Archives for PROGRAM - Page 3

[AHLAN’14] Kuantiti yang Sedikit, Satu Penghalang atau Satu Peluang

SAYEDA ZAINAB, 6 November – PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah menganjurkan AHLAN’14  yang  melibatkan 7 orang pelajar baru, 5 lelaki dan 2 perempuan di Markas PERUBATAN Abou Rish.

AHLAN merupakan program yang akan dijalankan pada setiap tahun bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru ke Ardul Kinanah ini. Bagi ahli PCK sendiri, kedatangan pelajar-pelajar baru pada tahun ini sangat dinanti-nantikan setelah tiada langsung kedatangan pelajar baru ke Universiti Kaherah pada tahun lepas.

Pengarah AHLAN’14 PCK, saudara Mohammad Busyoiri bin Noroddin berkata AHLAN pada  kali ini sedikit unik dengan semangat semua AJKP dan senior untuk menyambut adik-adik baru walaupun jumlah mereka sangat sedikit berbanding batch-batch senior sebelum ini.

ahlan2

“Walaupun sedikit bilangannya, mereka tetap adik-adik baru yang perlu kepada pengisian AHLAN sebagai sedikit pendedahan dan persediaan untuk menempuh alam baru penuh liku di Mesir ini,” katanya.

Sementara itu, saudara Haniz Iqbal Hazaidi, Pengerusi PCK berkata jumlah pelajar baru pada tahun ini bukanlah menjadi satu penghalang bahkan dilihat sebagai satu peluang. Sesuai dengan jumlah ahli yang semakin kecil, kita semakin bijak dalam menyusun atur skala program atau aktiviti.

“Penting untuk seimbangkan antara protokol, jumlah peserta dan penggerak serta keperluan.  AHLAN’14 memberikan pengalaman baru kepada PCK dalam menganjurkan program,” katanya lagi.

ahlan

Dalam pada itu, bagi saudari Nur Huda Hanisah Hanisah binti Abdul Mutalib, salah seorang peserta bagi AHLAN’14 PCK menyatakan keseronokan beliau menyertai AHLAN’ 14 pada kali ini dan mengharapkan tempoh masa untuk AHLAN’14 dapat dipanjangkan bukan sekadar satu malam sahaja.

“Seronok! Sebab fokus terhadap sesuatu pelajaran lebih mantap. Namun, tentang bilangan akhawat yang sangat sedikit, iaitu 2 orang  agak menyedihkan kerana agak sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah walaupun kami saling menyokong antara satu sama lain,” ulas saudari Huda apabila ditanya pandangan beliau berkaitan jumlah ahli batch yang sedikit.

Saudari Huda Hanisah telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Batch semasa program AHLAN. Manakala jawatan Ketua Batch pula telah disandang oleh saudara Muhamad Aiman bin Adnain.

Semoga AHLAN’14 pada kali ini menjadi satu memori indah buat para peserta, AJKP dan semua senior.

 

 

SAKURA – Menceriakan Tahun Baru Mahasiswi PCK

Kasr Al-Ainy, 24 Oktober – SAKURA, seindah bunganya, secantik namanya, merupakan sebuah program yang julung kalinya diadakan khusus untuk para akhawat. Bertemakan “Differently Beautiful”, Biro Pembangunan Insan (BPI), PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah berjaya mengumpulkan mahasiswi PCK serta turut meraikan kehadiran mahasiswi taakhi dari PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT).

Program yang bertempat di dewan Amphitheatre New Kasr Al-Ainy Teaching Hospital ini telah dirasmikan sendiri oleh Timbalan Presiden PERUBATAN sesi 2014/2015, saudari Nurul Izzah binti Abdul Halim.

Dengan hadaf untuk meningkatkan kesedaran para akhawat tentang keistimewaan dan peranan muslimah dalam Islam serta membentuk muslimat yang faham akan ilmu-ilmu feqah berkaitan wanita, rata-rata peserta yang hadir menyatakan bahawa program ini banyak memberi pencerahan, tsaqafah dan tips-tips yang dapat diamalkan dalam kehidupan.

SAKURA telah menghidangkan para hadirin dengan tiga slot utama iaitu “Jom Tanya Ustazah”, “Confidence Unfold (CUN)”, dan “Talkshow – Iron Lady”. Pada sebelah malam pula, keceriaan diteruskan dengan “Malam Queen of the Queen”.

Dalam slot “Jom Tanya Ustazah”, feqah haid dan nifas, serta masalah-masalah cecair yang sering kali menjadi dilemma muslimah telah disampaikan oleh Ustazah Hanisah binti Muslim. Slot kedua iaitu CUN, telah diisi oleh dua orang penyampai iaitu saudari Ainatul Mardhiah binti Mohamadin dan saudari Dina Adilah binti Md Nasukha, serta dikendalikan oleh saudari Nuramira binti Anuar. Slot ini membincangkan perihal penjagaan kesihatan, kecantikan dan kebersihan wanita muslimah.

Manakala slot terakhir pada petang itu merupakan sebuah talkshow yang bertajuk “Iron Lady”. Slot ini telah dikendalikan oleh dua orang moderator iaitu saudari Nurfatin Afiqah binti Mohd Badrondin dan saudari Mardhiah binti Mohamed Hanafi. Tiga orang ahli panel yang hebat iaitu saudari Nur Sabiha binti Zakaria (PCK), Ustazah Siti Aisyah binti Ismail (Penasihat BKASM) dan saudari Ainal Mardhiah binti Ahmad Zahidi (PCT), telah membawa hadirin menyelusuri sirah srikandi terdahulu dan peranan mereka dalam pembangunan sesebuah masyarakat.

Bagi “Malam Queen of the Queen”, majlis telah dibuka dengan bacaan doa awal tahun Hijriah. Saudari Nurfatin Afiqah binti Mohd Badrondin dari batch GEN11US telah dinobatkan sebagai “The Queen”. Manakala “Batch Terbaik” pada malam itu telah menjadi milik batch GENeXIIS. Disampingitu, satu anugerah khas telah diberi kepada saudari Nur Adibah Husna binti Aladdin iaitu anugerah “Miss PCK”.

Program sehari ini telah melabuhkan tirainya tepat jam sembilan malam. Tahun Baru 1436H telah disambut ceria oleh para akhawat dengan azam baru untuk meneladani srikandi-srikandi Islam.

 

10732454_979884795362235_112646595_o

Senarai Nama Peserta SAKURA

SENARAI NAMA PESERTA

TAHUN 1

  1. ENGKU FATIM AZZAHRA’ BINTI SYED NORZA’IM
  2. NUR HUDA HANISAH BINTI ABDUL MUTALIB

 

TAHUN 3

  1. ATIRAH BINTI IBRAHIM
  2. HIDAYATUL NAADIAH BINTI ZULKIFLI
  3. NABIHAH BINTI MOHAMMAD AZMAN
  4. NAJAH MUNIRAH BINTI AZMAN
  5. NOR SHAHIDA BINTI MOHD RADUAN
  6. NORKHALIS KHALISAH BINTI MOHD YUSOFF
  7. NUR AMALINA BINTI ABDUL RAHIM
  8. NUR HIDAYAH BINTI ZAHARAN
  9. NUR SHAHIRA BINTI SHAMSUDDIN
  10. NUR SYAZWIN BINTI MOHAMMAD SHUKRI
  11. NURASHYKYN BINTI NAZERI
  12. NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI
  13. NURUL FILZAH ‘AYUNI BINTI ROHAIZAT
  14. NURUL SALSABILA BINTI MOKHTAR
  15. RAIHAN BINTI MUHAMMAD RAMZI
  16. WIDAD BINTI AZIZAN

 

TAHUN 4

  1. AIMI ASRINA BINTI NOH
  2. HAFIZATI BINTI ISHAK
  3. MARDHIAH BINTI MOHAMED HANAFI
  4. NOHA NABILA BINTI MOHAMAD AKHIR
  5. NOR AFIFAH BINTI JILANI
  6. NUR ADILAH BINTI SODDRI
  7. NUR AMALIN SHAFIRAH BINTI TUAN MAHADI
  8. NUR AMALINA BINTI MUSTAFFA
  9. NUR AQEELA BINTI MOHD TAHIR
  10. NUR AZURA ASHIKIN BINTI AZIZI
  11. NUR FARZANA SAHIRA BINTI ARIFFUDDIN
  12. NUR FAUZIAHANIM BINTI PAUZI
  13. NUR HADIRAH BINTI AHMAD MUSTAFA
  14. NUR HAMIZAH BINTI AB RAZAK
  15. NUR HUDA BINTI HASSAN
  16. NUR LIYANA BINTI AB AZIZ
  17. NUR SYAZWANI BINTI RAZAK
  18. NURFATIN AFIQAH BINTI MOHD BADRONDIN
  19. NURIN NAJIBAH BINTI UN
  20. NURIZATI HAMIZAH BINTI ABD RAHIM
  21. NURUL ASYIQIN BINTI IBRAHIM
  22. NURUL EMIRA BINTI RASHDAN
  23. NURUL FIRDAUS BINTI HANAFEE
  24. NURUL HUSNA BINTI MURYADI
  25. NURUL SAHIIRAH BINTI AHMAD ROFI
  26. NURUL SHEFAA BINTI AYOB
  27. NURZAHIRAH AALIA BINTI MOHD RAZALI
  28. NUSAIBAH BINTI ABDULLAH
  29. SHAMILA BINTI WAN ANUAR
  30. SITI AMINAH BINTI HARUN
  31. SITI HAJAR BINTI MOKHTAR
  32. SITI NUR HAZWANI BINTI ABDUL AZIZ
  33. SITI NUR SABIHA BINTI AHMAD FADZIL
  34. SITI NUR SUHAILA BINTI RAMLI
  35. SITI SARAH BINTI ZAKARIA
  36. SITI ZULAIKHA BINTI ZULKAPRI
  37. SITI ZULAIKHA BINTI ZULKAPRI
  38. TYASYURRUN NAZIRIN BINTI TAN BICHIK
  39. USWATUL HASANAH BINTI SUHAIMI
  40. WAN FARAH NASUHA BINTI MUHAMMAD HUSNI
  41. WAN FATHIAH NASUHA BINTI WAN NUDRI
  42. ZATEEL FAHADA BINTI RUSLI

 

TAHUN 5

  1. AINATUL MARDHIAH BINTI MOHAMMADIN
  2. ANIS AFIFAH BINTI AB WAHAB
  3. FATIN NABILA BINTI LUQMAN
  4. IZAZI FAKHIRA BINTI FAUZI
  5. NUR AMNINA BINTI NORDIN
  6. NUR HANISAH BINTI HAMDAN
  7. NUR KHALILAH BINTI AHMAD ZAKI
  8. NURFATIN NADIA BINTI MAZLAN
  9. NURIZZATUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NAZRI
  10. NURSUFIA HANIM BINTI MAT NAWI
  11. NURUL ASMAT BINTI YAACOB
  12. NURUL MUKMINAH BINTI MEOR SHAARI
  13. NURULHUDA BINTI IDRIS
  14. NUSAIBAH BINTI AZMI
  15. SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN
  16. SITI ZULAIKHA BINTI MOHD KAMARUDIN
  17. SUMIRAH SUMIYYAH BINTI RAMLI
  18. WAN ZHAFIRAH NUR HASYA BINTI WAN HILMI

 

TAHUN 6

  1. AQILAH BINTI AB RAZAK
  2. FARAHDINA BINTI MOHD FAUZI
  3. FATHIN NUR AQILAH BINTI AZMAN
  4. FATIN FAEZNUR BINTI FAUZI
  5. HAMIZAH BINTI ZAINAL
  6. IZZATI FARHANAH BINTI ARIP
  7. MAHA BINTI AHMAD
  8. NAQIYAN ANIS BINTI ABDUL RAHIM
  9. NATASHA ATIQAH BINTI MAT AMIN
  10. NOOR AMALINA BINTI ABD RAHMAN
  11. NUR ADIBAH HUSNA BINTI ALADDIN
  12. NUR AKMA ANIS BINTI TAJUDDIN
  13. NUR ANIS BINTI MOHD ZALI
  14. NUR ATIQAH BINTI MOHD SUFIAN
  15. NUR FATIN BINTI BAHARIN
  16. NUR SABIHA BINTI ZAKARIA
  17. NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
  18. SITI SHAHIRAH BINTI JAMIL
  19. WAN NURHIDAYAH BINTI WAN YAHYA

 

TANTA

  1. KHADIJAH NURJANNAH BINTI MOHAMAD HABIBULLAH
  2. NADHIRAH BINTI MOHD RASHID
  3. NOOR DIYANAH BINTI JALALUDIN
  4. NUHA SHAHIDA BINTI ROZLAN
  5. NURUL AKMAL BINTI HASSAN
  6. NURUL FAIZAH BINTI ROHAIZAT
  7. NURUL NAJAH BINTI BASIRON
  8. RAHIMAH BINTI AB RAHIM
  9. RAJA SITI NAJIHA BINTI RAJA AZMI
  10. ZAIYAN MASTURAH BINTI MOHD YASIN

Daurah Mentor Ke Arah Dai 200%

Hayyu Sabi’ – 17 OKTOBER -Bagi mencipta kelainan, Daurah Mentor kali ini diadakan selama satu hari satu malam bertempat di Markas Darul Hamka, Sabi’.  Daurah Mentor ini yang bertemakan Dai 200% adalah satu program tahunan Mentor Council(MC) yang bernaung di bawah Biro Pembangunan Insan (BPI).  Daurah Mentor ini membawa objektif yang besar iaitu memberi asas kepada para mentor untuk membawa Smart Circle, memberi ruang mempraktikkan uslub dakwah, dan memperkenalkan organisasi baru Mentor Council.

Para peserta tiba di Darul Hamka pada jam 9.00 malam, bertarikh 16 Oktober 2014 dan bangun  seawal jam 3.00 pagi bagi melakukan qiamullail, solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh wakil dalam kalangan mentor sendiri.

Kursus ini dimulakan dengan perasmian pada jam 7.30 pagi yang disempurnakan oleh saudara Mohd Zaki bin Zainal Abidin, Setiausaha Agung merangkap Ketua Jabatan Pembangunan Insan PERUBATAN 2014/2015. Dalam ucapan perasmian beliau yang bertajuk “Dalil Perjuangan” , para mentor yang menyertai kursus ini diingatkan bahawa tugas mentor bukanlah arahan daripada sesebuah organisasi semata-mata, tetapi ia adalah satu perintah dan suruhan Allah yang harus diikuti oleh kita dalam perjuangan  menegakkan agama Islam berdasarkan ayat Allah dalam al-Quran, “Katakanlah (Muhammad), inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik” (Surah Yusuf: 108).

Majlis diteruskan dengan slot pertama yang bertajuk “Dakwah Tunjang Ummah”  yang disampaikan oleh ustaz Abdul Muni’m bin Syukur. Sebagaimana akar itu menjadi penguat sebatang pokok, maka dakwah yang mantap menjadi tunjang kekuatan sesebuah ummah. Melalui slot ini, para mentor didedahkan mengenai pengetahuan tentang fiqh dakwah atau ilmu dakwah kerana sebagai seorang mentor, pengetahuan tentang fiqh dakwah menjadi satu kewajipan bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja dakwah. Para peserta khusyuk mendengar pengisian tentang rukun-rukun dakwah iaitu, dai, mad’u, manhaj dan uslub.

10378088_722695194472263_2498607077379490474_n

Dalam misi menaikkan semangat para mentor, slot “Peranan Pemuda” diteruskan dan disampaikan oleh Presiden PMRAM, ustaz Haniful Fuad. Pengisian berkisar tentang keadaan umat pada zaman ini yang semakin jauh dari panduan Al-Quran dan Sunnah, dan peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh para pemuda sebagai orang yang kuat yang berada di antara dua zaman kelemahan iaitu masa kanak-kanak dan masa tua. Sirah pelantikan Nabi Muhammad SAW. sebagai Rasulullah pada umur 40 tahun menjadi bukti bahawa zaman muda adalah zaman kemuncak para pemuda untuk menjadi agen perubahan pada sesuatu zaman.

Pada tengah hari pula, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK)  yang bertajuk “Menuju Bintang” diadakan. Aktiviti yang dikendalikan oleh saudara Hafiz Nazri, Setiausaha PERUBATAN Cawangan Kaherah memberi peluang kepada para mentor mencipta visi dan misi dalam pembawaan Smart Circle masing-masing serta membentuk ahli-ahli SC yang proaktif. Selepas solat Jumaat, LDK diteruskan dengan perbincangan tentang “Pengurusan perbincangan & komunikasi berkesan”. Para peserta mempraktikkan cara-cara berkomunikasi dan penyampaian maklumat secara berkesan antara ahli kumpulan masing-masing sebelum dibawa ke dalam SC.

Kemudian kursus diteruskan dengan slot ‘Mentor 360°’ yang dibentangkan oleh, Ustazah Wan Amirah dan saudari  Nur Adibah Husna . Slot “Berjalan ke dalam hati” mengakhiri pengisian thaqafah dalam kursus ini. Slot ini menekankan tentang bagaimana ingin mengikat hati-hati ahli SC agar seruan dakwah menjadi lebih mudah.
10155071_722694577805658_1151905597217283335_n

Aktiviti kemuncak Daurah Mentor adalah Slot Mentor Council di mana berlangsungnya peralihan organisasi Mentor Council sesi lepas yang diketuai oleh Ahmad Luqman bin Ibrahim, pengarah Mentor Council 2013/2014 kepada Muhd Hasif bin Kamarudin, pengarah Mentor Council 2014/2015. Para peserta juga disajikan dengan video pengenalan organisasi baru Mentor Council. Ucapan perasmian penutup oleh pengerusi Perubatan Cawangan Kaherah, Haniz Iqbal bin Hazaidi mengakhiri Daurah Mentor pada hari itu. Para peserta amat berpuas hati dengan kursus kali ini kerana terdapat banyak pengisian yang bermanfaat dan padat.

10698512_722695854472197_5066926298400270043_n

 

 

Disediakan oleh,
Siti Nur Sabiha bt Ahmad Fadzil,
Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

 

 

 

Titik Permulaan Ukhuwwah Terbina Antara Kaherah & Tanta

Kaherah, 30 Ogos-Kunjungan rombongan dari Tanta ke Sayyeda Zainab mengeratkan lagi hubungan antara dua cawangan, PERUBATAN Cawangan Kaherah(PCK) dan PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT).

Kunjungan kali ini merupakan titik tolak permulaan ukhuwah antara ahli PCK & PCT untuk berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Kehadiran ahli PCT disambut mesra oleh ahli PCK yang hadir. Sebelum ini, ahli PCK pernah berkunjung ke Tanta bagi merayakan lebaran bersama.

Daurah Kitab yang dianjurkan PCT ini merupakan salah satu usaha untuk menyambung pembacaan Kitab Al-Qawaid Al-Asasiyyah fi Ulumul Quran sebagai  kesinambungan program DAWA’ yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Insan 20 Ogos yang lalu. Namun begitu, PERUBATAN Cawangan Kaherah diberi peluang untuk menjadi sebagai tuan rumah pada kali ini. Pengisi yang dijemput adalah Ustaz Mohd Shafiq Bin Sahimi.
dawa
Pembentangan kitab bermula pukul 5.30 petang dan berhenti rehat seketika untuk solat Maghrib. Selepas Maghrib, daurah bersambung sehingga berakhir pada pukul 9 malam.
dawa2
Naib Pengerusi 2 PCT, Zaiyan Masturah menyatakan rasa gembira kerana dapat mempelajari ilmu berkaitan Al-Quran, malah dapat juga pelajari tentang usul fiqh secara tidak langsung.Layanan yang diberikan oleh warga PCK selaku tuan rumah amatlah baik sekali.

“Harapannya agar selepas ini dapat lagi laksanakan program bersama begini kerana selain dapat menuntut ilmu, dapat mengeratkan hubungan antara ahli berlainan cawangan. Lebih-lebih lagi PCT dan PCK merupakan cawangan taakhi sepertimana yang telah Presiden PERUBATAN nyatakan semasa MAT yang lepas,” ujar beliau lagi.

 

Disediakan oleh,

Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin,
Timbalan Setiausaha merangkap pemangku Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015