Archives for KARYA KREATIF

DEBAT DAN BUDAYA ILMU

Budaya berdebat menurut kaca mata sejarah telah pun bermula sejak zaman Greek lagi. Setelah kejatuhan empayar Parsi (479 SM) apabila Athens dan Sparta bergabung tenaga, ilmu mula dikembangkan oleh Socrates (470 SM-399 SM) di Athens. Konsep ‘bertanya’ dan berdiskusi untuk mengembangkan ilmu dan mempertajamkan akal yang digunapakai dalam Socratic’s Method, merupakan salah satu faktor berkembangnya cabang ilmu ini. Budaya berdebat tidak dapat lari daripada penggunaan alat-alat dalam minda seseorang individu. Secara tidak langsung, ilmu-ilmu asas dalam cabang ini seperti ilmu logik, linguistik, retorik dan juga syllogism (sebab dan akibat) merupakan senjata penting bagi mempraktiskannya.

Ahli falsafah Islam terkenal, Avicenna dalam satu karya penting beliau berkenaan mantik, On Remarks and Admonitions (al-Isyarat wa at-Tanbihat) membahaskan dengan cukup terperinci mengenai ilmu logik, ilmu fizik dan metafizik serta ilmu mistik. Lima rangka asas dalam ilmu logik iaitu penaakulan, dialektika, retorik, puisi dan falasi merupakan pra-syarat dalam proses berfikir. Mana mungkin seseorang individu itu mampu mendalami ilmu falsafah atau bidang ilmu yang lain tanpa menguasai asas-asas dalam berfikir ini. Sejarawan masyhur, Will Durant pula mengkategorikan ilmu logik, estetika, etika, politik dan metafizik sebagai elemen dalam ilmu falsafah.

 

n

 

Dalam sorotan sejarah, umat Islam mengalami kisah jatuh bangun empayarnya dari zaman ke zaman yang lain. Detik-detik pemindahan ilmu melalui jalan penterjemahan daripada karya-karya tulisan saintis Arab pada zaman Dinasti Abbassiyyah (1261 M-1517 M) ke bahasa asing yang lain (yang kian menjadi satu romantisme sejarah bagi umat Islam pada hari ini) merupakan justifikasi kesuburan budaya ilmu. Ilmu Bahasa Arab yang menjadi lingua franca pada zaman tersebut ibarat ilmu yang wajib dikuasai bagi menguasai dunia. Ini dibuktikan dengan terdapatnya ilmuan Yahudi dan Kristian pada zaman tersebut yang begitu bersungguh-sungguh berguru dan menelaah kitab-kitab tulisan Muslim pada ketika itu. Dikisahkan dalam buku The Medieval Library suntingan James Westfall Thompson,

“This same of John of Gorze was also the earliest instrument for the convergance of Arabic science north of the Alps and the earliest agent of its dissemination in Europe. In 953, the German emperor Otto the Great, sent John of Gorze on a diplomatic mission to the caliph Abd-er-Rahman III of Cordova, where John fell in with the distinguished Spanish-Jewish scholar Ibn Shaprut, who stood high in the favor of caliph. John was gone nearly three years and in that time learned the Arabic language. When he returned to Germany, in 956, he brought back with him a horseload of Arabic books.”

Setelah umat Islam mengalami kejatuhan yang maha dahsyat kesan daripada serangan Mongol dan penghapusan jutaan buku-buku daripada Baytul Hikmah sehingga digambarkan betapa hitamnya air sungai yang mengalir dengan tinta pada ketika itu, hinggalah kecelaruan fahaman dan praktis umat Islam pada hari ini yang memerlukan suatu kesedaran dan anjakan perubahan daripada umat Islam itu sendiri. Ilmuan-ilmuan Barat secara konsisten berlumba-lumba mengkaji dan menelaah teks-teks umat Islam sehingga ke hari ini, tetapi umat Islam hanya mampu membenarkan sahaja segala kemajuan dan perubahan yang mereka lakukan. Maka, weltanschauung terhadap ilmu itu sendiri wajib difahami dengan betul dan teliti serta jalan-jalan yang mampu menyuburkan budaya ilmu ini haruslah didokong oleh setiap individu bagi memimpin perubahan.

m

Analisis penghasilan kertas kerja ilmiah oleh beberapa negara dalam buku Crisis of Islam tulisan Bernard Lewis.

 

SIGNIFIKANKAH BERDEBAT?

Debat boleh dikategorikan mengikut pelbagai jenis bermula daripada sekecil-kecil perdebatan dalam dialog harian sehinggalah kepada perdebatan antara sosok-sosok ahli politik negara. Budaya berdebat yang sinonim dan mesra bagi mahasiswa ialah debat ala Parlimen yang lazimnya dipertandingkan bagi mengasah pemikiran dan mencambah idea mahasiswa. Keupayaan untuk berfikir secara kritis dan kritikal pada setiap kali ingin melontarkan hujah dan benar-benar menjawab hujah pembangkang mengikut konteks tertentu merupakan kelebihan unik yang tiada pada aktiviti-aktiviti keilmuan yang lain. Aktiviti ini juga mampu memupuk sifat cakna terhadap persekitaran semasa, menggalakkan pengkajian yang mendalam terhadap sesuatu isu yang dibahas dan mampu mematangkan pemikiran pembahas.

Alfred Snider, salah seorang pendidik yang membumikan budaya ini dalam sistem pendidikan wajar diambil sebagai contoh apabila beliau menjadikan debat sebagai satu alat dalam melatih pelajarnya untuk berfikir. Sesetengah negara yang tidak mampu menerapkan budaya ini mengikut tatacaranya yang betul dalam sistem pendidikan mereka kebanyakannya akan dilihat terkebelakang dari sudut pembangunan. Dalam struktur demokrasi negara misalnya, amat mustahil jika budaya berdebat tidak diimplementasikan kerana akan wujudnya kelompangan dalam sistem check and balance sesebuah negara dek kerana pemimpin yang tidak mahu idealismenya diperdebatkan. Negara Barat amat terkehadapan dalam mempraktikkan budaya ini. Justeru, tidak hairanlah mereka mampu memanipulasi dunia dan mengawal minda manusia dengan cukup licik sekali hanya melalui mainan propaganda.

Hal ini tidak menafikan keburukan yang terdapat dalam budaya ini jika ianya tidak diamalkan mengikut tatacara yang benar. Pengkajian melalui kaedah saintifik, pengambilan ‘quote’ daripada sumber asal, sikap tidak prejudis dalam menilai serta adab-adab berdebat yang lain perlu diberi penekanan bagi mengelakkan perkara yang sebaliknya daripada berlaku. Dalam tradisi keilmuan Islam, budaya berbeza pendapat misalnya diterjemahkan dengan cukup cantik sekali. Penulisan Tahafut al-Falasifah (The Incoherence of the Philosophers) oleh al-Ghazali apabila beliau tidak bersetuju dengan fahaman falsafah menurut Ibn Sina dan kemudiannya dibalas semula oleh Ibn Rusyd melalui penulisan Tahafut at-Tahafut (The Incoherence of The Incoherence) menunjukkan keharmonian perbezaan pendapat ketika itu. Metodologi ilmuan al-Azhar pada hari ini yang memulakan kritikan terhadap sesebuah fahaman atau pemikiran seseorang dengan kata-kata pujian terhadap sumbangan tokoh tersebut terlebih dahulu merupakan simbol pemeliharaan adab dalam perbezaan pendapat.

Dalam konteks yang lebih luas, berdebat mampu membina pengaruh dan meluaskan sayap dakwah. Kepetahan dan kebijaksanaan Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik dalam berhujah telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam arena dakwah. Mereka antara nama yang mampu membuktikan kebenaran di khalayak ramai melalui jalan perdebatan. Seseorang yang ingin mencari kebenaran itu umpama seorang yang mencari untanya yang hilang. Boleh jadi dia jumpa dengan untanya itu, dan boleh jadi untanya hilang diambil orang. Inilah perumpamaan yang dibuat oleh Imam al-Ghazali. Imam Syafie pula ketika berdebat, beliau hanya mengharapkan kebenaran keluar daripada mulutnya sendiri ataupun daripada musuhnya. Objektif utama dalam berdebat hakikatnya bukanlah untuk menentukan bahawa kita sahaja yang betul sedangkan hujah yang dibawa pun penuh dengan falasi dari segi bentuk, ekspresi dan makna serta mungkin juga penuh dengan ad hominem (al-Mugholatah al-Khorijiyyah) apabila hujah dijawab dengan hujah yang terkeluar daripada topik, tetapi objektif yang sebenar ialah ingin mencapai dan membuktikan kebenaran itu sendiri.

,

 

MAHASISWA MESIR & PERANAN

Kepesatan teknologi maklumat pada hari ini yang membawa kepada kebanjiran maklumat secara tidak sedar semakin membuatkan masyarakat pada hari ini meraba-raba mencari cahaya. Masyarakat kini tidak mampu membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Jalan untuk memperolehi ilmu secara autentik dan benar iaitu melalui berguru dan membaca semakin menjauh daripada realiti hari ini. Sejarah merakamkan bahawa pada abad ke-18 dan ke-19 dahulu, jumlah graduan al-Azhar tidak mencecah sepuluh orang pada setiap tahun. Hal ini kerana, syarat untuk bergelar graduan pada ketika itu adalah apabila guru pada ketika itu sendiri yang hanya boleh mengiktiraf keilmuan individu tersebut sebelum lesen mengajar boleh diberikan kepadanya. Maka, tidak hairanlah mereka mampu duduk bertemu lutut dengan guru mereka selama berjam-jam pada setiap hari seterusnya ilmu dan peribadi mereka dilentur dengan baik sekali sehingga terhasil kilauan mutiara pada diri mereka.

Ini tidak lari daripada mesej Prof al-Qaradhawi dalam Risalah al-Azhar yang menyebut bahawa seseorang lepasan al-Azhar itu bukannya hanya menuntut di Jami’ah (Universiti) sahaja, malahan menuntut di Jami’ (Masjid al-Azhar) itu lebih utama kerana ia adalah tradisi keilmuan yang turun-temurun dan bersambung salasilahnya kepada ulama’ terdahulu serta ia merupakan pusat pentarbiahan dan kerohanian yang utama melalui para guru yang bersifat pembimbing (murabbi). Elemen ketiga yang disebut juga tidak kurang pentingnya iaitu Jam’iyyah (Persatuan) kerana ini merupakan medan dakwah dan islah yang cukup ampuh bagi seseorang muslim untuk bergerak dan bernafas dalam sesebuah komuniti. Di sinilah kemahiran-kemahiran (soft skills) mampu diasah dan kegagalan untuk menyeimbangkannya dengan tuntutan akademik hanya menatijahkan perkara yang sebaliknya.

b

 

Ini juga dihuraikan dengan cukup baik oleh Syaikh Usamah al-Azhari dalam al-Ihya’ al-Kabir (Towards a Grand Renewal) dengan penekanan penguasaan ilmu-ilmu alat dan pemahaman konteks semasa yang tepat oleh penuntut-penuntut ilmu di kiblat ilmu ini. Rugi sekali sekiranya ratusan graduan yang pulang ke tanah air saban tahun hanya pulang membawa segulung sijil tanpa mampu memahami teks-teks klasik dalam khazanah Islam dan mengadunnya dengan teks-teks kontemporari bagi membina semula batu-bata tamadun Islam yang retak sekian lama menanti penambahbaikan dan perubahan.

 

 

Nuruddin Azri bin Zulkifli, pelajar tahun empat, Universiti Kaherah.

Penafian

Penulis memohon maaf atas sebarang persamaan karakter mahupun perkaitan dengan yang masih hidup dan sudah tiada. Adapun tulisan kecil ini cumalah hasil pemerhatian penulis yang kerdil di sisi-Nya. Niat di hati cumalah mahu mencerahkan beberapa sinonim yang sering dikaitkan dengan pelajar Malaysia di Mesir.

Banyak batang sagu rumbia,
Banyak bersagu sangat berguna;
Bersenang-senang hidup di dunia,
Banyak menimba ilmu yang berguna.

Sinonim 1
“Balik nanti jadi ustaz/ustazah lah kau.”
Patut diaminkan sahaja jika komen ini dilontarkan kepada anda. Barangkali hal ini ialah anugerah termanis buat pelajar di sini. Mesir yang dikenali juga sebagai Kaabah bagi penuntut ilmu ini ialah syurga loka buat para pencinta ilmu dan ulama yang sentiasa dahagakan ilmu untuk mengelokkan peribadi. Menawarkan taman-taman syurga yang harum dan melambai-melambai, dan para alim ulama yang mendidik jiwa, serta sistem pengangkutan awam yang juga tidak menghampakan walau sedikit macet. Bergegaslah, dan hiruplah madu ini sepuasnya, moga dengannya akan hilang kontang di jiwa.

Batang rumbia dikerat-kerat,
Banyak bersagu makan sehat;
Bersenang-senang hidup di akhirat,
Banyak berilmu, iman dan taat.

Sinonim 2
“Pergi sana nanti berisi lah awak.”
Ya. Mesir ialah syurga makanan bagi tekak yang berani mencuba. Dengan nilai mata wang yang rendah dan kuasa beli yang tinggi bagi kebanyakan pelajar, sememangnya sukar untuk mati kebuluran di sini. Makanlah, dan cubalah sajian tempatan, akan tetapi penulis ingin tekankan di sini peri pentingnya mencari premis makanan yang kebersihannya memuaskan. Hal ini ialah disebabkan masalah keracunan makanan amat kerap dilaporkan. Seyogia makanlah yang bersih moga pembelajaran menjadi lancar dan tubuh kekal sihat.

 

Kelapa muda beli di pasar,
Dapat dibuat makanan lezat;
Masa muda rajin belajar,
Supaya selamat dunia akhirat.

 

 

Sinonim 3
“Ibu dan ayah harap abang tidak ponteng kelas.”
Ibarat membuka pekung di dada, itulah yang penulis rasakan sewaktu mengulas isu ini. Pesanan ini amatlah relevan dengan situasi pelajar kita. Yang memburukkan masalah ini ialah kebanyakan kehadiran ke kuliah tidak diwajibkan dan tiada tindakan dikenakan. Maka, ramailah yang mengangkat bendera putih dalam jihad melawan rasa malas ke kelas lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Rasa cukup dengan hanya mengulang kaji di rumah sangat berbahaya, dikhuatiri keberkatan ilmu akan hilang.

 

Batang arau dibelah-belah,
Untuk pagar keliling sekolah;
Jangan hiraukan letih dan lelah,
Agar berhasil kita sekolah.

 

Sinonim 4
“Kahwin awal.”
Penulis mengambil keputusan untuk berpijak atas pagar dalam isu ini. Baik atau buruknya impak pernikahan dalam tempoh pengajian tinggi bergantung kepada individu sendiri. Ada suara yang menekankan bahawa usaha pelajar akan menjadi lebih mantap dengan perkahwinan; dan ramai yang telah membuktikannya. Ada pula yang selepas bernikah asyik mengulit-ulit pasangan masing-masing hingga alpa tanggungjawab sebenar sebagai penuntut ilmu dan inilah yang kita wajib jauhi dengan sedaya upaya kita. Tidak kurang juga yang ingin memanfaatkan fasa hidup sebagai pelajar yang mempunyai banyak masa terluang untuk membina keluarga, dengan alasan alam pekerjaan kelak bakal dihantui dengan kesibukan.

 

Kelapa dibelah dibawa ke pekan,
Buat dijual jadi penghasilan;
Waktu sekolah berkawan-kawan,
Giat menuntut ilmu pengetahuan.

 

Sinonim 5
“Jaga-jaga, orang di sana jahat-jahat belaka.”
Orang jahat ada di mana-mana. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Dan jika kita mengambil kira populasi penduduk yang padat dan kesempitan hidup yang mencengkam, maka sewajarnya kita siap siaga dan lebih berhati-hati serta memperkuat pergantungan kita dengan-Nya. Ramai juga yang baik-baik yang kita katakan sebagai anak cucu Nabi Musa Rasul Ulul Azmi kerana kemuliaan sikap mereka. Buya Hamka mengucapkan satu kata-kata hikmah apabila seorang pemuda mengadukan kisahnya bertemu pelacur di Tanah Suci: “Aku ke Amerika tetapi aku tidak menemui seorang pun pelacur.” Dalamnya ungkapan ini membawa kita merenung bahawa jika dalam hidup manusia dia memakai kaca mata kebaikan, maka ke mana pun langkah kaki membawanya, dia akan menjumpai kebaikan. Jika buruk yang dicari, nescaya itu juga yang bakal ditemukan. Apa pun dalam isu ini, kita mampu berusaha dan moga-moga Tuhan akan menjaga.

 

Anak landak berbulu kasar,
Lari masuk ke lubang batang;
Kalau anak kurang ajar,
Seperti nasi setengah matang.

 

Sinonim 6
“Carilah mutiara di balik debu pasir dan sampah tengik”.
Untuk merealisasikan sepotong ayat ini, pertama sekali pandanglah Bumi Kinanah ini dengan mata lebah, yang tegar mencari kelopak harum untuk diserikan agar menjadi buah dan untuk mendapatkan madunya. Antara unsur-unsur positif yang dapat kita kutip dalam perjalanan hidup di bumi Firaun ini ialah budaya memberi salam, membawa dan membaca al-Quran ke mana-mana, budaya memuliakan tetamu, dan sambutan rakyatnya yang luar biasa terhadap peristiwa-peristiwa Islam dan bulan Ramadan yang kita rindui. Mereka juga terkenal dengan cepatnya memaafkan dan tidak berdendam walaupun lekas marah. Sudut pandang lebah juga membawa kita memandang positif segala keserabutan dalam sistem negara ini yang boleh mengajar kita erti sabar dan boleh mendidik kita lebih berorganisasi.

 

Kalau kita pergi berlayar,
Cari dulu batu permata;
Kalau kita orang terpelajar,
Baik berilmu daripada berharta.

image

Sinonim 7
“Orang kuat persatuan.”
Selaku anak dagang yang merantau di bumi nan asing, lumrahlah jika seawal sampai di sini kita akan disambut oleh persatuan-persatuan. Persatuan pelajar berfungsi untuk menjaga kebajikan pelajar dan menjadi medium yang menghubungkan pelajar dengan pihak atasan. Berpersatuanlah dengan cara yang sihat, ia menjadi nilai tambah yang berguna buat pelajar di kemudian hari.

 

Terbang tinggi mengawang-awang,
Lalu kembali hinggap ke sarang;
Bercita tinggi bukan menerawang,
Tapi seterusnya kita berjuang.

 

Akhir kalam, penulis mengucapkan selamat datang kepada rombongan pelajar baru yang sudah mahupun bakal berangkat ke bumi ini, dengan ucapan selamat maju jaya dan pesanan agar sentiasa memperbaharui niat. Moga-moga usaha kita menuntut ilmu diganjari Ilahi dengan mudahnya jalan menuju syurga Firdausi.

 

Ke mana kancil akan dikejar,
Ke dalam belukar tempatnya lari;
Di masa kecil rajin belajar,
Bila besar selamatlah diri.

 

 

Rujukan :
http://10001pantun.blogspot.com/2012/09/pantun-penuntun-rajin-belajar.html

 

Rasyidah Anuar Musaddad, seorang ahli Gen11us yang akan naik ke Tahun 5. Seorang yang gemar membaca di masa lapangnya.

Travelog Sepanyol Siri Dua: LA ROSA

Dari manifestasi moderniti Madrid, kemegahan katedral Seville dan lorong-lorong indah di Cordoba, akhirnya kami sampai ke Puebla de Don Fadrique untuk tujuan asal kami. Madrasah yang terletak dalam perkampungan kecil tiga jam dari bandar Granada itu dinamakan Alqueria de Rosales, yang bermaksud ‘Kariah Mawar’. Sinonim dengan namanya, kawasan madrasah tersebut ditumbuhi aneka warna bunga mawar dan dilatari pemandangan gunung-ganang nan hijau.

Idea untuk pengabdian singkat di madrasah tersebut timbul setelah daurah musim panas dua tahun sebelumnya di Tarim, Yaman kerana terhibur mendengar nuansa hidup dan coret pengalaman anak-anak santri dari Indonesia. Mereka kebiasaannya melalui tempoh pengabdian setelah selesai belajar di pesantren yang merujuk kepada budaya khidmat bakti, menghidupkan makna kalam:

من خدم قدم

Barangsiapa yang berkhidmat, dia mendahului

Satu perkara yang sangat menonjol dalam peribadi pelajar pesantren atau pondok ialah himmah mereka yang sangat tinggi dalam berkhidmat untuk orang lain. Walaupun kami hanya sekadar merasa sementara kehidupan santri di Darul Zahra, Tarim dan Baitul Quro, Melaka angan-angan untuk mencontohi jejak khidmat tersebut membawa kepada kembara panjang ini.

Bahkan ibarat ‘hendak ulam, pucuk menjulai’, permintaan asal untuk peluang sukarela ditawarkan pula kesempatan untuk menyertai daurah Al Ghazali Retreat yang menampilkan Syeikh Abdal Hakim Murad dan Dr Umar Faruq Abdallah, antara ilmuan Islam yang masyhur di barat yang telah lama berada dalam senarai para masyaikh yang ingin kami temui.

Sewaktu menaiki bas menuju ke Pueblo de Don Fadrique, kami bertemu tiga peserta lain yang turut menuju ke Alqueria. Menariknya Armaan, Shefa dan Aminah berkenalan sewaktu daurah Rihla di Turki dan ikatan persahabatan yang termeterai sewaktu itu mendorong mereka untuk berjanji bertemu pula di sini. Mereka sedikit sebanyak menceritakan pengalaman bertemu Syeikh Hamza Yusuf Hanson membuatkan kami terasa sedikit teruja berjumpa pengembara Muslim yang punyai kecenderungan yang sama.

Al Madrasa

11844038_947477551983672_606493606_n

Pengasas Alqueria de Rosales, Professor Abdus Samad Antonio Romero mendirikan kompleks madrasah tersebut di atas tanah wakaf seluas 400 ekar. Beliau yang memeluk Islam hampir empat dekad lalu merupakan seorang pakar sosiologi dan bekas datuk bandar Pueblo de Don Fedrique. Madrasah yang menyediakan pelbagai daurah musim panas tersebut turut dibantu pengurusannya oleh isteri dan anak-anaknya serta sukarelawan yang silih berganti setiap tahun.

Selain Bahasa Inggeris, sebahagian besar yang berada di madrasah tersebut berbahasa Sepanyol atau Perancis. Dan aku, yang cuma melepasi dua level kelas Perancis cuma mampu berbasi-basi menanyakan ‘es tu France?’ pada anak kecil yang duduk di kafeteria. Sekadar mencuba-cuba bahasa elegan itu.


‘Oui,’ jawabnya kemudian lari bersembunyi di belakang ibunya.

Dan demikianlah, terkadang berlaku adegan itik bercakap dengan ayam apabila berinteraksi dengan jurang bahasa yang tak dapat dielakkan.

Asrama lelaki dan perempuan yang kelihatan seperti rumah ladang pula terletak tidak jauh dari masjid untuk kediaman peserta daurah dan anak-anak muda dari Perancis dan UK yang bekerja sebagai sukarela. Aku kagum sendiri dengan kemahiran memasak mereka walaupun usia cuma belasan tahun. Tak berapa jauh daripada asrama tersebut pula tersedia kolam renang untuk rekreasi peserta, yang digunakan secara bergilir waktu untuk lelaki dan perempuan.

Rutin harian kami sewaktu daurah melibatkan dars pagi selepas subuh bersama Syeikh Abdal Hakim Murad, diikuti syarah ‘Contentions’ beliau pada waktu Zuhur dan seterusnya dars selepas Asar bersama Dr. Umar Faruq Abdallah diikuti majlis zikir, sementara malam diisi dengan solat terawih. Kerja kami membersihkan kafeteria diselitkan pada waktu sebelum Zuhur dan selepas iftar. Setiap malam pula solat terawih kami diimamkan oleh dua orang huffaz bersuara muluk dengan bacaan gaya Maghribi.

Sepertimana Tarim, Yaman menjadi tumpuan masyarakat Asia Tenggara yang bermazhab Syafie, institut pengajian agama di negara-negara Maghreb menjadi tarikan Muslim daripada barat yang bermazhab Maliki. Andalusia yang turut berkongsi ragam Islam yang sama dengan negara jirannya turut merasa tempiasnya. Sewaktu di Tarim dahulu, seronok juga mempelajari beberapa poin tentang mazhab lain. Antaranya menurut mazhab Maliki tidak boleh wanita solat berimamkan wanita, kerana itu kadangkala kelihatan peserta daurah yang bersolat sendirian terpencil daripada jemaah dalam surau Daruz Zahra. Sementara di Alqueria kami dapat mendengar seruan azan menurut mazhab Maliki yang lafaz Allahu Akbar pada permulaan disebut sekadar dua kali dan bukannya empat seperti mazhab-mazhab lain. Lebih menonjol lagi sewaktu pengembaraan kami di Maghribi kemudiannya, melihat mereka berwudhu dengan mencedok air dalam bekas kecil yang cukup untuk seluruh anggota kerana menurut mazhab Maliki air musta’mal suci dan menyucikan, selain terdapat kebiasaan ‘sadl’ atau posisi tangan di sisi sewaktu qiyam dalam solat.

11855567_947477555317005_1832747204_n

 

Kami bertemu lagi dengan Sidi Ali Keller dari Firdause Ensemble di Alqueria yang beriktikaf di Mezquita (Masjid) Alqueria sempena sepuluh malam yang terakhir bersama beberapa individu lain. Iktikaf menurut mazhab Maliki, menuntut komitmen zikrullah sepenuh masa yang tegar hingga belajar dan menulis sewaktu iktikaf dianggap makruh. Minima masa yang dikira sebagai iktikaf ialah 24 jam di masjid. Mereka menghuni kamar yang bercantum dengan masjid dan memenuhkan masa dengan zikir dan bacaan al-Quran sementara makanan dibawa ke penempatan mereka. Begitu iltizam sehingga kelibat mereka yang beriktikaf itu jarang kami lihat di luar.

 

Sang Gunung

Kami yang telah penat berjalan dipanah mentari Ramadan seminggu lalu di selatan Sepanyol bukan sahaja merasa gembira disambut kenyamanan madrasah yang diteduhi gunung sekitar, bahkan dapat menumpang redup di bawah sang gunung ilmu yang mencurahkan sekian hikmah mereka melalui shuhbah seminggu itu.

11830877_947477548650339_1194791609_n


Dr. Umar Faruq Abdallah, pengerusi Nawawi Foundations
di Amerika mempunyai personaliti yang sangat ramah dan selalu menjadi yang terlebih awal memulakan bicara dan menegur sapa. Seorang yang tidak lokek menceritakan kisah hidupnya serta mudah didekati membuatkan peserta tidak segan-silu menanyakan permasalahan peribadi dan kekeluargaan kepadanya. Cara pemakaiannya yang serba putih pula sering kali mengingatkanku kepada Almarhum Syeikh Muhammad Alawi Al Maliki. Kebetulan pula, beliau dan Professor Abdus Samad Romero mengenali satu sama lain sewaktu menetap di Mekkah dan sempat menuntut dengan Imam Ahmad Mashhur al-Haddad dan Syeikh Muhammad Alawi Al Maliki.

Syeikh Abdal Hakim Murad pula mempunyai personaliti yang berbeza, mengimbangkan input yang kami terima sepanjang daurah tersebut. Sentiasa serius dan fokus pada topik yang ingin disampaikannya, beliau jarang menyentuh topik-topik luar. Seorang graduan University of Cambridge dan Al-Azhar Universiti, bicaranya sedikit, tapi banyak sekali mutiara ilmu, hikmah dan adab yang terkandung dalam penyampaiannya. Merupakan dekan Cambridge Muslim College yang melahirkan ramai para imam yang kompeten di UK, beliau banyak menulis makalah kritikan terhadap feminisme, liberalisme dan ghazwatul fikr lain yang wujud di barat. Sewaktu pengajian suaranya mendatar dan bersahaja tapi sewaktu majlis zikir semangatnya bagai tak dapat disembunyikan dalam getaran suara yang meralitkan, sehingga corak-corak geometri yang menghiasi dinding masjid itu terasa bagaikan menari dalam keasyikan.

image4


Menariknya Dr. Umar Faruq, yang sangat gemar menyisipkan kupasan tentang sejarah, seni bina dan seni bina tamadun Islam pernah menerangkan bahawa corak geometri berwarna-warni terang Andalus ini bukanlah sekadar tata hias mencantikkan pandangan, sebaliknya juga menjadi suatu makna untuk menarik hamba yang tenggelam dalam keasyikan khalwat, zikir atau ibadahnya, apa yang disebut ahli sufi sebagai ‘
fana fillah’ untuk kembali ke dunia nyata. Betapa mereka yang menemui kelazatan dalam ibadahnya itu mampu untuk tenggelam karam dalam cinta sedangkan kita kian tenggelam lemas dalam ketidak-khusyu-kan!

Daurah Al Ghazali Retreat membahaskan magnum opus Imam Al Ghazali, kitab Ihya Ulumuddin. Dr Umar Faruq membentangkan bab The Marvels of the Heart sementara Syeikh Abdal Hakim Murad membincangkan bab Condemnation of Status and Ostentation, serta koleksi Contentions yang ditulis beliau. Sesi pengajian Contentions, untaian kata-kata yang ditulis beliau menyentuh pelbagai isu semasa dan falsafah. Kemampuan multilingual beliau juga tergambar pada terma bahasa Perancis, Arab, Parsi dan Turki yang ditulis dalam aforisme tersebut. Jika Rawha bersama Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustafa merupakan siraman rohani yang menyuburkan hati, sesi Contentions bersama Syeikh Abdal Hakim Murad menjadi siraman akal yang menyuburkan intelek.

Erti Khalifah

Dunia ini tempat ujian dan bukanlah syurga untuk manusia, sebaliknya syurga untuk tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sekalian makhluk lain. Menurut syariah dan tauhid, manusia mempunyai tanggungjawab terhadap alam. Manusia adalah tonggak yang memastikan kelangsungan langit dan bumi kerana pengakhiran dunia hanya tiba setelah lenyapnya sekalian manusia yang menyebutkan kalimah Allah di muka bumi. Maka kalian sepertimana Adam AS adalah nafas alam’

[Dr. Umar Faruq Abdallah, Marvels of the Heart]

Menginap di Alqueria memberi peluang bagi kami untuk menanam apresiasi yang tinggi terhadap persekitaran alam semulajadi. Professor Romero yang merupakan antara penggerak gerakan ekologi tempatan dan antarabangsa mempunyai ladang tanaman sendiri di kawasan madrasah. Buah-buah segar seperti pic, ceri dan plum dipetik segar daripada ladang dan dihidangkan untuk sajian berbuka di halaman masjid sebelum solat Maghrib. Bahkan kami dipelawa untuk mengunjungi ladang dan memetik buah sendiri.

11855557_947477558650338_1191412308_n


Keperihatinan mereka kepada alam tidak jauh beza dengan komitmen madrasah Darul Mustafa di Tarim, yang menyediakan kursus Permaculture, kaedah agrikultur mapan yang memanfaatkan ekosistem setempat. Bahkan pihak madrasah Darul Mustafa turut membawa tenaga pengajar internasional untuk mendidik masyarakat setempat tentang kaedah Permaculture dan disiarkan secara langsung dalam siaran radio. Sungguh terasa kagum dengan ilmuan Islam yang bukan sekadar berbicara tentang agama dan hak makhluk tetapi berusaha mengaplikasikannya dalam kehidupan. Demi merealisasikan tugas manusia untuk menjadi nafas alam, dan bukannya yang kian menyesakkan dada sekalian makhluk dengan tinggalan karbon yang tinggi.

Keseriusan syariah terhadap hak alam dan makhluk mengingatkan aku kepada hikayat dongeng Muslim abad ke-10 tulisan Ikhwan al Safa yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris meneritakan tentang tuntutan undang-undang yang dikemukakan umat haiwan terhadap umat manusia di hadapan watak Raja Jin. Raja Jin yang kemudiannya berpihak kepada hujah pendakwaraya sang haiwan yang tertindas akhirnya menyimpulkan kepada manusia:

Jika engkau khilaf, haiwan akan mula hilang, satu demi satu, selama-lamanya, dari muka bumi; dan udara di penempatan dan kubumu akan menjadi berbahaya untuk pernafasan … musim-musim akan diterbalikkan dan iklim akan berakhir … haiwan yang engkau makan akan membawa penyakit dan kematian kepadamu … dan kelak engkau tidak akan lagi mentadbir bumi’

[The Animals’ Lawsuit Against Humanity]

Menariknya kisah dongeng yang ditulis beribu tahun dahulu itu seperti mencerminkan realiti keadaan kita yang gagal menjadi khalifah masa kini. Walau kedengaran seperti dongeng haiwan yang menghiburkan, tapi persoalan yang lebih menggerunkan apakah kita nanti kelak akan dibangkitkan berhadapan dengan tuntutan yang sama di mahkamah Allah?

Sewaktu khutbah Jumaat yang diberikan sang imam pula, kami mendengar petikan kalam waliullah yang masyhur di Marrakech, Abu Al Abbas As-Sabti yang sangat terkenal dengan kedermawannya bahkan hingga ke hari ini makam beliau sentiasa dipenuhi fakir miskin yang mengharapkan kebaikan hati mereka yang mencontohi jejak beliau.

الوجود ينفعل بالجود

Kewujudan dipengaruhi dengan kedermawanan.

Sepertimana air yang diam statik akan tercemar membusuk dan air yang mengalir kekal segar dan menyegarkan persekitarannya, demikian kewujudan manusia sebagai khalifah hanya bermakna dan melahirkan kesan apabila ia memberi, berbakti untuk yang lain. Segala material duniawi termasuk keupayaan tubuh fizikal yang dipinjamkan Allah akan habis begitu sahaja apabila dimanfaatkan untuk diri sendiri sementara jika diberikan kepada yang lain akan tertulislah dalam kitab amalan pahala yang kekal milik kita, menjelaskan maksud salah satu aforisme Syeikh Abdal Hakim Murad;

Your wealth is only yours once you have given it away.

[Contentions 14: 13]

Malahan kami juga sempat menghirup aliran kebaikan orang lain sewaktu dalam pengembaraan. Sesampainya ke madrasah keadaan kewangan kami telah meruncing. Runsing juga memikirkan bagaimana mahu meneruskan perjalanan ke Maghribi tanpa baki wang yang cukup. Namun dek terlalu asyik meneguk nektar spiritual dan menikmati makanan enak yang tersaji sepanjang daurah, persoalan kewangan tak sengaja kami lupakan. Beberapa hari sebelum berangkat, entah bagaimana kuasa Allah menggerakkan hati seorang saudara jauh di Malaysia menyedekahkan kami sejumlah wang. Ternyata Allah yang mengerakkan hati untuk kembara ini, Dia jualah yang mencukupkan bekalan hamba dalam perjalanan. Walaupun harus berjimat untuk beberapa bulan yang mendatang tapi tak terasa bandingannya pitis yang sedikit dengan pengalaman yang segunung.

11824000_947477565317004_555951126_n

 

Hoja Nasreddin

Para peserta daurah Al Ghazali Retreat terdiri daripada pelbagai bangsa sama ada imigran Indo-Pak, Turki dan Arab yang tinggal di negara barat atau warga asal UK, Amerika, Perancis, Belanda dan sebagainya. Apabila disebutkan kewarganegaraanku, keluarlah segala puji-pujian tentang keindahan Malaysia dan budi pekerti rakyatnya. Pernah juga Asli, seorang gadis Turki mengusikku dengan perkataan sayang daripada vokabulary bahasa Melayu yang diketahuinya. Hanan, seorang lagi teman pula gemar sekali berbicara dengan Ammiyah Mesir apabila mengetahui aku menetap di Mesir. Ramai teman baru yang kutemui, dengan latar hidup berbeza dan pencapaian akademik dan professional yang mengagumkan daripada pelbagai bidang. Meskipun sebahagian peserta perempuan tidak berhijab di luar, mereka tidak merasa canggung dan kekok apatah lagi Syeikh Abdal Hakim Murad menyebutkan peri pentingnya atmosfera yang tidak menghukum zahir manusia lain untuk menggalakkan keterbukaan dalam majlis ilmu.

Antara personaliti yang paling tersemat dalam ingatanku ialah Basirah yang digelar Hanan sebagai ‘Hoja’ kepunyaannya. Wanita Sepanyol yang selalu mencuit hati kami dengan gelagatnya merupakan seorang yang baik hati dan komikal. Ditambah pula kosa kata bahasa Inggeris beliau yang terhad tetapi tetap bersemangat berbicara membuatkan kami kian terhibur.

Sewaktu bersiar-siar sekitar kawasan madrasah pada waktu malam, Asli memulakan bicara, “Malam ini langit kelihatan dipenuhi bintang,”

Beginilah rupa langit kalau di pergunungan Sinai,” ucapku.

Ah, pemandangan langit di Morocco juga secantik begini,” tambah Zahra, merindui kampung halamannya.

Namun Hoja yang selalu bertindak diluar dugaan itu tiba-tiba melompat.

Barangkali malam ini malam Lailatulqadar!” jerit wanita Sepanyol yang lanjut usianya itu.

Dia melompat-lompat lagi teruja. Gelagatnya yang menggelikan hati itu buat aku ketawa sendiri. Hoja mencapai tangan Hanan. Terkinja-kinjalah dua orang wanita separuh usia itu dalam gelap malam di lereng gunung sekitar madrasah. Berlatarkan malam berbintang penuh dan gelak ketawa yang lain. Dan ah, sungguh aku jatuh hati pada langit kelam dihiasi bintang di sini.

Malam terakhir di Alqueria pula, sambil menikmati bunyi cengkerik dan aroma teh, dan ditemani suara merdu nyayian qasidah seorang peserta, Zahra menceritakan sedikit sebanyak tentang Basirah yang pernah ke Mauritania bersama anak-anaknya. Beliau yang memeluk Islam untuk menghawini seorang lelaki Muslim kemudiannya diceraikan dan membesarkan anak-anaknya sendiri. Aku terdiam, betapa dalam lagak cerianya itu ada kisah yang tak diketahui. Sebelum berpisah beliau memberi hadiah kenang-kenangan meskipun mengambil masa yang lama untuk menjelaskannya dalam bahasa Inggeris kepadaku.

Hoja Nasreddin, watak cerita rakyat yang dalam kelucuan tingkah laku dan percakapannya ada hikmah yang ingin disampaikan, begitu juga Basirah di mata kami.

Menginap di Alqueria, duduk menelaah dengan manusia dari pelbagai latar belakang, berdampingan dengan ilmuan yang dihormati terasa begitu membahagiakan. Kuliah Syeikh Abdal Hakim Murad begitu mencabar minda, kalau terlalai seketika pasti terpinga sendiri bagaimana sudah masuk falsafah dan -isme yang lain pula. Dr Umar Faruq pula begitu teruja bercerita tentang kehebatan tamadun Islam membawa pendengar ke seluruh glob dunia. Jarang sekali tidak terhanyut asyik dalam ceriteranya.

Maka akhirnya sang Mariposa telah bertemu dengan bunga La Rosa yang dicita, dalam sebuah kariah di kaki gunung di Pueblo de Don Fadrique. Meski sedih berpisah daripada kuntum bunga tersebut, sang Mariposa mengucup selamat tinggal, berterima kasih pada bunga yang mengajarnya erti kemanisan nektar. Pada 25 Ramadan, kami dengan berat hati meninggalkan warga Alqueria de Rosales dan rakan-rakan yang baru bertaut di hati. Kaki kami melangkah lagi, meneruskan perjalanan ke Quentar sebelum ke bandar Granada. Seruan Alhambra kian menggamit rasa.

Ummu Helma Hassan merupakan mahasiswi tahun 5 fakulti perubatan Universiti Kaherah. Travelog ini catatan perjalan beliau pada musim panas tahun lalu menyertai daurah dan mengabdikan diri selama seminggu di madrasah Alqueria de Rosales, Sepanyol beserta menziarahi zawiyah di Maghribi kemudian menunaikan haji, dalam jejak kembara panjang ditemani kekandanya.

Hikayat Seputar Kopi

“Segelap neraka, sekuat kematian, dan semanis cinta itulah nikmatnya kopi”

–Peribahasa Turki

Kopi itu hitam, kopi itu gelap. Aromanya menggoda, rasanya unik lagi mengancam. Dengan satu hirupan, maka cecair hitam ini akan mula menerobos ke dalam pusat otak kita. Menghasilkan seakan satu cahaya terang yang mula menerangi akal. Ia adalah satu minuman ajaib yang mampu menghasilkan satu perasaan yang tenang juga menajamkan akal peminumnya. Ajaib, menenangkan tapi tidaklah pula melembabkan.

11253846_1021522831205143_234490243_n

Digelar pada awal pengenalannya sebagai ‘arak muslim’ oleh barat, walaupun sebenarnya amatlah berbeda sekali sifatnya dengan arak. Sifat arak adalah menenangkan dan memabukkan. Arak menumpulkan daya fikir dan mengaburkan kesedaran peminumnya. Jelas berbeza dengan sifat kopi. Kopi menenangkan malah menajamkan daya fikir, gerak dan kesedaran peminumnya.

Minuman sosio-romantik ini berdasarkan statistik (CBS News, 2002) dinobatkan minuman yang kedua terkenal di dunia, (kedua kerana ditewaskan oleh air kosong) telah lama didakwa ramai sebagai sebuah medium gelap. Medium gelap yang menjadi asas percikan awal untuk nyalaan marak revolusi, kreativiti, kontroversi, perdagangan dan perhambaan di sepanjang laluannya menelusuri tamadun kemanusiaan terutamanya pada kurun ke 17.

Ada yang mengatakan hadirnya kopi ini dalam peradaban manusia dengan penuh keajaiban, ada pula mendakwa ia datang dengan membawa 1001 kejahatan. Namun tak kira sebagaimana kuat pun rahsia tentang kehebatan kopi ini ditutup dan dijaga, tiada raja, ulama, pendeta, penguasa mahupun pedagang yang mampu menghalang penyebarannya ke serata pelusuk dunia.

Dari timur ke barat, mencakupi seluruh glob, penduduk dunia dianggarkan meminum sebanyak 500 billion cawan kopi setahun. Separuh dari jumlah tersebut dinikmati pada waktu pagi, selaku pemula hari. Inilah sedikit sebanyak gambaran kuasa minuman ajaib ini : Kopi.

 

Alkisah, Bermula Cerita

Hikayat ini diceritakan dari mulut ke mulut, dari generasi ke generasi sebagai satu kisah yang cukup terkenal dan menjadi kebanggaan masyarakat Ethiopia.

1000 tahun dulu, Ethiopia, Afrika. Di kawasan berbukitan yang tenang dan nyaman ini tinggal seorang gembala kambing bernama Kaldi yang gemar mengalunkan melodi dengan serulingnya setiap hari, sambil memerhati kambing-kambingnya menuruni sisi bukit meragut dan menikmati tumbuhan dan buah-buahan. Di penghujung hari dia akan mengalunkan serulingnya untuk memanggil kambing-kambingnya agar mengikutinya untuk balik ke rumah.

Satu hari kambing-kambingnya tidak mengikut dia untuk balik semula ke rumah seperti kebiasaan. Kaldi meniup serulingnya berkali-kali, cuba memanggil kambingnya untuk balik. Senyap, tiada sebarang bunyi tapak kaki apatah lagi sahutan kambing-kambingnya. Dalam keliru dan kepenatan dia bangkit dari duduknya untuk mencari kambing-kambingnya.

Kaldi melompat, terkejut dia apabila menjumpai kambing-kambingnya berkelakuan aneh. Dengan penuh kehairanan, dia memerhatikan sahaja kambing-kambingnya. Kambing yang biasanya senyap dan tenang itu tiba-tiba melompat-lompat, mengembek, merengek, dan bersahutan menjerit. Keliru, Kaldi mengambil keputusan untuk terus memerhati kejadian pelik ini.

11262286_1021522801205146_1850844526_n

Dengan penuh hairan dan teruja, dia mengambil keputusan untuk terus mengamati kambing-kambing tersebut. Dia perasan kambing-kambingnya sedang asyik mengunyah sebuah pohon aneh berdaun gelap dan memiliki buah seakan-akan beri berwarna merah. Tidak pernah dia lihat pohon seperti itu. Sangkanya ini agaknya yang menggilakan kambing-kambingnya.

Kaldi tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk mencuba beberapa biji dari buah-buahan tersebut. Dia mengunyah dan menelannya, tiba-tiba dia merasa dia telah mendapat satu jenis tenaga yang luar biasa. Badannya dipenuhi segala macam tenaga yang aneh, kepalanya terasa cerah dan ringan, dan jiwanya merasai satu ketenangan yang belum pernah dia rasakan.

11251666_1021522824538477_2140158173_n

Dan begitulah kisahnya pertemuan pertama peradaban manusia dengan pohon ajaib ini. Mulanya yang dinikmati hanyalah buahnya. Perlahan-lahan daya ingin tahu manusia menolak mereka untuk mencuba pelbagai cara untuk menikmati buah dan daun dari pohon ini. Daunnya dijemur dan dijadikan teh, buahnya direbus dan dibuat minuman, buahnya digaul dengan lemak untuk dijadikan bekal, bijinya juga direbus dan dimasak untuk menghasil minuman.

Cubaan demi cubaan dilakukan hasil dari keinginan manusia untuk menikmati sepenuhnya pohon ajaib ini. Sebelum akhirnya mereka menjumpai cara terbaik untuk menikmati buah tersebut sebagai minuman. Minuman tersebutlah yang kita namakan sebagai kopi pada hari ini.

Biji Ajaib Yang Menggoda

Kopi adalah sejenis minuman yang amat kompleks penghasilannya. Kopi bermula hanyalah dengan biji kecil hijau, yang diselaputi buah beri merah. Buah ini tumbuh atas sebuah pohon yang dinamakan dengan bahasa kita, Pokok Kopi.

Ya, coffee bean ini berasal dari keluarga beri bukannya kacang. Biji kopi ialah biji tumbuhan yang berasal dari keluarga tumbuhan Rubiaceae, yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 66 spesis dari genus Coffea. Dua spesis yang paling banyak diekspliotasi secara komersil ialah Coffea Arabica, yang mana penghasilannya terdiri daripada dua pertiga pengeluaran kopi seluruh dunia, dan C. Canephora, biasanya digelar dengan nama Coffea Robusta, yang meliputi baki satu pertiga pengeluaran kopi secara komersil sedunia.

11304290_1021522807871812_522037892_n

Buah merah ini dipilih dengan teliti agar hanya yang matang akan dipetik. Setelah dipetik, biji mesti dikeluarkan dengan cepat kerana kandungan glukosa dalam buah, akan melalui proses fermentasi dan akan menjejaskan kualiti biji kopi di dalam buah tersebut. Tempat penanaman kopi juga memperngaruhi biji kopi. Contohnya, tanah yang tinggi akan menghasilkan bijian yang lebih tahan dan beraroma bila dibakar. Biji dari pokok yang ditanam di tanah rendah pula akan mudah hangus dan hancur dibakar, menghasilkan kopi yang pahit.

Seterusnya, biji hijau dari buah kecil ini diasingkan dan dikeringkan untuk membuang segala sisa gula dari isi buah kopi tadi. Setelah kering, biji hijau ini kemudiannya dibakar dengan rata, cermat dan teliti. Sekiranya tidak dilakukan dengan rata dan cermat, ia akan menghasilkan biji kopi yang hangus dan hangit, atau mungkin sebahagiannya masih mentah dan tidak punya sebarang rasa untuk dinikmati.

11289943_1021522811205145_469173940_n

Ketika proses pembakaran ini dilakukan lebih 1500 reaksi kimia akan berlaku. Biji-biji kecil asalnya hijau dan lengai ini akan mula beransur hitam dan mengeluarkan aroma bau yang begitu nikmat. Hasilnya di akhir pembakaran, ialah biji hitam pekat yang mengeluarkan bauan aroma yang menggoda jiwa-jiwa yang menghidunya. Biji-biji hitam ini kemudiannya dikisar untuk dijadikan serbuk kopi yang akan dijadikan minuman oleh penduduk di seluruh pelusuk dunia, dengan cara pembuatannya mengikut pilihan dan kegemaran peribadi.

Ada pelbagai variasi cara pembuatan, sukatan dan pengolahan serbuk ini. Juga ada lebih dari 66 jenis biji kopi di seluruh dunia yang masing-masing menghasilkan aroma dan rasa yang berbeza selepas diproses. Apapun, idea penghasilan di sebalik metod yang kompleks ini hingga sekarang menimbulkan kekaguman di kalangan pengkaji serta penggemar kopi kerana proses demi proses ini tidak digunapakai dalam penghasilan makanan dan minuman yang lain yang pernah wujud di muka bumi.

 

Hirupan Pertama, Kopi Sumbangan Romantika Islam?

Rata-rata penggemar dan peminum kopi masani mungkin tidak menyedari atau tahu bahawa susur galur sejarah pengenalan kopi ini bersangkut dengan golongan Sufi di kawasan selatan Semenanjung Arab. Para pengikut dan pengamal tarikat Shadziliyyah diceritakan telah menyebar luas minuman kopi ini ke seluruh Kerajaan Islam ketika itu, sekitar kurun ke-13 hingga kurun ke-15 masihi.

Seorang Syeikh tarikat Syadziliyyah dari selatan Yaman, telah diperkenalkan dengan amalan meminum kopi dari sebuah kaum di Ethiopia, Afrika. Ketika itu, tumbuhan tanah tinggi itu (daunnya, buahnya dan minuman yang terhasil darinya) digelar dengan nama Bunn. Berkemungkinan besar, walaupun tidak dapat dipastikan dengan tepat, ahli sufi ini ialah Abu’l Hasan ‘Ali ibn Umar. Beliau menetap di kawasan Ethiopia ini dengan kebenaran Sultan Sadaddin II, raja bagi kawasan selatan Ethiopia. Setelah lama menetap dan tercapai segala hajatnya di Ethiopia, Syeikh ‘Ali ibn Umar kembali semula ke Yaman sekitar kurun ke-13 masihi dengan membawa benih bunn ini dan pengetahuan penting, bahawa buah dari pohon bunn ini bukan hanya boleh dimakan, bahkan mampu memberi kesegaran yang luar biasa bagi yang memakannya.

Dikisahkan bahawa Syeikh ‘Ali ibn Umar, menceritakan bahawa beliau mengalami masalah untuk kekal segar dan bangun pada malam hari untuk melakukan ritual dan amalan malam. Setelah habis segala ikhtiar beliau lakukan dan setelah lama memohon doa, pada suatu malam beliau bermimpi melihat kelibat malaikat menunjukkan beliau pohon bunn ini dan mengajarkan beliau untuk membakar benihnya dan setelah itu, menghancurkan sehingga menjadi serbuk halus untuk dibancuh dengan air panas. Hasilnya ialah minuman yang mereka gelar sebaga qahwah, iaitu kopi.

Langkah kompleks pemprosesan pohon bunn ini akhirnya disebarluaskan, pada awalnya, di sekitar pengikut tarikat Syadziliyyah sahaja. Ajaran tarikat Syadziliyah, amat menganjurkan para ahlinya untuk tidak meninggalkan kerjaya harian, dan aktif dalam apa pun bidang kerja mereka. Jadi sewaktu mula diperkenalkan, kopi digunakan oleh ahli sufi sebagai alat, setiap malam dihidangkan dari tangan ke tangan, untuk dapat terus kekal segar menunaikan ibadat pada malam hari, tanpa perlu merasa penat untuk meneruskan kehidupan biasa keesokan harinya.11289945_1021522827871810_170441303_n

Tanpa mengambil masa yang lama, kopi mula tersebar luas di sekitar kawasan Yaman. Penyebaran kopi sekitar Yaman menjadi punca awal penyebaran kopi oleh para pedagang ke seluruh jajahan takluk empayar Uthmaniyyah, sekitar Tanah Arab dan  Mesir. Bermula dengan warung kopi (coffee house)  pertama yang dibuka pada 1545 masihi, ia mula bercambah dengan pantas dan ibarat cendawan tumbuh seluruh jajahan Kerajaan Uthmaniyyah sebelum diperkenalkan ke Negara barat yang lain.

 

Kopi, Aroma Rindu Sang Pencinta

Berbagai kisah dan hikayat, dari pelbagai jenis sumber kita bacakan sekitar minuman penuh ekstasi, kopi. Di mana pun ia diperkenalkan, ia menjadi lambang kemesraan dan alat merapatkan hubungan sosial masyarakat. Mungkin juga hembusan rindu yang halus yang dinikmati oleh para pencinta golongan Syadziliyyah, 600 tahun yang dulu, yang mengecapi nikmat kesunyian malam dengan mengingat Sang Pencipta menyebabkan kita begitu gemar menghirup dan menikmati minuman ini. Atau mungkin sekadar benda harian yang aromanya memukau, sekadar kita nikmati demi memuas kehendak haiwani semata. Bergantung kita hendak melihat sang kopi ini bagaimana, kerana akhirnya nikmat sebenar itu hanya akan dicapai dengan niat yang benar.

11267614_1021522861205140_434298934_n

 

Artikel ini ditulis oleh saudara Emir Haziq bin Haji Mohamad Lela,mahasiswa tahun 2 Universiti Kaherah.Beliau juga pernah menulis artikel Bahasa Inggeris yang bertajuk  “Violence Against Women—It’s Actually a Men’s Issue.”

Rujukan

  1. Mark Pendergrast. (2010). Uncommon grounds : the history of coffee and how it transformed the world. New York: Basic Books.
  2. Robert W. Thurston, Jonathan Morris, and Shawn Steiman. (2013). Coffee : a comprehensive guide to the bean, the beverage, and the industry. United Kingdom: Rowman & Littlefield.
  3. Ernesto Illy. (2002). The complexity of coffee. New York: Scientific American, Inc.
  4. Coffee industry–supplied information on coffee, caffeine and health: coffeescience.org
  5. International Scientific Association of Coffee: asic-cafe.org
  6. International Coffee Organization: ico.org
  7. Coffee –Wine of Islam : http://www.superluminal.com/cookbook/essay_coffee.html

Ada apa dengan pengisar?

Every letter has its own writer. The linguistic and the content of every single letter indicates the intelligent and the greatness of the writer.So does the al-Quran. The book of Revelation.

This is the Book (the al-Quran), whereof there is no doubt, a guidance for those who are muttaqun -Baqarah:2

Al-Quran teaches the readers the Oneness of the Creator. The One and the only Lord for all the universe. Lord of the world.

 It also tells the story of the old nation and the coming of The True Day to make us in a fixed truth.

He guides people to live in this worldly life with His guidance (syariah). Command people to do this and that, follow the Law of Allah and not to transgress the boundary limits set by Him.

And verily, the Abrar (pious and righteous) will be in delight (paradise) -Infitar:13

The muhsinoon will then get rewarded. They will be placed in the garden of believers. The sinners will also get rewarded with their punishment.

Congratulate to those who have patience in controlling their desire, who follows the halal and refrain themselves from the haram, and  how unluckily for those people who are attached to this imperfect and temporary life.

﴾بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦

﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧

Qur’an 87:16-17

While the akhirat is much better in quality (Khair) and quantity (Abqa)

Truly Allah is All-Seer of what you do.

Ikhtilat

Hukum Ikhtilat. Tidak akan timbul sesuatu isu melainkan ada isu yang timbul.

Apabila kita telah memulakan sesuatu langkah sunnah untuk hidup bermasyarakat dalam alam siswa ini, tidak dapat tidak bakal terbukalah satu ruang norma yang berhajat kepada percampuran atas urusan-urusan tertentu. Keberlakuan ini bukanlah sesuatu yang perlu dielakkan sekeras-kerasnya tetapi hanya perlu dipandu oleh suatu kefahaman jelas tentang hal ini mengikut sudut pandang agama. Boleh, tetapi ada syaratnya. Konsepnya semudah itu. Bahkan zaman Rasulullah sendiri merupakan zaman yang boleh dijadikan teladan yang baik dalam contoh kehidupan bermasyarakat.

Pada zaman tersebut, isu ikhtilat ini tidak dijadikan suatu isu yang besar. Jarak yang dekat dengan nabi SAW menampakkan keizzahan dan kesyumulan Islam yang sebenar. Adab dan akhlak adalah perkara yang dipraktikkan ketika itu. Ikhtilat tidak disempitkan dan pada ruang wujudnya ikhtilat, tidak pula berlebih-lebihan. Di sana kita dapat melihat sejarah para srikandi mukminah yang gigih menuntut ilmu. Tidak malu bertanya kepada Rasulullah sehingga diceritakan Rasulullah yang malu pada soalan yang diutarakan. Sehinggakan pada siri ghuzwah(peperangan) pun juga turut disertai mereka. Diriwayatkan bahawa Ummu Sulaim pernah merobek musyrikin Hunain dengan pisau belatinya.

Pada darah yang halal. Pada jalan yang halal.

Definisi Ikhtilat

Sifar Ikhtilat. Kita bukan mahu mengsifarkan ikhtilat, tetapi kita mengimpikan sifar pada ikhtilat bebas. Sebelum pergi lebih jauh, mari kita melihat ikhtilat ini secara pendefinisiannya.

Ikhtilat membawa maksud pergaulan atau percampuran. Meramukan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Secara syariahnya pula ikhtilat merujuk kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Asal ikhtilat adalah daripada kalimat khallat. Khallat ini cukup dikenali sebagai alat pengisar bagi masyarakat Melayu. Umumnya kita mengetahui fungsi pengisar ini adalah untuk mencampur gaulkan bahan-bahan dan melumatkannya sehingga menjadi sebatian.

الفعل خالط ، والمصدر : اختلاطًا ، الاختلاط

Analogi mudah untuk kita mendefinisikan ikhtilat dalam erti rangka pergaulan dan percampuran, secara lughahnya.

Zaman Kontemporari

Mustahil untuk dikatakan Islam yang kita sekarang adalah Islam yang solid. Hampir 1400 tahun sudah sejarah Islam bermula. Di mana kita ditinggalkan oleh murabbi agung dan Islam terus disebar-sebarkan. Dalam tempoh ini kita dapat melihat bagaimana Islam pernah menguasai dua pertiga dunia, dan setiap tahun pada tanggal 3 Mac pula kita bakal mengenang kejatuhan Khalifah Islamiyyah suatu masa dulu. Tokoh yang menyambung pembawaan Islam datang dan pergi silih berganti. Sehingga sekarang pun, pelbagai fitnah diuji pada agama Islam.

Serangan bersenjata.

Serangan pemikiran.

Islamophobia.

Keruntuhan peradaban dan akhlak.

Begitulah isu-isu berputar yang berpokok-pangkalkan Islam.

Zaman menyusur, fitnah menimpa bertalu dan bertalu. Pada agama yang luntur, ditambah dengan golongan yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya, maka berlakulah percampuran tanpa batasan. Hingga berlebih-lebihan. Dan cuba untuk menidakkan syariat dalam perhubungan antara ikhwah dan akhawat.

Sebab dulu tiada fitnah, semua ikut adab ketika bermuamalat. tapi sekarang fitnah banyak ketika bermuamalat, sehinggakan percampuran lelaki perempuan secara bebas itu seperti perkara biasa, jadi ulama mengeluarkan penjelasan berkaitan ini bagi panduan umat kemudian.

 

Hukum ini adalah panduan bagi umat kemudian.

12Cantik yang diatur Islam yang kaya dengan adab dan tata tertib, melayan tetamu dan makan bersamanya adalah diharuskan. Bukan menyembunyi di bilik apabila tetamu datang dan meninggalkan rasa tidak senang pada tetamu yang hadir. Tetapi masih, wajib dalam lingkusan yang dibataskan syara’.

 

Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

Disebut dalam kitab Muwatta’. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan juga makan bersama mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya.

Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.

1Lihat gambar. Antara adab-adab yang telah digariskan.

Seseorang ingin mendapatkan yang terbaik untuk akhiratnya, tetapi bagaimana mungkin jika dia kerap kali memilih jalan yang paling mendekati jurang.

Prevention is always better than cure.

Islam adalah sebuah kesyumulan. Islam secara lughahnya bermaksud selamat. Ayuh kita lihat apa salah faham berkaitan ikhtilat.

  • Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
  • Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan ‘Ikhtilat’ dan ‘Khalwat’.
  • Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan.
  • Khalwat adalah keadaan di mana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum Islam dan mampu menegur).
  • Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat.
  • MAKA, ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, chatting dan lain-lain cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
  • Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yang diHARAMkan.
  • Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat.
  • Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan hukum dan adab-adab ikhtilat.
  • Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi hukum dan adab-adab ikhtilat.The Prophet did not withdraw from the dunya in order to be detached from it. His detachment was much deeper. It was the detachment of the heart. –Yasmin Mogahed.

 Bermula dari taqwa,

Sehingga kita memandang kecil habuan dan tipu daya syaitan. Saya bukan mahu mengajak kita hanya melihat ikhtilat untuk membina taqwa semata, tetapi kita membina taqwa (god-consiousness) dalam urusan ikhtilat (duniawi).

Taqwa diambil daripada kalimah waqa-yaqi-wiqoyah yang ertinya memelihara. Kita menjadikan Tuhan sebagai pemelihara atau benteng. Taqwa bukan bermaksud takut akan Allah. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa, tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam Bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

Dengan taqwa, segala ancaman negatif dan berbahaya tidak akan dapat masuk dan tembus.

Asas kepada taqwa secara lahiriah adalah kewajipan rukun Islam yang lima. Shahadah-Solat-Zakat-Puasa-Haji.Manakala asas kepada taqwa secara batiniah adalah rasa kehambaan yang mendalam.

The person had to first abandon, minimize, put aside or ignore their salah (prayer) before the were able to fall.-Yasmin Mogahed

 

Sebaik-baik amalan

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ

 

Setiap hari amalan kita akan ditimbang tara. Dicatat dengan penuh teliti. Misqaala Zarrah. Apabila berurusan dalam sesuatu perkara,maka kerjakanlah dengan sepenuh itqan.

Allah memilih kalimah ‘Ahsan’ (paling baik) bukan meletakkan kalimah ‘Aktar’ (paling banyak).

Maka letakkanlah taqwa dalam setiap urusan agar ia menjadi amalan paling ahsan yang tercatat dalam buku catatan. Bukan sekadar banyak tetapi ibarat debu yang berterbangan.

Perlulah difahami, perhubungan sesama jantina disyariatkan sebagai panduan buat umat terkemudian. Ada yang begitu diuji apabila berhadapan dengan kaum yang berlainan jantina dan wujud juga segolongan yang mampu menguruskannya dengan professional. Hakikatnya, mungkin ramai yang tidak mampu menguruskannya secara rasional dan professional. Perbezaan ini diraikan dengan wujudnya ketetapan syariah sebagai panduan, agar kita mampu hidup dengan aman dan sejahtera.

“Ada perbezaan, selepas berkahwin hati kita insyaAllah terjaga dan lebih tenang. Tiada rasa gemuruh or hati kacau terlebih kalau bercakap or berurusan dengan akhawat. Tiada tempoh post-meeting teringat kat akhawat masa meeting tadi. ala kulli hal niat masuk meeting tu boleh betul-betul, kalau tidak seratus peratus sekali pun, kerana nak berbincang untuk capai keputusan, follow up gerak kerja, amal sunnah nabi untuk bermesyuarat dan sebagainya”. –Munawwir Hassan atau lebih dikenali sebagai Abi.

 

Maka pilihlah untuk bertaqwa kepada Allah dalam setiap urusan.

Wallahu a’lam.

“Haq Tertegak,Biah Terpelihara”
Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016.

 

 

12