Archives for PEMBANGUNAN INSAN - Page 5

Tamat Sudah Pengajian Kitab Umm al-Barahin

Kaherah, 18 April – Kelas tafaqquh kali ini merupakan kelas terakhir bagi pengajian kitab Umm al-Barahin karangan Imam al-Sanusi. Kitab ini telah dibentangkan oleh Ustaz Mohammad Zuhairi bin Zainal Abidin pada setiap hari khamis di Markas PERUBATAN Abou Risy. Pengajian kitab ini telah  bermula daripada bulan November 2012 dan tamat pada bulan April 2013.

Kitab ini merupakan  sebuah kitab  akidah yang ringkas dan padat. Namun isi kandungannya mencakupi sebahagian besar asas akidah Islam iaitu al-ilahiyyat dan al-nubuwwat. Gaya bahasa yang digunakan oleh Imam al-Sanusi juga turut mudah difahami.

“ Melalui kelas ini, saya dapat mengetahui 20 sifat wajib dan mustahil bagi Allah serta satu sifat harus bagi Allah. Bagi saya kelas seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata Siti Nur Suhaila binti Ramli , pelajar tahun 2 Universiti Kaherah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohammad Zuhairi bin Zainal Abidin atas kesudian  mengajar pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah walaupun sibuk dengan pelbagai urusan.  Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Untitled

LIFE GEMPAK ’13, Persediaan Hidup Di Mesir.

Hayyu Sabi’, 19 April-  LIFE  GEMPAK 13 yang bertujuan untuk memperkukuh tautan ukhuwah sesama ahli PERUBATAN telah diadakan di Darul Hamka, Markas PERUBATAN Hayyu Sabi’.  Program ini telah dianjurkan oleh Unit Mentor Council Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Kaherah  (PCK) dan PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS).Pada kali ini LIFE datang bertemakan slogan “Mahasiswa Islami, Qudwah Insani”.  Program ini telah disertai oleh semua pelajar perubatan Tahun 1 Universiti Kaherah dan Universiti Ain Shams.

Pembentangan kertas kerja yang pertama bertajuk “ Love Islam for Eternity”  disampaikan oleh Ustaz Bazli bin Badaruddin. Para peserta diberikan input mengenai erti melibatkan diri dengan persatuan Islam.Slot yang seterusnya diteruskan lagi dengan forum “ What Can I Do for Islam ?”. Forum ini telah disampaikan oleh Ustaz Nafi’ dan Dr. Muhammad Izzudin Nadzif. Dalam forum ini, para peserta telah didedahkan mengenai kepentingan melibatkan diri dengan amal ijtima’ie dalam kehidupan seorang muslim. Program ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi untuk member peluang kepada para peserta berehat dan menunaikan solat zohor.

Majlis diteruskan lagi pada pukul 1 petang dengan sesi LDK 1 yang berbentuk perbincangan mengenai isu-isu membabitkan agama Islam pada masa ini. Slot seterusnya merupakan pembentangan kertas kerja “ONE” oleh Ustaz Abdul Hadi bin Jusoh. Dalam slot ini, fenomena taadud jamaah (perpecahan jemaah) telah dikupas dengan secara terperinci. Selepas itu, majlis diteruskan dengan LDK 2 dan berakhir dengan majlis perasmian penutup yang telah dirasmikan oleh saudara Azri Hisam, Ketua Biro Pembangunan Insan PCK.

Menurut salah seorang peserta saudara Nuruddin Azri bin Zulkifli, pelajar tahun 1 Universiti Kaherah mengatakan bahawa beliau mendapat banyak ilmu yang baru berkenaan amal ijtimaie. Di samping itu, LIFE yang dijalankan membolehkannya mendapat ramai kenalan baru. Majlis bersurai pada jam 4 petang.Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.IMG_0337

[LIFE Gempak ’13: Teaser]

48160_451219984953120_638616674_n

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.
(Hadis riwayat at-Tirmizi).

LIFE Gempak ’13 bakal menemui pelajar-pelajar tahun satu Kaherah dan Ain Shams dengan tajuk-tajuk yang menarik daripada pengisi-pengisi yang mantap.

Nantikan kemunculannya tidak lama lagi!

Unit Mentor Council
Dengan kerjasama Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Kaherah dan Ain Shams
2013/2014

SEIZE THE CALM – Menyuntik Semangat Baru Kepada Ahli

Kaherah, 6 APRIL – Sebuah program Smart Circle (SC) Gabungan yang diberi nama Seize The Calm telah berlangsung di Markas PERUBATAN Abou Rish. Program ini merupakan anjuran Unit Mentor Council PERUBATAN. Program kali ini telah melibatkan kesemua ahli batch GEN11US dan topik yang disampaikan adalah berkaitan dengan Tazkiyyatun Nafs.

Markas telah dipenuhi dengan kehadiran akhawat GEN11US seawal jam 6.00 petang bagi melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah. Ikhwah pula mula hadir sekitar jam 6.45 petang. Majlis bermula kira-kira jam 7.10 malam dan telah dirasmikan oleh saudara Amir Syahid bin Ezani selaku ketua Unit Mentor Council PERUBATAN 2013/2014.

Dalam ucapan perasmian, beliau menerangkan bahawa program Seize The Calm ini merupakan penerusan program LIFE yang telah diberikan kepada ahli-ahli PERUBATAN sewaktu di tahun satu. Menurut beliau lagi, pemilihan topik Tazkiyyatun Nafs adalah sangat bertepatan memandangkan silibus SC bagi tahun dua adalah berkaitan pembentukan diri seorang daie. Penceramah yang dijemput pada kali ini juga merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam kalangan ahli PERUBATAN iaitu Ustaz Abdul Hadi bin Jusoh.

Pengisian yang berkisar tentang Tazkiyyatun Nafs telah disampaikan dalam satu pembentangan yang bertajuk “Shift Your Paradigm”. Ustaz telah menggunakan pendekatan yang santai dan dua hala diiringi muzik latar yang menenangkan jiwa bagi menarik perhatian hadirin. Pada akhir sesi pembentangan, satu sesi soal jawab telah dibuka.

” Buanglah minat yang tidak mendatangkan manfaat’, bait kata ini adalah antara kalam ustaz yang paling saya ingat”, begitu ulasan Noorul Shafiqah Baharom, salah seorang akhawat GEN11US, sewaktu ditanya mengenai dapatan beliau melalui program ini.

Majlis melabuhkan tirainya sekitar jam 9.40 malam. Rata-rata pelajar yang hadir pada malam itu dapat merasakan suntikan semangat baru bagi meneruskan perjuangan menjadi hamba Allah yang “Better than Best”. Terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi yang telah membantu untuk ‘recharge’ hati-hati kami serta tahniah diucapkan kepada pihak Mentor Council atas kejayaan program ini.