Semoga program ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi dapat merapatkan lagi ukhwah antara ahli PCK. – mediaPERUBATAN

 

Kick Off LIQA 13/14

Kaherah, 17 Nov-  Liga Kaherah (LIQA)  telah menyaksikan kick off  pertama mereka bagi sesi 2013/2014 pada 15 November  yang lalu. Dengan bertemakan  “Laugh. Cry. Remember. We dignify bond” , sebanyak 8 pasukan hadir dengan penuh semangat untuk merebut piala juara pusingan.  Turut hadir pada perlawanan pembukaan pada hari itu ialah saudara  Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Perlawanan antara pasukan Bonito FC menentang Dendam Kesumat FC merupakan pembuka tirai LIQA pada hari itu. Dengan keputusan 3-1, pasukan  Dendam Kesumat FC mejuarai perlawanan tersebut. Selepas itu, perlawanan antara pasukan-pasukan lain pula bermula.

Apabila sudah selesai semua perlawanan, Ahmad Jazilan telah dinobatkan sebagai “Man of The Week”.  Pihak penganjur ada melaporkan bahawa terdapat 2 orang pemain telah mengalami kecederaan. Salah seorang daripada mereka memerlukan 7 jahitan bagi menutup luka tersebut. Namun begitu, tiada masalah lain yang timbul sepanjang perlawanan tersebut.

“Besarlah harapan saya agar LIQA 13/14  menjadi medium yang  tepat buat mereka yang berhajat kepada aktiviti-aktiviti  luar. Selain dapat mnyihatkan badan dan mencungkil bakat, kita juga mampu untuk bermesra dan bercanda bersama sahabat-sahabat  interbatch mahupun intrabatch,” kata  Muhammad Aminuddin Bin Khalid selaku Pengarah LIQA 13/14 apabila ditemuramah.

DSC_0566

 

Kenyataan Rasmi :Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah Sesi 2013/2014 bagi yang pulang ke Malaysia.

    logo perubatan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurniaNya kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sesi pengajian baru semakin rancak. Ini sekaligus meredakan kehangatan isu ‘transfer credit’ dalam kalangan ahli. Semoga kita dapat meletakkan fokus yang maksimum  dalam pelajaran walau di mana kita berada.

Untuk makluman ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK), seramai 3 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) ikhwah, dan 2 orang AJKT akhawat telah menerima tawaran ‘transfer credit’ seterusnya meninggalkan jawatan sebagai AJKT PCK. Justeru, portfolio-portfolio berkaitan akan dipangku oleh AJKT yang berada di Mesir.

Berikut merupakan AJKT yang pulang ke Malaysia bagi meneruskan pengajian di universiti tempatan.

1. Muhammad Afnan Bin Fakhrurazi (Bendahari)

2. Muhammad Aizat Bin Osman (Ketua Biro Perumahan)

3. Mohamad Salehuddin Bin Md Saad (Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar)

4. Nur Alysya Binti Musthafa (Timbalan Setiausaha)

5. Nurul  Atiqah Binti Mohd Azman (Timbalan Ketua Kebajikan)

 

Berikut merupakan maklumat pemangkuan AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah.

1. Bendahari

Hafiz Nazri

Muhammad Hafiz Bin Nazri

01149616678

anahafiz@yahoo.com.my

2.Timbalan Setiausaha

BPI Panin

Farah Hanin Binti Mohd Azmi

01114993362

hanin_azmi@yahoo.com

3.Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)

Afiq Zulhilmi

Afiq Zulhilmi Bin Zairudin

01116042500

afiq_whiteshark2000@
yahoo.com

4.Timbalan Ketua Biro Kebajikan (BCARE)

BIKON Aminah

Siti Aminah Binti Harun

01144416985

jundul_muslimah@
yahoo.Com

5.Ketua Biro Perumahan (BHOME)

Zofir Wajdi
Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip

01152521828

zofirw@yahoo.com

Semoga pemangkuan ini dapat memastikan kelangsungan gerak kerja dan perkhidmatan kepada ahli PCK. Besar harapan kami agar  para penggerak PCK terus bersemangat dalam menjalankan amanah yang dipikul.

Seeru a’la barokatillah.

“Kita Keluarga PCK”

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah
Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati.

 

Yang menjalankan amanah,

Ahmad Kamil

 

 

 

 

 

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 13/14

 

 

TP Nur Sabiha

 

Nur Sabiha Binti Zakaria,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 13/14.

 

 

Tensionnya !

Tension, letih? Ya,semestinya setelah berjam diam di meja study kita akan berasa tidak bermaya dan bosan. Kadang-kadang tidak sampai sejam sudah cukup membuatkan diri kita mengantuk bagai baru sahaja menelan sebotol pil tidur. Ayuh kita cari solusi ! Mudah sahaja, berehat sebentar selama 5 minit dan lakukan senaman ringan seperti berikut:

1)      Regangan badan

Regangan atau kebiasaannya dipanggil ‘menggeliat’ boleh meningkatkan peredaran darah kepada otot. Ini dapat mengelakkan berlakunya kejang otot setelah berada diposisi yang sama sewaktu kita mengulang kaji.

 

2)      Berlari setempat

Pergerakan yang cepat seperti berlari mampu meningkatkan peredaran kardiovaskular seterusnya mempercepatkan penghantaran oksigen kepada otak. Otak yang segar insyaAllah dapat memudahkan proses pemahaman dan hafalan.

3)   Goyangkan badan

Paling mudah, cukup dengan putarkan lagu dan ikut rentaknya sesuka hati. Peningkatan hormon serotonin(hormon ‘gembira’) dapat mengelakkan stress ketika musim exam.

4)      Berjalan dalam rumah

Ini tidak bermakna anda perlu mengganggu kawan serumah untuk ulangkaji. Cari masa yang sesuai.

 

5)      Melompat menggunakan tali

Disamping boleh menyegarkan kembali fikiran, senaman ini juga boleh mengekalkan kecergasan fizikal kita.

6)      Mengambil glukosa

Kebanyakan daripada kita mengambil cara ini, tetapi perlu diingat supaya tidak mengambil makanan yang terlalu tinggi kadar glukosa dan lemak. Bimbang akan membawa kepada penyakit yang tidak kita inginkan. Dalam fatrah exam juga kesihatan perlu diutamakan. Ingat !

7)      Solat sunat 2 rakaat

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Qur`an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Rabbnya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.” (Az-Zumar: 23)

Jom jumpa Allah. Itulah yang sebaiknya kerana kekuatan, semangat dan kesihatan yang kita harapkan lebih-lebih lagi ketika fatrah exam ini semuanya datang daripada al-Razzaq.

Running Med di Hadiqah Mounira

Mounira, 10 Mei – Hadiqah Mounira dimeriahkan pada hari Jumaat dengan Running Med, program penutup sesi ini yang mengumpulkan ahli PERUBATAN Medical Team pengambilan 2011/2012 dari Universiti Ain Shams, Al-Azhar dan Kaherah. Selain daripada mengukuhkan ukhuwah antara ahli pelbagai universiti, program ini turut berfungsi sebagai ulangkaji silibus yang telah para ahli kuasai sepanjang sesi 2012/2013 ini, iaitu first aid, basic surgical skills, health education, medical ethics dan medical check up.

Program yang berlangsung hampir tiga jam ini berformatkan ‘explorace’ dengan para peserta dibahagikan kepada kumpulan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diolah daripada silibus. Klu-klu seterusnya dikumpul bagi menyelesaikan puzzle terakhir dan mencari bendera Running Med yang disembunyikan bagi merebut gelaran pemenang keseluruhan Running Med.

Mengulas kecapaian objektif program yang dilihatnya sebagai berjaya, Saudari Umairah binti Norazman, Timbalan Pengarah Medical Team Kaherah berharap agar intipati Medical Team sebagai medium memberi dalam PERUBATAN dapat dihayati setiap ahli. “Sebolehnya, ahli bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan yang baru, tetapi diamalkan dan disebarkan. Agar manfaat sama-sama diperolehi. Semoga kalian bersedia untuk menjadi frontliners dan cekap dalam mempraktikkan kemahiran klinikal masing-masing.”

Beliau turut berharap sesi Medical Team yang seterusnya akan terus berjalan dalam organisasi yang sistematik, efektif dan efisien.

IMG_9297