Archives for PENERBITAN & PENERANGAN - Page 2

Kita Mampu Mengubahnya

“Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna, Ingatlah Orang Tersayang, Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat – Anda Mampu Mengubahnya.”

Acapkali kita mendengar atau melihat iklan-iklan seperti ini ketika musim perayaan khususnya bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya. Hal ini bertujuan untuk mengingatkan pemandu jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati dan tiba di destinasi yang ingin dituju dengan selamat.

Malaysia-bus-crash-countrys-most-deadly-vehicle-crash-ever-21aug2013-GETTY-IMAGES

Namun saban tahun, kemalangan jalan raya sama ada melibatkan sebilangan kematian atau hanya cedera ringan tidak berkurang malah meningkat pada kadar yang berterusan setiap tahun. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), statistik daripada OPS Sikap terkini dan dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya (iaitu 2007, 2008, 2009, 2010, 2011), jumlah kemalangan meningkat daripada 15,911 ke 17,288 pada tahun 2012.

Kehilangan sejumlah nyawa ini bukan sahaja merugikan ahli keluarga, bahkan negara dalam sudut modal insan. Setiap nyawa yang hilang mendatangkan kerugian pada segala wang serta perbelanjaan yang disalurkan untuk mereka tetapi pada akhirnya tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Menurut World Health Organisation (WHO), kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan, setiap tahun hampir 700,000 kematian dan 10 juta kecederaan berlaku akibat kemalangan jalan raya di seluruh penjuru duni.

Belanja yang telah ditelan? Hampir RM 1750 juta..

Tiada permasalahan yang tiada penyelesaiannya. Beberapa pakar kesihatan memberitahu bahawa kadar kematian daripada kemalangan jalan raya masih boleh dikurangkan melalui beberapa kaedah disamping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Antaranya ialah bantuan kecemasan di tempat kejadian yang efisyen.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow dalam isu ini berkata, “Mangsa kemalangan jalan raya ada peluang tinggi untuk hidup dan penurunan kadar kecederaan parah jika diberi bantuan kecemasan secepat mungkin”

WHO-CustomPenerangan oleh beliau ini selari dengan suatu kajian berasingan lain yang turut menyatakan bahawa kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya menemui ajal sebelum tibanya bantuan paramedik atau ambulan. Lebih malang, 39% sehingga 85% kematian tersebut terdiri daripada kes saluran pernafasan yang terhalang; yang sepatutnya mudah dicegah dengan bantuan segera.

Hal ini membuktikan bahawa bantuan kecemasan di tempat kejadian sebelum tibanya ambulans dan paramedik, penting dalam membantu mengurangkan kadar kematian dan mengelak komplikasi berlakunya kecederaan parah. Bagi pelajar-pelajar perubatan, kemampuan untuk memberikan bantuan kecemasan sudah tentu adalah penting.

Kaedah Bantuan Kecemasan

Teori bantuan kecemasan ini terdiri daripada 5 komponen penting yang perlu diambil perhatian. Ia disingkatkan kepada “DR-ABC” iaitu “D” untuk danger  (bahaya), “R” untuk response (respon), “A” untuk airways (saluran), “B” untuk breathing (pernafasan) dan “C” untuk circulation (peredaran darah). Mereka yang terlibat dalam memberikan bantuan kecemasan ini, haruslah peka kepada setiap gerak balas serta kondisi mangsa dan keadaan sekeliling mereka. Keadaan dan suasana kemalangan sentiasa perlu diambil di dalam perkiraan.

Maka sekiranya anda sebagai pengamal perubatan atau pemerhati yang mempunyai teori serta praktikal dalam bidang bantuan kecemasan, apakah peranan anda di tempat kejadian dalam membantu menyelamatkan mangsa keadaan dan mengurangkan risiko komplikasi yang akan berlaku sebelum mangsa dihantarkan ke hospital?

Langkah bantuan kecemasan untuk kemalangan jalan raya:

  1. Pastikan keadaan sekeliling selamat
  2. Panggil mangsa atau tepuk bahunya beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak
  3. Jika mangsa tidak sedarkan diri, ini menandakan keadaannya mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapatkan ambulans dengan segera. Anda juga perlu memanggil ambulans walaupun mangsa dalam keadaan sedar.
  4. Sementara ambulans sampai, lakukan langkah A, B, C (udara, pernafasan dan edaran udara)
  5. Jika mangsa sedar, cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memastikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap, peredaran udara akan berlaku. Maknanya udara akan masuk ke dalam paru-paru dan otak (A)
  6. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepalanya dan lihat tanda pernafasan. Tanpa pernafasan boleh dikesan dengan melihat dada, sama ada berlaku pergerakan dada atau abdomen mengsa. Anda juga boleh mengesan pernafasan mangsa dengan mendekatkan pipi anda ke mulut (CPR)
  7. Jika mangsa tidak bernafas, segera berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR)
  8. Jika mangsa mengalami pendarahan, darah perlu dihentikan segera untuk mengelak mangsa mengalami kejutan atau mati akibat kehilangan banyak darah
  9. Luka perlu ditutup  dengan kain kasa atau tuala yang bersih. Tekan kain atau tuala ini pada luka. Kehadiran bahan asing ( tuala dan kain ) akan menyebabkan darah bergumpal dan menghentikan pendarahan. Jika kain atau itu dibasahi darah tadi kerana ia akan turut mengalihkan komponen untuk membekukan darah yang terbentuk pada luka dan menyebabkan pendarahan terus berlaku
  10. Jika ambulans belum tiba, ambil data perubatan mangsa
  11. Alihkan kereta dan barang yang menghalang perjalanan trafik

first_aid_steps_road_accident

Bantuan CPR

  1. Baringkan mangsa di tempat selamat. Dongak kepala mangsa (dengan menolak dagu ke atas) dan buka mulutnya. Ini akan membuka saluran pernafasannya.
  2. Periksa pernafasan mangsa. Dekatkan pipi anda ke hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dadanya untuk mengetahui ada pernafasan (ini perlu dilakukan dengan pantas iaitu dalam masa 5 hingga 10 saat)
  3. Jika tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan kepadanya. Picit hidung mangsa, tekap mulut anda ke mulut mangsa dan hembus dua kali atau hingga anda lihat dadanya ternaik sedikit. Jika mangsa bernafas semula dan tiada kesan trauma, alihkan kedudukan badannya supaya dia baring mengiring (posisi penyembuhan).
  4. Jika mangsa tidak bernafas, periksa nadi karotid selam lima hingga 10 saat. Letak dua atau tiga jari pada halkum mangsa dan alih jari anda supaya ia ada di antara halkum dan otot leher.

Jika ada denyutan nadi tetapi tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan iaitu 12 hembusan bagi satu minit (satu hembusan untuk setiap lima saat). Jika tiada denyutan nadi, beri bantuan  ‘pengepaman jantung’ pada dada. Letakkan tumit tangan kanan di bawah tulang dada dan letak tangan kiri di atas tangan kanan. Buat 30 tekanan untuk dua hembusan.

Selepas anda memberi dua hembusan, tekan dadanya sebanyak 30 kali. Ulang kaedah ini sebanyak lima kali atau lebih sehingga bantuan sampai.

cprPenulis:
Rabiatul Adawiyah binti Ahmad
Tahun 3 Fakulti Perubatan Universiti Kaherah
Unit Karya PCK, 2013/2014

Hari Penebusan; Yom Kippur

Faktor Pemicu

_43004625_postwar_416mapCKemenangan besar Israel dalam Perang Enam Hari 1967 menambah luas wilayah takluknya sebanyak empat kali ganda menyaksikan Mesir  kehilangan 23,500 batu persegi Semenanjung Sinai, Jordan kehilangan Tebing Barat dan Timur Jerusalem sementara Syria kehilangan Bukit Golan. Resolusi ‘Tiga Tidak’ kemudiannya disepakati pada persidangan negara-negara Arab di Khortoum – tidak akan ada pengakuan terhadap Israel, tidak akan ada perundingan dengan Israel,dan tidak akan ada perdamaian dengan Israel. Jika Israel menguasai dengan jalan kekerasan,maka begitu jugalah  mereka akan menanggung akibat nan serupa.

Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser sebagai Presiden Republik Arab Mesir sekitar tahun 1970. Beliau mewarisi pentadbiran ekonomi yang rapuh. Mesir tika itu  malah tidak mampu meneruskan siri  dendam permusuhan mereka terhadap Israel. Beberapa amaran dan kesediaan berperang telah diisytiharkan Sadat sambil menambah kekebalan pertahanan di pihak Mesir.  Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha mengukuhkan selok belok ketenteraannya dengan menerima jet MiG-23, roket SAM9,RPG-7,dan peluru berpandu anti-kereta kebal ‘Sagger’ daripada Kesatuan Soviet. Kalaupun terpaksa menempuh kekalahan, sekurang-kurangnya ia berjaya memberi desakan politik kepada Israel bahawa perdamaian adalah mustahak.

Hari Penebusan

Yom Kippur atau Hari Penebusan merupakan upacara keagamaan paling suci bagi penganut Yahudi bila mana mereka memenuhi hari tersebut dengan amalan berpuasa dan berdoa. Maka pengawasan dan pengawalan ketenteraan negara pada ketika itu tampak longgar. Rancangan Mesir menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badar sempena mengambil ruh semangat mujahidin Badar yang berperang pada bulan Ramadhan. Tentera mereka bersama melancarkan serangan mengejut pada 6 Oktober 1973. Di Bukit Golan sahaja, 150 kereta kebal Israel berhadapan 1400 kereta kebal Syria sementara di kawasan Suez hanya 500 tentera Israel berhadapan 80 000 tentera Mesir lantas mengakibatkan Israel musnah teruk. Bagaimanapun selepas tiga minggu berperang dan dibekalkan persenjataan oleh tentera udara Amerika Syarikat, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengundurkan tentera Arab melebihi sempadan asal.

4953792714_a1dd9a470a_zBeberapa penyertaan dan nilai sokongan negara-negara Arab lain turut dapat dilihat selama kempen perang dilaraskan. Iraq menghantar satu skuadron jet Hunter dan satu divisyen seramai 18000 tentera yang diatur gerak ke tengah Golan. Arab Saudi menghantar sejumlah 3000 tentera ke Syria dan sepasukan unit berperisai Jordan juga terlibat. Algeria menghantar briged berperisai dan berdozen kereta kebal . Libya mengirim pesawat pejuang Mirage buatan Perancis dan menyalurkan USD 1 billion bagi kelengkapan senjata Mesir. Tunisia menghantar 1000 tentera berkhidmat di Delta Nil. Sudan menghantar 3500 tentera manakala Maghribi memposisikan tiga briged ke perbatasan hadapan.

Garisan Bar Lev sepanjang 160 km yang disokong oleh dinding konkrit kukuh merupakan kubu anti kereta kebal terbaik dihasilkan Israel pasca Perang Enam Hari 1967 dengan menelan kos belanja sekitar USD 300 juta. Ini merupakan halangan terbesar tentera Mesir bagi menyelinap masuk ke Semenanjung Sinai. Maka gabungan pam gasolin bersaiz sederhana buatan Jerman dan pam bertenaga petrol buatan British berjaya membolosi halangan berpasir selama dua jam. Pancutan meriam air tersebut mampu membuka 81 laluan sepanjang deretan pasir juga menghancurkan tiga juta meter persegi timbunan kubu pada hari pertama peperangan. Tujuh puluh pasukan jurutera Mesir pula berperanan menggali setiap satu laluan kubu pasir menggunakan pam air yang salurannya dialirkan terus dari Terusan Suez. Bedilan padu 250 jet pejuang udara menyebabkan pertahanan Israel diasak kuat. Israel seolah tidak terduga akan penyusunan strategi tersebut.

The_Crossing_of_Suez

Selama tiga hari pertempuran di Bukit Golan,briged ke-7 Israel di utara berjaya mempertahankan garisan bukit berbatu melindungi sisi utara ibu pejabat mereka di Nafah. Di selatan,briged ‘Barak’ telah dikalahkan teruk dengan komandernya Kolonel Shoham terbunuh semasa kemaraan tentera Syria ke arah Laut Galilee. Menjelang 11 Oktober,pasukan tentera simpanan Israel melancarkan serangan balas ke wilayah Syria dan mengebom pinggir Damsyik sejauh 40 km menggunakan artileri berat. Lalu tentera Syria diundurkan kembali lebih jauh daripada persempadanan tahun 1967. Akhirnya pada 22 Oktober 1973, sebuah genjatan senjata diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kesan Langsung

Kejutan dialami semasa permulaan kempen perang telah memberi impak psikologi hebat kepada pihak Israel yang menang mudah pada edisi perang lalu. Justeru Suruhanjaya Agranat ditubuhkan untuk menyiasat punca kecuaian pertahanan dan enam orang tokoh dikenal pasti bertanggungjawab. Pada April 1974, Golda Meir Perdana Menteri Israel dan Mosha Dayan, Menteri Pertahanan meletak jawatan. Di sisi Mesir dan Syria,meski hampir separuh menang, ramai percaya perang kali ini telah memulih pegangan dunia Arab bahawa Israel tidak sukar ditewaskan secara kuasa ketenteraan sekaligus mengubati luka kesan tewas lewat pertempuran sebelum ini.

Pada 18 September 1978, selepas 13 hari rundingan dijalankan ,keputusan Perjanjian Damai Camp David Israel-Mesir dimetrai antara Presiden Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin. Pada bulan November tahun sebelumnya, Sadat mengambil langkah yang belum pernah diambil pemimpin Arab dengan melawat Israel. Tindakan sedemikian umpama mencalar identiti dan prestasi dunia Arab yang selama ini berhempas pulas merampas kembali hak mereka yang dirompak. Mesir akhirnya dilucutkan keahlian daripada Liga Arab dan timbul ketegangan politik antara negara Arab yang lain. Bukan setakat  itu, semasa Sadat menghadiri perarakan Hari Angkatan Tentera Mesir kelapan pada tahun  1982, beliau ditembak mati di kerusi kenamaan oleh ahli tentera Islam yang tidak berpuas hati atas pengkhianatan percuma yang telah beliau lakukan.

life-features_01_2_temp-1317888860-4e8d635c-620x348

Perspektif

Muzium 6 Oktober dibina pada tahun 1989 di Sharia al Uruba Heliopolis,Kaherah. Di sana terdapat Panorama, satu mural 3D diorama gergasi  menayangkan dokumentari memorial Perang Oktober  1973 tanpa menunjukkan sedikit pun babak serangan balas Israel ke atas mereka. Selain itu, beberapa tempat dinamakan sempena peristiwa bersejarah ini seperti Jambatan 6 Oktober dan Bandar 10 Ramadhan.

“Perang Yom Kippur dianggap kemenangan paling berprestij ke atas Israel oleh negara-negara Arab. Namun setelah 40 tahun berlalu,generasi muda kian melupakan jasa keberanian wira-wira negara malah terputus hubungan dengan kejayaan lampau mereka. Kami mahu memperbaiki keadaan ini.” kata Ahmed Ziad selaku pengasas Kumpulan Sejarawan ’73. Tambah beliau lagi, media Mesir tidak membuka ruang perbincangan telus berkaitan topik Perang Oktober ini langsung menyebabkan rakyat hanya menanggapi perspektif yang sama saban tahun. Terlalu banyak fakta benar disembunyikan atas alasan menjaga keperluan agenda pihak tertentu. Ziad, teman seangkatan beliau mengeluarkan pendapat diplomatik bahawa tidak dinafikan Israel masih dianggap musuh selama mana masjid Al Quds berada di bawah penjajahan mereka. Jika kerajaan Israel benar-benar menepati garis prinsip keamanan dan menghormati hak asasi rakyat Palestin, Arab masih boleh menerima keberadaan mereka. Tetapi selagi bangsa Arab merasakan dirinya dihenyak dan ditindas, mereka akan terus berjuang untuk meneruskan hidup di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Penulis:
Hanis Zikri binti Mohd Nahrawi
Tahun 3 Fakulti Perubatan Universiti Kaherah
Unit Karya PCK, 2013/2014

A Cry for Help

Anti-suicide lights at JR Yamanote Line stations

If you wait for a train at any station by the Yamanote line in Tokyo, you will notice a bright blue LED lights suspended at the end of the platforms of the Japan East Railway stations. Given the slick design and futuristic feel, most of us will probably assume that it is some sort of high tech purpose lamp. In reality, that was not the case. The special designed blue LED lights were installed in hope to reduce the regular occurrence of suicides which beside human loss, delays thousands of commuters who depend on the nation’s punctual trains and subways. Some psychological experts believe that blue light have a soothing and calming effect, which in this case will hopefully deter the suicidal thoughts from people’s mind. Although there is no conclusive study to support that, the willingness of the railway company to invest around 15 million yen on such project depicts how desperate Japan is in curbing the spiralling rate of suicide.

Unfortunately, Japan is not alone. Welcome to the new global epidemic.

CEU283Many countries around the globe are reporting worrisome trend of suicide cases. In Malaysia the ratio of suicides from 2007 to 2010 was 1.3 for every 100,000 people, which is far lower than the global average of 16 for every 100,000 people. However this might be just a tip of the iceberg for the suicide cases in Malaysia are believe to be under-reported with statistics contributed only from post-mortems. The previous Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai claimed that the suicide rate is on the rise. Data from the Malaysian National Health Morbidity Survey III (NHMS III) showed that 6.4% Malaysian adults had suicidal ideas, which represent 1 million of Malaysian 29.24 million populations. Even more disturbing, the majority of the 1,156 people who committed suicide over the three-year period aged between 24 and 44, the most productive age group. An understanding of suicide is necessary to stop this tragic self-destructive trend.

Rationalising the Irrational

Although suicide victim may leave behind note explaining their decision, there will always be questions lingering behind. The loved one will usually feel more victimized than that of the suicide victim himself. Questions will always remain for nothing can justify the pang of loss and the wound felt by those who are left behind. Some consider suicide as an act of selfishness, yet some consider it rational. The real question that should be asked is why do they want to stop living instead of why do they want to kill themselves. Because nobody can rationalise the irrational thought of wanting to be dead.

Thus, wanting to stop living and wanting to die are two different things. There are nobody in their right state of mind will want to kill themselves. However, they are some like those who have suicidal thoughts find life to be so unbearable to live for that death seems to be the only way out. Such people consider suicide as a solution instead of a dead end. Suicide victim who are clinically depressed and psychotic views the entire world as disturbed and distressed, so there is nowhere to escape. And it is this fact that makes suicide so seductive, because it seems to offer the one available escape option. This sort of victim when treated effectively by psychotherapy can be saved from that one fatal decision.

The Anatomy of Suicide

On the other hand, a mentally healthy victim will need a more rationalise excuse to commit suicide. However, many suicide victims mistake their emotional eruption as a rational decision and regret it later. Only 10% of the people who attempt suicide will go on to complete and die by suicide. Though there is consistent evidence suggesting that genetic factors play an important role in the predisposition to suicide and suicidal behaviors, the real fuel that drive a victim to act upon his thoughts are undeniabely from his surroundings. Provocation by stressful life events may lead to suicidal thoughts, which combined with impulsive behaviour, can lead to suicide.

en_a05tab02 _5457595314d54aa456e3b4

According to data compiled from the National Institute for Occupational Safety and Health of America, high-skill and high-stakes occupations have elevated suicide rates with physicians sadly on the top of the list, with 476 suicides recorded among 16,887 doctors from 1984 to 1998. It is then followed by dentist, veterinarians, finance workers, urban planners, real estate seller, lawyers and pharmacist with only few manual labour jobs in between. In Japan, unemployment following its recession in early 2009 contributed to 57 per cent of its suicides. Yet, those who are employed suffered from the increasing pressure of retaining jobs which can lead to fatigue from work and work-related depression. Out of 2,207 work-related suicides in 2007, the most common reason was overwork. However, we should not overlook suicide cases among youth in school and college. South Korea which rank second behind Greenland in suicide, has reported that the most common cause in youth suicide is pressure-related to the College Scholastic Ability Test.

Preventing The Preventable

Hence it is clearly shown that suicidal people come from all walks of life that it is no longer strange to see someone who seems to have it commit suicide. Early intervention to people who spoke of suicide is necessary despite how superficially happy they try to make others believe. Do not belittle, stigmatise and ridiculed their suicidal thoughts by thinking that they will never have the gut to do it. Besides that, bear in mind that people who are suicidal have ambivalent feelings. Their mind is divided; either to kill themselves or to cling on the reason to live. They needed to be convinced that the issue for which they had decided to die for was something that could be overcome and not worth dying for. Do not say “Don’t kill yourself” but instead we need to highlight the reasons for them to continue living. In fact, persuading someone to abandon the idea of suicide may already make the suicidal people feel they’re still wanted.

KIL

For most of us who are future medical personnel, we will, by one way or another encounter suicidal people, either as a patient or our own colleague. If the suicidal person tries to reach out for help, listen and allow them to express their feelings, and accept what they share without judgment. Arguing with them about suicide’s rightness or wrongness will not win their hearts. Moreover the greatest hurdle in preventing suicide is the reluctance of victims to share their problems for fear of being stigmatised. Hence, the moment someone decided to confide their suicidal thoughts to you should has been seen as an opportunity to reach out and help out.

Even though suicide is a combination of genetic vulnerability, psychological makeup, and social network of the person concerned, early intervention may help suicidal patient from choosing the wrong path. If only we care enough to listen.

Author:
Ummu Helma binti Hasan
Third Year, Cairo University Faculty of Medicine
Unit Karya PCK 2013/2014

*Written in conjunction with this year’s World Suicide Prevention Day on September 10 with the theme of ‘Stigma: A Major Barrier for Suicide Prevention’.

Hamba Nan Merdeheka

ancient-picture-melaka-port

Alkisah maka tersebutlah perkataan Tun Futuwah, putera Sultan Malikul Mustapha. Demikian ceriteranya diceritakan oleh orang yang empunya ceritera ini. Ada sebuah negeri di tanah jauh, Mahasakti namanya, terlalu banyak hasil dan khazanah, tiada berbagai pada zaman itu. Adapun raja negeri tersebut terlalu masyhur namanya, Sultan Malikul Mustapha yang gagah perwira itulah. Setelah kedengaranlah ke negeri atas angin akan peri[i] kemakmuran negeri itu, sekalian pedagang siap berlayar. Beberapa farsakh [ii] jauhnya membelah laut, sampailah mereka ke Mahasakti.

Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Malikul Mustapha adanya pedagang jauh turun pelabuhan. Maka oleh baginda sultan pedagang-pedagang itu disuruh jemput seperti istiadat mengarak utusan dari negeri China. Maka baginda sultan dianugerahnya ratna mutu manikam[iii] titipan raja negeri atas angin. Terlalu sukacitalah hati baginda tiada wasangka akan pekerti pedagang asing itu.

sp2_melaka

Kata sahibulhikayat: Hatta beberapa lamanya, maka terzahirlah ke pengetahuan sultan akan muslihat orang asing yang berdagang itu, ingin menakluk negeri Mahasakti. Maka apabila lasykar[iv] musuh mengepung, berhadapanlah perajurit negeri penuh siap siaga. Maka kedengaranlah tempik segala hulubalang dan rakyat. Bunyi gemercak[v] segala senjata dan pendahan[vi]. Maka dengan kehendak Allah Taala, bertempiaran larilah lasykar musuh, tiada mampu menghadapi perajurit yang berani candang. Syahadan[vii] aman sejahteralah negeri Mahasakti, bertambah kasihlah hati rakyat akan baginda Sultan Malikul Mustapha.

Maka setelah zaman berganti zaman, Sultan Malikul Mustapha meningkat tuhalah[viii]. Adapun baginda sultan beranak laki-laki, Tun Futuwah yang muda lela[ix] mejelis[x] dipandang. Tersebutlah perkataan Tun Futuwah itu terlalu menakal lakunya. Maka masyghul[xi] hati Sultan Malikul Mustapha memikirkan perihal anakanda pewaris takhtanya itu. Maka dengan kehendak Ilahi tersebutlah darihal alim dari tanah seberang, Al-Arif Billah Raden Makhdum Sulaiman namanya. Maka oleh baginda sultan Raden Makhdum Sulaiman dijemput tamu penuh istiadat dan disuruh duduk setara abintara[xii].

7 Istana MelakaMaka sembah Raden Makhdum Sulaiman, “Apa kehendak hati tuanku, khabarkanlah”

Maka kata Sultan Malikul Mustapha, “Akan beta ini terlalu masyghul. Hari-hari beta bakal berpenghujung, mata beta bakal terkatup sebelum kafan membalut jasad. Akan tetapi anakanda beta tiada upaya memimpin diri, manatah[xiii] pula memimpin negeri!”.  Maka mengertilah Raden Makhdum Sulaiman, terjunjunglah atas batu kepalanya kehendak sultan menasihati Tun Futuwah.

Arakian, Raden Makhdum Sulaiman dibawa jongos menghadap Tun Futuwah. Adapun baginda ralit menengok tari inai, sekonyong-konyong masuknya Raden Makhdum Sulaiman; dihalaulah baginda segala beti-beti[xiv].

Maka titah Tun Futuwah, “Pulanglah tuan hamba ke negeri tuan. Beta tidak berkehendakkan perintah dan nasihat.”

Sembah Raden Makhdum Sulaiman, “Kasihanilah fakir tuanku. Adapun fakir hanya sedetik lagi pulang ke negeri abadi, namun fakir mengharapkan ihsan bekal dari tuanku.”

Maka naik hairanlah Tun Futuwah, “Apakah bekal yang dikehendakkan tuan hamba?”

“Sekiranya tuanku mendengarkan kalam fakir barang seketika, demikian tersedia bekal untuk fakir di negeri abadi,” sembah Raden Makhdum Sulaiman tunduk penuh hina.

Tun Futuwah menopang dagu sambil tersenyum akan kebijakan bicara orang alim itu, “Baiklah, namun tuan hamba harus mengerti beta tidaklah sejelek sangkaan orang hanya sahaja beta tiada betah menjadi burung dalam sangkar emas ini. Beta tidak mahu mewarisi negeri ini dengan segala perbendaharaannya. Beta mahu menjadi burung yang bebas meneroka cakerawala, khilafkah[xv] beta?”

“Ampun tuanku, adapun setiap anak Adam itu mempunyai kebebasan memilih atau berikhtiar. Namun ikhtiar itu tidak bermaksud pilihan semata-mata karena hal perkataan khair yang bermakna kebaikan itu terangkum dalam ikhtiar. Maka memilih yang terlebih baik itulah kebebasan menurut pandangan ugama, tuanku. Malah pilihan di tangan tuanku yang mulia menentukan untung tenggelam nasib negeri ini tuanku,” tutur Raden Makhdum Sulaiman penuh cermat.

Pages-from-Bustan-Al-Salatin-Kisah-Raja-Raja-Yang-Adil-Jelani-Harun-Full

“Kalau begitu apa pula neraca yang terlebih baik itu, kalau-kalau hodoh buruk di mata orang, cantik manis di mata beta,” ujar Tun Futuwah tambah menguji.

“Ampun tuanku, adalah fitrah manusia yang asali diciptakan Allah itulah yang terbaik. Maka insan kamil yang dinamakan Muhammad itulah sebaik-baik ikutan karena baginda meniti atas fitrah asali malah terpelihara dari khilaf. Adapun pesan baginda nabi itu tuntutlah ilmu, maka kebebasan dan kebahagiaan yang didambakan tuanku itu pada ilmulah letaknya,” ucap Raden Makhdum Sulaiman.

Tun Futuwah tertawa kecil sambil bertitah, “Hai orang tuha, bagaimanakah ilmu bisa membahagiakan beta, bagaimana diri yang ditahan penjara emas ini mampu bebas dengan ilmu?”

“Ketahuilah tuanku dengan ilmu akal insan akan meyayap tinggi ke ufuk malakut[xvi] dan tertayanglah padanya saujana rencana alam ghaib dan syahadat ciptaan Tuhan, menyatakan kedudukan tiap-tiap sesuatu pada maqamnya yang benar, memperlihatkan susun atur segala yang berada dalam keadilan. Dan ilmulah bekalan hidup pada alam ini dan bekalan di alam barzakh serta akhirat nanti,”  kata Raden Makhdum Sulaiman sebelum menambah lagi;

“Ketahuilah tuanku kebahagiaan itu bukan pada sifat badani dan jasmani insan. Bukan kepada diri hayawani dan bukan pula keadaan dalam akal fikiran belaka. Adapun kebahagiaan itu letak pada peri keadaan kalbu. Pabila ilmu melimpahi kalbu lantas melahirkan keyakinan akan Hakikat Terakhir yang Mutlak itu, maka tenteramlah kalbu seperti halnya nafs-ul-mutmainnah. Demikianlah kebahagiaan hakiki kekal mesra menetap dalam kalbu walau pelbagai dugaan duniawi menimpa tiadalah ia merasa sedih dan takut. Hal demikian karena hujung hasratnya hanyalah ru’yatullah yakni melihat Allah. Tiada yang lain dari yang demikian.”

“Sekiranya demikian seperti yang didakwa tuan hamba, maka apakah ilmu-ilmu yang membawa kepada keyakinan yang membahagiakan itu?” titah Tun Futuwah dengan hati yang sangsi.

“Ampun tuanku, ilmu yang dimaksudkan fakir bagiannya ada empat. Pertama, pengetahuan tentang diri. Kedua, pengetahuan tentang Allah. Ketiga, pengetahuan tentang dunia ini. Keempat, pengetahuan tentang akhirat.”

Raden Makhdum Sulaiman berkira-kira sebelum menyambung lagi, “Tidak ada yang lebih dekat kepada insan melainkan dirinya. Insan yang tidak sampai ke pengetahuannya tentang hakikat dirinya tiadalah ia mampu mengetahui hakikat selainnya. Bukanlah pengetahuan yang dikehendaki itu ketahuannya akan bentuk luar sebagaimana badan, muka dan anggota-anggota lainnya. Pengetahuan seperti itu tidak akan pernah menjadi kunci pengetahuan tentang Tuhan seperti yang disabdakan baginda Rasul: Dia yang mengetahui dirinya sendiri, akan mengetahui Tuhan” sembah Raden Makhdum Sulaiman.

“Jika demikian, apakah maksudnya pengetahuan diri itu duhai bijaksana?” soal Tun Futuwah, merasa terhibur pula dengan ujar-ujaran orang alim itu.

“Ampun tuanku, telah pun fakir sebutkan tentang fitrah itu maka berjuanglah untuk mencapai sifat-sifat asali insan agar bisa kenali dan renungi Dia Yang Maha Tinggi, serta merdeka dari perbudakan nafsu dan amarah. Sungguh pekerjaan haiwan itu makan, tidur dan berlaga maka hanya haiwanlah yang menyibukkan dirinya dengan pekerjaan sedemikian rupa. Adapun insan itu seharusnya berusaha menyucikan dirinya dari kehendak hayawani semata kepada tujuan yang lebih agung,” kata Raden Makhdum Sulaiman.

“Jika demikian menurut tuan hamba, apalah guna amarah dan nafsu dikurniakan Tuhan kepada hambanya?,” tanya Tun Futuwah.

362761a1595e0c642e44003359719eab“Ampun tuanku, jasad insan itu ibarat sebuah kerajaan, ruh itu raja, pancaindera itu lasykarnya, akal budi itu bendahara, nafsu itu syahbandar[xvii] dan amarah itu panglima. Dengan berpura-pura mengumpulkan perbendaharaan negeri, nafsu terus-menerus cenderung untuk merampas demi kepentingannya sendiri, sementara amarah selalu cenderung kepada kekasaran dan kekerasan. Demikian syahbandar dan panglima harus dikawal selia raja, tetapi tidak dibunuh atau diungguli, karena mereka memiliki fungsi-fungsi tersendiri yang harus dipenuhi. Namun jika nafsu dan amarah sekalian menguasai akal, punah binasalah ruh,” bersungguh Raden Makhdum Sulaiman menerangkan.

“Sungguh asyik sekali beta dengari syarah tuan hamba akan hal ilmu diri itu. Terangkanlah pula perihal ilmu-ilmu yang lainnya itu” titah Tun Futuwah, bertambah kendur hatinya menadah ilmu dari alim itu.

“Menurut titah tuanku. Pengetahuan tentang Tuhan yang dimaksudkan fakir itu tiadalah lain lahir dari pengetahuan tentang diri. Dari pengamatan diri insan itulah ia mengenal Tuhannya dan menyedari hakikat-Nya.  Ketahuilah tuanku jika Allah menghendaki sesuatu, maka sesuatu itu tampil di dataran ruhaniah yang di dalam al-Quran disebut sebagai singgahsana (Al-Arsy). Dari singgahsana itu ke dataran yang lebih rendah yang disebut Kursi (Al-Kursiyy), kemudian bentuknya tampil dalam Luh Mahfuzh, yang dengan perantara pelaksana iaitu malaikat-malaikat maka wujud dan tampillah di atas bumi dalam bentuk tanaman, pepohon dan haiwan, mencerminkan kehendak dan fikiran Allah, sebagaimana huruf-huruf yang tertulis mencerminkan keinginan yang terdetik dalam benak sang penulis.”

Raden Makhdum Sulaiman terdiam seketika, menginsafi kebesaran Tuhan. Kemudian ia menyambung,  “Tidak seorang pun dapat memahami seorang raja kecuali rajalah jua. Karena itu Tuhan telah menjadikan insan sebagai seorang raja dalam kerajaan yang merupakan cerminan dari kerajaan-Nya yang telah dikerdilkan. Dalam kerajaan manusia, singgahsana Allah dicerminkan oleh ruh; malaikat oleh hati;  Kursi oleh benak; dan Luh Mahfuzh oleh gudang fikiran. Demikianlah jelas terang pada insan yang mengamati bahawa ruhnya, yang tak bertempat dan tak kelihatan mengatur jasad sebagaimana Allah mengatur jagad[xviii] meskipun tiada yang melihat-Nya.”

Terlalu suka benarlah Tun Futuwah, tidak terkata takjub akan kebenaran kata-kata Raden Makhdum Sulaiman itu.

“Sementara pula pengetahuan tentang dunia ini tiadalah lain melainkan tempat mengumpul bekal, sebuah pasar yang disinggahi oleh para musafir di tengah perjalannya ke tempat lain. Di sinilah mereka membekali diri dengan berbagai perbekalan untuk perjalanan itu. Jelasnya, di sini manusia dengan menggunakan indera-indera jasmaniahnya, memperoleh sejumlah pengetahuan tentang karya-karya Allah serta, melalui karya-karya tersebut, tentang Allah sendiri. Suatu pandangan tentang-Nya akan menentukan kebahagiaan masa depannya. Untuk memperoleh pengetahuan inilah ruh manusia diturunkan ke alam ini. Bukanlah dunia ini kediamannya melainkan tempat persinggahan sebelum kembali ke negeri abadi ,”  mata Raden Makhdum Sulaiman kelihatan bergenang sambil ia mengungkapkan sebuah hadis:

كُن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل
“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing (musafir) atau penyeberang jalan.”

“Manakala pengetahuan tentang akhirat yang dimaksudkan fakir adalah insan itu memahami matinya kelak laksana seorang pemburu yang telah kehilangan senjatanya yakni tubuh jasmaninya. Senjata berupa pancaindera itu dianugerahkan pada manusia agar dengan itu semua ia mengejar dan menangkap keabadian cinta dan pengetahuan tantang Allah. Jika ia telah berhasil melakukan penangkapan itu, maka bukannya berkeluh-kesah, ia pun merasa lega ketika bisa menyingkirkan senjata-senjata itu.”

“Oleh karena itu Rasulullah SAW. bersabda, kematian adalah suatu hadiah Tuhan yang diharap-harapkan oleh para mukminin. Tapi celakalah kalau jiwa itu kehilangan senjata-senjata pemburuannya sebelum berhasil memperoleh hadiah tersebut. Kesedihan dan penyesalannya akan tak terperikan,” tunduk insaflah Tun Futuwah, tiada terperi syahdu hatinya mengenangkan lakunya selama ini.

96-10-TheWayfarer

                Menyedari akan kesedaran Tun Futuwah akan khilafnya, Raden Makhdum Sulaiman berkata “Mahukah tuanku, fakir ceritakan hikayat perempuan nan merdeheka[xix] dalam Kitabul Tanzil?”

Maka duduk sedialah Tun Futuwah, terlalu sukacita akan baginda diperdengarkan kisah.

Maka Raden Makhdum Sulaiman pun memperdengarkan sepotong ayat Al Quran penuh merdu siap tajwid dan lagunya:

إِنَّك أَنت السمِيعُ الْعَلِيم اِذْ قَالَتِ امْرَأَت عِمْرَنَ رَب إِنى نَذَرْت لَك مَا فى بَطنى مُحَرَّراً فَتَقَبَّلْ مِنى
“(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

                “Apakah kebebasan yang dimaksudkan itu dan pada siapakah ayat tersebut merujuk wahai mua’llim[xx]?” soal Tun Futuwah merendah diri.

“Ampun tuanku, maka dalam ayat tersebut adalah yang dinazarkan untuk kebebasan itulah Saidatina Maryam, ibunda baginda Nabi Isa. Saidatina Maryam itulah yang diabdikan di rumah ibadah, maka mencapai erti kebebasan yang hakiki yakni dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada-Nya semata-mata. Biarlah fakir perjelaskan akan beberapa hal. Adalah setiap anggota tubuh manusia itu mencapai kebahagiaan pabila ia mencapai tujuan penciptaan. Maka telinga manusia itu merasa terhibur mendengarkan halwa bunyi yang enak, mata manusia itu merasa gembira melihat pemandangan yang indah dan begitulah anggota yang lain.”

“Justeru itu kebahagiaan sebenar untuk insan itulah menjadi hamba kepada yang Esa, karena itulah tujuan penciptaannya. Demikian pula padanya kemerdehekaan yang hakiki.”

sungai-melaka

Penulis:
Ummu Helma binti Hassan
Tahun 3 Fakulti Perubatan Universiti Kaherah
Unit Karya PCK 2013/2014

Cerpen ini ditulis bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 dalam usaha memahami erti kemerdekaan insan. Segala watak dan perincian lain dalamnya adalah rekaan semata-mata.


[i] sifat atau keadaan sesuatu; hal
[ii] ukuran panjang yg sama dgn 3 batu atau 4.8 kilometer.
[iii] berbagai-bagai jenis permata
[iv] askar; soldadu
[v] bunyi spt bunyi air keluar dr pancuran dll.
[vi] senjata lembing pendek (pisau) utk dilemparkan
[vii] kata yg biasanya digunakan pd permulaan cerita atau bab; se­lanjutnya.
[viii] tua
[ix]  elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda
[x] cantik, elok, molek
[xi] (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu
[xii] pesuruh raja
[xiii] mana boleh, bagaimana
[xiv] hamba raja yg terdiri drpd orang-orang perempuan
[xv] salah (kerana kecuaian, kurang penga­laman, dll), keliru, silap
[xvi] 1. = alam ~ alam atau tempat malaikat dan roh; 2. kerajaan
[xvii] pegawai negeri yg meng­urus hal ehwal pelabuhan; kepala pelabuhan
[xviii] sejagat; global
[xix] merdeka
[xx] tuan guru, cikgu

Surat Terbuka Kepada Perajurit-Perajurit DOTA

Hujung bulan April ini genaplah 2 tahun usia perkenalan aku dan satu permainan yang dulunya aku pernah hina yang bernama DOTA. Penghinaan aku berasas kerana pada mata aku semua pemain game DOTA seolah mayat hidup yang bersenggama minda dengan dunia fantasi sahaja.

The International 2012

Bercerita tentang DOTA , hampir 60% ikhwah di Mesir sekurang–kurangnya pernah mendengar nama ini berlegar dalam kalangan kaki-kaki ponteng dan introvert – mereka-mereka yang tiada mengenal dunia sosial sebenar dan komuniti masyarakat luar. Tapi, jangan terlalu sempitkan skop anda kerana bukan semua pemain DOTA begitu.

Serba Ringkas Tentang DOTA

DOTA atau nama panjangnya ‘Defense of the Ancients’ yang diasaskan pada tahun 2003, adalah sebuah permainan maya yang berkonsepkan 5 lawan 5 dengan misi untuk memusnahkan kubu musuh, merangkumi 110 adiwira pilihan dan 129 item untuk melengkapkan fungsi wira masing-masing. Permainan ini agak kompleks untuk diterangkan kepada kalangan umum, lebih-lebih lagi bagi mereka yang langsung tiada pendedahan sejak bangku sekolah. Sejujurnya, aku pun mengambil masa setengah tahun untuk mahir 80% segala teknik-teknik sulit di dalam permainan ini – sungguh rumit !

user2354_pic1731_1249329834

Berdasarkan statistik semasa (congakan penulis), dalam kalangan ahli PERUBATAN sendiri, individu dan pemain DOTA kian meningkat naik dan angka ini agak membimbangkan ketua–ketua batch yang sedang mengejar graf akademik batch masing-masing pada ketika ini. Masakan tidak kalau 24 jam seharian, 12 daripadanya diperuntukkan untuk DOTA dan 12 jam yang selebihnya untuk tidur .

Kepada golongan gadis-gadis yang mula pening dengan artikel ini harus diingatkan istilah yangakan  mendatang adalah lebih hardcore dan bakal merangsang ‘chemoceptor trigger zone’ kalian dek pujian melambung kepada kaki games seperti PES dan DOTA (rujuk google andai kalian tiada fahamnya akan istilah-istilah yang diperkenalkan penulis ini).

Tetapi di akhir penulisan rasa ingin tahu kalian bakal terbalas dengan merungkainya antologi ‘misteri ikhwah tidak mengangkat telefon’ yang kami tidak mahu kalian tahu.

DOTA dan Realiti

Bercakap atas tapak realiti komuniti PERUBATAN hari ni, tak ramai antara kita yang memberi tumpuan kepada ahli-ahli beit yang games-addicted ini. Ibaratnya situasi di Padang Mahsyar, bila mana masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

85fad182-07c8-4bbd-979f-deea34de2748

Konsep ini tidak teraplikasi kepada kaki games sahaja, bahkan kaki youtube, kaki k-pop, kaki vlogger mahupun keyboard warrior; semuanya memerlukan perhatian yang sama dan peringatan itu sangatlah penting buat kita semua.

Penulisan ini bukanlah berniat untuk menghentam kaki games. Percayalah aku juga seperti kalian, aku juga pemain DOTA. Tiadalah aku menulis artikel ini hanya sebagai surat cinta merangkap kalam taujihad tulus dari hati ini ditujukan kepada kalian, rakan-rakan perajurit demi fatrah imtihan yang mendatang.

Kelebihan Sang Perajurit

Suatu fakta yang tidak boleh dinafikan, beberapa kelebihan sememangnya tersedia khusus bagi pemain-pemain video games seperti DOTA :

1) Meningkatkan Daya Fokus dan Mempercepatkan Respons Kognitif

Pernah tak anda melihat seorang pemain DOTA sedang beraksi? Boleh anda kira berapa kali beliau akan memejamkan mata dalam tempoh seminit kerana fokus yang terlalu tinggi dan perhatikan jari jemari di papan kekunci dan tetikus, laju, selaju seorang setiausaha yang sedang menaip minit Mesyuarat Agung Tahunan.

HumBio_img021

Perkara ini bukanlah fiksyen semata- mata malah dibuktikan dalam satu kaji selidik di University Rochester di Amerika yang mengatakan bahawa permainan video mampu meningkatkan daya fokus dan respon persekitaran , malah ia membantu baik pulih proses penglihatan.

2) Melatih Kesabaran dan Daya Pengendalian Situasi dengan Berstrategi

Walaupun kedengaran agak hyperbolic tapi percayalah ini bukan monolog kosong semata- mata. Seawal tahun 2011 sewaktu aku mula bermain DOTA , permainan ini sangat susah. Dan caci makian adalah perkara yang biasa dipalit pada newbie seperti aku. Tetapi ia mempunya hikmah tersendiri. Dengan menerima kritikan dan mula mengumpul motivasi, aku berazam menjadi lebih baik. Hasilnya, aku berjaya menjadi pemain yang waras tindakannya dan kurang dicaci sepanjang permainan. Perlu diingatkan, di dalam game berdurasi panjang seperti DOTA ,adalah satu cabaran besar untuk seseorang pemain itu untuk kekal fokus sekurang –kurangnya 30 minit demi mencapai kemenangan. Nah, bukankah perilaku yang sama positif sebegitu mampu sahaja diaplikasi dalam amalan pembelajaran !

video_games_1Namun demikian ,kelebihan yang diperoleh ini tidaklah datang dengan harga yang murah. Seorang pemain DOTA hakikatnya perlu membayar tempoh masa yang lama, dengan meluangkan purata 35 minit satu game – jumlah yang sangatlah tidak masuk akal bagi seorang pelajar yang mengaku mahu menjadi doktor harapan ummah. Hakikatnya banyak perkara yang perlu ditolak tepi andai permainan yang menjadi keutamaan; pemain-pemain sudah tentu menolak buku mereka ke tepi, serta mengabaikan waktu berharga untuk berkhidmat kepada masyarakat. Dan jika anda seorang ikhwah, berapa banyak panggilan telefon akhawat untuk musyrif budiman yang tak terangkat kerana ke’sibuk’an anda?

Ehem !

gamer_not_now_im_busy_posters-r9977b341483b4bb3a12f16ef8b98c300_w2v_8byvr_512

Nasihat ini juga tepat menembak golongan yang kerap melekatkan jari jemari mereka pada papan kekunci dan mata pada laptop, membakar masa dengan perbuatan yang tidak bermanfaat. Anda yang tersenyum kerana tidak termasuk dalam mana-mana golongan disebutkan di atas, ‘saya’ mahu bertanya di mana peranan anda yang mengaku sebagai seorang kawan? Andai mereka terleka segera ingatkan mereka. Tetapi, dalam masa yang sama, hormatilah keghairahan mereka. Sebagaimana aku bencikan perempuan tergedik–gedik memperankan aksi gwiyomi, aku juga tidak boleh memaksa orang untuk turut serta minat-minat aku yang lain.

Masing-masing punya minat, tegurlah secara berhikmah kerana siapa yang suka andai minat mereka dikritik herdik? Pasti ego sedikit koyak. Silap haribulan, ukhuwah pun boleh berparut .

Kehadapan perajurit DOTA sekepala denganku,

Banyak kelebihan yang hanya kita rasa, manisnya pengalaman dalam dunia pusparasa ini tiadalah mampu mereka fahami. Namun, banyak lagi masa yang melayang dek keseronokan duniawi yang kita rasa, menang–gembira, kalah-sengsara. Tiadalah warkah ini ditulis demi untuk kalian menukar hobi atau menghapus terus DOTA daripada kamus hidup anda.

cat n dota

Tapi, masa kian merentasi kita, duhai perajurit. Peperiksaan kini di hujung tanduk, biar susah dirasa dulu sebelum menangis di hujung hari – air mata menitis di atas keyboard. Aku pernah berjaya dan aku juga pernah rasib; aku pernah menjadi kaki study dan aku juga pernah banyak membuang masa. Aku dah merasai semuanya dan aku tahu di mana silapnya .

Jadi kepada para keyboard warriors , gamers , facebookers, youtubers dan movie addicts , jom kita tarbiyah nafsu dan menyimpul padu tenaga yang berbaki demi peperiksaan terakhir semester ini. Jangan nanti minat kita menjadi fitnah kepada kegagalan diri sendiri.

Sekian, dari meja perajurit,

Murshid Halim
Tahun 3, Perubatan Universiti Kaherah