Archives for PEMBANGUNAN INSAN - Page 4

DUAT ’13 Memantapkan Kemahiran dan Pembangunan Diri Mentor

Kaherah, 10 November- Program Daurah Nuqaba’ (DUAT ) juga dikenali sebagai Smart Circle (SC) Gathering yang  diadakan di Dewan MEDC,Universiti Kaherah telah berjalan dengan lancar di bawah  anjuran Unit Mentor Council PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014 dengan kerjasama Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Kaherah.  Seramai  120 orang mentor yang terlibat pada tahun ini.  DUAT ’13 ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PERUBATAN sesi 2013/2014, saudara Mohammad Naufal bin Mohammad Nasir.

Antara pengisian yang dijalankan sepanjang program ini ialah ‘‘One Man Show’’ yang disampaikan oleh saudara Ariff Aizat bin Abdul Razak, pelajar tahun 6 akhir Universiti Kaherah dan Ustaz Nik Mohd Hayyi. Tajuk yang disampaikan adalah mengenai peranan mentor serta pendidikan rohani.  Seterusnya, para peserta diberikan tugasan mengikut kumpulan di dalam slot SWOT yang mana pembahagian kumpulan adalah mengikut  tahun Smart Circle yang ditetapkan.

Sebelum  majlis penutup, para peserta disajikan dengan slot wacana atau forum yang bertajuk “Da’ie Sejuta Umat” yang disampaikan oleh  saudara Zaim bin Samsuri, pelajar  Universiti Ain Shams  serta Ustazah Siti Sarah, penuntut Universiti Al-Azhar.

“Saya rasa sangat bertuah kerana masih lagi menjadi salah seorang peserta DUAT pada tahun ini.  Pengisian yang diketengahkan amat bermakna untuk para mentor sebagai bekalan sepanjang menggalas tanggungjawab serta amanah yang terpundak di atas bahu ini,” kata saudari Wan Afiqah binti Wan Md Sabri, pelajar tahun 6 Universiti Kaherah.

Simbolik penyerahan tugas telah disampaikan oleh bekas Ketua Unit Mentor Council sesi 2012/2013, saudara Amir Syahid bin Ezani kepada saudara Ahmad Luqman bin Ibrahim, selaku Ketua Unit Mentor Council PERUBATAN Cawangan Kaherah yang baru bagi sesi 2013/2014 dalam majlis perasmian penutup DUAT ’13 tersebut.

CSC_0457

Semoga Unit Mentor Council dan juga para Mentor Smart Circle pada sesi baru ini dapat memberikan perubahan yang lebih efektif   sebagai penggerak utama tarbiah PERUBATAN.

 

Nasihat Ustaz Budak Kepada Penuntut Ilmu

Kaherah, 31 Okt – Ceramah kali ini diserikan dengan kehadiran Ustaz Budak atau nama sebenarnya iaitu Ustaz Syamsul Zaman bin Sukri. Beliau merupakan salah seorang ustaz yang termasyhur di Malaysia. Tajuk yang disampaikan oleh beliau ialah Tolibul ‘Ilmi.

Ustaz Shamsul Zaman di dalam ceramahnya menegaskan kepentingan menguasai ilmu fardhu ain. “Di samping mempelajari ilmu perubatan, belajarlah juga  ilmu agama. Ini adalah kewajipan. Oleh itu, wajib atas setiap seorang mengetahuinya. ”

Nasihat beliau kepada semua yang hadir untuk sentiasa menjaga solat berjemaah. “ Tidak boleh dipanggil ‘alim bagi seseorang yang luput baginya solat jemaah. Walaupun kita pelajar perubatan, kita perlu menunjukkan contoh.”  Beliau turut menasihatkan hadirin untuk menjaga solat jemaah tidak kira di mana kita berada.

Ustaz Budak turut mengingatkan kepada semua yang menuntut ilmu untuk sentiasa mencari guru dalam proses menuntut ilmu dan sentiasa menjauhi maksiat kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk dalam diri orang yang membuat maksiat. Tambah beliau lagi, keberkatan ilmu bukan terletak kepada banyak atau sikit ilmu itu tetapi bergantung kepada sebanyak mana dia beramal dengan ilmu tersebut.

 

2013-10-30 18.37.45

 

“Saya sebenarnya dah lama rindu kelas tafaquh ini. Nasihat saya untuk junior yang masih menyambung pengajian di Mesir, bulatkan tekad pasakkan azam untuk belajar bersungguh – sungguh mulai daripada sekarang. Selain itu, jangan menyesal atau rasa terpaksa berada di Mesir kerana sejak azali lagi Allah dah tetapkan kita di sini maka manfaatkanlah setiap saat dan ketika di sini dengan perkara yang bermanfaat supaya tidak menyesal di kemudian hari. Akhir sekali, jangan ponteng kelas sebab di situ ada keberkatan dan kewajipan dan kita belajar perlu ada guru”  kata Saudari Badriyyah Yaakob, pelajar tahun 6 Universiti Kaherah.

Setelah cuti musim panas yang agak lama di Malaysia, Biro Pembangunan Insan, PERUBATAN Cawangan Kaherah telah menganjurkan ceramah pertama untuk sesi pengajian pada tahun ini. Diharapkan penganjuran kali pertama ini dapat menggalakkan ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah untuk terus komited datang ke ceramah yang dianjurkan.

Pengakhiran Bagaimana Yang Diinginkan

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Syawal sudah mula menjenguk keluar menunggu masa untuk muncul. Syaitan pula meronta-ronta ingin dibebaskan.

Kita pula bagaimana?

Masih terdiam di atas katil dan ‘bergembira’ serta berpuas hati’ dengan amalan sekarang? Selimut nafsu terus membaluti tubuh anda? Bantal malas pula masih mengalasi kepala anda?

Jawapannya ada pada diri sendiri.

Rasulullah pernah bersabda berkenaan bulan Ramadhan,

أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka.

Sedar atau tidak, kita sudah pun berada di fasa terakhir mengikut hadith ini. Fasa yang menjadi matlamat utama kita iaitu kelepasan dari api neraka. Kebiasaannya dalam satu cerita, pengakhiranlah yang membina persepsi penonton. Sekiranya pengakhirannya mantap, maka berpuas hatilah penonton. Begitu jugalah sewaktu Ramadhan. Bagaimana kita mengakhirinya adalah sangat penting bagi mencapai kejayaan yang sepatutnya di bulan ini.

64130-article-Ramadan_kareem_post

Namun persoalannya, bagaimana kita ingin mengakhiri Ramadhan dengan bergaya? Pastinya kita melihat pada mereka yang telah melaluinya iaitu Rasulullah dan para Sahabat. Cara yang terbaik pastinya cara nabi kita sendiri tanpa perlu menambah atau mengurangkan walau sedikit. Jom kita lihat apa yang mereka lakukan!

Pertama,

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها تحكي عن النبي صلى الله عليه وسلم فتقول كان إذا دخل العشر الأواخر شد مئزره وأحيا ليله  وأيقظ أهله 

Apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, baginda akan mengencangkan kainnya(menjauhkan diri dari menggauli isteri), menghidupkan malam dan membangunkan ahli keluarganya.
[Bukhari dan Muslim]

 Apa yang baginda lakukan adalah menjauhi isterinya, menghidupkan malam serta mengajak bersama ahli keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa sepuluh hari terakhir Ramadhan adalah dikhususkan hanya untuk beribadah kepada Allah sehinggakan baginda berhenti seketika daripada menggauli isterinya.

Kedua,

إنا أنزلناه في ليلة القدر

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar

Malam yang telah kita semua maklum akan kebaikan ganjarannya. Dalam surah yang sama pada ayat ketiga mengatakan bahawa malam tersebut menyamai 1000 bulan. Namun tiada riwayat yang mengatakan secara tepat waktu malam tersebut. Ada yang berpendapat bahawa ia jatuh pada 21, 23, 27 atau 29.

Itu bukanlah menjadi satu isu. Apa yang lebih penting adalah beramal pada sepuluh malam terakhir.

Cukuplah dua nas tersebut untuk membakar ruh kita agar meningkatkan amalan pada hari-hari terakhir ini. Kesimpulannya adalah untuk kita menjadikan pengakhiran Ramadhan ini hanyalah diwaqafkan untuk ibadat kepada Allah. Pada kebiasaan masyarakat kita, waktu ini adalah untuk membuat persiapan raya dan masjid mula sunyi manakala pusat membeli-belah meriah dengan manusia dan lagu-lagu raya. Tidak tahu amalan daripada mana mereka ambil.

Sifirnya mudah sahaja. Samada ada mahu mengikut Rasulullah atau tidak.

tumblr_m7taon027x1rzn329o1_500

Jika di bulan Ramadhan ini pun anda masih berat untuk melakukan perubahan, maka janganlah mengharapkan ia akan berlaku pada bulan-bulan yang lain. Semoga Allah melembutkan hati kita untuk bergerak dengan lebih pantas.

Apa tunggu lagi? Ayuh menuju Ilahi sementara jam masih bergerak!

Penulis
Muhamad Firdaus b Rahim
Tahun 2 Perubatan
Unit Karya PCK 2013/2014

PERTANDINGAN FOTOGRAFI IHRAM 2013

PERTANDINGAN FOTOGRAFI IHRAM 2013

1005331_671863746175358_964520037_n

Tarikh : 29 Julai 2013 sehingga 5 Ogos 2013

PERATURAN PENYERTAAN :

-Penyertaan terbuka kepada semua ahli PCK

-Penyertaan adalah secara individu

-Tarikh akhir penyertaan adalah pada 05 Ogos 2013

-Karya anda perlu dihantar kepada amemunir@gmail.com atau salah satu Facebook AJK Ame Ash dan Nur Anis (sila rujuk poster pertandingan)

-Markah penyertaan akan diberikan mengikut jumlah Like di page PERUBATAN dan kiraan markah oleh juri-juri yang dipilih.

-Peserta boleh menghantar satu atau dua karya tetapi tidak boleh lebih daripada dua karya.

 

PERATURAN PERTANDINGAN

-Gambar di hantar selewat-lewatnya pada 05 Ogos 2013

-Gambar mestilah gambar asal, tidak boleh diedit menggunakan sebarang grafik

-Menjaga sensitiviti, bebas dari unsur kutukan, hasutan, kejian dan sesuai untuk tatapan umum.

-Gambar perlu dihantar beserta slogan “Saya berharap Ramadhan kali ini….” tidak lebih 10 patah perkataan.

-Gambar perlu dihantar beserta tajuk tidak lebih dari 4 patah perkataan

-Kriteria pemarkahan adalah:

• Aspek fotografi (40 markah)

• Keaslian (30 markah)

• Kreativiti ( 15 markah)

• Slogan (10 markah)

• Tajuk (5 markah)

 

TEMA: Riang Ria Ramadhan

 

SISTEM PERMARKAHAN:-

Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like di facebook dan juri-juri professional yang telah dipilih. \

Juri akan memberi markah berdasarkan:

• Aspek fotografi (40 markah)

• Keaslian (30 markah)

• Kreativiti ( 15 markah)

• Slogan (10 markah)

• Tajuk (5 markah)

Sistem Undian di Facebook: Satu Like dikira satu undi

60% Markah daripada para juri

40% Markah daripada Sistem Undian Facebook

MASJID-MASJID PILIHAN SEPANJANG RAMADAN

Bulan Ramadhan di Mesir digambarkan sebagai bulan paling meriah dalam negara ini. Pelbagai kelainan mampu dirasai di bulan penuh barakah ini. Sebelum subuh, misalnya, golongan Musharati akan mengejutkan orang muslim untuk bersahur. Kaedah mereka merangkumi memukul gendang, mendendangkan lagu ataupun mengeluarkan laungan. Bila mendekati waktu maghrib, kesunyian akan menyelimuti Mesir. Sebaik sahaja waktu maghrib tiba, dentuman 4 meriam agung dari Kubu Salahuddin akan menggegarkan kawasan sekitar menandakan waktu berbuka puasa. Sebaik tibanya, waktu berbuka puasa,  fannus (tanglung) dihidupkan dan Maidah Rahman (jamuan berbuka puasa percuma) dihidangkan. Namun, bagi mereka yang mendambakan pembaharuan dari segi tempat atau kawasan sembahyang khususnya pada 10 malam terakhir, senarai-senarai masjid berikut seharusnya dipertimbang :

 

 

 MASJID-MASJID PILIHAN SEPANJANG RAMADAN :

 

 

Fustat

 

1) Masjid Amru

 

masjid amru

 

Lokasi :

Fustat

 

Tarikan :

Salah satu masjid terawal dibina di Mesir

Pada setiap malam 27 Ramadhan, Syeikh Jibril akan mengetuai Solat Tarawih

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          : Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Mar Girgis. Jalan lebih kurang 500 meter ke arah jalan besar.

Bas              : Naik bas menuju ke Gami’ Amru atau El Munib. Berhenti di Gami’ Amru

 

Cadangan :

Pada malam 27 Ramadhan, dinasihatkan datang selewat-lewatnya pada waktu Asar untuk mendapat tempat di dalam masjid. Datang selepas waktu zohor adalah dinasihatkan. Rujuk sini untuk jadual terkini Syeikh Jibril. http://www.jebril.com/en/ramadan-table-1434

 

Husin
2) Masjid Azhar

 

 masjid azhar

 

Lokasi :

Husin, seberang Masjid Husin

 

Tarikan :

Tarawih 8 atau 20 rakaat mengikut imam yang bertugas

Bacaan Imam berqiraat

Qiam

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          : Naik metro ke stesen Atabah. Kemudian naik teksi (minimum LE 5)

Bas             : Naik bas menuju ke Husin atau Atabah.

Teksi           : Naik teksi dari Sayyida Zainab (minimum LE 10)

 

 

3) Masjid Husin

 

 masjid hussein

 

Lokasi :

Husin, seberang Masjid Al-Azhar, berdekatan Khan El-Khalili

 

Tarikan :

Tempat simpanan barang peninggalan Rasulullah S.A.W

Tersimpannya helaian al Quran yang ditulis oleh Saidina Ali KWJ.

Pusat membeli belah, Bazar Khalili di luar.

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          : Naik metro ke stesen Atabah. Kemudian naik teksi (minimum LE 5)

Bas              : Naik bas menuju ke Husin atau Atabah.

Teksi           : Naik teksi dari Sayyida Zainab (minimum LE 10)

 

 

4) Masjid Soleh Ja’afari

 

Lokasi :

Husin

 

Tarikan :

Makam Syeikh Salih Ja’afari (Pengasas Tariqat Ja’afariah)

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro                    : Naik Metro jaringan El Munib-Shubra. Berhenti di stesen Ataba. Naik teksi (LE 5-LE 10)
Teksi                     : Naik teksi dari Sayyida Zainab (minimum LE 10)

 

Cadangan :

Bawa kain sejadah sendiri terutama jika mahu pergi ke Masjid Azhar.

 

Abbasiah

 

5) Masjid Rahman Ar-Rahim

 

Lokasi :

Abbasiah

 

Tarikan :

Berhawa dingin

 

Bagaimana untuk pergi :

Tramco/Bas   : Naik mana-mana tramco atau bas menuju ke Abbasiah atau naik dari Stesen Bas Sayyida Zainab. Berhenti berdekatan ARMA. Jalan sepanjang Lebuh Raya Salah Salem menuju ke arah ARMA. Anda akan lihat masjid ini

 

 

Gizah

 

6) Masjid Istiqamah

 

Lokasi :

Medan Giza, sebelah bangunan Telecom Egypt

 

Tarikan :

Azan Maghrib dan Isya’ yang merdu

Berhawa dingin

Kuliah subuh

 

Bagaimana untuk pergi :

Tramco                 : Dari Stesen Metro Sayyida Zainab, keluar ke arah Munirah. Betul-betul di luar stesen metro, naik tramco ke Medan Giza (semua tramco ke Kasr El Aini dan Manial akan berhenti di Medan Gizah). Masjid Istiqamah berada betul-betul dihadapan anda.

Bas                       : Naik mana-mana bas yang menuju ke arah Giza. Turun di Medan Gizah. Masjid Istiqamah berada betul-betul dihadapan anda.

 

 

Sayyida Zainab

 

7) Masjid Sayyida Zainab

 

masjid sayyeda

 

Lokasi :

Sayyida Zainab

 

Tarikan:

Makam cucu Nabi Muhammad, Sayyida Zainab.

Tarawih 20 rakaat, pendek.

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          : Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab dan keluar ke arah Abou Risy. Naik tramco menuju ke Sayyida Zainab atau jalan lebih kurang 500 meter.

 

 

8) Masjid Rawwas

 

Lokasi :

Zenhom, Berdekatan Medan Zainal Abidin

 

Bagaimana untuk pergi :

Tramco/Bas           : Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab. Naik tramco atau bas yang melalui Medan Zainal Abidin, Zenhom. Turun di tengah-tengah Medan Zainal Abidin. Masuk ke dalam lorong di sebelah kanan jalan utama (Jalan utama adalah sehala). Jalan lebih kurang 500 meter.

 

Cadangan :

Bawa kain sejadah sendiri terutama jika mahu pergi ke Masjid Sayyida Zainab.

 

 

Hayyu A’syir dan Hayyu Sabi’

 

9) Masjid Salam

 

Lokasi :

Hayyu Asyir

 

Tarikan :
Struktur binaan menyerupai Masjid Al-Aqsa

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro                    : Naik Metro  jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Ramses / Ghamra’. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Turun di Medan Hayyu Sabi’ berhadapan Restoran Arabiyata. Naik tramco ke Hayyu Asyir. Sepanjang perjalanan, hadap ke sebelah kanan. Berhenti di Bab Awwal. Masjid terbesar yang anda dapati ialah Masjid Salam

Tramco/Bas           : Tunggu di sepanjang jalan menuju ke Masjid Sayyida Zainab. Naik tramco atau bas ke Hayyu A’syir.  Berhenti di Bab Awwal. Masjid terbesar yang anda dapati ialah Masjid Salam

 

10) Masjid Tantawi

 

Lokasi :

Hayyu Sabi’

 

Tarikan :

Imam dikatakan mempunyai suara menyamai Syeikh Masyari Ar-Rasyid

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro                    : Naik Metro  jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Ramses / Ghamra’. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Jalan ke lorong Restoran Mutiara. Jalan terus bertentangan dengan arah Masjid Ibad Ar-Rahman. Anda akan jumpa Masjid Tantawi.

Tramco/Bas           : Tunggu di sepanjang jalan menuju ke Masjid Sayyida Zainab. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Jalan ke lorong Restoran Mutiara. Jalan terus bertentangan dengan arah Masjid Ibad Ar-Rahman. Anda akan jumpa Masjid Tantawi.

 

11) Masjid I’bad Ar-Rahman

 

Lokasi :

Hayyu Sabi’

Tarikan :

Berhawa dingin

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro                    : Naik Metro  jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Ramses / Ghamra’. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Berhenti di Restoran Arabiyata. Jalan sepanjang jalan raya (yang mencerun ke atas) Anda akan dapati Masjid Ibad Ar-Rahman

Tramco/Bas           : Tunggu di sepanjang jalan menuju ke Masjid Sayyida Zainab. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Berhenti di Restoran Arabiyata. Jalan sepanjang jalan raya (yang mencerun ke atas) Anda akan dapati Masjid Ibad Ar-Rahman

 

Cadangan :

– Elakkan bergerak ke Hayyu A’syir dan Sabi’ menaiki bas atau tramco dari Sayyida Zainab kerana Zahmah Ramadhan (traffic pada bulan puasa)

– Untuk kepastian, tanya orang ramai kerana bentuk jalan yang sama dan jumlah masjid yang banyak di sekitar  Hayyu Sabi’ terutamanya.

 

 

Sayyidah Nafisah

 

12) Masjid Sayyidah Nafisah

 

masjid sayyeda nafisah

 

Lokasi :

Medan Sayyidah Nafisah, berdekatan Hospital Mata Maghribi

 

Tarikan :

Makam Sayyidah Nafisah, ahli keluarga Nabi Muhammad

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          :  Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab dan keluar ke arah Abou Risy. Naik bas atau tramco ke Medan Sayyidah Aisyah. Sebelum sampai ke Medan Sayyidah Aisyah, berhenti di lebuh raya Salah Salem. Anda akan lihat Masjid Sayyidah Nafisah. Jalan lebih kurang 1 kilometer

Teksi           : Naik teksi (LE 10 dari Sayyida Zainab)

 

 

Sayyidah Aisyah

 

13) Masjid Sultan Hassan

 

 

Lokasi :

Arah dalam Medan Sayyidah Aisyah, menuju ke Suq Syafie

Betul-betul bersebelahan Masjid Al-Rafaie

 

Tarikan :

Salah sebuah kompleks masjid terbesar di dunia

Syeikh Ali Jum’ah sering menyampaikan khutbah Jumaat di sini.

Pernah menjadi tempat pengajian untuk keempat-empat Mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jamaah

 

 

Bagaimana untuk pergi:

Bas/Tramco : Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab dan keluar ke arah Abou Risy .Naik bas atau tramco ke Medan Sayyida Aisyah. Turun di Medan Sayyida Aisyah. Hadap kearah dalam Medan bertentangan dengan jalan besar (sekitar Suq Hayawanat). Jalan lebih kurang 500 meter

 

14) Masjid Sultan Al-Rafaie

 

 masjid sultan rafie

 

Lokasi :

Arah dalam Medan Sayyidah Aisyah, menuju ke Suq Syafie

Betul-betul bersebelahan Masjid Sultan Hassan

 

Tarikan :

Makam Raja Farouq, raja terakhir Mesir bersama kaum kerabatnya.

 

Bagaimana untuk pergi:

Bas/Tramco : Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab dan keluar ke arah Abou Risy .Naik bas atau tramco ke Medan Sayyida Aisyah.  Turun di Medan Sayyida Aisyah. Hadap ke arah dalam Medan bertentangan dengan jalan besar (sekitar Suq Hayawanat). Jalan lebih kurang 500 meter.

 

 

Demerdash

 

15) Masjid An Nur

 

masjid nur

Lokasi :

Demerdash

 

Tarikan :

Masjid Negara Mesir

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          : Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Demerdash berdekatan Universiti Ain-Shams. Anda akan segera lihat Masjid An Nur dari jauh. Jalan lebih kurang 500 meter

 

 

Ramses

 

16) Masjid Fath

 

 masjid fath

 

Lokasi :

Medan Ramses

 

Tarikan :

Menara masjid tertinggi di Mesir. Pernah menjadi masjid negara Mesir.

 

Bagaimana untuk pergi :

Metro          : Naik Metro ke Stesen Ramses / Shuhada’ (semua jaringan). Keluar dari stesen menghala ke jalan besar dan flyover. Masjid Fath berada di hadapan anda. Jalan lebih kurang 200  meter.

 

PERINGATAN :

SENARAI-SENARAI MASJID DI ATAS HANYALAH MERUPAKAN CADANGAN. PIHAK URUSETIA IHRAM 2013 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS MANA-MANA KESILAPAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG PADA MAKLUMAT DI ATAS.