Archives for PROGRAM - Page 2

GARAGE SALE GEN 08 – BUKAN JUALAN BIASA

Sayyeda Zainab, 6 Februari- Batch Gen 08 (Class of 2008-2014) yang terdiri daripada pelajar tahun 6 akhir Universiti Kaherah telah berjaya menganjurkan hari jualan barangan terpakai, ‘Garage Sale Gen 08’ di Markas PERUBATAN Abou Risy.

Pelbagai barang dijual dengan harga murah sempena kepulangan mereka ke tanah air tidak lama lagi, setelah 6 tahun setengah menuntut ilmu di Ardul Kinanah ini. Antaranya ialah barang elektrik, buku-buku, alat tulis, pakaian, akesori, beg, alat muzik dan barang plastik. Menariknya, makanan seperti nasi kerabu, keropok lekor, kek dan kuih muih turut dijual untuk kudapan pengunjung.

GS4

Jualan yang bermula pada pukul 10 pagi itu telah mendapat sambutan luar biasa oleh para pengunjung semenjak jam pertama lagi. Mereka tidak mahu melepaskan peluang membeli barang keperluan dengan harga diskaun sehingga 80%, malah ada buku-buku yang dilelong secara percuma. Turut kelihatan ialah beberapa orang pelajar Universiti Ain Shams serta En. Khairy (Pegawai JPA) dan keluarga yang berkunjung sambil membeli barang yang dijual.

Dalam pada itu, batch Gen 08 dengan kerjasama Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Kaherah, telah menyumbang 19 guni barang-barang terpakai berupa pakaian, beg, bantal dan cadar kepada Resala Charity Organization. Pada pukul 430 petang, 3 orang wakil Resala telah datang ke markas untuk mengambil barang-barang sumbangan tersebut. Penyerahan barang telah disampaikan oleh saudara Wan Ahmad Hafizi, wakil Gen 08 diiringi saudara Afiq Zulhilmi dan Fatin Nabila sebagai wakil AJKT PERUBATAN.

Resala ialah sebuah persatuan kebajikan NGO Mesir yang diasaskan sejak tahun 1999 dengan tujuan memberi bantuan makanan, pakaian, khidmat kesihatan dan pendidikan kepada penduduk tempatan yang memerlukan. Barang-barang terpakai yang telah disumbang ini akan dibaik pulih untuk diberi kepada penduduk miskin melalui jualan durian runtuh bagi memberi peluang kepada mereka untuk merasai nikmat membeli belah. Ini turut menjadi salah satu sumber kewangan Resala selain sumbangan dana.

Hari jualan ini telah berakhir pada pukul 5 petang. Ternyata Garage Sale Gen08 bukan sekadar jualan biasa apabila ahli mendapat peluang untuk menjual beli sambil memberi kepada orang yang kurang bernasib baik. Tahniah dan terima kasih kepada senior-senior Gen 08. Selamat maju jaya!

 

GS

 

GS2

GS3

UFO 2014 – UKHUWAH DIBINA, KERIANGAN DIRASA

Markas Syabab, Zenhom, 12 Disember – Keluang Man, Joe Jambul, Upin & Ipin, dan Boboiboy, itulah nama-nama pasukan atau rumah sukan pada Ultimate Family Outing (UFO) ‘2014. Acara Hari Keluarga yang merupakan program tahunan dalam kalendar PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) ini telah membawa seluruh warga PCK kembali ke alam kanak-kanak dengan temanya “Reminiscing Our Childhood Memory”.

Empat sukaneka telah dipertandingkan iaitu dodge ball, pijak belon, galah panjang, dan baling selipar. Di samping itu, turut diadakan Explore Race bagi para akhawat serentak dengan sukaneka yang sedang berlangsung. Keempat-empat sukaneka ini turut menyaksikan penyertaan daripada ahli PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) yang hadir dan diserap masuk ke dalam setiap pasukan.

Bagi merebut gelaran Juara, keempat-empat rumah sukan telah berusaha sehabis baik. Bermula dari pakaian dengan warna yang seragam beserta button badge, sorakan yang mencuit hati dan gegak gempita, bendera dan sepanduk yang kreatif, sehinggalah botol kosong yang dicat warna pasukan untuk menyemarakkan sorakan.

Kalah menang adat pertandingan. UFO tahun ini telah menobatkan rumah Upin & Ipin sebagai Juara, Joe Jambul sebagai Naib Johan, Keluang Man di tempat ketiga, manakala Boboiboy terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat. Kelainan UFO ’14 adalah dengan adanya anugerah-anugerah khas kepada ahli PCK, iaitu ‘Ketua Rumah Sukan Terbaik’ (ikhwah & akhawat), dan ‘Ahli Aktif’ bagi setiap pasukan (ikhwah & akhawat).

Bersempena dengan bahang Pilihanraya PCK yang akan menjengah, turut diadakan sesi pengenalan calon AJKT, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan MTP yang telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilhanraya Cawangan (JPC) PCK untuk sesi kepimpinan 2015/2016. Kelainan yang dibawa oleh JPC dalam mengendalikan slot ini telah menghiburkan ahli PCK, di mana setiap calon AJKT telah melakonkan adegan-adegan daripada filem-filem klasik Melayu.

Turut mengisi slot UFO ’14 adalah slot penyampaian anugerah ‘Musrif Terbaik’ mengikut kawasan oleh Jabatan Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) PCK. Musyrif Terbaik bagi kawasan Mounira ialah Muhammad Khalis bin Abu Hussin, Mohamad Hifzhan Arimi Bin Mohamad Hidzir bagi Sayyeda Zainab, Aimatnuddin Husairi Bin Hussain bagi Abou Rish, dan Mohammad Azizul Bin Kamaruddin bagi Zenhom.

Hari Keluarga PCK telah berakhir tepat jam empat petang dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Ternyata UFO ’14 mempunyai kemanisannya yang tersendiri berbanding tahun sebelum ini walaupun keadaan PCK yang semakin kurang bilangan ahlinya. Semoga kita semua beroleh ‘piala ukhuwah’ dan dapat menjaganya bersama-sama.

 

bBoboiBoy

 

jJoe Jambul

 

kKeluang Man

 

uUpin & Ipin

Berita disediakan oleh,

Nur Farzana Sahira bt Ariffudin
Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

SENARAI ATLET IKHWAH PERUBATAN SPORTS DAY (PSD)

Bola sepak

  • MUHAMMAD AFNAN BIN MOHD FAKHRURAZI
  • HELMI IZWAN BIN ABDUL KADIR
  • MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
  • WAN MOHD HASANUDDIN BIN CHE YUSOFF
  • MUHAMMAD AMIRUL IZAN BIN AZIZ
  • MOHD SHAFIQ BIN MOHD SHAMSUDDIN
  • ABDUL MUIEZ FAHEEM BIN ZAKIUDDIN
  • MOHAMMAD BUSYOIRI BIN NORRODIN
  • MUHAMMAD AMINUDDIN BIN KHALID
  • ABDULLAH FAHMI BIN ROHIME
  • AHMAD LUQMAN BIN IBRAHIM
  • AMIR ASYMUNIR BIN MOHAMAD
  • MUHAMAD FAISAL ARIEF BIN MOHD SUHAIMI
  • MUHAMMAD MUNAWWIR BIN MOHD HASSAN
  • MUHAMMAD IZZAT HAFIZI BIN ZAABA

 

Futsal A

  • AHMAD AFIQ FADHLI BIN RAMLI
  • SYED MUHAMAD ADIB BIN SYED TAHA
  • MUHAMMAD NUR AZRI BIN MOHD HISAM
  • MOHAMAD ALIF BIN MD SAAD
  • MUHAMMAD HAFIZ BIN INCHE IBRAHIM
  • MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMMED AYYUB
  • AHMAD SYAHID BIN ABU SAPIAN
  • MUNDZIR BIN ZAINUDIN
  • IQY HAZIQ BIN MOHAMAD

 

Futsal B

  • MEGAT HARIZ BIN MEGAT MOHAMAD ANUAR
  • MUHAMMAD FIKRI BIN ISMAIL
  • MUHAMMAD HEIQAL BIN KAMALUDIN
  • AHMAD AZLAN BIN MOHAMAD AMIN
  • MOHAMMAD AQEEL SHAMEEM B MOHD ANUAR
  • MOHAMAD ASYRUL NAEMI BIN MOHD SURI
  • MOHAMMAD AQIL BIN AZMAN
  • AIMATNUDDIN HUSAIRI BIN HUSSAIN
  • MUHAMMAD ARIF IMRAN BIN ZAINAL RASHID

 

Takraw

  • MUHAMMAD BASHEER BIN YAHYA
  • MUHAMAD FIRDAUS BIN RAHIM
  • NAZRIN SAFUAN BIN NAWANG

 

 

Bola keranjang

  • AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
  • AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI

 

Balapan :

100m-

200m-

400m- MUHAMMAD HANIF IMRAN BIN MUHAMMAD ‘ARIFF FADHILLAH

– WAN NUSAIRI BIN WAN MOHD NASRUDDIN

1500m-MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABU BAKAR

4X100m-

4X400m- MUHAMMAD AMIRUL IZAN BIN AZIZ*

– MUHAMMAD HANIF IMRAN BIN MUHAMMAD ‘ARIFF FADHILLAH*

– MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI*

– WAN NUSAIRI BIN WAN MOHD NASRUDDIN*

 

Dam

  • ADHAM BIN JUNUS
  • MUHAMMAD KHAIR BIN ALI

 

Catur

  • AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH
  • SHAHRUL ‘ARIF BIN SHAHRUL AZHAR

 

Jumlah pemain=45

Extra=2

SENARAI ATLET AKHAWAT PERUBATAN SPORTS DAY (PSD)

PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH (PCK)

BOLA KERANJANG

1. Aimi Asrina Bt Noh
2. Hafizati Bt Ishak
3. Nabihah Bt Mohammad Azman
4. Nur Syazwin Bt Mohammad Shukri
5. Nurul Filzah Ayuni Bt Rohaizat
6. Siti Hajar Bt Mokhtar
7. Siti Zulaikha Bt Zulkapri

BOLA TAMPAR

1. Shamila Bt Wan Anuar
2. Nurfauziah Hanim Bt Pauzi
3. Nur Huda Bt Hassan
4. Atiqah Bt Mohd Rafi
5. Amalia Bt Rosman
6. Rabiatul Adawiyah Bt Ahmad
7. Siti Zulaikha Bt Kamarudin
8. Siti Nur Hazwani Bt Abdul Aziz
9. Nurul Miza Shaheiha Bt Mutalib

PINGPONG

1. Nur Aqeela Bt Mohd Tahir
2. Raihan Bt Mohammad Ramzi
3. Widad Bt Azizan
4. Nabila Bt Azmi

BALAPAN

100 meter:
1. Nur Adilah Bt Soddri
2. Noor Asyireen Bt Ayub

200 meter:
1. Wan Farah Nasuha Bt Wan Mohd Husni
2. Nabil Huda Bt Che Murad

400 meter:
1. Nur Adilah Bt Soddri
2. Rasyidah Bt Anuar Musaddad

4×400 meter:
1. Nusaibah Bt Abdullah
2. Nur Fatin Bt Baharin
3. Nurul Fasehah
4. Nur Adilah Bt Soddri

CATUR

1. Nurul Husna Bt Muryadi
2. Najihah Bt Janudin

CONGKAK

1. Nur Liyana Bt Ab Aziz
2. Engku Fatim Azzahra’ Bt Syed Norza’im

WALKATON

1. Atirah Bt Ibrahim
2. Shahirah Bt Samsuddin
3. Nurul Emira Bt Rashdan
4. Nurul Sahiirah Bt Mohamad Rofi
5. Nurfaizah Bt Abdul Aziz
6. Nursufia Hanim Bt Mat Nawi
7. Nusaibah Bt Azmi
8. Sabiha Bt Zakaria
9. Adibah Husna Bt Aladin

TARIK TALI

1. Nor Afifah Bt Jilani
2. Nur Khalis Khalisah
3. Nurul Salsabila Bt Mokhtar
4. Shahida Bt Ridzuan
5. Nur Hidayah Bt Zaharan

[AHLAN’14] ‘Susah atau Senang?’

Pepatah Inggeris ada menyebut  ‘Experience is the best teacher’.

Hidup di Mesir yang mengajar seribu satu pengalaman ini, ada yang akan mengatakan kehidupan di sini sulit sementara ada pula yang bakal mengatakan hidup di Mesir ini senang. Sebenarnya, semua bergantung dengan bagaimana kita menangani situasi.

Pertamanya , siapa yang ingin menyambung pengajian di Mesir perlu mempunyai asas Bahasa Arab. Benarkah? Jawapannya tidak semestinya. Ilmu  boleh dicari. Yang penting, perlu tahu beberapa perkataan  Arab  berserta maksud  terutamanya  perkataan yang biasa digunakan dalam berkomunikasi.

Contohnya :

‘aizah – nak

da / di – ini ( benda)

bi kam – berapa harga?

Sedikit sahaja, tidak perlu banyak. Cukup sekadar boleh berkomunikasi dengan masyarakat apabila sudah berada di Mesir. Tidaklah nanti  tercengang-cengang seperti  ‘rusa masuk kampung’. Sebolehnya utamakan mendalami kosa kata Arab ammiah yang merupakan dialek Arab Mesir. Bahkan Ammiah sebenarnya lebih mudah untuk dikuasai berbanding Fushah (yakni bahasa arab formal) . Apabila sudah berada di Mesir, digalakkan untuk lebih mendalami Bahasa Arab, agar tidak terus berada di takuk yang sama seperti awalnya.

Untuk tips menambah kefasihan Arab Ammiah, disarankan untuk menonton dokumentari -dokumentari Mesir, berlatih  bercakap dengan masyarakat setempat atau menambah kenalan  Arab. Selain itu, sikap suka membantu masyarakat setempat di sini dapat membantu kita untuk tidak berasa segan dalam proses memperbaiki kemahiran percakapan Ammiah kita.

ahlan1

Adat pelajar Malaysia di Mesir, kami duduk di rumah yang disewakan oleh warga tempatan dan berurusan sendiri dengan mereka. Walaupun di Mesir terdapat asrama kampus yang disediakan, kebanyakan pelajar Malaysia menetap di rumah sewa sendiri. Banyak pengalaman baru yang bakal kita peroleh yang tidak dapat dirasai pelajar di Malaysia.

Bagaimana cara untuk menyewa rumah?  Ikutlah kata peribahasa ‘malu kayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan’.

Memang sangat disarankan untuk adik-adik junior meminta bantuan dengan senior  bagi mengelakkan ditipu dan sebagainya. Bantuan dan tunjuk ajar mereka tidak terhad dalam mencari rumah sahaja . Banyak benda yang boleh kita minta petunjuk daripada mereka  yang terlebih dahulu makan garam daripada kita seperti  dalam proses pembelian motor, pemilihan kelas Bahasa Arab, pemilihan masyaikh dalam pengajian tafsir atau tahsin atau juga kelas talaqqi.

ahlan2

Di Mesir inilah, peluang untuk kita tingkatkan kefahaman agama, tingkatkan kefasihan Bahasa Arab bagi yang sudah mempelajarinya sejak dari zaman tadika lagi. Agak merugikan jika Bahasa Arab yang telah kita pelajari dibiarkan terkubur begitu sahaja.

Ayuh kita tingkatkan lagi kemahiran Bahasa Arab di sini! Ayuh kita  belajar Bahasa Arab bagi yang baru dipermulaan!

Selain daripada itu, di Kaherah, terdapat jaringan metro yang memudahkan kita untuk bergerak ke mana saja destinasi yang mahu dituju. Laluannya tidak kompleks berselirat dan tidak susah untuk difahami seperti  di Kuala Lumpur apatah lagi Perancis yang sangat memeningkan. Sekali mempunyai pengalaman menaikinya, insya Allah sudah boleh faham laluannya. Untuk kali pertama mencuba, adik-adik digalakkan meminta  bantuan senior bagi mengelakkan tersesat.

Begitu juga dengan tremco atau bas. Kata pepatah, ‘alah bisa tegal biasa’, rutin hidup di Mesir perlu sentiasa  bersiap siaga untuk dirempuh dan dihimpit dengan orang-orang Arab yang saiznya agak besar daripada saiz kita orang Asia.

ahlan3

Adat berada di rumah orang, janganlah seperti rumah sendiri. Begitu jugalah adat berada di negara orang, janganlah seperti di negara sendiri. Kedutaan Malaysia dan persatuan pelajar Malaysia di sini sentiasa bersedia menjaga kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.  Sementara kita secara individu pula perlu cakna dengan segala isu keselamatan di Mesir demi keselamatan diri kita .

“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah,”

(Surah Al Balad ,ayat 4)

 

Konklusinya, tiada ada yang senang hidup di dunia ini. Tidak kira di mana pun kita berada, sama ada Malaysia, India, Mesir, semuanya memerlukan usaha dan kesungguhan diri.

Justeru, kehidupan di Mesir ini, susah atau senang terpulang kepada bagaimana anda mencorakkannya.

AHLAN WA SAHLAN adik-adik junior ke bumi Mesir!

Artikel ini ditulis oleh saudari Nurzahirah Aalia binti Mohd Razali, mahasisiwi Tahun 4 Perubatan Universiti Kaherah.