Archives for SETIAUSAHA - Page 2

Kenyataan Rasmi: Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Pertama Sesi 2013/2014

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Sesi PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) 2013/2014 akan berakhir dengan MTC buat kali pertama pada 14 Februari 2014 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1435 H.

2. Mesyuarat Tahunan Cawangan merupakan acara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  • Mengesahkan minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.*
  • Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membahas dan meluluskan usul.
  • Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
  • Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit).
  • Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

*Agenda ini tiada untuk MTC kali pertama kerana tiada mesyuarat sebelum ini.

3. Oleh yang demikian, kita berharap ahli bersedia dengan membaca perlembagaan, membincangkan muhasabah PERUBATAN serta cakna terhadap tarikh-tarikh penting beserta makluman yang akan kita salurkan dari semasa ke semasa.

TARIKH-TARIKH PENTING

21 Januari:
Kenyataan Rasmi dan Notis Panggilan Mesyuarat

23 Januari:
Pembukaan pendaftaran perwakilan dan usul

01 Februari:
Tarikh tutup pendaftaran perwakilan

07 Februari:
Tarikh tutup pendaftaran usul ( sehingga 12 tengah hari)
Makluman agenda MTC beserta usul
Sebaran Laporan Tahunan dan Penyata Akaun Tahunan PCK Sesi 2013/2014

14 Februari:
Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Pertama

 4. Besarlah harapan agar MTC Pertama kita dipayungi rahmat dan dapat pula kita sebarkan rahmat ini ke serata dunia, insyaAllah.

“Suarakan Solusi Menuju Transformasi”
“At-Takwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti Teguh Sehati” 

Hafiz Nazri

Muhammad Hafiz bin Nazri
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)
Sesi 2013/2014

Kenyataan Rasmi: Jabatan Setiausaha: PERUBATAN Frontliners (PROF) Council

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anda telah saksikan sendiri sewaktu SAADAH yang lepas di Darul Hamka. Pameran PROF Council yang mengumpulkan PROF dari 3 Cawangan telah memulakan lembaran baru bagi badan ini sebagai entiti berasingan selepas penubuhan PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK).

PROF COUNCIL DAN LEGASI PCK

Seperti PCK, PROF juga bermula seakan-akan baru tetapi sebenarnya adalah penerus kepada idealisme yang telah lama membara. Asalnya dengan nama Pusat Sumber Tenaga PERUBATAN sewaktu Sesi 2010/2011,   kemudian ditukar kepada PROF Council pada sesi 2011/2012 dengan membuka pendaftaran untuk 3 universiti (dahulu PERUBATAN Pusat meliputi 3 universiti di Kaherah; Al-Azhar, Ain Shams dan Kaherah).

Keahliannya kini masih dikekalkan walaupun selepas diasingkan kepada 3 cawangan. Alhamdulilah keahlian Universiti Kaherah begitu membanggakan.

ANALISIS PROF 2012/2013*

Statistik Mengikut Tahun Pengajian :

Tahun

Lelaki

Perempuan

Jumlah

1

11

3

14

2

7

44

51

3

42

64

106

4

29

52

81

5

17

34

51

6

9

32

41

Jumlah

115

229

344

 

* Analisis ini belum ditolak ahli yang membuat credit transfer (pemindahan kredit)

graf

PROF Council

PROF Council merupakan badan yang diwujudkan di bawah seliaan Jabatan Setiausaha (JSU) dengan hasrat untuk menjadi badan pengurus dan pelatih sumber manusia. PROF komited untuk:

  • Mengumpulkan tenaga sukarelawan
  • Menjana aktivisme  dalam kalangan mahasiswa
  • Melakukan pemetaan tenaga secara adil dan saksama

Pada bulan ini bagi meraih semangat baru dan membina pelapis baru, JSU dengan sukacitanya ingin memaklumkan PROF Council bakal kembali menemui anda dengan pendekatan baru iaitu menerusi:

  • Promosi berfokus untuk tahun 2 dan 3 (batch GENEXIIS dan GEN11US)
  • Latihan dan pengisian berasaskan program
  • Penilaian gerak kerja keseluruhan PERUBATAN

Mudah-mudahan usaha kecil kita semua beroleh barakah daripada Allah Taala.

Sekian, wassalam.
“At-Takwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti Teguh Sehati”
“Kita Keluarga PCK”

Hafiz Nazri

Muhammad Hafiz Bin Nazri
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)
2013/2014

BPI Panin

Farah Hanin Binti Azmi
Pemangku Timbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)
2013/2014

12