Archives for KENYATAAN RASMI - Page 16

Kenyataan Rasmi: Tawaqquf Program.

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t atas kurniaan rahmat dan nikmat-Nya yang tidak terkira serta selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat di akhirat kelak.

Bulan Mei sudah menjelang tiba. Sinonimnya Mei bagi pelajar Universiti Kaherah adalah bulan bermulanya peperiksaan akhir tahun. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli untuk mengulangkaji dan lebih fokus membuat persiapan dalam menghadapi  peperiksaan dengan memberhentikan (tawaqquf) beberapa program dan aktiviti bermula 3 Mei 2013 sehingga berakhirnya peperiksaan. Semua aktiviti akan diakhiri dengan Munajat PRU 13 yang akan berlangsung pada 3 Mei.

Untuk pengetahuan semua ahli, di peringkat perbincangan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) turut memutuskan beberapa bentuk program yang tidak akan ditawaqufkan berikutan kesesuaian program dengan keadaan semasa ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya adalah program yang melibatkan akademik dan motivasi ahli, pembawaan Smart Circle yang tidak memberi fokus kepada silibus dan aktiviti semasa seperti solat jenazah, solat hajat dan kutipan derma kilat yang melibatkan kebajikan ahli.

Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada ahli untuk mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya setelah berpenat-lelah dalam menjayakan Cairo Open Day (CODE) pada 25 – 27 April yang lalu. Elakkan menjadi tertekan atau distress sempena peperiksaan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud,

“Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad (untuk melakukan sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya”.

Akhir kalam, selamat maju jaya kepada semua ahli PCK. Semoga dipermudahkan segalanya.

Sekian, terima kasih.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

kamil4

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

sabihah4Nur Sabiha Binti Zakaria

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Kenyataan Rasmi Penangguhan Cairo Open Day (CODE)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang kita sedia maklum, pada 20 dan 21 April 2013, akan berlangsung satu program yang diberi nama CODE (Cairo Open Day, Enjoy, Engage, Enlighten) sebagai program kemuncak bagi pengenalan PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Oleh yang demikian, dengan rendah hatinya kami menangguhkan pelaksanaan program tersebut kerana memberi laluan kepada ‘Biochemistry Spring Exam’, bagi pelajar tahun 1 dan 2 Universiti Kaherah. Hal ini tidak dapat dijangka bagi pihak kami kerana makluman yang agak lewat kepada pelajar, bekenaan dengan tarikh peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, program ini akan ditangguhkan pada butiran seperti berikut :

Tarikh : 25-27 April 2013
Hari : Khamis – Sabtu
Tentatif :

25 April 2013 (Khamis)
– Kelas Tsaqafah

26 April 2013 (Jumaat)
– Mini Bazaar
– Hari Terbuka Markas

27 April 2013 (Sabtu)
– Mini Conference.

Akhir kata, pihak kami memohon seribu kemaafan atas penangguhan ini. Segala kesulitan amat dikesali.

“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
~Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati~

549121_452803728128079_1591220067_n

Ahmad Kamil Ahmad Fahmi
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014