Archives for PERUMAHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Al-Munafiqun, 62:10)
Markas PERUBATAN Abou Risy ibarat rumah kedua bagi semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) . Hal ini kerana, di dalam markas inilah pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti kelas tafaqquh, Taalim Muallim, Ijtima’ Huffaz, kelas tutorial, mesyuarat dan program daripada peringkat batch sehinggalah peringkat PERUBATAN Pusat. Markas ini telah banyak berjasa dalam menjadi tempat pengikat ukhuwah ahli-ahli PCK. Amat besarlah harapan kami, Biro Perumahan (BHOME) PCK, agar semua ahli PCK dapat bersama-sama membantu dalam membiayai sewa markas dan bil-bil berkaitan dengan markas yang kita sayangi ini.
Sehubungan dengan itu, pihak BHOME PCK ingin mengumumkan kutipan Sistem Bakti Markas (SBM) bagi tahun pengajian 2015/2016.
PENGENALAN SISTEM BAKTI MARKAS (SBM)
Sistem Bakti Markas yang diwujudkan bertujuan untuk membiayai sewa bulanan Markas PERUBATAN Abou Risy. Sistem ini diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan Bendahari BHOME PCK.
Pada tahun ini, kami pihak BHOME PCK bersepakat meneruskan kadar kutipan yang sama seperti sesi yang lepas. Berikut adalah sebab-sebab kadar jumlah yang ditetapkan adalah sama:
- Peningkatan sewa markas yang mendadak daripada 1600le kepada 1800le pada bulan Jun 2013 dan daripada 1800le kepada 2000le pada bulan November 2014 sehingga kini.
- Pengurangan ahli PCK disebabkan oleh tawaran Sistem Transfer Kredit.
- Ketiadaan pelajar-pelajar baru di Universiti Kaherah yang menjadi sumber penyumbang kepada SBM.
MODUS OPERANDI SISTEM BAKTI MARKAS (SBM) 2015/2016
- Kutipan SBM terbahagi kepada DUA.
- Pelajar tajaan: 15le
- Pelajar bukan tajaan: 10le
- Kutipan ini adalah DIWAJIBKAN ke atas semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah.
- Pengenalan SBM dan kutipan SBM akan dilaksanakan dengan kerjasama bendahari setiap batch di bawah seliaan Bendahari BHOME PCK.
- Kutipan akan bermula pada 1 April 2015.
- Kutipan hanya dijalankan 4 kali sepanjang sesi 2015/2016.
- Hasil kutipan oleh bendahari setiap batch perlu diserahkan kepada Bendahari BHOME PCK.
- Sebarang penambahan sumbangan kewangan peribadi mahupun berkumpulan selain SBM amatlah dialu-alukan. Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada KETUA BHOME PCK, TIMBALAN KETUA BHOME PCK atau BENDAHARI BHOME PCK.
- Sebarang masalah yang dihadapi boleh merujuk kepada :
- MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA (KETUA BHOME PCK) +201156901887
- NAJIHAH BINTI JANUDIN (TIMB. KETUA BHOME PCK) +201154501817
- AIDA FARHANA BINTI MOHAMED KAMAL (BENDAHARI BHOME PCK) +201140092426
Kami di pihak PERUBATAN Cawangan Kaherah mengucapkan jazakumullah khairan kathira kepada para penyumbang sesi sebelum ini yang banyak meringankan beban pembayaran sewa markas. Semoga amalan kebaikan kita ini berterusan untuk tahun yang akan datang, sekaligus memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih.
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Together We Unite To Serve Our Community”
MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA
Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016
NAJIHAH BINTI JANUDIN
Timbalan Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016
KAHERAH,18 Disember, Rabu, -Sebuah rumah yang didiami oleh lima orang mahasiswi Universiti Kaherah berhampiran Restoran Baghal Munirah telah mengalami kebakaran. Empat orang daripada mahasiswi tersebut merupakan mahasiswi tahun akhir yang sedang menghadapi peperiksaan akhir dan seorang lagi merupakan mahasiswi tahun 6 Universiti Kaherah.
Kejadian yang berlaku pada jam 6.50 petang telah disedari oleh salah seorang mangsa, saudari Nur Atiqah Mohd Hanifah. Terkejut melihat keadaan rumah yang dipenuhi asap, mangsa segera menyelamatkan diri bersama seorang lagi ahli rumahnya. Mangsa terus meminta bantuan daripada jiran yang berdekatan.Kebakaran menyebabkan sebuah bilik hangus dijilat api manakala bahagian rumah yang lain seperti tandas dan dapur sedikit terjejas.
Kira-kira pada pukul 7.30 malam, pasukan bomba tiba dan api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian. Laporan polis telah dibuat ekoran kejadian ini pada hari tersebut. Punca kebakaran masih disiasat.Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah 15 000 LE.
Pegawai JPA, Encik Muhamad Zikril Azan bin Abdullah dan pegawai HEP Selangor, Ustaz Mohd Farid Bin Zainal datang melawat mangsa dan melihat tempat kejadian pagi tadi. Turut bersama para pegawai tersebut Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) dan wakil AJKt Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) .
Marilah sama-sama kita mendoakan mangsa diberi kekuatan atas ujian ini dan dipermudahkan segala urusan. Ahli PCK disarankan untuk berjaga-jaga dan berwaspada agar kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan pada masa hadapan.
Sebarang laporan atau aduan , sila hubungi :
Aimatnuddin Husairi Bin Hussein : 0114-7626 435
Nur Amnina Binti Nordin : 0115-3690 033
“Haq Tertegak ,Bi’ah Terpelihara”
JAKSI PERUBATAN Cawangan Kaherah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Al-Munafiqun, 62:10)
Markas PERUBATAN Abou Risy ibarat rumah kedua buat semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah. Hal ini kerana, dalam markas inilah pelbagai aktiviti-aktiviti dilaksanakan seperti kelas tafaqquh, Taalim Muallim, Ijtima’ Huffaz, kelas tutorial, mesyuarat-mesyuarat dan program-program daripada peringkat batch sehinggalah PERUBATAN pusat. Markas ini telah banyak berjasa dalam menjadi tempat utama pengikat ukhuwah ahli-ahli PCK. Amat besarlah harapan di pihak kami BHOME PCK, agar semua ahli PCK dapat bersama-sama membantu dalam membiayai sewa markas dan bil-bil berkaitan dengan markas yang kita sayangi ini.
Sehubungan dengan itu, pihak BHOME PCK ingin mengumumkan kutipan Sistem Bakti Markas (SBM) bagi tahun pengajian 2013/2014.
PENGENALAN SISTEM BAKTI MARKAS (SBM)
Sistem Bakti Markas merupakan penjenamaan semula kepada Sistem Infaq Berunit (SIB) yang diwujudkan bertujuan untuk membiayai sewa bulanan dan bil-bil yang berkaitan dengan Markas PERUBATAN Abou Risy. Sistem ini diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan Bendahari BHOME PCK.
Bagi sesi sebelum ini, Sistem Bakti Markas (SBM) lebih dikenali dengan nama Sitem Infaq Berunit (SIB), yang telah dilaksanakan dengan menetapkan satu unit yang bernilai 50le, di mana setiap batch perlu memenuhi kuota unit (20 unit) yang telah ditetapkan oleh Bendahari BHOME dan perlu membayar kuota tersebut setiap 3 bulan sekali. Namun pada sesi kali ini, berlaku beberapa perubahan dalam teknikal kutipan atas sebab-sebab berikut:
- Peningkatan sewa markas yang mendadak daripada 1600le kepada 1800le pada bulan Jun dan daripada 1800le kepada 2000le pada bulan November.
- Evakuasi kali ke-2 yang berlaku di Mesir, menyebabkan BHOME terpaksa berhutang dengan beberapa pihak untuk membayar sewa markas dua bulan lebih awal.
- Pengurangan ahli PCK disebabkan oleh tawaran Sistem Transfer Kredit.
- Ketiadaan pelajar-pelajar baru di Universiti Kaherah yang menjadi faktor penyumbang kepada pengurangan jumlah kutipan SIB.
MODUS OPERANDI SISTEM BAKTI MARKAS (SBM) 2013/2014
1. Kutipan SBM terbahagi kepada DUA.
- Pelajar tajaan: 15le
- Pelajar bukan tajaan: 10le
2. Kutipan ini adalah DIWAJIBKAN ke atas semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah.
3. Pengenalan SBM dan kutipan SBM akan dilaksanakan dengan kerjasama BENDAHARI setiap batch di bawah seliaan BENDAHARI BHOME PCK.
4. Tempoh kutipan adalah selama SEBULAN iaitu sepanjang bulan DISEMBER 2013
5. Kutipan hanya dijalankan SEKALI sepanjang sesi pentadbiran PCK 2013-2014
6. Hasil kutipan oleh bendahari setiap batch perlu diserahkan kepada BENDAHARI BHOME PCK.
7. Sebarang penambahan sumbangan kewangan selain SBM yang berbentuk peribadi mahupun berkumpulan amatlah dialu-alukan dan sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada KETUA BHOME PCK, TIMBALAN KETUA BHOME PCK atau BENDAHARI BHOME PCK.
8. Sebarang masalah yang dihadapi boleh merujuk kepada
HUSAINI BIN ABDUL MALIK (BENDAHARI BHOME PCK) – 01063449927
SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN (TIMB. BENDAHARI BHOME)- 01143493838
NOHA NABILA BINTI MOHAMAD AKHIR (TIMB. BHOME PCK) – 01128860412
MUHAMMAD ZOFIR WAJDI BIN ARIP (PEMANGKU KETUA BHOME PCK) – 01118869679
Kami di pihak BHOME PCK dan PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH mengucapkan jazakumullah khairan kathira kepada para penyumbang untuk sesi sebelum ini. Moga amalan kebaikan kita ini berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang sekaligus memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih.
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Together We Unite To Serve Our Community”
Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip
Pemangku Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014
Noha Nabila Binti Mohamad Akhir
Timbalan Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurniaNya kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sesi pengajian baru semakin rancak. Ini sekaligus meredakan kehangatan isu ‘transfer credit’ dalam kalangan ahli. Semoga kita dapat meletakkan fokus yang maksimum dalam pelajaran walau di mana kita berada.
Untuk makluman ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK), seramai 3 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) ikhwah, dan 2 orang AJKT akhawat telah menerima tawaran ‘transfer credit’ seterusnya meninggalkan jawatan sebagai AJKT PCK. Justeru, portfolio-portfolio berkaitan akan dipangku oleh AJKT yang berada di Mesir.
Berikut merupakan AJKT yang pulang ke Malaysia bagi meneruskan pengajian di universiti tempatan.
1. Muhammad Afnan Bin Fakhrurazi (Bendahari)
2. Muhammad Aizat Bin Osman (Ketua Biro Perumahan)
3. Mohamad Salehuddin Bin Md Saad (Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar)
4. Nur Alysya Binti Musthafa (Timbalan Setiausaha)
5. Nurul Atiqah Binti Mohd Azman (Timbalan Ketua Kebajikan)
Berikut merupakan maklumat pemangkuan AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah.
1. Bendahari
Muhammad Hafiz Bin Nazri
01149616678
anahafiz@yahoo.com.my
2.Timbalan Setiausaha
Farah Hanin Binti Mohd Azmi
01114993362
hanin_azmi@yahoo.com
3.Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)
Afiq Zulhilmi Bin Zairudin
01116042500
afiq_whiteshark2000@
yahoo.com
4.Timbalan Ketua Biro Kebajikan (BCARE)
Siti Aminah Binti Harun
01144416985
jundul_muslimah@
yahoo.Com
5.Ketua Biro Perumahan (BHOME)
01152521828
zofirw@yahoo.com
Semoga pemangkuan ini dapat memastikan kelangsungan gerak kerja dan perkhidmatan kepada ahli PCK. Besar harapan kami agar para penggerak PCK terus bersemangat dalam menjalankan amanah yang dipikul.
Seeru a’la barokatillah.
“Kita Keluarga PCK”
At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah
Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati.
Yang menjalankan amanah,
Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 13/14
Nur Sabiha Binti Zakaria,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 13/14.
Tahukah anda apa itu Team Spanar Jaya?
Ya, pada tahun ini, kami Unit Penyelenggaraan BHOME PCK memperkenalkan satu pasukan yang baru ditubuhkan untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan rumah anda. InsyaAllah Team Spanar Jaya akan membantu anda selagi mampu. Usah khuatir, usah risau lagi, kerana kami sentiasa bersama anda.
Untuk sebarang urusan dan maklumat lanjut, hubungi:
Muiz Hassani, Tahun 3 – 01141016329
“Together we unite, to serve our community”
.:Biro Perumahan:.
“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH 2013/2014