Archives for KENYATAAN RASMI - Page 2

Notis 1: Panggilan Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-5

PERUBATAN-SMALL-Color-

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Tuhan yang menciptakan nikmat ijad dan imdad , hidup di dunia menjadi satu kurniaan dengan tambahan melihat, mendengar, berbicara, merasa dengan lidah mahupun bergerak dengan tubuh sebagai bukti berfungsinya jasad. Semuanya patut disyukuri tanpa ada segelintir perasaan kufur. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda terangkat sifat mahmudah dan tertolaknya sifat mazmumah. Sabda baginda, “sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Memetik surah Ali Imran ayat 159:

“Maka, berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa”.

Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat di atas: “Syura terjadi kerana perbezaan pendapat. Maka seseorang yang bermusyawarah hendaknya melihat perbezaan tersebut kemudian melihat kepada pendapat yang paling dekat dengan al-Quran dan as-Sunnah jika ia mampu. Lalu jika Allah membimbingnya kepada apa yang Allah kehendaki, maka hendaknya ia berazam untuk kemudian melakukannya dengan bertawakal kepada Allah. Dimana inilah penghujung dari ijtihad yang diminta dan dengan inilah Allah perintahkan nabi-Nya dalam ayat ini”.

Penekanan ke atas perlaksanaan perbincangan atau musyawarah adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana perbuatan ini adalah apa yang dilaksanakan para rasul, khulafa’ ar-Rasyidin, para ulama dan juga hamba-hamba Allah yang soleh yang terkenal di dalam sejarah perkembangan Islam seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Sesungguhnya, Rasulullah itu uswah yang paling baik bagi umat manusia.

Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang pandai adalah orang yang mengintrospeksi dirinya dan beramal untuk setelah kematian, sedang orang yang lemah adalah orang yang jiwanya selalu tunduk pada nafsunya dan mengharap pada Allah dengan berbagai angan-angan”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Hadis di atas menekankan kepentingan introspeksi diri dalam apa jua perkara. Setiap kali iman bergoncang tatkala melakukan dosa, cepat-cepat kembali kepada tuhan dengan bertaubat dan melakukan kebaikan. Muhasabah diri atau sesebuah organisasi adalah langkah yang baik dalam membentuk masyarakat yang saling memperingati antara satu sama lain.

Tidak terbina sesebuah negara dan tamadun yang agung dengan sifat kuku besi dan kepala batu pemerintah, bahkan hancur.

Dengan itu, Jabatan Setiausaha (JSU) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) sesi 2017/2018, dengan ini menjemput ahli PCK menjadi perwakilan  Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali kelima dalam membawa suara-suara ahli, mahupun menjadi pemerhati.
Moga Allah SWT meribat hati-hati kita dalam ketaatan dan ikatan ukhuwah yang terbentuk lebih utuh dari berlian.
Negeri kecilku moga kekal malar, jika bukan di buana, biar sahaja abadi di kalbu.

 

Berikut adalah lampiran surat jemputan ke MTC kali kelima:

Pautan: drive.google.com/file/d/1MfOOAgTucYh4vjALSduBmp0_YhVvvutR/view?usp=sharing

 

“Kita Keluarga PCK”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

AFARIS
Muhammad Faris bin Ahmad Fath,
Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.
NAADIAH
Hidayatul Naadiah binti Zulkifli,
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

Kenyataan Rasmi: Pemangkuan AJKT Cuti Musim Sejuk 2018

PERUBATAN-SMALL-Color-

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang cuti musim sejuk yang akan datang, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan dipangku dalam tempoh yang tertentu. Oleh itu, kekosongan jawatan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“ Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan senarai pemangku yang telah dipersetujui di peringkat AJKT.

Portfolio   Nama AJKT   Tarikh Pulang Ke Malaysia   

 

Tarikh Pulang Ke Mesir Pemangku
 
Ketua Biro Akademik Muhammad Izzat Hafizi Bin Zaaba   25 Januari 2018   3 Februari 2018 Husaini Bin Abdul Malik
Ketua Biro Kebajikan  

 

Faiq Bin Saroni 25 Januari 2018   1 Februari 2018 Izzat Bin Ibrahim
Timbalan Ketua Jabatan Bendahari Dan Biro Ekonomi Nur Hidayah Binti Zaharan  19 Januari 2018 5 Februari 2018 Najihah Binti Januddin
Timbalan Ketua Biro Kebajikan   Ain Syahirah Binti Yazid   17 Januari 2018   8 Februari 2018 Aida Ilyana Binti Mohd Zuki

 

Selamat bercuti saya ucapkan kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah. Manfaatkanlah masa anda sebaiknya dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.

Seeru ala barakatillah

 

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

A WAN
Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2017/2018.
Najihah
Najihah Binti Janudin,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

Kenyataan rasmi: Penangguhan Program

PERUBATAN-SMALL-Color-

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarga baginda.

Setelah hampir dua bulan lebih kita melaksanakan program dan aktiviti selepas cuti musim panas yang lalu, kini tibalah masanya untuk kita berhenti seketika bagi memberi laluan kepada ahli untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan.

Seperti yang kita maklum, pada bulan Januari ini musim peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar pre-klinikal bakal bermula. Sudah pastinya pelajar pre-klinikal Universiti Kaherah memerlukan satu tempoh masa untuk menumpukan segala usaha dan tenaga dalam menelaah pelajaran. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli dengan menangguhkan (tawaquf)  program dan aktiviti persatuan khusus untuk pelajar pre-klinikal sahaja bermula 17 Disember 2017 sehingga berakhirnya peperiksaan.

Namun, terdapat beberapa bentuk program yang tidak akan diberhentikan berikutan kesesuaian program dengan keperluan ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya ialah

  • Exam Fever Campaign (EFC)
  • Smart Circle yang tidak berfokus kepada silibus

Manakala bagi pelajar-perlajar klinikal pula, program dan aktiviti akan dijalankan seperti biasa. Kelas-kelas Raudhah dan program-program kecil akan diteruskan seperti yang ada di dalam perancangan PERUBATAN.

 

Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada ahli untuk mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya. Marilah kita bersama-sama menjadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mencari keberkatan Allah SWT serta mencapai kecemerlangan ke arah menjadi pengamal perubatan yang kompeten dalam segenap aspek.

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

Pengertiannya :

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan beberapa darjat  (al-Mujadalah : 11)

Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua ahli PCK. Pasakkan tekad untuk berjaya, teruskan usaha selagi masih diberikan peluang. Jangan berputus-asa mencari rahmat Allah, Dia bersama hamba-Nya yang tekun berusaha.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Husaini
Husaini bin Abdul Malik,
Naib Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

Atikah

Nurul Atikah binti Mohd Rafi,
Naib Pengerusi 2,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

Kenyataan Rasmi: Pengumuman Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah

PERUBATAN-SMALL-Color-

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

[Surah Al-Baqarah, 30]

Sebagaimana hari berganti hari dan bulan berganti bulan, maka tampuk kepimpinan juga akan silih berganti. Susulan daripada Kenyataan Rasmi Pengumuman Nama AJKT Fasa I dan setelah beberapa perbincangan diadakan, pihak MMPC bersetuju untuk melantik kedua-dua AJKT berikut sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2018/2019 :

1. Muhammad Faris bin Ahmad Fath

AFARIS

2. Aida Ilyana binti Mohamad Zuki

Aida

Semoga keputusan yang diambil sentiasa mendapat keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

Wallahu ta’ala a’lam.
Sekian, terima kasih.

“Kita Keluarga PCK”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
image001
Mohd Zulkhairi bin Sahlani,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

Kenyataan Rasmi: Pengumuman Senarai Calon AJKT 2018/2019 Fasa 1

PERUBATAN-SMALL-Color-

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ)

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An’am: 165)

 

Tanggungjawab memimpin itu adalah sesuatu yang menjadi kemestian bagi setiap manusia kerana diri sendiri juga harus dipimpin agar tidak tersasar daripada landasan syariat Allah SWT. Seseorang individu yang dipilih sebagai seorang pimpinan seharusnya menyedari bahawa Allah sebenarnya yang memilih dirinya untuk memimpin. Sebagaimana firman Allah SWT di atas, dijelaskan bahawa Allah sebenarnya yang menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi, dan bukannya atas pilihan kita sendiri. Justeru, kita sebagai seorang mukmin harus yakin dan percaya pada qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

 

Sementara itu, di peringkat Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Kaherah telah pun bermesyuarat dan memutuskan beberapa nama untuk dinaikkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2018/2019.

 

Berikutan itu, tempoh bantahan juga akan turut berubah bersama dengan pengumuman nama-nama AJKT Fasa II.

 

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Fasa I :

 

AJKT IKHWAH :

  1. Rais Farhan bin Rashdan, Tahun 2
  2. Ahmad Luqmanul Hakim bin Shamsudin, Tahun 2
  3. Muhammad Faiq bin Mohammad Saroni, Tahun 3
  4. Muhammad Faris bin Ahmad Fath, Tahun 4
  5. Muhammad Habibullah bin Isa, Tahun 6

 

AJKT AKHAWAT :

  1. Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid, Tahun 3
  2. Aida Ilyana binti Mohamad Zuki, Tahun 3
  3. Nur Huda Hanisah binti Abdul Mutalib, Tahun 3
  4. Nurul Syahirah binti Aziz, Tahun 2
  5. Faiqah binti Sudin, Tahun 2

 

Bagi nama calon Pengerusi dan Timbalan Pengerusi akan diumumkan beberapa hari selepas pengumuman calon AJKT Fasa I.

 

Sejajar dengan pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini sehingga 17/12/2017. Pengumuman nama-nama AJKT Fasa II akan dihebahkan sehari selepas tempoh bantahan ditutup.

 

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

 

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

 

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

image001

Mohd Zulkhairi bin Sahlani,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.