Archives for BERITA - Page 16

SEIZE THE CALM – Menyuntik Semangat Baru Kepada Ahli

Kaherah, 6 APRIL – Sebuah program Smart Circle (SC) Gabungan yang diberi nama Seize The Calm telah berlangsung di Markas PERUBATAN Abou Rish. Program ini merupakan anjuran Unit Mentor Council PERUBATAN. Program kali ini telah melibatkan kesemua ahli batch GEN11US dan topik yang disampaikan adalah berkaitan dengan Tazkiyyatun Nafs.

Markas telah dipenuhi dengan kehadiran akhawat GEN11US seawal jam 6.00 petang bagi melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah. Ikhwah pula mula hadir sekitar jam 6.45 petang. Majlis bermula kira-kira jam 7.10 malam dan telah dirasmikan oleh saudara Amir Syahid bin Ezani selaku ketua Unit Mentor Council PERUBATAN 2013/2014.

Dalam ucapan perasmian, beliau menerangkan bahawa program Seize The Calm ini merupakan penerusan program LIFE yang telah diberikan kepada ahli-ahli PERUBATAN sewaktu di tahun satu. Menurut beliau lagi, pemilihan topik Tazkiyyatun Nafs adalah sangat bertepatan memandangkan silibus SC bagi tahun dua adalah berkaitan pembentukan diri seorang daie. Penceramah yang dijemput pada kali ini juga merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam kalangan ahli PERUBATAN iaitu Ustaz Abdul Hadi bin Jusoh.

Pengisian yang berkisar tentang Tazkiyyatun Nafs telah disampaikan dalam satu pembentangan yang bertajuk “Shift Your Paradigm”. Ustaz telah menggunakan pendekatan yang santai dan dua hala diiringi muzik latar yang menenangkan jiwa bagi menarik perhatian hadirin. Pada akhir sesi pembentangan, satu sesi soal jawab telah dibuka.

” Buanglah minat yang tidak mendatangkan manfaat’, bait kata ini adalah antara kalam ustaz yang paling saya ingat”, begitu ulasan Noorul Shafiqah Baharom, salah seorang akhawat GEN11US, sewaktu ditanya mengenai dapatan beliau melalui program ini.

Majlis melabuhkan tirainya sekitar jam 9.40 malam. Rata-rata pelajar yang hadir pada malam itu dapat merasakan suntikan semangat baru bagi meneruskan perjuangan menjadi hamba Allah yang “Better than Best”. Terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi yang telah membantu untuk ‘recharge’ hati-hati kami serta tahniah diucapkan kepada pihak Mentor Council atas kejayaan program ini.

 

PEACE FOR SYRIA Semai Kesedaran Ahli

Kaherah, 6 April– Kempen PEACE FOR SYRIA yang diadakan bermula 23 Mac sehingga 31 Mac 2013 yang lalu telah mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa Universiti Kaherah.Bermula dengan Ceramah Perdana Permata Yang Hilang : Tribut Buat As Syahid yang disampaikan oleh  Ustaz Abdul Malik bin Abdul Karim, kutipan dana Syria dan kutipan barangan terpakai,semuanya menjadi bukti keprihatinan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Kaherah akan saudara-saudara Muslim yang sedang menderita di Syria.

Kutipan dana Syria yang dijalankan di setiap tahun pengajian selama seminggu telah berjaya mendapat hasil yang amat menggalakkan. Jumlah keseluruhan kutipan ialah  LE 13,637.10, USD2200 dan RM51.10. Bagi aktiviti kutipan barangan terpakai seperti pakaian, selimut dan kasut sememangnya memberansangkan. Mahasiswa dan mahasiswi tidak putus-putus datang ke Markas Abou Rish untuk menghantar barangan yang ingin disumbangkan kepada pelarian Syria di Mesir. Aktiviti yang diadakan dalam 2 sesi itu berjaya mengumpulkan barangan terpakai yang sangat banyak sehingga penuh salah satu bilik di Markas Abou Rish.

Alhamdulillah, pada 5 April bersamaan dengan hari Jumaat, PEACE PERUBATAN Cawangan Kaherah telah menyampaikan semua sumbangan yang diperolehi kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diberikan kepada rakyat Syria yang dalam kesusahan.

Jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kaherah yang telah memberi dan menyumbang sedikit daripada nikmat yang diperolehi untuk dikongsi dengan saudara kita di Syria. Mudah-mudahan segala sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka dan diterima di sisi Allah sebagai ibadat yang akan memudahkan urusan di dunia dan di akhirat kelak.

Duta Kecil 1 Malaysia Di Bumi Mesir

Kaherah, 4 April– Tahun ini merupakan kali ke- 5, Universiti Kaherah mengadakan Cairo University International Day Festival .  Pelbagai negara seperti Malaysia, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain telah menyertai acara yang gilang- gemilang ini. Festival ini  berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga jam 2.30 petang untuk aktiviti pameran. Kemudian, festival disambung pada jam 3.00 petang dengan acara persembahan di Cairo University Conference Center  dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Pelajar-pelajar  Malaysia di Universiti Kaherah juga tidak melepaskan peluang memperkenalkan kehebatan dan keistimewaan negara tercinta dengan membuka beberapa booth seperti booth pameran  dan booth buffet (booth makanan).  Ternyata pembukaan booth ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar-pelajar Mesir serta pelajar dari negara-negara lain.


Booth pameran Malaysia juga telah menerima kunjungan istimewa daripada Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Hussein Khairy serta diiringi oleh Naib Dekan Fakulti Perubatan , Prof. Dr. Amina Borhamy Al-Fadaly. Di samping itu,tidak lupa juga pegawai PPL JPA Kaherah, En. Zikril Azan Abdullah yang turut mengunjungi booth pelajar Malaysia.

Persembahan dari  negara Malayasia telah disertai oleh semua ikhwah Tahun 1 GeneXIIs. Mereka mempersembahkan silat, tarian gamelan dan tarian wau bulan.  Persembahan yang ditampilkan berjaya menarik hati penonton yang menyaksikan persembahan tersebut.

“Pada pandangan saya,festival seperti ini sangat bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar Malaysia bahkan juga kepada pelajar dari negara-negara lain. Sebagai duta kecil negara,festival seperti inilah yang menyediakan wacana kepada kita untuk mempamerkan dan memperkenalkan budaya negara kita di mata dunia,” kata Fathiyah Binti Mazlan, pelajar tahun 1 Universiti Kaherah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan telah  berusaha keras  menjayakan International Day Festival Cairo University.  Semoga usaha untuk memperkenalkan negara Malaysia tidak terhenti di sini sahaja tetapi harus diteruskan pada masa hadapan.

Hari Epilepsi, Hari Ungu

Kaherah, 26 Mac – Kempen Hari Epilepsi atau lebih dikenali sebagai Hari Ungu yang dilancarkan oleh Jabatan Akademik PERUBATAN kelmarin, disambut meriah oleh ahli.

Hari Ungu disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit epilepsi. Warna ungu yang merupakan warna bunga lavender, diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai warna rasmi bagi epilepsi. Bunga lavender sering dikaitkan dengan sifat bersendirian, menggambarkan perasaan kesepian orang yang terjejas oleh penyakit ini. Oleh itu, Hari Ungu bertujuan untuk memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan.

Pada hari ini, seluruh ahli PERUBATAN berdiri mengenakan pakaian serba ungu, menyatakan sokongan mereka. Selain itu, mereka juga berjaya menyampaikan  mesej kepada orang awam  tentang peningkatan kritikal penyakit ini di seluruh dunia, terutamanya di negara membangun.

Sebagai bukti kejayaan aktiviti ini, seorang  Professor Parasitology, Dr. Hanan baru sahaja mengetahui tentang pewartaan 26 Mac ialah Hari Epilepsi apabila melihat ramai pelajarnya yang memakai baju ungu. “Thank God I wear purple for today’s attire. I just know that today is Epilepsy Day,” ujar beliau.

Hari ini menjadi simbol, tanda cakna kita selaku mahasiswa perubatan kepada dunia. Jangan diremehkan pada warna pakaian. Simbolik baju ungu satu isyarat, 10 tahun akan akan datang, dunia akan berubah, hasil perubahan daripada mahasiswa prihatin seperti kita.

578066_444356552306130_1360166402_n

PEACE; Bukti Ahli Cakna Isu Ummah

Kaherah, 24 Mac – Majlis perasmian PERUBATAN for Peace and Care atau lebih dikenali sebagai PEACE telah berjaya dilancarkan di Markas PERUBATAN Abou Risy bersama Kempen Peace for Syria. Majlis ini telah dirasmikan oleh saudara Ahmad Faiz bin Zaib, Naib Pengerusi 1, PERUBATAN Cawangan Kaherah.

PERUBATAN For Peace and Care (PEACE) merupakan penjenamaan semula bagi AQSA PERUBATAN dengan bertemakan “Our Ummah, Our Concern”. Tujuan penjenamaan semula ini adalah untuk menjadikan PERUBATAN dan ahli PERUBATAN sendiri lebih cakna dalam membantu umat Islam yang ditindas bukan hanya di Palestin sahaja tetapi di negara-negara Islam yang lain.

Majlis turut diisi dengan solat hajat, solat taubat, bacaan tahlil serta ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim. “ Tunjang semangat mereka ialah Al-Quran. Sheikh Ahmad Yassin dapat mengkhatamkan Al-Quran walaupun beliau berada dalam penjara. Cuba tengok di mana diri kita dengan Al-Quran,” kata Ustaz Muhammad Abdul Malik ketika menyampaikan ceramah. Selain itu, ustaz turut menekankan bahawa rakyat Syria lebih memerlukan bantuan sekarang berbanding rakyat Palestin. Kutipan derma dan jualan amal Biro Ekonomi turut diadakan.

“Saya berharap PEACE dapat menyampaikan isu terkini umat Islam kepada semua ahli PERUBATAN dengan baik dan saya juga berharap semua ahli PERUBATAN sentiasa cakna dengan isu umat Islam dan bukannya beramal dengan sikap cakna yang bermusim,” kata Amanina Juazer Rizal, Timbalan Pengarah Pusat PEACE.

562129_444242548984197_989852031_n