Archives for KENYATAAN RASMI - Page 15

Kenyataan Rasmi: Bantuan Duur Thani.

Bismillahirrahmanirrahim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ: “مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ،

Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat

Sehubungan dengan itu,  saya meminta setiap AJK Akademik Batch menugaskan setiap Subject Master (SM) untuk menghubungi dan membantu semua sahabat sahabat kalian yang bakal mengambil peperiksaan duur thani.

Terdapat 2 langkah yang perlu diambil oleh AJK Akademik Batch dalam membantu sahabat sahabat yang duur iaitu:

Langkah Pertama

  1. Unit Akademik batch hubungi Subject Master (SM) untuk sampaikan mesej daripada Biro Akademik PCK.
  2. Subject Master (SM) menghubungi ahli yang mengulang subjek yang menjadi tanggungjawab mereka.

Langkah Kedua

  1. Unit Akademik dapatkan tips menghadapi peperiksaan duur thani daripada Ketua atau Timbalan Ketua Unit Kecemerlangan Akademik dan serahkan kepada SM.
  2. SM salurkan kepada ahli yang mengulang.

 

Sedari awal cuti musim panas bermula, Ketua dan Timbalan Ketua Unit Kecemerlangan Akademik telah pun mengumpulkan maklumat – maklumat serta tips untuk menghadapi peperiksaan duur thani.

Berikut merupakan nombor telefon dan akaun facebook untuk menghubungi Ketua dan Timbalan Ketua Unit Kecemerlangan Akademik dan Motivasi

 

 Nama  No. Telefon  Akaun Facebook
 Muhammad Khairul Adha Bin  Fuaad  +201116106155  Khairul Adha
 Rabiatul Adawiyah Binti Mohd  Dom Arang Bilong  +201156623566
+60122525174
 Atul Dom

 

Selain daripada sistem dan usaha yang disusun oleh Biro Akademik PCK saya menyeru untuk sahabat-sahabat sekeliling untuk sentiasa memberi sokongan kepada sahabat sahabat kita yang menghadapi duur thani.

 

 

Selamat berusaha dan berjaya.

Achieve The Highest, Improve Others

IMG_8322

Haniz Iqbal Bin Hazaidi

Ketua Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

za

Anis Zarina Binti Zarini

Pen. Ketua Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Kenyataan Rasmi: Pemangkuan Portfolio AJKT Sempena Cuti Musim Panas


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam yang menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Kita bersyukur kerana masih lagi diberi peluang memasuki fasa kedua Ramadhan, fasa keampunan (maghfirah).

Pada musim panas kali ini, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah pulang ke Malaysia untuk bercuti. Oleh itu, portfolio yang kosong akan dipangku oleh AJKT yang masih tinggal di bumi Mesir ini.

Ikhwah

Pemangku

Portfolio Dipangku

Tarikh

 IMG_8480

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi

Pengerusi

Naib Pengerusi 1

16 Julai – 13 September

Ketua Biro Perumahan (BHOME)

15 Julai – 17 Ogos

 IMG_8476

Muhammad Hafiz Bin Nazri

Setiausaha

Bendahari

18 Julai – 20 September

Ketua Biro Ekonomi (BIKON)

18 Julai – 20 September

 IMG_8322

Haniz Iqbal Bin Hazaidi

Ketua Biro Akademik (BCAD)

Ketua Biro Penerbitan & Penerangan (BPP)

31 Julai – 10 September

Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL)

15 Julai – 13 September

 IMG_8311

Muhammad Nur Azri Bin Mohd Hisam

Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI)

Ketua Biro Kebajikan (BCARE)

13 Julai – 20 Ogos

 

Akhawat

Pemangku

Portfolio Dipangku

Tarikh

 sabi

Nur Sabiha Bt Zakaria

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi 2

31 Julai – 10 September

Timbalan Setiausaha

1 Ogos – 10 September

Pen. Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI)

31 Julai – 11 September

Pen. Ketua Biro Ekonomi (BIKON)

31 Julai – 7 September

Pen. Ketua Biro Kebajikan (BCARE)

25 Julai – 20 Ogos

 hi

Wan Nurhidayah Bt Wan Yahaya

Timbalan Bendahari

Pen. Ketua Biro Ekonomi (BIKON)

16 Julai – 31 Julai

 wah

Wahdaty Najihah Bt Mohd

Pen. Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL)

Pen. Ketua Biro Akademik (BCAD)

14 Julai – 31 Julai

 ti

Nurul Atiqah Bt Mohd Azman

Pen. Ketua Biro Kebajikan (BSAL)

Pen. Ketua Biro Perumahan (BHOME)

16 Julai – 25 Julai

 ain

Ainatul Mardhiah Bt Mohammadin

Pen. Ketua Biro Penerbitan & Penerangan (BPP)

Timbalan Bendahari

31 Julai – 10 September

Pen. Ketua Biro Akademik (BCAD)

31 Julai – 13 September

Pen. Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL)

31 Julai – 13 September

Pen. Ketua Biro Perumahan (BHOME)

31 Julai – 7 September

 

Sempena Ramadhan ini, perbaikilah diri kita supaya mampu berfungsi sebagai muslim bertakwa. Rebutlah ganjaran Ramadhan yang ditawarkan dan sertailah program-program yang disediakan untuk ahli PCK seperti Ihya Ramadhan (IHRAM), Syantah Ramadhan, Summer Clinical Attachment (SCA) dan banyak lagi.

Akhir kalam, selamat meneruskan Ramadhan dan semoga menjadi insan bertakwa.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

IMG_8480

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

 

sabi

Nur Sabiha Binti Zakaria

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

 

Kenyataan Rasmi: Tawaqquf Program.

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t atas kurniaan rahmat dan nikmat-Nya yang tidak terkira serta selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat di akhirat kelak.

Bulan Mei sudah menjelang tiba. Sinonimnya Mei bagi pelajar Universiti Kaherah adalah bulan bermulanya peperiksaan akhir tahun. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli untuk mengulangkaji dan lebih fokus membuat persiapan dalam menghadapi  peperiksaan dengan memberhentikan (tawaqquf) beberapa program dan aktiviti bermula 3 Mei 2013 sehingga berakhirnya peperiksaan. Semua aktiviti akan diakhiri dengan Munajat PRU 13 yang akan berlangsung pada 3 Mei.

Untuk pengetahuan semua ahli, di peringkat perbincangan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) turut memutuskan beberapa bentuk program yang tidak akan ditawaqufkan berikutan kesesuaian program dengan keadaan semasa ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya adalah program yang melibatkan akademik dan motivasi ahli, pembawaan Smart Circle yang tidak memberi fokus kepada silibus dan aktiviti semasa seperti solat jenazah, solat hajat dan kutipan derma kilat yang melibatkan kebajikan ahli.

Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada ahli untuk mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya setelah berpenat-lelah dalam menjayakan Cairo Open Day (CODE) pada 25 – 27 April yang lalu. Elakkan menjadi tertekan atau distress sempena peperiksaan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud,

“Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad (untuk melakukan sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya”.

Akhir kalam, selamat maju jaya kepada semua ahli PCK. Semoga dipermudahkan segalanya.

Sekian, terima kasih.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

kamil4

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

sabihah4Nur Sabiha Binti Zakaria

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Kenyataan Rasmi Penangguhan Cairo Open Day (CODE)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang kita sedia maklum, pada 20 dan 21 April 2013, akan berlangsung satu program yang diberi nama CODE (Cairo Open Day, Enjoy, Engage, Enlighten) sebagai program kemuncak bagi pengenalan PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Oleh yang demikian, dengan rendah hatinya kami menangguhkan pelaksanaan program tersebut kerana memberi laluan kepada ‘Biochemistry Spring Exam’, bagi pelajar tahun 1 dan 2 Universiti Kaherah. Hal ini tidak dapat dijangka bagi pihak kami kerana makluman yang agak lewat kepada pelajar, bekenaan dengan tarikh peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, program ini akan ditangguhkan pada butiran seperti berikut :

Tarikh : 25-27 April 2013
Hari : Khamis – Sabtu
Tentatif :

25 April 2013 (Khamis)
– Kelas Tsaqafah

26 April 2013 (Jumaat)
– Mini Bazaar
– Hari Terbuka Markas

27 April 2013 (Sabtu)
– Mini Conference.

Akhir kata, pihak kami memohon seribu kemaafan atas penangguhan ini. Segala kesulitan amat dikesali.

“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
~Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati~

549121_452803728128079_1591220067_n

Ahmad Kamil Ahmad Fahmi
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014