Archives for Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC)

Kenyataan Rasmi | Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) dan Pelantikan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2017/2018

PERUBATAN-SMALL-Color-

بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:  Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku  mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah yang mentadbir dunia mengikut perintah dan syariat yang ditetapkan oleh Allah. Menjadi sunnatullah bagi alam ini, setiap kawanan makhluk pasti akan ada pemimpin dalam kalangan makhluk tersebut. Sebagai contoh kawanan gajah di rimba, akan ada ketuanya. Inikan pula manusia yang dimuliakan oleh Allah. Pastinya memerlukan ketua dan barisan pemimpin untuk mengatur pelbagai  urusan. Rasulullah SAW sendiri mengajar kita untuk melantik seorang ketua dalam kalangan  tiga orang yang sedang bermusafir.
Allah berfirman di dalam al-Quran:

 وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

 

Dalam  Islam, terdapat banyak kaedah  pemilihan pemimpin baik sekecil-kecil jawatan sehinggalah jawatan yang tertinggi. Jika kita teliti sirah golongan terdahulu, mereka melaksanakan pelbagai kaedah pemilihan yang bertepatan dengan syarak dan memberi manfaat untuk Islam serta  masyarakat keseluruhannya. Antaranya ialah  kaedah pemilihan secara syura atau dikenali sebagai kaedah perbincangan. Pelantikan Saidina Abu Bakar RA sebagai khalifah pertama umat Islam adalah hasil syura antara para sahabat daripada kaum Muhajirin dan Ansar.

PERUBATAN Cawangan Kaherah seawal usia penubuhannya beberapa tahun yang lalu sentiasa komited dalam menjaga kebajikan ahli PERUBATAN yang berada di lokaliti Sayeda Zainab. Hal ini kerana organisasinya  yang  diterajui oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi ( AJKT) konsisten menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

‘Yang patah tumbuh, yang hilang berganti’. Lazimnya setiap tahun akan tiba fasa pertukaran tampuk kepimpinan PERUBATAN di semua cawangan. Selari dengan keadaan semasa cawangan yang mengalami pengurangan bilangan ahli secara drastik, Lembaga Penasihat PERUBATAN telah bersidang dan memutuskan supaya kaedah pemilihan yang baru digunapakai oleh PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi menggantikan sistem pilihan raya.

Kaedah pemilihan yang baharu ini adalah selari dengan perlembagaan PERUBATAN  pada Fasal 20 Ceraian (d),

“Antara tugas-tugas ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”

Justeru, Lembaga Penasihat PERUBATAN telah mengeluarkan satu cadangan penyelesaian iaitu dengan menubuhkan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC)  bagi menggantikan sistem pilihanraya sedia ada. Ahli MMPC akan bermesyuarat bagi mencalonkan tampuk kepimpinan PCK pada masa akan datang.

Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) 2017/2018 sebagai wakil Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2017/2018

Sebagaimana yang diketahui umum, Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan akan bertindak sebagai jawatankuasa khas bagi memastikan proses pemilihan dalam keadaan bebas dan bersih serta berjalan lancar. Namun begitu, sejajar dengan penubuhan MMPC maka Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) bagi sesi 2017/2018 akan bertindak sebagai wakil kepada Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2017/2018.

Setelah perbincangan dibuat di peringkat Lembaga Penasihat Cawangan dan dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN, kami bersetuju untuk melantik saudara Syed Ismail Faruqi bin Syed Nor Zaim sebagai Pengarah dan saudari Nor Khalis Khalisah binti Mohd Yusoff sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2017/2018. Bagi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan pula, saudara Mohd Zulkhairi bin Sahlani dilantik sebagai Pengerusi dan akan dibantu oleh Timbalan Pengerusi, saudari Nurul Salsabila binti Mokhtar.

Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan serta Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) akan bergerak mengikut jalur masa yang telah disusun dan akan diselaraskan dengan pilihanraya PERUBATAN di cawangan lain. Oleh kerana PERUBATAN Cawangan Kaherah merupakan cawangan pertama yang menggunakan sistem baharu ini, besarlah hajat kami agar sebarang cadangan penambahbaikan diutarakan demi kemaslahatan bersama.

Sekian, terima kasih.

 

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
image001

Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip,
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018.

[KENYATAAN RASMI : AJKT Kekal PERUBATAN Cawangan Kaherah Sesi 2016/2017]

perubtn baruuuuu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah.

Bulan Disember bakal menjelang, seiring kemunculan Pilihanraya Cawangan (JPC) Kaherah 2015. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan PCK yang akan datang.

Maka, berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2016/2017 adalah seperti berikut :

 

 

pecal1) Muhamad Faisal Arief bin Mohd Suhaimi
(Tahun 5)

wan

2) Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin
(Tahun 4)

zateel

3) Zateel Fahada Bt Rusli
(Tahun 5)

atikah

4) Nurul Atikah Mohd Rafi
(Tahun 4)

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang. Ayuh bersama-sama kita meriahkan Pilihan Raya Cawangan kali ini. Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ala barakatillah

 

“Kita Keluarga PCK”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

jenol

Zainol Izzuddin bin Zulkifli
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2015/2016

noha

Noha Nabila binti Mohamad Akhir
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2015/2016

Kenyataan Rasmi : AJKT Kekal PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

 

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. yang telah menyampaikan risalah Islam sehingga kini kita masih tergolong dalam kalangan umatnya.

Bersempena bulan Disember yang bakal tiba seiring kemunculan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC), semua sedia maklum bahawa barisan pimpinan Perubatan Cawangan Kaherah (PCK) juga bakal bertukar wajah.

Maka, berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita  PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2015/2016 adalah seperti berikut :

aqil1) Mohammad Aqil B. Azman (Tahun 4)

shahrul2) Shahrul ‘Arif B. Shahrulazhar (tahun 3)

fatin nabila3) Fatin Nabila Bt Luqman (Tahun 5)

zateel4) Zateel Fahada Bt Rusli (Tahun 4)

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang. Ayuh bersama-sama kita meriahkan Pilihanraya Cawangan kali ini. Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ala barokatillah

“Kita Keluarga PCK”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

iqbal

 

 

 

 

 

 

 

Haniz Iqbal B Hazaidi
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

 

farah

 

 

 

 

 

 

 

Farah Hanin Bt Mohd Azmi
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

Kenyataan Rasmi: Pelantikan Pengarah & Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2014

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al Baqarah: 30)

Bersesuaian dengan ayat diatas, sudah ditakdirkan sejak awal penciptaan, manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah ( pemimpin ) di atas muka bumi ini. Justeru menjadi kewajipan kepada setiap umat manusia untuk memimpin. Ayat di atas ini dikukuhkan lagi dengan kata-kata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala yang bermaksud ,

“Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya.Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Selari konsep pemimpin dan kepimpinan menurut Islam, ahli akan dipilih bagi menerajui tampuk pimpinan PERUBATAN Cawangan Kaherah dan seterusnya menggantikan pimpinan yang lama melalui satu proses yang telus & adil .

Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2014/2015

Sebagaimana yang diketahui umum, barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan adalah dipilih oleh ahli PERUBATAN Cawangan tersebut yang berdaftar melalui satu proses pilihanraya. Barisan kepimpinan yang dilantik bertanggungjawab dalam membawa PERUBATAN selari dengan tujuan penubuhannya dan agenda tahunan.

Proses perlantikan ini akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC). Mereka bertanggungjawab memastikan proses pemilihan dalam keadaan bebas dan bersih serta berjalan dengan lancar. Hal ini bertepatan dengan Fasal 27 (1) (a) Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Barisan Penasihat PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015 dengan ini bersetuju untuk melantik saudara Hilmi Afandi Bin Aidi Roslan sebagai Pengarah & saudari Sumirah Sumiyyah Bt Ramli sebagai Timbalan Pengarah bagi Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan ( JPC ) bagi sesi 2014/2015.

Oleh itu, besarlah harapan saya untuk melihat pilihanraya kali ini mendapat sokongan padu daripada keseluruhan ahli dan seterusnya berharap agar keseluruhan proses pemilihan AJKT Cawangan berjalan dengan lancar daripada mula sehingga akhir. Justeru itu, marilah sama-sama kita bergandingan bahu bagi menghangatkan pilihanraya kali ini.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

afnan

 

 

 

 

 

 

Muhammad Afnan bin Fakhrurazi,
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 14/15

Kenyataan Rasmi JPC Sempena Kekosongan Jawatan AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah

logo perubatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk makluman semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah, rentetan daripada tawaran credit transfer yang telah dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini, terdapat seramai empat orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah membuat keputusan untuk menyambung pengajian mereka di IPT Malaysia. Maka, telah berlaku kekosongan bagi empat jawatan AJKT PCK bagi jawatan Timbalan Setiausaha (Nur Alysya Binti Musthafa), Ketua Biro Perumahan (Muhammad Aizat Bin Osman), Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (Mohamad Salehuddin Bin Md Saad) serta Timbalan Ketua Kebajikan (Nurul Atiqah Binti Mohd Azman).

Merujuk kepada Perkara 3 (b), Fasal 28, Bab Keempat, Perlembagaan PERUBATAN (November 2012):

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Berdasarkan Perkara 3 (b), Fasal 28, Bab Keempat, Perlembagaan PERUBATAN (November 2012) ini, kekosongan jawatan AJKT PERUBATAN Cawangan akan dipangku oleh AJKT yang lain sehinggalah ke satu tempoh tertentu yang kemudiannya akan ditentukan oleh JPC berdasarkan etika.

Oleh itu, setelah saya dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Kaherah pada 7 September 2013 yang lalu untuk menjadi Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Kaherah, maka pihak JPC Kaherah telah merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, etika gerak kerja PERUBATAN serta membuat penilaian terhadap situasi semasa PERUBATAN Cawangan Kaherah dalam mengendalikan urusan gerak kerja sepanjang tempoh pemangkuan empat jawatan tersebut bagi menentukan sama ada perlu atau tidak untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut.

Setelah meneliti semua aspek yang perlu dipertimbangkan, pihak JPC Kaherah dengan ini mengumumkan bahawa sebuah Pilihanraya Kecil (PRK) bagi pemilihan semula empat orang AJKT PCK adalah TIDAK PERLU untuk diadakan atas sebab-sebab yang berikut:

  1. Tempoh kepimpinan PCK yang berbaki hanya sekitar tiga bulan sahaja lagi: Taqwim PCK secara keseluruhan telahpun disusun oleh Panitia Perancang PCK dan tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) bagi PCK telah dijadualkan berlangsung pada bulan Februari 2014. Pihak JPC berpendapat bahawa AJKT PCK yang sedia ada dapat menggalas tanggungjawab masing-masing serta tanggungjawab bagi portfolio yang dipangku sehinggalah ke hari MTC. Pihak JPC juga mengambil kira ketidaksediaan AJKT yang baharu sekiranya terlantik bagi menggalas jawatan AJKT untuk jangka masa yang kritikal pada waktu ini.
  2. Tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCK yang sudah semakin hampir: Berikutan tarikh MTC yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2014 nanti, pihak JPC berpendapat bahawa fokus PCK buat masa ini sehinggalah ke tarikh MTC adalah untuk melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja yang berbaki serta mengimplementasi agenda pembawaan tahunan PCK yang telah disusun sejak awal sesi pentadbiran. Sekiranya PRK diadakan juga pada waktu ini yang sudahpun sampai ke suku terakhir sesi pentadbiran, dikhuatiri ia boleh merencatkan perjalanan taqwim PCK.
  3. Gerak kerja JPC bagi Pilihanraya PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2013/2014 akan bermula tidak lama lagi. Setelah pelantikan Pengarah & Timbalan Pengarah JPC Kaherah 2013 dibuat, gerak kerja telah pun dimulakan untuk menjayakan Pilihanraya PERUBATAN Cawangan Kaherah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Oleh itu, setelah mengambilkira pendapat AJKT PCK serta Ahli Lembaga Penasihat PCK, pihak JPC Kaherah telah bersetuju untuk memfokuskan gerak kerja pada waktu ini ke arah melaksanakan Pilihanraya PCK pada bulan Disember akan datang.

Sehubungan dengan itu, pihak JPC Kaherah telah memutuskan bahawa pemangkuan jawatan AJKT PCK berdasarkan Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi PCK, saudara Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi yang bertarikh 7 November 2013 akan berkuatkuasa sehingga ke tarikh MTC yang akan datang.

Justeru, besarlah harapan kami di peringkat JPC Kaherah agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah dapat memberikan sokongan penuh dan kerjasama yang padu kepada para AJKT PCK yang ada. Semoga keputusan yang telah dibuat ini akan diredhai oleh Allah dan dapat memberikan manfaat yang semaksimumkan mungkin kepada seluruh warga PERUBATAN.

Sekian, terima kasih.
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Berkat, Telus dan Cekap

jpc

Mohamad Azizul Bin Kamarudin,
Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Kaherah 2013

12