Archives for KALAM PIMPINAN - Page 2

Kalam Pimpinan : Muhasabah Ramadan yang Berlalu Pergi

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Sebulan sudah kita berpuasa,
Menahan diri dari lapar dan dahaga,
Namun harus kita soal semula,
Apakah ibrah puasa kepada kita?

Pesta ibadah di surau dan masjid,
Pesta makanan di bazar jalanan,
Di sini ada persoalan berbangkit,
Antara dua mana yang jadi pilihan?

Bulan Ramadan bulan berperang,
Melawan musuh dan juga nafsu,
Kesempatan dicuri Palestin diserang,
Sedihnya tatkala umat Islam membisu.

Bulan Ramadan bulan berkebajikan,
Itulah kewajipan orang yang berkemampuan,
Sedekah dihulur zakat ditunaikan,
Menyucikan harta hamba bertuhan.

Bulan Ramadan bulan Lailatul qadar,
Menjadi buruan orang yang beriman,
Namun ada juga sibuk ber’KAMDAR’,
Membuat persiapan raya di akhir bulan.

Alangkah ruginya orang berpuasa,
Jika amal ibadahnya tidak berbeza,
Raya bukan sekadar berbaju raya,
Raya menambah ketaatan padaNya

 

” Together We Unite To Serve Our Community ”

wan nusairi

Wan Nusairi Bin Wan Mohd Nasruddin
Biro Kebajikan
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

Kalam Pimpinan : Setulus Kasih Maya

Color NEWبسم الله الرحمن الرحيم

 

“Andai Tuhan bagi aku peluang untuk kembali ke masa lalu, pasti aku…”

Jeda. Aksara di papan kekunci tidak ada penamat. Maya mengerutkan dahinya sambil jarinya ligat mengetuk papan kekunci.

“Pasti aku…”

Tok. Tok. Tok.

Pintu bilik Maya terbuka. Tersembul wajah angah di balik pintu bercat pink penuh dengan sticker Linkin Park itu. Maya memang peminat tegar band itu. Hampir semua lirik lagu band itu terpahat kemas dalam ingatannya. Namun tidak pula 30 juzuk al-Quran.

“Maya, abah kemalangan!” kata angah cemas.

Maya tersentak. “Allah, jangan ambil abah lagi.” Spontan Maya bermonolog.

“Apa kita patut buat sekarang? Angah… er angah risau abah… abah pergi tinggalkan…”

“Angah! Bawak bertenang ngah, cuba jangan fikir bukan-bukan,”pintas Maya. Nadanya keras.

“Sekarang yang penting kita doakan abah selamat, Maya akan minta tolong Anas untuk belikan tiket flight, malam ni jugak kita balik Malaysia. Angah pergi kemas barang angah, nanti Maya dah siap kemas, Maya tolong angah. Apa yang penting, angah banyakkan berselawat. InsyaAllah kita ada rezeki nak jumpa dengan abah lagi.”kata Maya menenangkan angah. Gelora hati Maya saat itu hanya Allah saja yang tahu.

Ini kali pertama angah dan Maya pulang ke Malaysia setelah hampir 2 tahun setengah belajar di bumi Big Ben itu. Kedua mereka merupakan kembar. Mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang masing-masing minati.

Sejak menaiki pesawat, Maya dan angah tidak putus membaca kalimah suciNya. Suara angah serak pasti kerana menangis. Tebak Maya. Namun, dia tidak sedikitpun mengalirkan air mata.

Maya meneruskan bacaan al-Qurannya. Terhenti dia pada ayat 35 surah al-Anbiya’:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

 

Manik halus laju menuruni pipi. Hanya satu perkataan terluncur laju dari mulutnya, “Abah.”

******

Kelihatan wajah Aniq, menanti mereka di ruang menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka berpelukan dalam tangisan.

“Abang, abah macam mana?” Soal angah dan Maya serentak.

Aniq kelihatan tenang. “Jom kita balik tengok abah.” Kelihatan Aniq senyum kelat.

******

Suasana hospital ketika itu sangat suram. Seumpama menangisi pemergian seseorang.

Angah dan Maya mendakap satu-satunya ibu mereka tatkala memasuki wad pesakit lelaki itu. Air mata laju melepasi kelopak mata. Mereka teresak-esak tak ubah seperti anak kecil yang kehilangan barang mainannya.

“Sayang, pergi jumpa abah buat kali terakhir. Peluk dan ciumlah abah sepuasnya. Mama reda dengan pemergian abah. Angah dan Maya kesayangan mama, ketahuilah bahawa abahlah insan pertama dan terakhir dalam hidup mama.  Abah yang sering menggembirakan mama tatkala mama sedih, dialah insan yang selalu ada saat jatuh bangun mama, dialah pembimbing mama ke jalanNya, sumber inspirasi dan yang paling penting hero kepada anak-anak kesayangan mama sekalian. Tolong doakan abah selalu ya. Doa anak soleh kan bekalan abah untuk ke syurga. Anak-anak mama kena redha dengan pemergian abah, ampunkan dosa abah pada kamu semua ya.”Mama memeluk kami erat.

Suasana suram wad dikeruhkan lagi dengan esak tangis kami sekeluarga.

******

Hakikat. Ya ini satu hakikat yang tidak akan berubah.

Abah sudah tiada lagi.

“Abah tinggalkan kita tepat jam 2.16 petang tadi. Beberapa jam sebelum angah dan Maya tiba di Malaysia. Abah mengalami beberapa komplikasi kesan daripada kemalangan. Abah sangat kuat. Dia bertarung hampir berbelas jam lamanya dengan kesakitan yang dialami. Kita kena percaya yang Allah lebih sayangkan abah.”

Terngiang-ngiang kata-kata Aniq di gegendang telinga Maya.

Maya beristighfar walaupun hatinya perit.

******

Maya menekan papan kekunci laptopnya. Terlayar di skrin laman web yang memaparkan blognya. Sudah ‘berhabuk’ nampaknya kerana hampir 5 bulan dia tidak update blognya setelah peristiwa itu berlaku.

Ya, 5 bulan sudah abah meninggalkannya.

Dia melarikan tetikus ke arah butang draft.

Ayat di skrin laptop menarik perhatiannya.

“Andai Tuhan bagi aku peluang untuk kembali ke masa lalu, pasti aku…”

Maya berkira-kira untuk menaip bait-bait seterusnya.

Nafas berat dihela.

“Pasti aku katakan kepada abah betapa aku sayangkan dia.
Pasti aku hargai setiap saat aku bersamanya.
Pasti aku peluk abah di saat aku sedih tatkala aku dibuli jiran sebelah yang bernama Abu.
Pasti aku ceritakan pada abah segala yang berlaku di sekolah pada hari itu.
Pasti aku beritahu abah betapa cemerlangnya keputusan peperiksaanku.
Pasti aku menjadi puteri yang bertakhta di hati abah.
Pasti aku mengadu pada abah disaat aku hampir rebah.
Pasti aku selalu minta doa dari abah.”

Manik jernih membasahi pipi Maya. Terketar jarinya mengatur aksara seterusnya.

“Andai Tuhan bagi aku peluang untuk kembali ke masa lalu…
Pasti aku laksanakan apa yang kukatakan kini.
Pasti aku tidak menyesal seperti hari ini.”

Maya menekan butang save dan publish. Terpapar di skrin laptop post yang baru dibuatnya.

Walau hanya mampu menulis beberapa patah ayat, tetapi itulah perasaanya saat itu. Jujur dari hati.

Tulisan Maya manifestasi hatinya.

Allahu Akbar Allahu Akbar,” suara azan sayup kedengaran dari telefon pintarnya, Samsung.

Waktu Subuh menjengah.

Maya terjaga dari mimpinya yang panjang. Ada titisan air mata mengalir di pipinya. Perlahan dikesatnya. Kesan mimpi sedihnya mungkin.

Maya beristighfar. Rupanya dia hanya bermimpi.

“Oh, aku tertidur rupanya.”

Maya melihat skrin laptopnya, masih berhenti pada ayat;

“Andai Tuhan bagi aku peluang untuk kembali ke masa lalu,pasti aku…”

Maya menghela nafas lega.

Setelah mengerjakan solat fardhu Subuh dan berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapanya, serta berzikir, Maya mendail nombor telefon ayahnya untuk pertama kalinya.

Assalamualaikum, siapa di sana?” Suara garau kedengaran.

Waalaikumussalam warahmatullah abah, Maya rindukan abah!”

Mentari subuh di bumi London menjadi saksi perbualan penuh syahdu mereka dua beranak.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 23:

 

Untitled

 “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-sekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik”.

 

TAMAT

Andai masih ada insan di luar sana yang mengherdik ibu bapa, enggan menelefon mereka bertanya khabar saat berjaya mendaki tangga kejayaan untuk segulung ijazah, malas berbakti untuk kedua mereka, ingkar akan nasihat dan suruhan mereka ke arah kebaikan, lalai dengan mahligai indah yang baru dibina bersama pasangan, ketahuilah kalian bahawa ada dua insan sedang menanti di rumah sana.

Dua insan yang semakin hari semakin dimamah usia. Semakin lama semakin ditinggalkan oleh anak-anak yang kian dewasa. Tanpa sedar, menyakiti hati si keduanya.

Insan-insan ini yang telah mencorakkan kalian dari seputih kain hingga menghasilkan warna seindah pelangi senja.

Selagi ada masa, bahagiakanlah kedua ibu bapa.

a

Nota : Watak dan cerita di atas hanya rekaan semata mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati.

Balik raya tahun ni wajib peluk ibu dan ayah sambil ucapkan “Saya sayang ibu, saya sayang ayah.”

Semoga Allah meredhai kedua ibu bapa kita semua.

 

“Together Everyone, Achieve More”

liyana

 

 

 

 

 

 

Nur Liyana Binti Ab Aziz
Timbalan  Biro Sukan dan Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

 

Kalam Pimpinan : Buat Yang Masih Hidup

10151046_742841255750175_1380470374_n

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Your behavior is not the result of your ability, but the state you’re at this moment.”

Petikan ringkas daripada tulisan Anthony Robbins dalam bukunya yang bertajuk Awaken The Giant Within. Buku yang terjual lebih sejuta cetakan dan dikatakan telah mengubah nasib beribu insan malang. Namun hakikatnya, andai kita masih mahu terus menjadi kita, bacalah seribu majalah sekalipun, kita masih orang yang sama.

Musim peperiksaan mungkin waktu terbaik untuk kita bersendiri, menjauhkan diri dari hiruk pikuk dunia luar. Waktu segala peranti elekronik dimatikan, waktu emas untuk berkasih dengan buku. Mungkin juga ini waktu paling dekat kita dengan Sang Pencipta. Di mana, malam-malam kita terisi dengan rintihan dan rayuan di atas tikar sejadah sambil mencongak waktu berapa hari lagi penerbangan kita pulang ke Malaysia. Apabila berakhirnya peperiksaan, kita terus menjadi kita yang dahulu. Kita yang sentiasa kita mahukan. Ah! Peperiksaan ini hanya mengubah kita untuk sebentar waktu, sama juga seperti madrasah Ramadhan yang selalu kita canang-canangkan.

Hasilnya, kita terus menjadi bangsa yang sentiasa dikritik. Abdullah Munsyi dalam karyanya, Hikayat Abdullah Munsyi ada menceritakan perihal orang kita yang pemalas malah pengotor dan sehingga hari ini, kita masih lemas dalam tanggapan itu. Persoalannya, butakah kita untuk melihat perkara itu? Atau tuli benarkah kita untuk mendengar kritikan ini? Tidak. Bahkan pendengaran dan pandangan kita jauh lebih jelas. Namun masalah sikap kita yang masih mahu terus membutakan mata dan memekakkan telinga.

1

 

Hari ini, kita sering bicarakan tentang masalah terbesar umat Islam iaitu kejahilan. Asal kejahilan ini menurut apa yang dibicarakan oleh Syed Naquib al-Attas adalah berpunca daripada sikap pelupa (nisyan) manusia sendiri. Kita terlupa betapa kita telah diberikan kebijaksanaan untuk memahami dan kelebihan untuk mencari kebenaran. Akan tetapi kita lebih selesa hidup dalam  komuniti sendiri dengan beranggapan ada manusia lain yang akan sudi menunjukkan kita masa depan.

2

 

Kita terlupa Tuhan telah memberikan kita cukup kelengkapan untuk belajar dan terus mengkaji untuk membezakan yang benar atau fantasi. Walaupun mungkin kebenaran pada hari ini amat sukar diperolehi, semoga keikhlasan kita untuk memahami dan belajar ditunjukkan Allah jalan keluar.

Atas kebolehan ini, kita menerima taklifan terbesar, untuk mentadbir alam ciptaanNya. Akan tetapi, berilah segunung tanggungjawab pun, atas alasan kita ini manusia dan manusia ini tabiatnya lupa, kita terus menjadi insan yang kita ingini. Sang pelupa. Kita terus lupa betapa Allah menginginkan kita untuk belajar selok belok alam untuk mentadbir ciptaanNya.

Bagi yang bersemangat mentadbir pula, mereka terlupa untuk mentadbir alam ini mengikut aturan dan percaturan yang ditetapkan Sang Pencipta. Selalunya akal kita akan menjadi penunjuk primer perjalanan hidup kita, sampai tak sedar kita punyai panduan daripada pemilik alam. Hasilnya, alam ini dipimpin oleh khalifah pelupa yang diikuti oleh pengikutnya yang pelupa lagi jahil.

3

Oleh itu, kesempatan emas yang masih kita peroleh ini seharusnya diguna bijak oleh kita, selaku mahasiswa sains kesihatan. Bukanlah apabila disebut kita ini mahasiswa, tempat kita hanya di depan buku kuliah, medan persatuan atau menelaah isu-isu sejagat. Kita masih punya kesempatan untuk bersosial atau berhibur sekali sekali. Namun, realiti hari ini melihat betapa timbangan bersosial dan berhibur lebih berat andai dibandingkan dengan perkara-perkara yang lebih penting ini.

4

 

Untuk yang terakhirnya, tanyakan kembali apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Kemudian, tanyakan kenapa pula kita mahukan perkara ini. Adakah kita mahu menjadi doktor untuk hidup senang sampai ke anak cucu? Atau adakah rajinnya kita belajar untuk merasai nikmatnya mendapat keputusan cemerlang? Kesemua soalan ini sudah ada jawapannya. Hakikatnya, kesemua yang kita mahu capai ini adalah untuk diri kita sendiri dan moga-moga impian ini terpandu dengan kehendak Sang Pencipta. Semoga kita sentiasa berada di bawah redhaNya.

“Nothing in all the world is more dangerous than sincere ignorance and conscientious stupidity” -Martin Luther King,Jr.-

 

“Kita Keluarga PCK”

 

afiq

 

 

 

 

 

 

 

Afiq Zulhilmi bin Zairudin
Naib Pengerusi I
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2014/2015

 

Kalam Pimpinan: Of Izazi And Her Mumbles

10151046_742841255750175_1380470374_n

بسم الله الرحمن الرحيم

“So, what course are you applying?”

“Medicine!”  with a broad smile.

“Huh, are you like seriously sure? I’m afraid you wouldn’t even last!

Zap!! Frozen. I felt like a lightning struck straight into my heart breaking it into pieces with some of them oozing blood. Blood of disappointment.

That evening, I asked my parents. “Mom, someone’s doubting me on taking medicine. Hurm, are you sure I’m doing a right decision? Well, I just feel kinda, you know, B to the A to the D.”

My parents stared at each other, leering a smile.  I didn’t hear any word pop out from their mouth, just a burst of giggle.

Sigh.  Weird.

Have you ever heard the story about the mother of Muhammad the Conquerer? Well, everyday she will say to the apple of her heart, “Muhammad, look! That is the place that you will conquer one day.” And it’s like a dose of motivation to him. You know, when people are saying the same thing, repeatedly day by day, it’s like something you “will” do, and not a mere “may” do.

Aha, and I experienced the very same thing. I was born in a simple lovely family of 6,  with a cliché and most favourite statement from my parents, “When you grow up, you will become a doctor”.  Maybe they say it too frequently with sparks of enthusiasm, until I think that there is no other ambition to pick out of thousands upon thousands of job other than being a doctor. So when everyone asked me,“What is your ambition?” Naturally, that 6 alphabets profession will be lined in a row, “DOCTOR!” and I love it!

Err, at this moment, I’d like to seriously asked that small little girl “Define doctor, please?”

*Facepalm.

b5a1ba14bdc43e1b3852fe5d308bdd53
And now, I’m here. Being a 4th year medical student in Kasr El Ainy School of Medicine. Hoyeahh!! But going through the first 4 year was never easy right?  Ok, let me explain. I was once a medical student with a very low self-esteem. Say what??

Yes! Even in a chronic stage I guess. I remember when I was in the second year, a day before I sat for my Biochemistry final exam, I was so afraid, to the extent that my body shook vigorously that I thought it might reach the 5th level of fear if you checked it using Monster Inc machine that they use to measure the fear in a child. I called my mom and I burst into tears, pouring heavily without stop down my cheeks. That pearly tear had turn my face virtually into a monster with pairs of big oedematic eye, red nose and lips, and some natural blusher of dilated blood vessels. My mother was so panicked but she remained cool outwardly. My father was panicked too, even more than my mom I guessed. Haha. Well, called it the unconditional love a father possessed.

My parents convinced me that I can pass through it, that I can do it well. My siblings texted me and cheered me up, saying “You can do this! Don’t worry too much” try to make some jokes and I laughed hysterically. Now, that monster had turn into a happy cutie pie at the end. Yeay! With Allah mercy, I passed the examination well.
Untitled
Examinations is a very nerve wrecking situation for me, especially the day before the exam. I feel like eating all those books and shouting out loud to the world. If only I was a Hulk and my digestion system can digest the books well. Well, it’s if and only if.

But there is one thing I learn in this 4 long years. Even if you feel it is so hard to move forward, it hurts you to make even a single step forward, just keep holding on and step forward. You can do it. Don’t compare yourself with others, because ALLAH doesn’t make us all the same. Some of our colleagues may get it easy but maybe we just need to struggle a little bit more. But in the end, it is a blessing.

Alysya once said to me “Whatever situation we’re going through, wherever place we’re in now, this is the best place and things to happen to us, right now. This moment,this is the best for you from your creator. Don’t you feel glad having the best from ALLAH out of millions of people out there? Don’t you feel blessed and loved by Him? He cares for you.

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Then which of the favours of your Lord will ye deny?

Then which of the favours of your Lord will ye deny?

Believe me, for every single pain we go through,even if it feels like someone’s drawing using a sharp long thorn as a pen and your heart as a canvas, there is always something in return from ALLAH.

Wait! Am I trying to say, ALLAH gives us the best out of everything and still, He is preparing some more combo rewards to give?

Yes!  Don’t you remember ALLAH  is  The Enricher? Ustaz Azhar Idrus once said “If your boss is so wealthy, he can pay you even RM1500 a day. Why? Because he can afford it. Paying you that amount doesn’t even affect him nor his wealth. He has a lot more and that amount is just a small note in his eyes.The same goes here. ALLAH is rewarding us with so many blessing without causing any lack in Him nor lowered His Mercy because ALLAH has more. The loves, the rewards, the blessings, you name it.

يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِى صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِى فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِى إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ

“O My servants, if the foregoing persons and those who later as well as all the jinn and man standing on the hill to appeal to me, then I filled each request, then it will not reduce the existing power on the side of me, but just like the yarn that absorbs water when it is inserted into the ocean. “

(Narrated by Muslim, no. 2577, from Abu Dhar Al Ghifari)

Remember just now I share about someone who was doubting me, right? Well, being a normal human being, it was for sure one of my heartbreaking moment. Frozen, tongue tied, my brain keeps processing that statement until finally ALLAH send me this thought.

“You and her share the same God. She is not entitled to underestimate you when her rizq also came from the same God that gives you your rizq. ALLAH knows you better, not her, that’s why he gave you this. And what about her? She’s a lesson for you to train your sabr. The key point is “ALLAH trusts you”. Allah trusts you in doing this perfectly.”

I learned to let the thoughts of others fall on the deaf ears. Well I mean, the negative thoughts. Take a deep breathe, smile and fill the world with love. Walk and affect people with the positive aura in you. Stay happy and cheer other people. Put a smile on the face of people you’re talking . Maybe it is their first smile on that particular day too. Be so happy that when others look at you, they become happy too.

Appreciate your 24/7 support system, who’s always there for you through thick or thin, the superhero, your flesh and blood, your family. They are ALLAH’s gifts for you. One thing to bear in mind, they’ll never leave you or stop loving you. Well, that’s for sure.

The clock is ticking fast now. Leering to the ENT books at the table, I think they had put a spell on me right now. Something like, “read me…read me… please…” So, I think this has come to an end but before that, this picture is a gift for all of you. Tadaaa~

Untitled

All the best for the final exam guys. We can do this! Fighting!! Stay healthy and take care.

“Together We Unite, To Serve Our Community”

izazi

Izazi Fakhira Binti Fauzi
Timbalan Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

Kalam Pimpinan : Diari Al-Asqolani

10151046_742841255750175_1380470374_n

Jam 0358

Azan subuh berkumandang.

Muhammad Al-Asqolani melihat jam dinding di biliknya. Lantunan azan tadi memotong keseronokan mimpi indahnya tika menjadi pilot pesawat Boeing 737.

“Ah, masih awal lagi,”getusnya dalam hati. Masih tidak sedar bahawa Tuhannya sedang memanggil. Dek terpalit dengan keenakan diselubungi selimut tebal berjenama antarabangsa, panggilan azan tersebut tidak diendahkan.

Al-Asqolani meneruskan tidurnya mengharapkan ahli rumahnya yang tiga itu mengejutkannya untuk berjemaah sekali walaupun di rumah. Ambil sunnah katanya. Mudah.

Pilot meneruskan penerbangan di udara meskipun jasad di bumi diselubungi selimut tebalnya.

‘Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.’

(Surah Al-Dzariyat: 56)

Jam 0520

Alarm menjalankan tugas, bukan sekali tapi berkali-kali. Merintih supaya ditutup kerana pembesar suara hampir-hampir pecah. Kalau pada awalnya Kak Siti yang mengejutkan, sekarang suara Abang Sarip pula yang muncul.

Selimut tebal tidak berjaya ditinggalkan. Al-Asqolani masih terperangkap di dalamnya. Ahli rumah yang diharapkan untuk mengejutkannya juga masih lagi dibuai mimpi.

Alarm masing-masing menunjukkan handal. Siapa yang boleh mengejutkan tuan masing-masing dikira berjaya. Barangkali peralatan ini pun berfikiran dapat mengejutkan orang solat besar ganjarannya. Lantas berterusan alarm berbunyi dengan harapan ada insan bangun dan sujud menghadap Illahi.

Kak Siti, Fynn Jamal, Nuna dan Abang Zain berusaha sehabis baik mendendangkan lagu-lagu mereka. Meskipun bukan secara langsung, namun impaknya sebagai alarm diikiraf semua. Tetapi entah kenapa mereka semua gagal pada hari ini sehingga terasa seperti suara mereka menjadi serak-serak basah.

“Awal lagilah, malam tadi dahlah tidur lambat. Manusia yang produktif seharusnya tidur 6 jam sehari. Sekarang baru 5 jam. Ada sejam lagi. Please,” rintih Al-Asqolani. Sesungguhnya benarlah Tuhan itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang masih memberi nafas kepada Al-Asqolani untuk meneruskan tidur.

Jam 0700

Abang Zain sempat menghabiskan bait-bait lagunya yang terakhir sebelum ditutup oleh Jaminiddin, pemuda Kedah pemimpin pilihan anak muda zaman ini.

“Astaghfirullah, dah pukul 7. Aduh lambat nak pergi kelas ni,”ujar Jaminiddin setelah sedar dari tidur yang panjang.

Jaminiddin jalan melalui setiap kamar ahli rumahnya. Ternyata, semua masih dibuai mimpi.

“Al-Asqolani, bangun subuh! Dah nak syuruk,”Jaminiddin cuba mengejut sambil menarik dengan berhati-hati selimut tebal kepunyaan Al-Asqolani. Jaminiddin mencuba teknik cubit ibu jari kaki yang diwarisi sejak zaman berzaman untuk mengejutkan orang yang sukar untuk bangun subuh.

Al-Asqolani: Emm, dah pukul berapa?

Jaminiddin: Dah pukul 7.15. Bangunlah, kelas Pathology pukul 8. Doktor Ali ajar hari ni.

Al-Asqolani: Kau dah subuh?

Jaminiddin: Belum, pasal dah habis waktu jadi aku nak combo dengan waktu dhuha.

Al-Asqolani: Boleh ke?

Jaminiddin: Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru kita tanya ustaz. Jomlah pergi mandi then solat subuh berjemaah

Al-Asqolani: Kau ambillah dulu pasal kau bangun sebelum aku (sambil menghamparkan kembali selimut tebal ke atas badan)

Kelembutan dan tekstur bulu-bulu selimut tebal itu amat menggoda sang penidur bak ulat dalam kepompong. Tahan dari segala bentuk anasir yang boleh menganggu ritma tidur itu sendiri.

Jam 0815

“Alamak, dah lambat ni lecturer mesti dah masuk. Sekarang macam mana? Sambung tidur atau mandi?” monolog Al-Asqolani sendirian.

Memang kebiasaan Al-Asqolani menggunakan alasan terlajak tidur untuk ponteng kelas pagi.

Boleh dikatakan agak jarang Al-Asqolani menghadiri kelas Pathology pada waktu pagi. Belajar sendiri katanya.

Nikmat berguru kalau dikupas elok-elok pasti berbaloi, mungkin Al-Asqolani tak sedar hal ini. Berbeza dengan Jaminiddin, sahabatnya itu amat menitik beratkan perihal masa. Tanpa menunggu Al-Asqolani bangkit dia sudah pergi ke universiti. Biar lambat asal timing itu dijaga.

Al-Asqolani sambung tidur. Kedinginan atmosfera menyisip ke dalam tulang menjadikan tidur itu begitu enak sekali. Tambah-tambah pula malam tadi dia bermain futsal, kuantiti tidur itu perlu ditambah sesuai dengan kegunaan semalam.

Jam 1100

“Kring! kring!” telefon S5 milik Al-Asqolani berdering. Jaminiddin telefon agaknya.

Sambil mengelap air liur, dia mengangkat panggilan Jaminiddin.

“Al-Asqolani, hari ini last date kena hantar assignment Pathology. kau dah siap part kau belum?”

Tersentak dengan panggilan Jaminiddin, Al-Asqolani menjadi bingung. Air liur tadi dilap bersungguh-sungguh.

“Macam mana Jamin? aku tak buat apa lagi ni,” Al-Asqolani menjawab separuh sedar.

“Aku tidak kira apa cara sekali pun kau kena buat juga. Markah kumpulan kita berada dalam tangan kau,”Jaminiddin membalas dengan tegas dan terus memutuskan panggilan.

kp 3.1

Al-Asqolani seorang yang tidak teratur kerjanya. Sebelum ini sudah banyak tugasannya yang diselesaikan oleh Jaminiddin. Mungkin sudah tidak tahan dengan perangai Al-Asqolani yang culas itu lantas dia tekad menyuruh Al-Asqolani menyiapkan tugasan Pathology yang tertangguh itu.

Al-Asqolani baring kebingungan. Dia memikirkan strategi untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Setelah seketika dia berfikir, akhirnya dia terlelap. Tugasan tidak siap, kelas tidak pergi, solat apatah lagi?

Apalah nak jadi dengan Al-Asqolani?

‘Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh-kesah.’

(Al-Ma’aarij: 19-20)

………….

Sekian tinta mencatat coretan di awal pagi.

Hanya coretan sendiri tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

Kolaj kehidupan yang berbeza tak mungkin sama dengan insan yang lain, masa yang ada gunalah sebaiknya.

Saya menyudahkan diari ringkas ini dengan satu surah daripada Al-Quran.

‘Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.’

(Al-‘Asr: 1-3)

kp 3.2

Jam 0651

28/4/2014

Wallahualam.

faisal

“Together Everyone Achieves More (TEAM)”

Muhammad Faisal Arief Bin Mohd Suhaimi
Biro Sukan dan Aktiviti Luar
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015