Archives for KEBAJIKAN

Senarai Nama Peserta Run For PEACE

 

RUN FOR PEACE

**NotesThe starting line for the boys will be in front of the gate of Kasr al-Ainy Faculty of Medicine, Cairo University at 7.00 AM, whereas the girls need to gather at Al-Azhar Park at 8.30 AM. Refreshments will be provided for the runners.

 

BOYS

BIL NAME YEAR UNIVERSITY
1. Abdul Rahman Bin Said Sultan 4th Year Ain Shams University
2. Muhamad Arif bin Mohd Zahari 4th Year Ain Shams University
3. Muhammad Syafiq Naim Bin Johari 2nd Year Al-Azhar University
4. Mohammad Syakirin Islah Bin Che Razali 3rd Year Al-Azhar University
5. Ahmad Tasnim Bin Muslim 4th Year Al-Azhar University
6. Muhammad Fauzan Bin Mustaffa 4th Year Al-Azhar University
7. Ahmad Izofi Bin Haji Zainudin 5th Year Al-Azhar University
8. Amir Izzuddin Bin Aznan 5th Year Al-Azhar University
9. Arif Bin Yaakob 5th Year Al-Azhar University
10. Muhammad Amir Adham Bin Johari 5th Year Al-Azhar University
11. Zainul Ariffin Bin Mohammad Alfi 5th Year Al-Azhar University
12. Emir Haziq Bin Haji Mohamad Lela 2nd Year Cairo University
13. Thalhah Al Khair Bin Ismail 3rd Year Cairo University
14. Dinie Zuhairie Bin Norazman 3rd Year Cairo University
15. Izham Bin Rossli 4th Year Cairo University
16. Mohd Zulkhairi Bin Sahlani 4th Year Cairo University
17. Muhammad Fazlans Bin Sutrisno Tanjung 4th Year Cairo University
18. Muhammad Syauqi Rasman 4th Year Cairo University
19. Shahrul ‘Arif Bin Shahrul Azhar 4th Year Cairo University
20. Syed Ismail Faruqi Bin Syed Norzaim 4th Year Cairo University
21. Wan Nusairi Bin Wan Mohd Nasruddin 4th Year Cairo University
22. Ahmad Syahid Bin Abu Sapian 5th Year Cairo University
23. Ahmad Zahari Abdul Raub 5th Year Cairo University
24. Muhamad Faisal Arief Bin Mohd Suhaimi 5th Year Cairo University
25. Muhamad Hanafi Bin Salehuddin 5th Year Cairo University
26. Muhamad Hazimin Ishak 5th Year Cairo University
27. Muhammad Basheer Bin Yahya 5th Year Cairo University
28. Muhammad Heiqal Bin Kamaludin 5th Year Cairo University
29. Muhammad Ikraam Bin Abdul Latif 5th Year Cairo University
30. Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip 5th Year Cairo University
31. Muhammar Azmi Bin Omar 5th Year Cairo University
32. Abdullah Fahmi Bin Rohime 6th Year Cairo University
33. Abdul Muiz Hassani Bin Abdullah 6th Year Cairo University
34. Afiq Zharif Bin Hussin 6th Year Cairo University
35. Afiq Zulhilmi Bin Zairudin 6th Year Cairo University
36. Ahmad Luqman Bin Ibrahim 6th Year Cairo University
37. Ahmad Syafiq Bin Hasan 6th Year Cairo University
38. Ahmad Tahir Bin Awang 6th Year Cairo University
39. Ali Hassan 6th Year Cairo University
40. Arif Jamal Bin Azmi 6th Year Cairo University
41. Azri Bin Abdul Rahman 6th Year Cairo University
42. Haniz Iqbal Bin Hazaidi 6th Year Cairo University
43. Iqy Haziq Bin Mohamad 6th Year Cairo University
44. Khairul Adli Bin Idris 6th Year Cairo University
45. Mohamad Hifzhan Arimi Bin Mohamad Hidzir 6th Year Cairo University
46. Mohammad Badri Bin Ahadin 6th Year Cairo University
47. Muhamad Huzaifah 6th Year Cairo University
48. Muhammad Amirul Izan Bin Aziz 6th Year Cairo University
49. Muhammad Asyraf Bin Abdul Rahim 6th Year Cairo University
50. Muhammad Munawir Bin Azman 6th Year Cairo University
51. Muhammad Murshid Bin Abdul Halim 6th Year Cairo University
52. Mundzir Bin Zainudin 6th Year Cairo University
53. Syed Muhamad Adib Bin Syed Taha 6th Year Cairo University
54. Wan Ahmad Fawwaz Bin Wan Fuad 6th Year Cairo University
55. Zainol Izzuddin Bin Zulkifli 6th Year Cairo University

 

 

 

GIRLS

BIL NAME YEAR UNIVERSITY
1. Mahfuzoh Binti Abdul Halim 4th Year Ain Shams University
2. Nurul Hidayati Binti Asmoin 5th Year Ain Shams University
3. Anis Bahirah Binti Haji Yusoff 2nd Year Al-Azhar University
4. Khairunnisa Binti Mohd Darus 2nd Year Al-Azhar University
5. Samihah Hanan Binti Souit 2nd Year Al-Azhar University
6. Wan Khadijah Binti Wan Mohd Sobri 2nd Year Al-Azhar University
7. Farah Izzati Binti Mohammed Rais 3rd Year Al-Azhar University
8. Nur Farhani Binti Farid 3rd Year Al-Azhar University
9. Nur Nabilah Binti Mohd Ruhni 3rd Year Al-Azhar University
10. Farah Afiqah Binti Azmi 1st Year Cairo University
11. Engku Fatim Azzahra Binti Syed Norzaim 2nd Year Cairo University
12. Amalia Binti Rosman 4th Year Cairo University
13. Atirah Binti Ibrahim 4th Year Cairo University
14. Hidayatul Naadiah Binti Zulkifli 4th Year Cairo University
15. Nabihah Binti Mohammad Azman 4th Year Cairo University
16. Najah Munirah Binti Azman 4th Year Cairo University
17. Najihah Binti Janudin 4th Year Cairo University
18. NorFilzah ‘Ayuni Binti Rohaizat 4th Year Cairo University
19. Nur Hidayah Binti Zaharan 4th Year Cairo University
20. Nur Syazwin Binti Mohammad Shukri 4th Year Cairo University
21. Nurul Atikah Binti Mohd Rafi 4th Year Cairo University
22. Nurul Fasehah Binti Zulkelnain 4th Year Cairo University
23. Nurul Salsabila Binti Mokhtar 4th Year Cairo University
24. Raihan Binti Muhammad Ramzi 4th Year Cairo University
25. Fathinah Binti Harun 5th Year Cairo University
26. Hafizati Binti Ishak 5th Year Cairo University
27. Mardhiah Binti Mohamed Hanafi 5th Year Cairo University
28. Noha Nabila Binti Mohamad Akhir 5th Year Cairo University
29. Noor Asyireen Binti Ayub 5th Year Cairo University
30. Nur Amalin Shafirah Binti Tuan Mahadi 5th Year Cairo University
31. Nur Aqeela Binti Mohd Tahir 5th Year Cairo University
32. Nur Farzana Sahira Binti Ariffuddin 5th Year Cairo University
33. Nur Liyana Binti Ab Aziz 5th Year Cairo University
34. Nur Syazwani Binti Razak 5th Year Cairo University
35. Nurizati Hamizah Binti Abd Rahim 5th Year Cairo University
36. Nurul Asyiqin Binti Ibrahim 5th Year Cairo University
37. Nurul Firdaus Binti Hanafee 5th Year Cairo University
38. Nurul Husna Binti Muryadi 5th Year Cairo University
39. Nurul Sahiirah Binti Ahmad Rofi 5th Year Cairo University
40. Nurul Shefaa Binti Ayob 5th Year Cairo University
41. Siti Aminah Binti Harun 5th Year Cairo University
42. Siti Nor Farehah Binti Zakaria 5th Year Cairo University
43. Siti Nur Suhaila Binti Ramli 5th Year Cairo University
44. Siti Sarah Binti Zakaria 5th Year Cairo University
45. Siti Zulaikha Binti Zulkapri 5th Year Cairo University
46. Uswatul Hasanah Binti Suhaimi 5th Year Cairo University
47. Zateel Fahada Binti Rusli 5th Year Cairo University
48. Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin 6th Year Cairo University
49. Anis Afifah Binti Ab Wahab 6th Year Cairo University
50. Asma Nasiha Binti Mat Ariffin 6th Year Cairo University
51. Farah Hanin Binti Mohd Azmi 6th Year Cairo University
52. Fatin Nabila Binti Luqman 6th Year Cairo University
53. Nur Suhaira Binti Abd Rahim 6th Year Cairo University
54. Nur`Aini Sofia Binti Rosman 6th Year Cairo University
55. Nursufia Hanim Binti Mat Nawi 6th Year Cairo University
56. Nurulhuda Binti Idris 6th Year Cairo University
57. Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Dom 6th Year Cairo University
58. Siti Noor Izaty Binti Rosli 6th Year Cairo University

 

 

 

Hubungan PCK Dan Pihak Universiti Semakin Mantap

Kasr al-Ainy, 2 April- Satu pertemuan rasmi  telah diadakan antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) bersama Dr Hala’ Salah, Timbalan Dekan Bahagian Prasiswazah dan Hal Ehwal Pelajar.

Wakil PCK terdiri daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCK, saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli dan saudari Noha Nabila binti Mohd Akhir beserta beberapa orang wakil daripada Jabatan Setiausaha, Biro Akademik, Biro Penerbitan dan Penerangan, Biro Sukan dan Aktiviti Luar dan Biro Perumahan. Perjumpaan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dan berjaya membentuk satu perbincangan yang positif dalam memastikan kebaikan dapat dicapai antara kedua-dua belah pihak.

Pertemuan dimulakan dengan pengenalan barisan kepimpinan baharu PCK  untuk meneruskan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak. Matlamat pertemuan ini juga adalah untuk memberi tanggapan baik tentang pelajar Malaysia di Universiti Kaherah.

Dalam usaha menjaga kebajikan ahli secara khusus, PCK tidak akan pernah mengabaikan isu akademik dalam membina diri ahli. Isu fail pelajar mahupun isu yuran universiti juga telah dibincangkan secara mendalam bagi membantu ahli untuk terus fokus dalam pelajaran tanpa memikirkan  masalah ini. Namun, apa yang lebih penting adalah kesedaran ahli untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.

Selain itu, isu klinikal dan konferens juga diketengahkan oleh Ketua dan Timbalan Ketua Biro Akademik. Antara hal lain yang mendapat perhatian Dr Hala’ ialah isu kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti dan tarikh buka kuliah.

“You have a great association, you are not only trying to build a person, but also a good manager, a leader and a medical doctor. You have to be malleable, because priority changes. One’s capacity to learn declines after age 27. We can only use the experience we already had. So, try to find as much experience  as you can right now,” nasihat Dr Hala’ kepada semua pelajar pada akhir pertemuan.

Perjumpaan diakhiri dengan pemberian cenderahati  kepada Dr Hala’. Semoga perjumpaan ini dapat mengukuhkan tapak PCK yang sedia ada di samping membina ahlinya ke arah keperibadian insan yang hebat.

 

Photo 3-4-15 1 28 34 am

GARAGE SALE GEN 08 – BUKAN JUALAN BIASA

Sayyeda Zainab, 6 Februari- Batch Gen 08 (Class of 2008-2014) yang terdiri daripada pelajar tahun 6 akhir Universiti Kaherah telah berjaya menganjurkan hari jualan barangan terpakai, ‘Garage Sale Gen 08’ di Markas PERUBATAN Abou Risy.

Pelbagai barang dijual dengan harga murah sempena kepulangan mereka ke tanah air tidak lama lagi, setelah 6 tahun setengah menuntut ilmu di Ardul Kinanah ini. Antaranya ialah barang elektrik, buku-buku, alat tulis, pakaian, akesori, beg, alat muzik dan barang plastik. Menariknya, makanan seperti nasi kerabu, keropok lekor, kek dan kuih muih turut dijual untuk kudapan pengunjung.

GS4

Jualan yang bermula pada pukul 10 pagi itu telah mendapat sambutan luar biasa oleh para pengunjung semenjak jam pertama lagi. Mereka tidak mahu melepaskan peluang membeli barang keperluan dengan harga diskaun sehingga 80%, malah ada buku-buku yang dilelong secara percuma. Turut kelihatan ialah beberapa orang pelajar Universiti Ain Shams serta En. Khairy (Pegawai JPA) dan keluarga yang berkunjung sambil membeli barang yang dijual.

Dalam pada itu, batch Gen 08 dengan kerjasama Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Kaherah, telah menyumbang 19 guni barang-barang terpakai berupa pakaian, beg, bantal dan cadar kepada Resala Charity Organization. Pada pukul 430 petang, 3 orang wakil Resala telah datang ke markas untuk mengambil barang-barang sumbangan tersebut. Penyerahan barang telah disampaikan oleh saudara Wan Ahmad Hafizi, wakil Gen 08 diiringi saudara Afiq Zulhilmi dan Fatin Nabila sebagai wakil AJKT PERUBATAN.

Resala ialah sebuah persatuan kebajikan NGO Mesir yang diasaskan sejak tahun 1999 dengan tujuan memberi bantuan makanan, pakaian, khidmat kesihatan dan pendidikan kepada penduduk tempatan yang memerlukan. Barang-barang terpakai yang telah disumbang ini akan dibaik pulih untuk diberi kepada penduduk miskin melalui jualan durian runtuh bagi memberi peluang kepada mereka untuk merasai nikmat membeli belah. Ini turut menjadi salah satu sumber kewangan Resala selain sumbangan dana.

Hari jualan ini telah berakhir pada pukul 5 petang. Ternyata Garage Sale Gen08 bukan sekadar jualan biasa apabila ahli mendapat peluang untuk menjual beli sambil memberi kepada orang yang kurang bernasib baik. Tahniah dan terima kasih kepada senior-senior Gen 08. Selamat maju jaya!

 

GS

 

GS2

GS3

Menyubur Kasih, Menyemai Sayang

Kaherah, 27 Mac 2014- Langit cerah Kota Kaherah sepanjang minggu ini telah menyaksikan penyerahan sumbangan ikhlas ahli PERUBATAN melalui Skim Sumbangan Sahabat, Tabung Kasih Sayang (TKS) kepada 9 orang ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah yang memerlukan bantuan kewangan. Tabung Kasih Sayang (TKS) ini merupakan salah satu unit kecil di bawah pengelolaan Biro Kebajikan (BCARE) yang ditubuhkan khusus bagi menyalurkan sumbangan kepada ahli-ahli yang layak. Pada sesi kali ini, 9 orang ahli yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa serta 7 orang mahasiswi telah terpilih untuk menerima Skim Sumbangan Sahabat TKS. Sumbangan disampaikan terus daripada AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah kepada para penerima.

Fatin Nabila binti Luqman, AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah yang memegang portfolio Biro Kebajikan (BCARE) semasa menyampaikan sumbangan, turut menasihati para penerima agar menggunakan sumbangan tersebut dengan sebaiknya. “Sumbangan ini merupakan sumbangan khas dari ahli PERUBATAN melalui Skim Sumbangan Sahabat Tabung Kasih Sayang. Kita mengharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung ahli. Setelah meneliti beberapa kriteria kelayakan menerima, maka pada sesi kali ini 9 orang ahli PCK dinilai layak menerima sumbangan melalui Skim ini.”

Perasaan syukur, terharu serta gembira jelas terpancar pada wajah-wajah penerima tatkala sampul sumbangan TKS beralih tangan. “Alhamdulillah. Terima kasih kepada ahli PERUBATAN yang menyumbang. Rasa terharu sangat. Terima kasih,” luah salah seorang penerima. Semoga dengan sumbangan tulus dari ahli PERUBATAN ini memberi makna yang besar dalam diari perjalanan pengajian ahli di Bumi Mesir ini.

Kepada ahli PERUBATAN yang memerlukan, Unit Tabung Kasih Sayang turut menyediakan Skim Pinjaman dan Skim Sumbangan. Melalui Skim Pinjaman, ahli-ahli yang ingin memohon pinjaman kewangan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pinjaman melalui wakil Unit TKS, BCARE PERUBATAN Cawangan Kaherah;

Muhammad Habibullah Bin Isa             +201156901887
Siti Nurul Farahah binti Mohd Aripin  +201143493838

Di bawah Skim Sumbangan, terdapat tiga skim kecil iaitu Skim Sumbangan Sahabat, Skim Sumbangan Umum dan Skim Sumbangan Saguhati. Sumbangan Umum disediakan khusus bagi ahli yang ditimpa musibah seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya manakala Sumbangan Saguhati pula diberikan sempena kelahiran anak-anak kecil PCK. Kepada ahli yang ingin menyumbang melalui BCARE PCK bagi meringankan beban ahli yang memerlukan, anda boleh menghubungi AJK BCARE yang bertanggungjawab.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.” (Fatir: 29)

 

1982156_684941148233020_1288574552_n

“Together We Unite to Serve Our Community”
Biro Kebajikan
PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Penyerahan Derma Dan Tabung Kasih Sayang (TKS)

Kaherah, 25 Januari – Kutipan derma dan sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) telah disampaikan kepada Saudari Siti Nur Hazwani binti Abdul Aziz, pelajar Tahun 3 yang baru kehilangan ayah pada  1 Januari yang lepas. Allahyarham Abdul Aziz bin Mustafa, bapa kepada Saudari Hazwani dipercayai menghidap Acute Myeloid Leukemia.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Saudari Siti Aminah binti Harun, Pemangku Timbalan Ketua Biro Kebajikan. “Saya dan keluarga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli PCK yang banyak membantu dan memberi sumbangan,” kata Saudari Hazwani.

1469924_594695000579071_1639644177_n

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh Saudari Hazwani sekeluarga. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.