Archives for JAKSI - Page 6

JADUAL MUSYRIF BERTUGAS & ETIKA PERKHIDMATAN MUSYRIF

  • Diharapkan kepada mereka yang ditaklifkan sebagai musyrif dapat menjalalankan tugas dengan rasa tanggungjawab dan seikhlas hati.
  • Musyrif yang ditetapkan untuk bertugas adalah berdasarkan kawasan kediaman masing-masing bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak berkenaan.
  • Mana-mana akhawat yang ingin menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untukmenghubungi musyrif yang menetap berdekatan dengan ‘lokasi semasa’ masing-masing.
  • Harus diingatkan bahawa bilangan minimum untuk mendapatkan perkhidmatan musyrif ialah sebanyak 2 orang akhawat.
  • Para akhawat dinasihatkan untuk menghubungi musyrif yang bertugas dengan adab yang bersopan serta menjaga tatasusila komunikasi antara ikhwah dan akhawat.
  • Para akhawat diharapkan dapat membuat temujanji seawal mungkin dengan musyrif yang bertugas beserta maklumat perjalanan selengkapnya untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.
  • Musyrif Kecemasan hanya boleh dihubungi jika semua musyrif yang bertugas tidak dapat melaksanakan tugas atas sebab sebab  tertentu. Musyrif kecemasan juga akan hanya bertugas jika ada kes-kes kecemasan untuk menuju ke muhafazah lain (luar Kaherah) pada waktu malam. Permohonan musyrif kecemasan boleh dibuat melalui ketua musyrif kecemasan yang telah ditetapkan.
  • Para akhawat digalakkan untuk tidak berada di luar rumah selepas jam 12.00 a.m. kerana perkhidmatan musyrif berjadual ini akan berakhir pada jam 12.00 a.m. pada setiap hari (melainkan keadaan yang layak ditafsir sebagai darurat syariah).
  • Persetujuan pihak musyrif adalah bergantung kepada budi bicara masing-masing.
  • Para akhawat yang menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menanggung sebarang kos perjalanan (tambang) yang perlu dibelanjakan oleh musyrif.
  • Pihak musyrif dan para akhawat perlulah sentiasa menjaga adab masing-masing dan menjaga ikhtilat agar tidak mencemarkan nama baik Biro Kebajikan dan PERUBATAN.
  • Unit Keselamatan dan Musyrif JAKSI tidak akan bertanggungjawab keatas masalah yang berlaku kepada akhawat yang tidak menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh JAKSI PERUBATAN.
  • Sebarang aduan, kritikan dan cadangan yang dirasakan bernas boleh diajukan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah JAKSI Universiti Kaherah. Terima kasih dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada musyrif yang tersenarai untuk menjalankan amanah yang  telah diberikan Allah ini.
  • Jadual ini boleh dimuat turun di sini [wpdm_file id=4]

MOUNIRAH

Hari

Nama

No. Telefon

AHAD

Muhammad Aminuddin Bin Khalid

0111-4869256

Muhammad Amirul Afiq Bin Aman

0111-7324121

Ahmad Bin Abdul Rahim

0111-8477134

Md Afiq Bin Md Rahim

0115-3085875

 

ISNIN

Muhamad Hazimin Bin Ishak

0114-9685334

Muhammad Fikri Bin Ismail

0127-7556322

Ahmad Afiq Fadhli Bin Ramli

0111-9267378

Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip

0111-8869679

 

SELASA

Muhammad Ridzuan Bin Abu Bakar

0114-0646149

Mohammad Aqil Bin Azman

0111-8970565

Emir Haziq Bin Mohd Lela

0114-4396490

Ahmad Luqmaan Bin Baharudin

0112- 2477878

 

RABU

Muhammad Arif Imran Bin Zainal Rashid

0114-0303826

Mohammad Hilmi Bin Mohamad Nafiah

0111-0536984

Ahmad Iqmal Hisyam Bin Mohamad Sabri

0128-6911259

Mohamad Asyrul Naemi Bin Mohd Suri

0111-4872093

 

KHAMIS

Muhammad Farid Bin Ahmad

0111-5369259

Ahmad Azlan Bin Mohamad Amin

0114-6079511

Thalhah Al Khair Bin Ismail

0111-9264901

Muhammad Ikraam Bin Abdul Latif

0115-5991298

 

JUMAAT

Muhamad Firdaus Bin Rahim

0114-2941007

Muhammad Khalis Bin Abu Hussin

0114-4420487

Ahmad Syahid Bin Abu Safian

0114-2567371

Megat Hariz Bin Megat Mohamad Anuar

0112-2156553

 

SABTU

Muhammad Hasif Bin Kamaruddin

0115-2121679

Muhammad Basheer Bin Yahya

0114-6077241

Mohd Shafiq Bin Mohd Shamsuddin

0100-0325074

Mahmood Zuhdee Bin Sani

0111-0275941

SAYYEDA ZAINAB

Hari

Nama

No. Telefon

AHAD

Muhammad Syukri Bin Hasmer Sham

0115-9048374

Muhammad Amirul Izan Bin Aziz

0112-5524335

Muhammad Syafieq Bin Muhd Shukri

0114-7626457

Afiq Zharif Bin Hussin

0111-6058700

ISNIN

Uqbah Bin Zaidi

0115-8456457

Abdullah Fahmi Bin Rohime

0111-6051400

Muhammad Syiham Bin Rosli

0114-9645393

Afiq Zulhilmi Bin Zairudin

0111-6042500

SELASA

Nuruddin Azri Bin Zulkifli

0115-7764775

Zainol Izzudin Bin Zulkifli

0114-0424117

Adham Bin Junus

0111-6658186

Mohamad Hifzhan Arimi Bin Mohamad Hidzir

0111-6030311

RABU

Wan Nusairi Bin Wan Mohd Nasruddin

01157764776

Ahmad Shahir Bin Mohamed Nazri

0114-7626459

Muhammad Murshid Bin Abdul Halim

0111-6039121

Muhammad Hafiz Bin Nazri

0114-9616678

KHAMIS

Mohd Zulkhairi Bin Sahlani

01159048334

Mohamad Suaidi Bin Sazali

0111-4870643

Mohd Azri Bin Abdul Rahman

0114-1022385

Muhammad Anas Bin Mohammed Ayyub

0114-1013886

JUMAAT

Muhammad Habibullah Bin Isa

0115-6901887

Shahrul Arif Bin Shahrulazhar

0115-9035412

Muhammad Mu’izzudin Bin Azmi

0114-6797843

Mohammad Badri Bin Ahadin

0111-9268360

SABTU

Ahmad Adib Bin Zainuddin

0115-8499759

Izham Bin Rossli

011-59687638

Afifi Syamil Bin Abd Razak

0114-6797841

Ahmad Luqman Bin Ibrahim

0112-9636963

ABOU RISH

Hari

Nama

No. Telefon

AHAD

Muhammad Izzat Hafizi Bin Zaaba

0114-5835019

Aimatnuddin Husairi Bin Hussain

0114-7626435

Muhammad Munawir Bin Azman

0111-1041691

Wan Mohd Hasanuddin Bin Che Yusoff

0114-3931317

 

ISNIN

Muhammad Heiqal Bin Kamaludin

0127-0026269

Amir Fikri Bin Zulhilmi

0127-9844884

Wan Ahmad Fawwaz Bin Wan Fuad

0114-2440219

Muhammad Faris Bin Mohd Rusli

0114-1014285

 

SELASA

Muhammad Azmi Bin Omar

0114-5835260

Muhammad Ikram Bin Shahrom

0114-6793139

Ahmad Syafiq Bin Hasan

0111-5987616

Ammar Hamzah Bin Mohd Hanim

0114-7626455

 

RABU

Muhammad Akram Bin Ismael

0111-0279107

Mohd Faris Bin Mohd Noor

01145471583

Ahmad Tahir Bin Awang

0111-5616345

Nazrin Safuan Bin Nawang

0114-7626471

 

KHAMIS

Muhammad Hanafi Bin Salehuddin

0115-4973256

Muhammad Afiq Bin Kamaludin Latifi

0115-8137603

Amir Hamzah Bin Zulkefli

0111-9276581

Ahmad Zulfahmi Bin Sha’ari

0114-7626433

 

JUMAAT

Muhammad Syukri Bin Abd Rauf

0114-0302913

Muhamad Farhan Bin Raduan

0114-5471621

Ahmad Aizzuddin Bin Daud

0114-7626472

Muhammad Zubair Bin Mohd Zukeri

0111-6927574

 

SABTU

Che Mohd Syafiq Bin Che Zakaria

0111-7359430

Muhammad Hanif Imran Bin Muhammad ‘Ariff Fadhillah

0114-3005401

Mundzir Bin Zainudin

0111-0726222

Harsyafiq Razazwan Bin Abdul Haris

0111-3252986

ZENHOM

Hari

Nama

No. Telefon

AHAD

Ahmad Bukhari Bin Baharum

0112-9133602

Hilmi Afandi Bin Aidi Roslan

0111-5370878

 

ISNIN

Muhammad Husnaim Bin Che Rahim

0114-7626437

Mohammad Busyoiri Bin Norrodin

0111-3311210

 

SELASA

Afif Fahim Bin Dimyati

0114-6797860

Helmi Izwan Bin Abdul Kadir

0111-5616978

 

RABU

Zubair Bin Jamil

0114-7626429

Haniz Iqbal Bin Hazaidi

0111-9273516

 

KHAMIS

Shahrunizam Hidayat Bin Hishamuddin

0114-7626404

Khairul Adli Bin Idris

0111-9658743

 

JUMAAT

Muhamad Huzaifah Fadhil Bin Mohd Noor

0114-5471578

Muhamad Firdaus Bin Mohd Bahar

0114-7745837

 

SABTU

Muhamad Faris Bin Muhamad Asri

0112-4645888

Nur Muhammad Ammar Bin Mohd Razak

0111-8123263

MUSYRIF KECEMASAN

Bil.

Nama

No. Telefon

1.

Muhammad Haziq Bin Alias

0111-6947322

2.

Aimatnuddin Husairi Bin Hussain

0114-7626435

3.

Muhammad Amirul Izan Bin Aziz

0112-5524335

4.

Ahmad Faiz Bin Zaim

0111-9277274

5.

Ahmad Faiz Bin Zaib

0114-7626432

6.

Abdul Muiz Hassani Bin Mat Yaakob

0114-1016329

7.

Abul Akmal Arif Bin Anuar

0111-3679678

8.

Amir Asymunir Bin Mohamad

0127-8944435

9.

Mohd Zameer Shazwan Bin Zulkifli

0101-7328649

10.

Muhammad Zarif Bin Mat Yusoff

0114-4054012

CARTA ORGANISASI JAKSI KAHERAH

Pengarah

Aimatnuddin Husairi Bin Hussain | 0114 7626435

Timbalan Pengarah
Nur Amnina Bt Nordin | 0115 3690033

Setiausaha
Muhammad Arif Imran Bin Zainal Rashid | 0114 0303826
Aimi Syahirah Bt Serba Jalil | 0111 4960489

Unit Penerangan dan Penerbitan
Muhamad Asyraf Bin Abdul Rahim | 01115363706
Nurul Atikah Bt Mohd Rafi | 0115 9047137
Rabi’atul ‘Adawiyah Bt Ahmad | 01112274002

Unit Operasi
Ahmad Syafiq Bin Hasan | 0111 5987616
Uswatul Hasanah Bt Suhaimi | 0114 0810062

Unit Pengisian
Helmi Izwan Bin Abdul Kadir | 0111 5616978
Siti Zulaikha Bt Mohd Kamarudin | 0114 0069699

Unit Musyrif
Muhammad Amirul Izan Bin Aziz | 0112 5524335
Siti Sarah Bt Zakaria | 0112 2132343

[OPS 306] Masa Depan Mesir

Kaherah, 3 Julai – Teka-teki  masa depan Mesir sejurus tamat tempoh 48 jam yang diberikan oleh pihak tentera kepada rakyat  Mesir untuk mencari jalan pendamaian berakhir kelmarin. Pengumuman daripada Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir, Abdul Fattah As-Sisi ternyata telah menggegarkan seluruh bumi Mesir ini.

Antara isi kandungan pengumuman beliau ialah, pertama, perlembagaan digantung buat sementara waktu. Kedua, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Adly Mansour akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan. Ketiga, memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Golongan anti-Mursi telah menyambut berita ini dengan sorakan dan letupan bunga api di seluruh tempat terutamanya di kawasan Tahrir. Pada masa yang sama, liputan penyokong Dr. Muhammad Mursi di dataran Raba’ah dan dataran Nadhah telah diputuskan sejurus selepas pengunmuman tersebut. Antara stesen televisyen pro-kerajaan yang telah ditutup adalah An-Nas, Ar-Rahmah dan Misr 25. Namun begitu, Dr. Muhammad Mursi telah menyifatkan semua ini sebagai rampasan kuasa dan beliau menolak sepenuhnya pengumuman tersebut.

“Malang tidak berbau”. Oleh itu, dinasihatkan kepada seluruh ahli PERUBATAN untuk sentiasa peka dengan segala arahan yang diberikan oleh pihak kedutaan mahupun pimpinan PERUBATAN sendiri. Aspek keselematan diri juga harus dipertingkatkan memandangkan keadaan persekitaran yang tidak menentu.

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Sebarang laporan atau aduan, bolehlah menghubungi (hotline) :

1. Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi : 0114 762 6438 (Pengerusi PCK)

2. Nur Sabiha binti Zakaria : 0115 334 3288 (Timbalan Pengerusi PCK)

3. Aimatnuddin Husairi bin Hussain : 0114 762 6435 (Pengarah JAKSI PCK)

4. Nur Amnina binti Nordin : 0115 369 0033 (Timbalan Pengarah JAKSI PCK)

 

[JAKSI] Cantik Luaran Jelita Dalaman

Menyentuh soal aurat ini, ianya adalah satu topik yang sudah cukup ‘cliche’ dan maaruf dalam lingkungan komuniti mahasiswa sains kesihatan terutamanya di ardul kinanah Mesir ini.

Sebelum memanjangkan kata dalam berbicara soal aurat ini, umum difahami perbahasan dan sasaran perbincangan selalunya lebih menjurus kepada kaum hawa berbanding kaum adam.

Antara elemen terpenting yang membentuk diri seseorang itu adalah persekitaran yang positif dan kondusif. Alhamdulillah, percambahan kelas tafaqquh fid-deen telah menyumbang kepada penyebaran dan penyulaman fikrah islami yang tulen sehinggakan isu aurat ini dapat difahami dengan jelas serta dipraktikkan dengan sempurna.

Jika kita masih ingat ketika kita masih kecil di bangku sekolah, cerita sejarah tentang ustazah-ustazah dan graduan mahasiswi yang pulang dari Mesir berselendang lilit semata, malah ada yang tidak bertudung litup menampakkan rambut serta berpakaian sendat mencolok mata sering kedengaran bermain disisi cuping.

Namun cerita itu sudah lama lupus. Cerita yang sakan dituturkan sewaktu zaman atuk dan nenek kita.

Keadaan sekarang sudah mula berubah dimana graduan mahasiswi lepasan Mesir lah yang kebiasaannya dikaitkan dengan ikon muslimah mukminah profesional yang sempurna dari sudut penutupan aurat.Meskipun demikian, tidak dinafikan masih ada segelintir akhawat kita yang masih belum dapat menutup aurat dengan sempurna. Cuma bilangannya tidaklah terlalu meruncing. Harapan masih ada. Mereka masih boleh didekati serta didakwah dengan berhikmah oleh rakan-rakan sekeliling yang lebih faham dan prihatin.

Apapun, kita tinggalkan dahulu golongan minoriti itu dan lebih membulatkan fokus perbahasan pada golongan majoriti yang dikatakan sudah sempurna penutupan auratnya itu.

Adakah sudah betul-betul sempurna ‘Aku’ menutup aurat ?

Apakah ‘Aku’ sudah menjadi muslimah sejati?

Apakah dalaman ‘Aku’ secantik apa yang dizahirkan luaran ?

Persoalan pokoknya, apakah ciri-ciri wanita yang dikatakan jelita hati dan nuraninya?

1) Kecantikan Hati

Tiada perasaan riak, ujub dan takabbur. Hatinya bersih dari sebarang perasaan iri hati dan hasad dengki. Dia mengharapkan kejayaan dan kegembiraan orang lain dan tidak mengharapkan nikmat yang dirasai orang sekelilingnya hilang sekelip mata.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada diri iri hati ataupun tidak? Tanya diri sendiri, apakah dirimu senang meluahkan pujian dan tahniah kepada insan yang mendapat nikmat dariNya ? Andai sukar, ketahuilah bahawa mungkin hatimu itu punyai perasaan sedemikian.

Bagaimana:

Gantikanlah perasaan iri hati itu dengan bersyukur, kerana sahabatmu memperoleh nikmat yang tiada terhingga dariNya. Perbaiki diri, agar diri menjadi lebih baik, bukan mengharapkan hilangnya nikmat itu dari sahabatmu.

Jangan mencari kesalahan orang lain dan dalam apa-apa  permasalahan sekalipun, bermuhasabahlah terlebih dahulu. Mulakan dengan melihat kekurangan diri sebelum menuding jari ke kanan dan ke kiri.

2) Akhlaknya Solehah

Dia taat kepada Allah dan suruhanNya. Dia menutup aurat sebagaimana disarankan agama, berbuat baik kepada kedua ibu bapanya serta jiran tetangga, taat kepada suami dengan sepenuh hati. Tidak lupa juga  mendidik anak-anak sebaik mungkin serta yang paling penting sentiasa memperbaiki dan memperbanyakkan amal ibadahnya.

Bagaimana:

Memahami dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran serta menjadikan Allah sebagai tujuan utama.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim(

3) Lembut Hatinya

Dirinya mudah untuk meminta maaf apabila melakukan kesilapan dan mudah memaafkan insan lain yang melakukan kesilapan kepadanya. Egonya tidak setinggi langit dan dirinya mudah dibentuk mengikut acuan agama.Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang cukup tinggi dan mudah disayangi.

Bagaimana:

Maafkan segala kesilapan insan lain yang pernah melukakan hatimu setiap hari, yakni sebelum diri melelapkan mata untuk menghadapi hari esok, walaupun insan tersebut tidak pernah meminta maaf. Ringankanlah bibir untuk mengucapkan kata maaf kepada insan lain, kerana mungkin dirimu pernah melukai hatinya tanpa disedari, apatah lagi kalau dirimu jelas melukakan hatinya.

4) Sejuk Mata Memandang

Wanita sebegini sememangnya mendamaikan perasaan insan yang melihatnya dan pastinya dapat menenangkan hati si suami tatkala memandang.

Bagaimana:

Bersopan santun, sentiasalah memaniskan wajah dengan sentiasa tersenyum, menutup aurat dan juga menundukkan pandangan terhadap perkara yang tidak harus dipandangnya.

5) Penyayang

Hatinya penuh dengan kasih sayang kepada insan-insan dan makhluk ciptaan Tuhan di sekelilingnya.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, nescaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya,” (Muttafaq ‘alaih)

Bagaimana:

Suburkanlah perasaan berkasih sayang di dalam hati dengan keikhlasan yakni berkasih sayang kerana Allah. Jauh daripada mengharapkan balasan dan sebagainya. Buka hati dan minda untuk melihat kebaikan daripada melihat keburukan. Fokuslah kepada kebaikannya!

6) Lemah Lembut

Lemah lembut bicara dan tindak tanduknya. Lemah lembut ini tidaklah bermakna dirinya lemah atau mudah ditindas sewenang-wenang. Lemah lembut menjadi satu tarikan yang boleh menjadikan dirinya dihormati dan disayangi.

Bagaimana:

Tidak meninggikan suara melebihi dari yang seharusnya. Ucapkanlah kata-kata yang perlu dan bukannya bicara yang menyakitkan hati serta telinga. Fikir sebelum meluahkan kata-kata dan melakukan apa-apa sahaja tindakan. Lunakkan suara apabila berbicara, namun bukan pada lelaki yang mahram.

7) Penyabar

Dirinya tidak mudah mengikut nafsu amarah dan ego yang menjulang tinggi ke langit. Dirinya juga tidak mudah melenting apabila ditegur dan dimarah.

Bagaimana:

Tarik nafas sedalamnya apabila marah. Sekiranya waktu itu sedang berdiri maka duduklah. Sekiranya waktu itu sedang duduk maka berbaringlah. Dan andai perasaan marah itu juga tidak hilang, ambillah wuduk dan berzikir mengingatiNya. Andai marah datang kerana teguran, bermuhasabahlah. Kemungkinan teguran itu baik ketika anda tidak menyedarinya.

“Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring,” (Hadith Riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk, ”(Hadith Riwayat Ahmad & Abu Daud)
quotes about islam

8) Berkeyakinan Diri

Bicara dan gaya berjalannya penuh yakin. Dia juga meluahkan pendapatnya dengan yakin. Namun tidak bermakna dia menganggap pendapatnya benar belaka kerana pendapat yang diberi adalah untuk mencari kebenaran bukannya untuk sebuah kemenangan.

Bagaimana:

Menjadi diri sendiri yakni segala tindak tanduknya berasal dari hati dan jiwa yang ingin berubah ke arah kebaikan jauh sekali kerana terikut-ikut dengan orang lain. Apabila menjadi diri sendiri, keyakinan itu akan terserlah dengan sendirinya dan tidak dibayangi insan lain.

9) Bahasa Tubuh yang Baik

Wanita yang mempunyai bahasa tubuh yang baik ini biasanya mudah didekati dan mudah juga menawan hati yang melihatnya.

Bagaimana:

Ekspresikan pendapat dan perasaan anda melalui tubuh, namun jangan sampai melampaui batas dan berlebih-lebihan. Bahasa tubuh memudahkan penyampaian mesej untuk diterima dan difahami oleh si pendengar. Senyumlah ketika berbicara dan pada masa yang sama menjadi pendengar yang baik.

10) Bersemangat dan Bermotivasi

Hatinya selalu berkobar-kobar dan dipenuhi dengan perkara-perkara yang positif serta tidak mudah berputus asa. Bicaranya penuh semangat dan semangatnya itu mampu diserap kepada insan yang berada di sekelilingnya.

Bagaimana:

Fikirkan perkara-perkara positif dan buanglah segala perkara yang negatif. Selalu ingin memajukan diri serta berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari sebelumnya.

11) Mencintai Ilmu

Wanita sebegini mempunyai ilmu di dada dan juga mengamalkan apa yang diketahuinya. Dia dihormati dengan ilmu yang diketahuinya namun tidak mendabik dada malahan merasakan ilmunya tidak pernah cukup.

Bagaimana:

Perbanyakkan membaca. Isilah masa terluang dengan membaca dan berfikir. Catat apa yang dipelajari kedalam buku atau jurnal supaya dapat merujuk kembali andai terlupa apa yang telah diketahui.

12) Berprinsip

Berprinsip iaitu menjadikan agama sebagai sandaran dalam hidup. Berprinsip tidak bermakna kaku, namun dia menjadi fleksibel apabila perlu tetapi tetap tidak melampaui batas agama.

Bagaimana:

Terapkan apa yang diajar al-Quran dan sunnah ke dalam diri sebagai panduan harian. Berprinsip akan menyebabkan diri dihormati dan tidak diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

13) Cantik

Dia tahu apa yang cantik untuk dipakainya namun tidak melampaui batas sehingga bertabarruj. Syariat menutup aurat tetap  dijaga.

Bagaimana:

Ambil tahu perkembangan fesyen namun memilih apa yang baik dan tinggalkan apa yang buruk. Menjaga bentuk badan bukan sahaja sewaktu gadis bahkan selepas berumah tangga dan perlu diingat  kecantikan itu hanya boleh dilihat bagi yang berhak yakni suami. Jagalah kehalusan kulit dengan rawatan tertentu agar kulit cantik dan berseri.

Ketahuilah apabila kecantikan seseorang itu benar-benar akan terserlah apabila cantik peribadinya. Memiliki kecantikan luaran sahaja umpama kerang yang tidak berisi, digilap dibersih nampaklah kecantikannya namun tetap kosong. Memiliki kecantikan luaran dan dalaman umpama kerang yang berisi sebuah mutiara yang begitu indah menyebabkan dirinya begitu berharga serta dilihat sungguh indah. Apabila dimiliki, sukar untuk dilepaskan.

Sedarilah bahawa perempuan dan muslimah itu adalah dua wanita yang berbeza dan tidak sama. Muslimah itu semestinya seorang perempuan namun seorang perempuan itu tidak semestinya seorang muslimah.

Tiada beza antara bertudung labuh bulat, berpurdah atau bertudung segi tiga. Apa yang menjadi ukuran adalah tingkah laku, adab dan akhlak. Sekali aurat itu ditutup dan disimpan kemas, maka hati itu juga perlu di’niqab’ dari perkara-perkara yang dilarangNya.

Mungkin ada seribu lagi cara bagaimana untuk menjadi jelita dalaman dan luaran namun apa kata difokuskan dahulu perkara yang disenaraikan di atas.
Bermuhasabahlah sejenak. Andai sebelum ini masih belum mencapai tahap muslimah, berusahalah untuk menggapainya bermula hari ini juga! Carilah redha Allah, agar hati pun merasakan ketenangan yang terlalu membahagiakan jiwa – InshaAllah!

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”
(Hadis Riwayat Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

PANDUAN PENGGUNAAN KHIDMAT MUSYRIF

Sekadar peringatan untuk semua warga PERUBATAN Cawangan Kaherah, sehingga bermulanya sesi pembelajaran yang baru, Jadual Musyrif Sesi 2012/2013 masih digunakan. Oleh itu pihak JAKSI ingin mengingatkan kepada semua ahli terutamanya akhawat agar menggunakan khidmat musyrif jika ingin keluar malam meskipun ketika ini kita berada dalam musim peperiksaan.

Di sini disertakan pautan untuk muat turun Jadual Musyrif Sesi 2012/2013 :
http://www.mediafire.com/view/?ek8g2ddvz7bstlg

Ketua Unit Musyrif (Ketua Musyrif) :
Muhammad Amirul Izan bin Aziz – 0112 552 4335

Diingatkan sekali lagi kepada semua akhawat agar menggunakan khidmat musyrif apabila perlu keluar pada waktu malam. Kepada semua musyrif, sila berikan komitmen anda kepada tugas musyrif. Moga tidak berlaku lagi kes akhawat keluar malam tanpa musyrif dan kes musyrif tidak menjawab panggilan telefon pada hari bertugas

Diharap agar semua warga PERUBATAN Cawangan Kaherah dapat mengambil cakna akan isu-isu keselamatan yang berlaku mutahir ini serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil

“Haq Tertegak, Bi’ah Terpelihara”

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

Aimatnuddin Husairi bin Hussain – 0114 762 6435
Siti Rokiah binti Ishak – 0111 581 3604561812_450053961736389_1152271153_n