Archives for SETIAUSAHA

Kenyataan Rasmi: Muhasabah Separuh Penggal(MSP) Pemangkin Kesempurnaan

LOGO

[MSP : Muhasabah Separuh Penggal Pemangkin Kesempurnaan]

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعلمون

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)

(Surah al-Hasyr : 18)

بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang juga merupakan Kekasih Allah Azza Wa Jala. Atas perjuangan dan usaha keras Baginda jugalah, satu-satunya agama di sisi Allah iaitu Islam masih mekar dan berkembang sehingga ke hari ini.

Bermuhasabah atau dengan erti kata lain bermaksud menilai sesuatu. Jelas Firman Allah di atas menjelaskan bahawa seseorang itu hendaklah sentiasa memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan apa yang telah dilaksanakan sebelumnya kerana perancangan yang teliti hasil dari muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Ayat ini juga membuktikan bahawa amalan bermuhasabah ini termasuk dalam tuntutan agama yang tidak mengecualikan mana- mana individu sekalipun terutamanya mereka yang bergelar pemimpin.

Muhasabah Separuh Penggal  merupakan satu inisiatif PCK sebagai medium untuk mengenalpasti segala kekurangan selama separuh penggal kami berkhidmat dan secara tidak langsung bagi menambahbaik kualiti gerak kerja kami untuk tempoh yang berbaki. Selain itu, muhasabah diri selaku individu muslim dalam melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah juga turut disertakan bersama dalam MSP ini, kerana sebagai manusia kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup agar amalan kita memenangkan kita sewaktu hari perhitungan di mahsyar kelak.

Saidina Umar al-Khattab melalui kata-katanya yang masyhur;

“Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak”.

Secara kasarnya, MSP telah berjalan selama hampir sebulan bermula awal September sehingga hujung Oktober dengan melibatkan semua AJKT dan beberapa pihak tertentu seperti Unit-Unit Khas di bawah PCK. Sehubungan itu, seluruh ahli PCK juga merupakan komponen penting bagi membantu kelancaran MSP ini. Suara dan pandangan daripada ahli amatlah dialu-alukan.

Di sini, kami Jabatan Setiausaha sebagai pihak yang bertanggungjawab mengetuai gerak kerja muhasabah ini menyediakan slides di bawah bagi menjelaskan perjalanan MSP dengan lebih terperinci dan tersusun. Justeru, akhir sekali kami mewakili seluruh pimpinan PCK mengharapkan kerjasama yang baik serta doa daripada semua agar segala yang dirancang untuk MSP ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Ilahi.

 

 

Slide1

 

 

Slide2

 

 

Slide3

 

 

 

 

Slide4

 

 

Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

 

azri

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD NUR AZRI BIN MOHD HISAM
Ketua Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

 

zateel

 

 

 

 

 

 

 

ZATEEL FAHADA BINTI RUSLI
Timbalan Ketua Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan Perjumpaan Rasmi Bersama Pentadbiran Universiti Kaherah

Satu perjumpaan rasmi telah diadakan antara wakil Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah dan pihak pentadbiran universiti pada 10 november yang lalu. Perjumpaan ini diketuai oleh saudara Haniz Iqbal bin Hazaidi;Pengerusi dan turut dihadiri beberapa AJKT lain. Antara yang hadir adalah Farah Hanin Binti Mohd Azmi;Timbalan Pengerusi, Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin;Timbalan Setiausaha, Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip;Ketua Biro Akademik (BCAD) dan Muhammad Faisal Arief Bin Suhaimi, Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL).

Pihak pentadbiran universiti pula diwakili oleh Dr Amina Borhamy, selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Dr Heba Mustafa, Koordinator Pelajar Praklinikal Malaysia.

Ketua BCAD, saudara Zofir membentangkan analisa keputusan peperiksaan pelajar Malaysia pada sesi 2013/2014 dan 2012/2013. Secara keseluruhannya, bilangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan mengulang tahun semakin berkurang manakala bilangan pelajar cemerlang juga sedikit berkurang . Faktor perubahan sistem dilihat memberi kesan kepada bilangan pelajar yang mengulang tahun.

Beberapa isu turut dibangkitkan, antaranya isu pembayaran Syahadah Qiid dan isu buku teks Tahun Empat yang masih belum dikeluarkan.

Dr Amina memaklumkan bahawa pelajar Malaysia tidak perlu melakukan sebarang pembayaran sama ada untuk syahadah atau transkrip keputusan peperiksaan. Berkenaan kelewatan pengeluaran buku teks Toxicology Tahun 4, Dr Amina memaklumkan bahawa buku masih belum siap namun tidak perlu bimbang kerana soalan end round akan diambil dari buku teks lama.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah perjalanan pembelajaran Tahun 1 dan cadangan tarikh Graduasi bagi Tahun 6, Gen 08.

Ketua BSAL turut menzahirkan penghargaan kepada Dr Amina kerana sudi menghadiri booth LUB DUB pelajar Malaysia baru-baru ini.

Pihak pentadbiran turut memuji usaha PCK yang sangat baik dan berterusan dalam menjaga kebajikan serta akademik ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah khususnya.

Perjumpaan rasmi seperti ini dilihat mampu menjadi ruang kepada persatuan untuk menyampaikan permasalahan ahli dan mengekalkan hubungan baik dengan pihak universiti.

Perjumpaan berakhir pada pukul 3.45 petang.

 

panin

 

Disediakan oleh,

Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin,

Timbalan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

BALKIS Tulang Belakang Pengerusi

Abou Risy, 17 April – Bengkel Latihan dan Kemahiran Setiausaha (BALKIS) berjaya dilaksanakan. Program yang memakan masa selama lebih kurang 3 jam ini merupakan anjuran Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

BALKIS telah dihadiri oleh semua setiausaha dari setiap biro yang terdapat dalam PCK. Bengkel yang bertempat di markas PERUBATAN Abou Aisy ini membawa matlamat penting iaitu untuk menjelaskan bidang-bidang tugas seorang setiausaha, dan membetulkan persepsi serta salah faham terhadap gerak kerja setiausaha terutamanya kepada mereka yang baru menceburi bidang kesetiausahaan.

Setiausaha PCK, Muhammad Hafiz bin Nazri telah mengendalikan keseluruhan majlis serta berucap dalam sesi pengenalan bengkel. Kemudian program diteruskan dengan slot Pengenalan Bidang Kesetiausahaan yang dibentangkan oleh wakil PERUBATAN Frontliner (PROF), Ahmad Aizzuddin bin Daud. Melalui slot ini, para peserta mendapat pencerahan tentang siapa itu setiausaha serta jelas akan bidang-bidang tugas dan kemahiran yang perlu ada sebagai seorang setiausaha.

Menurut salah seorang peserta, Siti Nur Hazwani bt Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Biro Penerbitan dan Penerangan, PERUBATAN Cawangan Kaherah, “Bengkel ini sangat bagus dan membuka minda saya bahawa tugas setiausaha tidak terhad kepada membuat laporan sahaja, malah setiausaha itu menjadi lambang sesebuah organisasi”.

Bengkel disemarakkan lagi dengan slot Panduan Pendokumentasian yang disampaikan oleh saudari Siti Syahida bt Jamaluddin dari Unit Arkib dan Dokumentasi,Jabatan Setiausaha. Beliau memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pengkelasan data-data serta dokumen.

Seterusnya Amir Syahid bin Ezani menjelaskan bahawa setiausaha perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah mesyuarat serta mengendalikannya dengan baik melalui slot yang disampaikan beliau iaitu, Pengendalian Mesyuarat.

Sebelum bengkel melabuhkan tirai, para peserta telah didedahkan dengan bentuk format sebenar surat rasmi,laporan,kertas kerja serta sebarang bentuk dokumen.Hal ini adalah kerana ia penting bagi menghasilkan pendokumentasian yang sistematik dan tersusun. “Besarlah harapan saya agar setiap peserta mendapat manfaat dari bengkel ini untuk menyelaraskan gerak kerja jabatan setiausaha, berkongsi pengalaman dengan senior serta belajar cara mengendalikan mesyuarat dengan optimum”, ujar Ainatul Mardhiah bt Mohammadin ,Timbalan Setiausaha PCK 2014/2015 yang turut sama hadir memeriahkan bengkel.

Disediakan oleh,

Siti Nur Sabiha bt Ahmad Fadzil
Unit Liputan
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

Kenyataan Rasmi: Email Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Dan Nombor Keahlian PERUBATAN Untuk Semua Ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)


logo-perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran PCK sesi kali ini, Jabatan Setiausaha telah menyediakan nombor keahlian serta e-mail AJKT.

2. Sistem nombor keahlian diwujudkan untuk:

– Memudahkan urusan ahli untuk semakan dan pendaftaran maklumat.

– Mengelakkan keciciran maklumat.

– Memberi pengiktirafan rasmi keahlian PERUBATAN bagi semua mahasiswa Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.

3. E-mail AJKT pula diwujudkan dalam rangka menambah baik capaian dua hala antara AJKT dan ahli di PCK. Segala aduan dan cadangan boleh disalurkan dengan mudah selain daripada khidmat HOTLINE PCK dan perhubungan langsung melalui telefon.

4. Kedua-dua maklumat ini boleh di muat turun pada pautan berikut:

-Senarai nama ahli PCK dan nombor keahlian. [wpdm_file id=6]

-Direktori AJKT Sesi 2014/2015 [wpdm_file id=5]

 “At-Takwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Kita Keluarga PCK”

hafiz nazri

Muhammad Hafiz Bin Nazri
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2014/2015

 aina

 

 

 

 
Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin
Timbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2014/2015 

Kenyataan Rasmi: Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Pertama Sesi 2013/2014 Ditangguhkan

logo perubatan
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. MTC kali pertama yang dijadualkan pada 14 Februari 2014 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1435 H akan ditangguhkan ke 28 Februari 2014 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1435 H.

2. Oleh itu, semua tarikh penting turut dianjakkan untuk memberi lebih peluang kepada ahli untuk mendaftar dan menghantar usul.

TARIKH-TARIKH PENTING

21 Januari:     
Kenyataan Rasmi dan Notis Panggilan Mesyuarat

23 Januari:     
Pembukaan Pendaftaran Perwakilan dan Usul

16 Februari:   
Tarikh Tutup Pendaftaran Perwakilan
Hebahan Laporan Tahunan dan Penyata Akaun Tahunan PCK Sesi 2013/2014

21 Februari:   
Tarikh Tutup Penghantaran Usul (sehingga 12 tengah hari)
Makluman Agenda MTC beserta Usul

28 Februari:   
Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Pertama

21 Mac:          
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-10

3. Selain itu, kuota untuk Batch Gen07 juga tidak akan dibuka disebabkan sudah tamat keahlian (graduasi). Namun begitu, anda tetap dijemput sebagai pemerhati jika berkesempatan.

4. Kuorum selepas ditolak kuota untuk Gen07 ialah seramai 170 orang (Rujuk Notis Pendaftaran Perwakilan & Usul untuk perincian mengikut batch).

Sekian, terima kasih.

“Suarakan Solusi Menuju Transformasi”
“At-Takwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

Hafiz NazriMuhammad Hafiz bin Nazri
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)
Sesi 2013/2014

12