Archives for KENYATAAN RASMI

Senarai Nama Akhir AJKT 2020/2021

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
[Surah al-Baqarah, 30]

Tidaklah Allah mentaklifkan seseorang melainkan atas kemampuan dirinya. Mudah-mudahan peluang yang diperolehi ini menjadi ladang kebajikan untuk bekalan hari akhirat dan menjadi nilai tambah sebagai pengamal sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah pun bermesyuarat dan memutuskan senarai nama bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah (AJKT PCK)  bagi Sesi 2020/2021.

PENGERUSI

Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni Tahun 5

 

 

TIMBALAN PENGERUSI

 Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid Tahun 5

 

AJKT SISWA :

Mohd Shahril bin Aripuddin Tahun 5
Muhamad Hakimi bin Mohd Budi Tahun 6

 

AJKT SISWI :

Nurul Syahirah binti Aziz Tahun 4
Nur Huda Hanisah binti Abdul Mutalib Tahun 5

 

Semoga keputusan yang diambil sentiasa mendapat keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

Wallahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

 

“Kita Keluarga PCK”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

Muhamad Aiman bin Adnain,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020.

 

SENARAI NAMA CALON AJKT 2020/2021

[KENYATAAN RASMI MMPC: SENARAI NAMA CALON AJKT]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ 

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An’am: 165)

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakalah kepadaNya. (Surah Ali Imran: 159)

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Kaherah telah pun bermesyuarat dan memutuskan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2020/2021.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT :

AJKT IKHWAH :

  1. Muhamad Hakimi bin Mohd Budi, Tahun 6

 

AJKT AKHAWAT :

  1. Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid, Tahun 5

 

Bagi nama calon Pengerusi dan Timbalan Pengerusi akan diumumkan pada hari pengumuman senarai akhir nama-nama AJKT.

Sejajar dengan pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini sehingga 4/12/2019. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada kepada Pengerusi MMPC, Muhamad Aiman bin Adnain dan Timbalan Pengerusi MMPC, Engku Fatim Azzahra binti Syed Norzaim . Pengumuman nama-nama AJKT akan dihebahkan sehari selepas tempoh bantahan ditutup.

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

 

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhamad Aiman bin Adnain,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Kekal Sesi 2020/2021

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”

Berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Berkat syura yang telah dijalankan, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni

(Tahun 5)

Mohd Syahril bin Aripuddin

(Tahun 5)

 

Nur Huda Hanisah binti Abd Mutalib

(Tahun 5)

Nurul Syahirah binti Aziz

(Tahun 4)

 

Semoga AJKT yang telah dipilih diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang yang akan dipilih di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ‘ala barakatillah.

“Kita Keluarga PCK”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Muhammad Faris bin Ahmad Fath,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020.

PENGENALAN MAJLIS MESYUARAT PEMILIHAN CAWANGAN (MMPC) 2019/2020


‎بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.
(Surah as Syura ; 38)

Ayat ini memberi penjelasan berkenaan sifat-sifat manusia yang beriman di dalam al-Quran. Mereka mendirikan solat, bermesyuarat serta mendermakan hartanya pada jalan Allah. Maka, ayat ini jelas menyatakan bahawa mesyuarat merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Bahkan, banyak lagi ayat-ayat al-Quran lain yang menceritakan berkenaan konsep bermesyuarat.

Perkataan syura atau mesyuarat berasal daripada perkataan “syara al-asal” yang bermaksud madu yang dibersihkan. Dari sudut yang lain, perkataan ini membawa maksud menarik seekor haiwan ternakan untuk mengetahui atau menguji kekuatannya. Maka, perkataan syura itu sendiri membawa erti menarik pelbagai jenis pendapat, kemudian mengujinya untuk mendapatkan pemikiran yang lebih baik dan utama untuk dilaksanakan. Secara ringkas, syura ialah pertukaran pendapat antara anggota tertentu untuk mendapatkan hasil yang disepakati bersama oleh majoriti peserta dan pelaksanaannya adalah wajib bagi semua pihak.

Jika kita merungkai sejarah Islam, sistem mesyuarat ini seringkali digunakan sewaktu pemerintahan Rasulullah SAW. Sebagai contoh dalam kisah peperangan Uhud, meskipun pelbagai perbezaan pendapat oleh para sahabat sewaktu bermesyuarat sebelum turun ke medan, namun akhirnya kata putus tercapai hasil daripada perbincangan dan persepakatan di dalam mesyuarat.

Pengenalan Sistem Mesyuarat

Bertepatan dengan kaedah mesyuarat yang diguna pakai semasa zaman Rasulullah dan juga khulafa ar-rasyidin dalam menentukan khalifah yang pertama, Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA, maka Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawagan (MMPC) akan dijadikan sebagai satu medan perbincangan bagi membincangkan nama-nama AJKT sesi hadapan. Perbincangan ini akan dilakukan secara berhikmah oleh ahli-ahli MMPC yang dilantik.

Oleh sebab itu, MMPC juga akan bergerak mengikut fasa sama seperti jalur masa dan fasa pilihan raya di cawangan lain. Setelah meneliti pelbagai aspek, Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pemilihan AJKT di PCK. Butiran adalah seperti berikut:

Perkara Tarikh

Nama calon Fasa 1: 28 November 2019

Tempoh bantahan: 29 November – 1 Disember 2019

Nama calon Fasa 2: 1 Disember 2019

Pengumuman keputusan pemilihan AJKT: 6 Disember 2017

Perubahan Kerusi AJKT

Dalam usaha membentuk organisasi PCK yang optimum, perbincangan telah dibuat di peringkat Lembaga Penasihat PCK bagi menuntut penubuhan organisasi yang lebih kecil bertepatan dengan jumlah ahli yang sedikit. Organisasi yang optimum penting agar PCK mampu mencapai objektif serta visi dan misi PERUBATAN, dalam masa yang sama tidak membebankan tenaga ahli. Keputusan yang telah dibuat kemudiannya akan dinilai dan diluluskan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN berserta Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN.

Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan kerusi AJKT PCK pada sesi akan datang, maka perubahan tersebut adalah tertakluk kepada perbincangan ahli Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan. Semoga perbincangan yang dilakukan mendatangkan kebaikan bagi kita semua dan sebarang cadangan dan komentar penambahbaikan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli PCK agar pemilihan pimpinan bagi sesi akan datang dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhamad Aiman bin Adnain,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020.

Kenyataan Rasmi: Penangguhan Program dan Organisasi Batch Sesi 2018/2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.

Setelah hampir dua bulan lebih kita melaksanakan program dan aktiviti selepas cuti musim panas yang lalu, kini tibalah masanya untuk kita berhenti seketika bagi memberi laluan kepada ahli untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan pemakluman organisasi batch yang baharu

  1. Penangguhan Program

Seperti yang kita maklum, pada bulan Januari ini fatrah peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar pra-klinikal bakal bermula. Sudah pastinya pelajar-pelajar pra-klinikal Universiti Kaherah memerlukan satu tempoh masa untuk menumpukan segala usaha dan tenaga dalam menelaah pelajaran. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli dengan memberhentikan (tawaqquf) program dan aktiviti persatuan khusus untuk pelajar pra-klinikal sahaja bermula 15 Disember 2018 sehingga berakhirnya peperiksaan.

Namun, terdapat beberapa bentuk program yang tidak akan diberhentikan berikutan kesesuaian program dengan keperluan ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya ialah

  • Exam Fever Campaign (EFC)
  • Smart Circle yang tidak berfokus kepada silibus

 

Manakala bagi pelajar-pelajar klinikal pula, program dan aktiviti akan dijalankan seperti biasa. Kelas-kelas Raudhah dan program-program kecil akan diteruskan seperti yang ada di dalam perancangan PERUBATAN.

 

 

 

Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada semua ahli agar mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya. Marilah kita bersama-sama menjadikan peperiksaan ini sebagai medan dalam mencari keberkatan Allah SWT serta mencapai kecemerlangan ke arah menjadi pengamal perubatan yang kompeten dalam segenap aspek.

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

Maksud: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah al-Mujadalah: 11)

2. Organisasi Batch Sesi 2018/2019

Rasulullah S.A.W bersabda,

Masing-masing kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang amir yang memimpin masyarakat adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban kepimpinannya atas mereka.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Berikut merupakan Organisasi Batch sesi 2018/2019.

Tahun 3

MUHAMMAD NOOR DANIAL BIN MOHAMED YAHYA

NIK NURIN NADIAH BINTI NIK AHMAD FARHAN

Tahun 4

WAN MUAMMAR SAFUAN BIN WAN AZMI

LIYANA SYAHIRAH BINTI RAZALI

Tahun 5

MOHD HAKIMI BIN MOHD BUDI

Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua barisan pimpinan Organisasi Batch sesi 2018/2019. Semoga Allah bantu sepanjang menjalankan tanggungjawab dan memudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat.

Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pimpinan Organisasi Batch sesi 2017/2018 yang menjadi tulang belakang PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK), atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu gerak kerja batch mahupun PCK.

 

Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua ahli PCK. Pasakkan tekad untuk berjaya, teruskan usaha selagi masih diberikan peluang. Jangan berputus-asa mencari rahmat Allah, Dia bersama hamba-Nya yang tekun berusaha.

Seeru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Naib Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.