Archives for PEMBANGUNAN INSAN - Page 3

INFIRU, Bangkitlah Dari Tidur yang Lena

Abou Risy , 10 Mei – “Pergilah kamu beramai- ramai sama ada dalam keadaan ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” , begitulah tafsir surah at-Taubah ayat ke-41 yang dikupas oleh Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi yang membuka tirai sesi forum pada malam itu.

Talkshow thaqafah yang bertajuk ‘MUMTAZ , Satu Pendefinisian Semula’ menampilkan panel yang cukup hebat iaitu Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi serta saudari Siti Khadijah binti Daud. Forum yang dikendalikan saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli selaku moderator, berjaya membakar semangat ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) yang hadir pada malam itu.

Beberapa persoalan telah diajukan buat para panel dan ternyata jawapan yang mereka berikan begitu bernas dan meresap ke dalam jiwa. “ Infiru dalam Konteks Penuntut Ilmu”, “Hakikat Sunnatullah, Mereka yang Berusaha Akan Berjaya Meskipun Mereka Bukan Beragama Islam”, “Mumtaz Hanya di atas Kertas?”, dan “Hak dan Amanah Penuntut Ilmu” menjadi tanda tanya setiap individu yang hadir pada malam itu. Selain itu, pelbagai lagi persoalan yang mudah dijawab oleh ahli panel yang hadir, sebagai contoh, “ Kegagalan dan Kejayaan Suatu Ujian, Bagaimana Cara Menghadapinya?”, “Hamba Tuhan atau Hamba Peperiksaan?” , “Apakah itu Mumtaz Dunia dan Mumtaz Akhirat?”, serta “Resepi Kejayaan dan Bagaimana Untuk Mengekalkan Kejayaan Tersebut”. Segala persoalan ini secara jelasnya dapat membuka minda dan mata para hadirin yang hadir pada malam itu.

 

Infiru

Exam Fever Campaign yang  telah dirasmikan oleh saudara Ahmad Kamil  bin Ahmad Fahmi, Ketua Jabatan Akademik PERUBATAN 2014/2015 pada awal program, mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli. Pada malam itu juga, Biro Akademik PCK telah mengadakanacara penyampaian hadiah buat ahli PCK yang cemerlang dalam peperiksaan sebagai tanda penghargaan. Ia merupakan satu inisiatif daripada pihak PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) bagi menimbulkan semangat ingin mumtaz dalam kalangan ahli yang lain. Mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberansangkan telah dikurniakan anugerah ‘Loncatan Saujana’. Selain itu, penyampaian hadiah buat para pelajar cemerlang sesi 2013 turut diadakan.

Rata-rata ahli PCK yang hadir pada malam itu menyatakan mereka semakin bersemangat untuk menempuh peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang dengan azam dan jati diri yang baru. Hal ini adalah kerana program motivasi INFIRU serta Exam Fever Campaign yang diadakan telah membuka mata semua pihak untuk lebih gigih dalam mengejar kejayaan yang diimpikan.

 

Disediakan oleh,

Nurfatin Afiqah bt Mohd Badrondin,
Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

 

 

 

 

MAJLIS PENGHARGAAN MENTOR

Abou Risy, 3 Mei – Sebuah program Majlis Penghargaan Mentor telah berlangsung di Markas PERUBATAN Abou Risy. Program di bawah anjuran Mentor Council PERUBATAN Cawangan Kaherah kali ini melibatkan kesemua mentor Smart Circle (SC) dalam Mentor Council bagi sesi 2013/2014. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meraikan seluruh mentor yang telah bersungguh-sungguh dalam mengendalikan SC sepanjang tahun.

Dalam slot pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Shafiq Bin Sahimi yang bertajuk “Kukuhkan SC, Bangunkan Ummah”, ustaz sedikit sebanyak mengimbau kembali asal usul kewujudan usrah Nabi Muhammad SAW . Seterusnya, ustaz menjelaskan lagi bahawa golongan mentor merupakan golongan teras dalam menyebarkan dakwah dan tarbiyah kepada ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah. Ustaz sekaligus menyentuh kepentingan SC sebagai satu tunjang utama dalam membentuk dan melahirkan muslim yang akan bergerak dalam meneruskan rantai perjuangan Rasulullah SAW.

Ustaz Syafiq memberi tiga titik utama sebagai asas dalam sesebuah SC. Pertama, keyakinan dan kefahaman akidah yang perlu dibina dan diterapkan dalam diri setiap ahli. Kedua, dalam membentuk satu usrah yang cemerlang, ukhuwah Islamiah yang dibina hendaklah atas dasar keimanan kepada Allah dan yang ketiga, pengorbanan yang perlu dilakukan dalam berjuang di jalan Allah.

Untaian kalam daripada ustaz Syafiq,‘Andai kita dapat melahirkan seorang mukmin yang soleh, kita berjaya mendapat jalan (wasilah) kejayaan. Justeru jangan kalian menganggap SC yang kalian jalankan hanyalah sekadar satu perjumpaan mingguan, tetapi anggaplah adik-adik yang berada di hadapan kalian sebagai batu-batu kecil dalam pembinaan khilafah Islamiah akan datang’, sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran kepada mentor dengan amanah yang digalas.

mentor

Seterusnya, program diteruskan dengan slot pembentangan pergerakan SC sepanjang sesi 2013/2014 dan juga ucapan dari Ketua Mentor Council. Slot ini dikendali oleh saudara Ahmad Luqman bin Ibrahim, selaku ketua Mentor Council bagi sesi 2013/2014. Segulung ucapan tahniah ditujukan buat semua mentor atas usaha mereka dalam meningkatkan prestasi SC masing-masing.  Beliau berharap agar segala usaha mentor dalam menyampaikan dakwah dan tarbiyah terutamanya kepada ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah ini sentiasa berterusan selari dengan misi Mentor Council ‘Melahirkan Generasi Doktor Muslim Profesional’.

Program ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada mentor-mentor yang cemerlang dalam mengendalikan SC masing-masing. Mereka terdiri daripada mentor yang berjaya mencapai objektif Mentor Council iaitu, ‘meningkatkan bilangan perjalanan sc setiap tahun kepada 100% mengikut kadar minimum sebanyak 15 kali setahun’. Sebanyak 4 SC ikhwah dan 18 SC akhawat berjaya memperoleh hadiah SC terbaik. Hadiah yang diberikan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat mentor-mentor SC yang lain agar sentiasa istiqamah dalam meningkatkan prestasi dan kualiti SC masing-masing. Rata-rata mentor yang hadir pada malam itu dapat merasakan suntikan semangat baru bagi meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah dan kefahaman Islam.

Disediakan oleh,

Nurul Salsabila binti Mokhtar
Setiausaha
Mentor Council
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

Senarai Nama Peserta Daurah Kitab


daurah1

Makluman terkini program

Kitab: الجواهر اللؤلؤية في شرح الأربعين النووية
Pengisi: Ustaz Khairul Abdan
Waktu: Pukul 8.00 pagi – 2.30 petang.
Tempat: Markas PERUBATAN Abou Risy

Maklumat Tambahan:

1. Pendaftaran masih terbuka secara “walk-in” pada hari daurah.
2. Yuran sebanyak 20le.
3. Harga kitab sebanyak 32le.

Senarai nama peserta

Berikut merupakan senarai nama peserta program Daurah Kitab yang telah terpilih. Diharapkan semua peserta dapat menyemak semula nama masing-masing.

IKHWAH

1. MUHAMMAD ZOFIR WAJDI BIN ARIP
2. IZHAM BIN ROSSLI
3. AFIF FAHIM BIN MOHAMAD DIMYATI
4. NUR MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD RAZAK
5. MOHAMAD HIFZAN ARIMI BIN MOHAMAD HIDZIR
6. MOHD ZULKHAIRI BIN SAHLANI
7. AHMAD ADIB BIN ZAINUDDIN
8. MUHAMMAD IZZAT HAFIZI BIN ZAABA
9. NURUDDIN AZRI BIN ZULKIFLI
10. MUHAMMAD SHAHIR BIN SHAHIBULLAH
11. MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA
12. AIMATNUDDIN HUSAIRI BIN HUSSAIN
13. MUHAMMAD MUNAWIR BIN AZMAN
14. MUHAMAD BAIDHOWI BIN MT.HASSAN
15. WAN MUAMMAR SAFUAN BIN WAN AZMI
16. KHAIRUL ADLI BIN IDRIS
17. MUHAMMAD NUR AZRI BIN MOHD HISAM
18. MUHAMMAD BASHEER BIN YAHYA
19. MUHAMMAD MUNAWWIR BIN MOHD HASSAN
20. MOHAMMAD AQIL BIN AZMAN
21. AHMAD NAQIB B NOORDIN
22. WAN NUSAIRI BIN WAN MOHD NASRUDDIN
23. ZAINOL IZZUDDIN BIN ZULKIFLI
24. HANIZ IQBAL BIN HAZAIDI
25. AHMAD TAHIR BIN AWANG

AKHAWAT

26. NUR ANIS BINTI MOHD ZALI
27. NUR FATIN BINTI BAHARIN
28. NOOR FATHIYAH BINTI YUSOF
29. NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
30. NUR AKMA ANIS BINTI TAJUDDIN
31. BADRIYYAH BINTI HUSIN
32. FARAHDINA BINTI MOHD FAUZI
33. AQILAH AB RAZAK
34. HAMIZAH BINTI ZAINAL
35. NUR A’FIFAH BT RAHIMI
36. NOOR AMALINA BINTI ABD RAHMAN
37. SITI NURBANI BINTI MD HASSAN
38. RABI’ATUL ‘ADAWIYAH AHMAD
39. NUR AMNINA NORDIN
40. NUR IZZATI BINTI MOHD HASHIM
41. SUHAILAH BINTI BADRUDDIN
42. NAJAH MUNIRAH BINTI AZMAN
43. SITI NABIHAH BINTI SHALAH HUDDIN
44. HAWA ILLANI ROSLAN
45. MASTURA BINTI BUKHARI
46. NATASHA TIQAH BINTI MAT AMIN
47. SITI NOOR IZATY BINTI ROSLI
48. NURULHUDA BINTI IDRIS
49. NUR SABIHA ZAKARIA
50. RAIHAN BINTI MUHAMMAD
51. SITI NABILAH AFNI BT PAKURURAZI
52. NABIL HUDA BINTI CHE MURAD
53. SITI SARAH BINTI ZAKARIA
54. NURUL SYAZNI BINTI MOHAMAD BASIRON
55. NADIRAH BINTI MOHAMMAD SHAHROM
56. SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN
57. SUMIRAH SUMIYYAH BINTI RAMLI
58. NURUL SALSABILA BINTI MOKHTAR
59. NUR HUSNINA KHATIJAH BINTI ABDUL KHALID
60. NURUL MIZA SHASHEIHA BINTI ABDUL MUTALIB
61. WAN FATHIAH NASUHA BINTI WAN NUDRI
62. NUR AMALINA BINTI MUSTAFFA
63. NUR SUHAIRA BINTI ABD RAHIM
64. NUR FAUZIAHANIM BT PAUZI
65. NUR SYAZWANI BINTI RAZAK
66. NUR ‘ AMIRA BINTI ANUAR
67. NURFAIZAH BINTI ABDUL AZIZ
68. NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI
69. WIDAD BINTI AZIZAN
70. AMI FARHANI BINTI MOHAMAD NOR ARIPIN
71. FATIN NABILA BINTI LUQMAN
72. NURUL A’INA AJMAL BINTI ABU DZAR
73. NURUL FILZAH ‘AYUNI BT ROHAIZAT
74. IZAZI FAKHIRA BT FAUZI
75. ANIS ZARINA BINTI ZARINI

Info Daurah Kitab.

daurah poster

Hari Asyura Disambut Meriah

Kaherah, 16 November – Bersempena dengan Maal Hijrah dan Hari Asyura, Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Kaherah telah berjaya menjalankan gotong-royong menyiapkan bubur asyura serta daurah kitab berkenaan fiqh awlawiyat.

Gotong-royong ini dijalankan pada 13 November malam bertempat di Markas Abou Risy oleh pelajar ikhwah tahun 4 Universiti Kaherah. Mereka turut bersahur bersama pada Hari Asyura di markas.

Aktiviti membungkus bubur asyura oleh pelajar akhawat bermula pada 14 November petang. Sebahagian bubur asyura yang telah dibungkus telah diagihkan kepada pelajar tahun 6 atas yang akan menghadapi peperiksaan akhir pada hari Rabu ini.

“ Saya rasa sangat terharu apabila dapat bubur asyura. Siap dengan kad lagi. Terima kasih banyak kepada PCK dan adik-adik yang mengagihkan bubur asyura. Terima kasih juga sebab ingat kepada kami pelajar-pelajar tahun 6 atas,” kata saudari Wafaa binti Mohamad, pelajar tahun 6 atas.

579302_653281711376984_1819159017_n

Sambutan Hari Asyura diserikan lagi dengan daurah kitab yang bertajuk ‘Fiqh Awlawiyat, Merungkai Isu dan Realiti’ yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Abbas Azizuddin. Kaedah yang terbaik bagi menentukan perkara yang paling utama apabila bertembung beberapa perkara telah dikongsi oleh ustaz.

“ Saya suka dengan daurah fiqh awlawiyat ini. Pada saya, ia satu  kefahaman yang cukup untuk kita aplikasikan bila masa memerlukan. Formula yang ustaz bagi juga sangat jelas, “ kata saudari Zateel Fahada binti Rusli, pelajar tahun 3.

Semoga sambutan Hari Asyura ini memberi seribu satu kebaikan kepada semua ahli PCK dan dapat mengeratkan lagi ukhwah antara ahli.

1455031_653286978043124_958259581_n

 

POSTER: Daurah Fiqh Aulawiyat, Merungkai Isu & Realiti

daurah kitab 14 Nov

 

[DAURAH KITAB : FIQH AWLAWIYAT DAN GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA]

Bersempena dengan sambutan maal hijrah dan hari asyura, PERUBATAN Cawangan Kaherah dengan berbesar hatinya menjemput seluruh ahli PCK untuk turut sama menghadiri daurah kitab dan gotong royong menyiapkan bubur Asyura.

Berikut merupakan tentatif program :

[13 November 2013]

10.00 malam : Kehadiran ahli PCK
10.30 malam : Gotong royong bermula
4:30 pagi : Sahur hari asyura
6:00 pagi : Pembungkusan bubur asyura.

*Gotong-royong hanya untuk ikhwah sahaja

[14 November 2013]

4.30 petang : Pengagihan bubur asyura kepada senior tahun 6
5.45 malam : Kehadiran ahli dan qasidah
6.00 malam : Daurah Fiqh Awlawiyat
7.30 malam : Majlis penutup
7.45 malam : Jamuan ringan bubur asyura
8.00 malam : Bersurai

Semoga dengan kehadiran kita akan menyemarakkan ruh maal hijrah dan sedikit sebanyak menambah pengetahuan kita tentang fiqh awlawiyat.

p/s: Buku dan kertas kerja akan dijual sepanjang majlis berlangsung. Juga, jamuan ringan bubur asyura disediakan di akhir daurah.

“Kita Keluarga PCK”

~Mahasiswa Islami Qudwah Insani~
.: Biro Pembangunan Insan:.

”At-Taqwa, As-Syifa’ , Ar-Rahmah”
~Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014