Archives for ARTIKEL & KARYA - Page 5

Travelog Sepanyol Siri Satu: MARIPOSA

“Jadilah seorang pengembara, menjaring riwayat setiap jiwa yang mewarnai perjalananmu. Usah menjadi seorang pelancong, mengumpul ole-ole yang bakal berhabuk dalam putaran masa.”

10329309_292031500974521_5482051334740072627_n
Kembara kami, dua saudara, ke Sepanyol dan Maghribi pada musim panas lalu bukanlah perjalanan yang begitu direncanakan. Perancangan kami melibatkan tempoh seminggu untuk meneroka Sepanyol sementara seminggu lagi untuk daurah dan pengabdian di madrasah. Email balas yang sekian lama dinantikan daripada pihak madrasah diterima lewat. Lantas tiket dan visa semuanya diuruskan tergesa-gesa sejurus tamat peperiksaan. Sedangkan seorang menetap di Kaherah dan seorang lagi di Mansura, bertambah lelah diri menghadapi birokrasi. Namun tiap kesusahan pada permulaan kembara selalunya menambah hasil kemanisan perjalanan kelak.

Tanah Iberia dan Selisih Budaya

Hobi kami menjejak tinggalan sejarah di Kaherah dan minat kami kepada sejarah ketamadunan Islam membuatkan kembara ke Reino de España yang terletak dalam semenanjung Iberia ini sebagai jejak sejarah yang mengujakan. Ibarat menyusun serpihan-serpihan jigsaw puzzle sebuah ketamadunan. Fokus utama kembara ini sudah tentunya Selatan Sepanyol yang terkenal dengan tinggalan Islam, namun terasa molek sekali kembara kami dimulakan dengan Madrid, melihat seni bina tamadun Barat sebagai satu perbandingan. Dengan sumber kewangan kami yang sangat terhad, kami menumpang rumah teman backpackers di setiap bandar yang dilewati. Bahkan pengangkutan daripada bandar ke bandar juga kami tetapkan dengan warga setempat. Dengan kemajuan laman sosial masa kini, gerak kembara mudah sahaja diatur.

Cibeles-Fountain-and-Palace,-Madrid,-Spain

Terik panas mentari Ramadan bagai tidak bersimpati dengan kehadiran kami. Jalan-jalan Madrid yang dipenuhi warga urban di kaki lima sedikit pun tidak terkesan dengan kehadiran wajah asing. Langkah kami dipercepatkan, masih banyak monumen yang belum dilewati. Kami berhenti seketika di hadapan Museo Thyssen-Boremisza. Bukan teruja dengan muzium tersebut, sebaliknya tertarik dengan seorang aktivis wanita yang sedang mengadakan jualan amal. Barangkali umurnya sudah terlalu tua, tetapi masih semangat beraktivis untuk anak-anak kurang upaya. Melihatkan harga tiket masuk untuk mencuci mata menonton hasil seni dalam muzium tersebut, aku membandingkan faedahnya dengan jumlah wang yang sama diberikan kepada aktivis tersebut.

Madrid, sepertimana ibu kota negara Eropah lain dipenuhi muzium dan galeri seni yang mengagumkan. Malangnya kami yang kurang menghargai seni lukis Barat lebih banyak menghabiskan masa mengagumi seni bina bangunan. Apatah lagi terasa kekok menghabiskan masa di bulan Ramadan menonton karya-karya seni yang jelas memuja kebeliaan, ibarat tubuh muda lela itu adalah seni terindah. Sewaktu di Plaza de Cibeles, berkerut-kerut wajah kami cuba mentafsir setiap arca seni dan audio-visual yang dipamerkan. Barangkali fine art itu terlalu halus, hingga mata kasar kami tidak dapat mencerna maknanya. Tapi kami terdiam kagum pabila menatap hasil seni Angelica Dass, yang mengumpul ratusan gambar manusia dan membandingkan tona kulit manusia melalui sistem warna Pantone. Melalui karyanya beliau membuktikan bahawa setiap manusia mempunyai tona yang berbeza sekalipun bangsa yang sama. Uniknya, dalam gambar ratusan manusia itu seorang gadis cantik bertudung litup mengekalkan identiti Muslimnya.

Angelica-Dass-Humanae

Di Madrid kami menginap di rumah Patricia, seorang gadis daripada Peru yang bekerja sebagai juruteknik komputer bersama seorang lagi tetamunya, Chris. Sewaktu berbuka puasa, kami dibawa ke restoran Tapas dan antara kelaziman orang Sepanyol ialah menikmati beer sejuk di samping Tapas. Namun mereka sangat memahami status kami sebagai Muslim. Masing-masing mempelajari tentang perbezaan budaya dan agama.  Patricia menceritakan sewaktu di Peru dahulu dia jarang sekali menikmati minuman keras tapi di sini, semua pertemuan sosial melibatkan ‘acara minum’.

Sementara Chris, seorang ahli perniagaan daripada Czech Republic begitu teruja sekali menceritakan pengalamannya ke Brazil dan fokus setiap kisah kembaranya ialah parti. Perancangannya kali ini adalah untuk menyertai encierro atau bull run di Pamponoma yang diadakan sempena festival Saint Fermin. Menonton di kaca televisyen sahaja sudah menggerunkan apatah lagi jika turun padang sendiri. Banyak perayaan Kristian yang dicampur-adukkan dengan kebudayaan luar bahkan amalan pagan, seperti karakter Santa Claus yang sudah sinonim dengan Hari Krismas, atau dalam kes ini, perayaan memperingati seorang figur Kristian yang dibunuh mempertahankan agamanya tetapi disinonimkan dengan encierro. Selalu sahaja fesival Saint Fermin dicemarkan dengan deretan kes kecederaan dan kecelakaan yang sengaja diundang dengan encierro, bahkan badan NGO haiwan seperti PETA sering kali mengkritik budaya bull run di Sepanyol.

san_fermin_bull_run_02

Sebelum pulang, kami singgah ke Museo de Jamo yang secara literalnya bermakna Muzium Khinzir.  Tempat makan tersebut seperti restoran sushi, menyediakan kepelbagaian menu tapi melibatkan ham dengan harga yang murah. Melihat bahagian peha khinzir yang digantung memenuhi restoran itu mengingatkan aku kepada zaman Inquisition, di mana setiap rumah harus menggantung peha khinzir untuk membuktikan mereka bukan Muslim. Malah, hingga ke hari ini hampir setiap rumah di Sepanyol menyimpan peha khinzir salai yang sebesar raket badminton itu.

Sewaktu melawat Plaza Mayor, kami membayangkan kekejaman proses Inquisition setelah Reconquista berlaku. Yahudi, Muslim dan Protestan yang memeluk Katolik disoal siasat untuk membuktikan fahaman akidah mereka. Hukuman auto-da-fé yang paling kejam melibatkan pembakaran manusia secara hidup, selain penyiksaan, dan hukuman salib. Aneh sekali bagaimana Paus dan pihak gereja yang sepatutnya suci daripada menumpahkan darah manusia dapat meluluskan petisyen Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella I untuk menjalankan Inquisiton. Semuanya atas dasar mengekalkan keortodoksan Gereja Katolik. Akhirnya kebanyakan Muslim dan Yahudi dihalau keluar daripada tanah Iberia. Ironinya, Jesus dalam fahaman Kristian disiksa dan disalib oleh autoriti agama Bani Israel pada zamannya dan Inquisition bagaikan satu replika perbuatan serupa terhadap mereka yang berlainan agama.

SAM_0601

Sedangkan dalam khilafah Islamiah, sistem millet (kehakiman autonomi untuk agama lain) menyaksikan pertumbuhan diversiti Kristian yang lebih memberangsangkan berbanding kewujudan diktatorial satu aliran Kristian sahaja di bawah pemerintahan Katolik atau Byzantine. Namun begitu, menghapuskan Muslim dan Yahudi daripada Sepanyol tidak menjamin keabadian Kristian di sini. Menurut Patricia, dia jarang sekali menemui warga Sepanyol yang masih mempercayai Kristianiti berbeza dengan penganut Kristian yang teguh di tanah kelahirannya di Amerika Latin. Mereka hanya membawa nama Kristian sebagai tradisi. Sepertimana negara-negara lain di Eropah, perayaan keagamaan hanya tinggal nama sedangkan cara sambutannya telah lama disekularkan dengan pelbagai kebudayaan yang tidak kudus.

Dari Madrid kami menuju ke Seville. Di kawasan perumahan di pinggir Seville, kami menumpang sebuah rumah dengan dua orang gadis daripada German. Saat mentari mula terbenam, hos kami, Jose membawa kami bersiar ke sekeliling bandar menghadap deru angin panas bawah langit malam.

“Lihat, ada nightclub yang baru dibuka,” Ucap Jose teruja, seperti mahu mengajak kami.

“Orang Muslim tak boleh ke nightclub,” ujar Maria pantas.

“Oh, kerana bulan Ramadan atau memang tidak boleh berseronok sepanjang tahun?” tanya Jose kehairanan.

“Sepanjang tahun tak boleh,” balas Maria lagi sebelum sempat kami menjelaskan. Mereka semua terdiam. Barangkali sedang bersimpati dengan ketidakbolehan kami ‘berseronok’ sepanjang tahun.

Dan sewaktu Jose menghidupkan enjin  kereta, aku dapat merasakan kekecewaannya tidak dapat berpesta.

“Kenapa awak tahu banyak tentang Islam?” tanya abangku kepada Maria.

“Oh, emak saya seorang Muslim daripada Kazashtan,” giliran kami pula terdiam. Sepanjang perjalanan pulang, kami bertanyakan latar belakang keluarga Maria. Memang benar negara-negara Islam di Eropah Timur sudah terlalu terasing daripada amalan hidup Islami. Mendung kejahilan setelah zaman penjajahan masih belum berlalu pergi.

Andalus yang Hilang

Di Seville, kami melawat Plaza de Espana, yang dibina sempena ekspo Iberia-Amerika pada tahun 1929. Seni bina yang sangat mengagumkan membuatkan plaza tersebut menjadi tempat lokasi fotografi yang wajib dikunjungi. Namun fokus di Seville tentulah pada monumen yang menyaksikan seni bina Islam dan Kristian saling bersulam antara satu sama lain. Kami begitu terpanggil mendaki tangga La Giralda, menara loceng Katedral Sevilla yang dahulunya merupakan menara masjid. Terpampang jelas ukiran dan pengaruh Muslim Andalusia pada menara tersebut, hanya sahaja bahagian loceng diletakkan di atas.  Alcazar of Seville, istana diraja Muslim yang kemudiannya digunakan oleh pemerintah Katolik juga menyaksikan campuran serupa. Melihat seni ukir halus yang begitu mempersonakan membuatkan kami tertanya apatah pula perasaannya nanti melihat Alhambra di Granada yang jauh lebih cantik daripada ini.

Hos kami di Cordoba pula, Jorge, mempunyai minat yang mendalam kepada kesenian dan budaya Islam. Jorge masih merangkak mempelajari huruf Arab daripada internet dan saat ditunjukkan al-Quran kepadanya, dia teruja sendiri melihatkan cantuman huruf-huruf Arab membentuk perkataan. Barangkali keindahan seni bina Islam pada bandar yang didudukinya itu membuatkannya tertarik.  Cordoba dahulunya merupakan ibu negara Andalusia dan pada zaman keemasannya melahirkan ramai para ilmuan, falsafah, ahli perubatan dan ahli teologi yang terus disebut hingga ke hari ini. Mezquita–catedral de Córdoba, masjid yang telah diubah kepada katedral setelah Reconquista menyaksikan pelbagai arca figur-figur Kristian memenuhi ruang masjid, hanya mihrab masih dipelihara. Namun kaligrafi emas yang mempersonakan pada mihrab tersebut membuatkan lebih banyak mata tertumpu padanya berbanding arca-arca lain.

SAM_0828

Menyusuri lorong-lorong kecil di Cordoba, dengan sentimen romantisnya membuatkan aku terasa bagai rentak lagu Por Una Cabeza sedang melatari perjalanan. Pohon oren yang tumbuh liar menghiasi lorong-lorong kecil Cordoba memberi bau yang menyamankan. Cordoba mengingatkan kami pada padanan cebisan sejarah di Old Cairo. Sewaktu kerajaan Syiah Fatimiah sedang membangunkan Kaherah, kerajaan Umayyad sedang membangunkan ketamadunan Muslim Sepanyol di tanah Andalusia ini.

Antara ilmuan silam yang tumbuh mekar daripada halaman Cordoba ialah dua orang ilmuan Aristatolian Muslim dan Yahudi, Ibn Rush (Averroes) dan Maimonides. Sewaktu melewati Jewish Quarter, kami menemui tugu Mosheh ben Maimon atau Musa ibnu Maimon, yang popular dikenali sebagai Maimonides atau Rambam. Beliau merupakan seorang ahli falsafah dan ahli teologi yang begitu disanjung tinggi sebagaimana Al-Ghazali disanjung di dunia Islam.  Beliau berjaya mengabungkan wahyu dan akal menggunakan falsafah Aristotle dalam memahami Taurat dan magnum opus beliau masih digunapakai masyarakat Yahudi hari ini. Maimonides menulis di dalam Judeo-Arabic, iaitu bahasa Arab yang ditulis dengan huruf Hebrew dan hanya satu karyanya yang ditulis dalam bahasa Hebrew.  Bahkan tatabahasa Hebrew dikembangkan di Andalusia kesan daripada percambahan ilmu nahu Arab.

img_2183_tonemapped

Maimonides yang hidup pada zaman Islam yang toleran kemudiannya terpaksa meninggalkan Andalusia setelah naiknya khilafah Almohad yang menghapuskan status Dhimmi. Lantas beliau berhijrah ke Fustat, Kaherah sewaktu penghujung zaman Syiah Fatimiyah. Syiah Fatimiyyah sewaktu itu memperlawa kemasukan kerajaan Ayyubiyah untuk membantu mereka mempertahankan Kaherah daripada tentera salib. Namun, Salahuddin al-Ayyubi melalui kebijaksanaan gerak politiknya dapat menjatuhkan kerajaan Syiah Fatimiyah dan seterusnya meletakkan asas khilafah Ayyubiyah di Mesir. Maimonides akhirnya berkhidmat sebagai salah seorang tabib diraja di Istana Salahuddin.

Hakikatnya, sejarah telah lama menyaksikan integrasi Muslim dan Yahudi dalam khilafah Islamiah. Bahkan ilmuan Yahudi yang asalnya berpusat ke Baghdad berhijrah pula ke Barcelona dan Cordoba mencari iklim intelektual yang memberansangkan di bawah khilafah di Sepanyol. Komuniti Yahudi lebih disenangi berbanding Kristian pada zaman Khilafah kerana tiadanya bentuk ancaman luar atau kuasa Yahudi luar seperti negara Israel masa kini. Sementara Kristian dengan kemaraan ideologi perang salib pada kurun ke-11 membentuk ancaman dalaman yang menggugahkan. Bahkan Jewish quarter di Cordoba terletak berdekatan dengan masjid yang menjadi pusat bandar berbanding segregasi Jewish quarter dalam ketamadunan Eropah yang terletak jauh terasing daripada Kristian. Dan sebetulnya sentimen anti-semitik dalam dunia Islam hanya wujud setelah dibawa masuk daripada Eropah dan kebangkitan ideologi Zionis kemudiannya menuang minyak pada api yang baru menyala. Sementara malapnya ideologi perang salib dalam benak orang-orang Kristian menyuramkan ketidaksenangan Muslim kepada Kristian.

Sedangkan orang-orang Yahudi membantu kemasukan tentera Islam ke Sepanyol setelah lama tersiksa di bawah pemerintahan Visigoth. Pada tahun 711, tentera Berber daripada Afrika Utara di bawah khilafah Umayyad yang berpusat di Damsyiq memasuki Sepanyol dan meletakkan dasar untuk budaya Iberia-Islami yang berlangsung selama 700 tahun.

Manakala Gibraltar yang terletak di selatan Sepanyol sebenarnya membawa maksud Jabal Tariq, sempena nama Tariq ibn Ziyad yang membawa panji Islam ke Sepanyol, mengalahkan Visigoth daripada German yang sebelumnya menjatuhkan tamadun Rom di situ. Kebanyakan populasi masyarakat Iberia ketika itu menerima kedatangan Arab dan Berber dengan hati terbuka kerana penindasan yang mereka hadapi pada zaman Visigoth. Tidak jauh bezanya dengan sejarah pembukaan Mesir oleh Amru Al-As yang diterima dengan hati terbuka oleh Kristian Koptik yang telah lama ditindas di bawah pemerintahan Rom.

Seterusnya kami menziarahi Medina Azahara, bandar megah yang kini hanya tinggal sisa arkeologi. Antara tinggalan Andalusia yang menjadi saksi konflik dalaman kaum Muslimin Andalusia pada kurun ke-11. Medina Azahra tidak dihancurkan oleh kuasa Kristian sebaliknya menjadi punah lesu dihimpit perang saudara.

Aku berhenti di al-Zahra, dalam tangis dan renungan.
Kuteriak di tengah tinggalan hancur,
“Oh, Zahra –kataku-, kembalilah seperti sedia kala!”
Terus ia membalas “Mampukah yang mati itu kembali?”
~Al-Sumaysir Al Andalus


SAM_0858

Madha Morisco

Malam sebelum bertolak ke Granada, kami singgah di Beit el-Arabi atau Case Arabe sempena acara Les noches de Ramadan (Malam Ramadan). Padahal sebelum bertolak ke Sepanyol, ada juga memasang harapan agar dipertemukan dengan Ensemble al-Firdaus yang begitu terkenal dengan qasidah irama Andalus mereka. Tambahan pula mereka sering membuat persembahan di madrasah. Tapi ternyata pertemuan yang diharapkan itu dipercepatkan lagi di Case Arabe, Cordoba. Kami tenggelam dalam lirik qasidah dan rentak musik yang mengasyikkan.

“Duhai penghulu para rasul,
duhai sandaranku,
engkaulah pintu ke jalan Allah.
Wahai Rasulullah
pimpinlah tanganku!”
~Qasidah Ya Imama Rusli,
Al Imam ‘Abdullah Bin Alwi al-Haddad

10444526_10154495104600254_4752359006205100409_n

Para hadirin yang hampir kesemuanya bukan Muslim itu teruja dan asyik sekali dengan qasidah-qasidah yang dinyanyikan. Jorge yang begitu meminati tona dan nuansa kalimah Arab begitu terhibur sekali, acap kali dia bertanyakan kepada kami maksud qasidah-qasidah yang dinyanyikan. Ah Jorge, bagaima mampu kami jelaskan yang mengindahkan qasidah itu bukanlah sekadar alunan musik dan suara, tapi kerana pujian kepada Rasul Yang Terpuji itu. Ibarat kata pujangga, ‘Aku tidak menghiasi Muhammad dengan kalamku, tetapi kalamku telah dihiasi oleh Muhammad.’

Antara qasidah lain yang dialunkan ialah Qasidah Madha Morisco. Berdasarkan manuskrip qasidah yang ditemui di siling sebuah rumah lama di sebuah kampung di Sepanyol pada tahun 1884 sewaktu kerja-kerja pemulihan. Manuskrip tersebut ditulis pada kurun ke-17 dalam Aljamiado, bahasa Muslim Sepanyol. Perkataan Aljamiado diambil daripada perkataan ‘Ajam’ yang bermaksud bukan Arab. Aljamiado merupakan penggunaan huruf Arab dalam menulis tulisan-tulisan Roman termasuklah bahasa Sepanyol. Manuskrip tersebut dipercayai disembuyikan oleh pemilik rumah tersebut sebelum dipaksa keluar sewaktu pengusiran terakhir Moriscos daripada Sepanyol.

Oh Tuhanku titipkanlah salam kepada Muhammad
Tingkatkanlah kecintaan kami kepadanya
Dan bangkitkanlah kami dalam kalangan pengikutnya
Di bawah panji Muhammad
~Madha Morisco

Jari Yousef Mezghildi yang cermat memetik qanoun memulai rentak qasidah, dan gersik bunyi cello Salma Vives melatari suara Sidi Ali Keeler yang memenuhi ruang. Sesekali Sidi Ali Keeler memainkan violinnya sementara Omar Benlamlih tekun memukul bendir.  Aku merasa terharu sendiri, seolah menyaksikan penghidupan kembali ruh orang Morisco yang dahulunya menghuni Cordoba. Perasaan nostalgia dan kerinduan bagai terpancar daripada rentak qasidah tersebut. Entah apa perasaan orang-orang Morisco yang dihalau keluar selepas Reconquista, kerana kebanyakan mereka bukanlah Arab atau Berber, tetapi warga tempatan Sepanyol sendiri yang telah memeluk Islam sejak generasi lamanya, yang darah mereka darah yang sama mengalir dalam keluarga diraja Katolik itu.

Sang Rerama

Esoknya kami mengucapkan selamat tinggal kepada Jorge, dan menumpang kereta seorang warga tempatan, Manolol, seorang penuntut pasca ijazah dalam agrikultur. Sepanjang perjalanan tersebut, mulutnya tidak berhenti menceritakan tentang tanaman di Sepanyol, kemudian ekonomi dan budaya orang-orang Sepanyol.

“Selalu disebut orang Sepanyol ini hanya rupa sahaja Eropah, tapi semangatnya seperti orang Afrika,” katanya.

“Maksudnya?”

“Orang-orang Sepanyol tidak berjiwa kompetitif seperti orang Eropah, mereka lebih berjiwa santai,” jelasnya.

Aku mengiyakan dalam hati. Budaya siesta atau tidur siang pada musim panas (hingga waktu operasi kerja juga terkesan) serta kesukaan mereka kepada pesta tak jauh beza daripada budaya Mesir yang  paginya pabila matahari telah tegak di atas kepala, dan bingit parti malam hari selalu melatari tiap tempat popular.

Dia terus menerus bercerita tentang inflasi dan efek terhadap pertanian di Sepanyol dengan abangku. Aku diam, diselebungi kecetekan pengetahuan tentang ekonomi. Kemudian ceritanya beralih kepada pengalaman erasmus (student exchange) ke Peru. Walaupun teruja ingin mendengarkan kisahnya, perasaan mengantuk kemudian menghurung datang. Kelam.

6993198-butterfly-photography
‘Mariposa, Mariposa
Tu que vas de rosa en rosa
Dime Mariposa
Porque eres tan Hermosa?’

‘Rama-rama, Rama-rama
Yang hinggap daripada bunga ke bunga
Khabarkan padaku rama-rama
Mengapa dikau begitu cantik?’

Patricia.  Sebelum mengucapkan selamat tinggal, dia mengajarkanku puisi kanak-kanak yang masyhur di Sepanyol. Apabila aku tanyakan kepadanya mengapa puisi itu yang dikongsinya kepadaku, lantas dia menjawab;

“Aku selalu menganggap diriku seperti rama-rama, yang hinggap dari bunga ke bunga. Bukankah itu seperti sang pengembara?” katanya tersenyum.

Aku membalas senyumannya, lantas memeluknya erat.

Dan puisi Mariposa itu kuulang berkali-kali padanya dengan bahagia.

Saat kereta Manolol meluncur laju dalam lebuh raya yang dilatari dataran hijau dipenuhi bunga matahari, tamsilan Patricia itu bermain dalam lenaku. Ibarat dua ekor mariposa yang dahagakan nektar spiritual, mencari dan terus mencari dalam perjalanan yang panjang. Jasad yang telah lama terpisah daripada halaqah ilmu dan zikir pada bulan Ramadan itu bagai bertambah rindu menantikan saat sampai ke madrasah, tujuan asal kembara ini.

Ummu Helma Hassan merupakan mahasiswi tahun 5 fakulti perubatan Universiti Kaherah. Musim panas yang lalu, beliau menyertai daurah dan mengabdikan diri selama seminggu di madrasah Alqueria de Rosales, Spain beserta menziarahi zawiyah di Maghribi kemudian menunaikan haji, dalam jejak kembara panjang ditemani kekandanya.

Penulisan karya kreatif ini ditulis bersempena memperingati kejatuhan kerajaan Islam Andalusia 523 tahun yang lalu.  Sebelum Subuh pada 1 Januari 1492, tentera Castilia memasuki Istana Alhambra, menurunkan bendera Granada -negeri al Andalus yang terakhir bertahan- dan menggantikannya dengan bendera monarki Katolik. 

Cheapest Gateway to Europe From Egypt : Di Mana Mulanya?

Mahu melancong tapi tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya? Mahu melancong dan dalam masa yang sama tidak mahu berbelanja besar?

Saya akan cuba kongsikan sedikit sebanyak berkaitan pengalaman saya merancang, melaksanakan dan menyempurnakan sesebuah trip backpacking saya. Kesemua langkah-langkah ini saya simpulkan berdasarkan pengalaman saya dan dan rakan-rakan. Mungkin ia berbeza dengan pengalaman orang lain.

Berikut saya senaraikan langkah-langkah dalam merancang sebuah trip backpacking.

Langkah 1: Tentukan satu “Point of Entry” di benua Eropah

Maksud “Point of Entry” di sini ialah tentukan sebuah negara Eropah yang mana berperanan sebagai pintu masuk dan pintu keluar anda ke sana. Antara perkara yang perlu anda ambil kira untuk memilih negara “Point of Entry” ini adalah seperti :

  • Bandar/destinasi yang masyhur dalam senarai promosi tambang murah tiket penerbangan dari Mesir seperti London (UK), Brussel (Belgium), Milan (Italy) dan Geneva (Switzerland). Perlu diingatkan di sini bahawa segala “Point of Entry” ini berdasarkan penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Hurgada dan Sharm El Sheikh. Penerbangan dari Kaherah tidak termasuk dalam senarai tambang murah.
Syarikat penerbangan apa yang menawarkan penerbangan ke Eropah?

Antara penerbangan tambang murah yang berpengkalan di Hurgada dan Sharm El-Sheikh :

Perlepasan Ketibaan Jenis Kapal Terbang Laman Rasmi
Sharm El-Sheikh Milan EasyJet http://www.easyjet.com/en/
Sharm El-Sheikh London EasyJet http://www.easyjet.com/en/
Sharm El-Sheikh Brussel JetAir https://www.jetairfly.com/en
Sharm El-Sheikh London Monarch http://www.monarch.co.uk/
Hurgada Geneva EasyJet http://www.easyjet.com/en/

 

*Antara kelebihan tips ini adalah anda boleh menggunakan negara yang berbeza sebagai pintu masuk dan pintu keluar. Sebagai contoh, perjalanan dari Sharm El-Sheikh ke London dan balik menggunakan laluan Brussel ke Sharm El-Sheikh atau Geneva ke Hurgadha.

10930158_864805346873310_1610163197528588516_n

*Anda perlu benar-benar arif dengan peta Eropah sebelum memulakan trip backpacking

 

Langkah 2: Membuat tempahan tiket penerbangan pergi-balik ke “Point of Entry”

Bagaimana mendapatkan tiket penerbangan yang murah?

Saya rasa ramai yang tahu tentang kewujudan aplikasi-aplikasi seperti Skyscanner, Kayak, Wego dan sebagainya. Namun kadangkala saya lebih suka menggunakan aplikasi seperti di bawah :

1) http://www.momondo.com/

2) http://www.travelstart.com.eg/

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang saya nyatakan di atas, ada satu cara lagi untuk selalu mengemas kini dengan promosi-promosi harga tiket yang murah. Caranya ialah anda perlulah rajin mendaftar dan melanggan dengan syarikat-syarikat penerbangan utama yang ada menyediakan laluan penerbangan ke Eropah. Dengan cara ini, anda akan selalu memperolehi maklumat lebih cepat berkaitan promosi-promosi harga tiket yang murah.

Antara perkara yang paling penting untuk membeli tiket adalah anda perlu ada kad debit atau kredit

kerana tiket-tiket ini tidak dijual oleh mana-mana agen dan anda akan beli sendiri secara atas talian. Jadi, marilah kita beramai-ramai menggunakan kad debit!

 

Berapa harga tiket ke Eropah yang dikatakan sebagai murah?

Terserah kepada anda untuk menilai harga tiket yang dikatakan sebagai murah tetapi di sini saya ingin berkongsi harga tiket penerbangan berdasarkan pengalaman-pengalaman saya sendiri.

1) Pada Oktober 2012 (cuti raya haji), saya telah ke Turki menaiki Turkish Airlines dari Sharm El-Sheikh ke Istanbul Atarturk dengan tiket pergi balik yang hanya berharga 100 Euro.

2) Pada 28 Januari 2014, Point of Entry saya adalah Milan Malpensa dari Sharm El-Sheikh menaiki EasyJet dengan tiket berharga 35 Euro manakala tiket dari Milan ke Sharm El-Sheikh dengan tiket berharga 25 Euro. Murah kan?

Perlu diingatkan bahawa tiket ini telah dibeli seawal bulan Disember lagi. Harga tiket EasyJet ni sering berubah-ubah dan akan menjadi semakin mahal. Jadi perancangan awal amat penting untuk menjimatkan kos. Harga tiket 25 Euro boleh menjadi tiga kali ganda lebih mahal jika anda membelinya lewat.

3) Pada bulan September pula, saya memilih Geneva sebagai Point of Entry dari Hurgada. Tiket ini dibeli pada awal bulan Mac dengan harga 64 Euro. Harga tiket sewaktu musim panas lebih mahal berbanding sewaktu musim sejuk, jadi saya membuat keputusan untuk membeli tiket 5 bulan lebih awal.

 

Langkah 3: Menyediakan pelan laluan (Route Map)

Saya tidak pasti sama ada ramai antara kita ada menyediakan pelan laluan atau tidak. Walaubagaimanapun bagi saya, saya akan menyediakan pelan laluan ini untuk memudahkan pergerakan saya di sepanjang tempoh percutian saya.

Antara kelebihan-kelebihan pelan laluan ni adalah seperti :

1) Ia memberi panduan dan hala tuju perjalanan anda sepanjang tempoh backpacking.

2) Ia akan mencetuskan lebih banyak idea tentang destinasi-destinasi menarik sepanjang laluan trip backpacking anda.

3) Ia akan membantu mencambahkan idea atau memberi idea tentang laluan-laluan alternatif yang anda boleh sesuaikan dengan perancangan anda yang asal.

Bagaimana hendak menyiapkan pelan laluan ni?

Sebenarnya terdapat banyak cara, sekiranya anda seorang yang malas, cetak sahaja peta atlas lukis pelan di atas peta. Jika anda rajin dan bersemangat anda boleh juga menggunakan software ‘Paint’ untuk melakar pelan perjalanan ini. Jika malas juga, anda boleh menggunakan laman web tripline (www.tripline.net) atau indie bootsnall (http://indie.bootsnall.com/).

 

1625687_864805463539965_4221487002773710884_n
Contoh Route Map saya sewaktu musim sejuk 2014

 

10898161_864805340206644_4689585140063286661_n

Contoh Route Map saya sewaktu musim panas 2014

 

10487575_864805386873306_6639476674253108705_n

Contoh Route Map saya sewaktu musim panas 2014

 

Langkah 4: Membuat survei dan tempahan tiket penerbangan / keretapi / bas rentas sempadan

Menurut pengalaman saya, kalau saya menjelajah ke Eropah, saya akan pergi ke beberapa buah negara. Pemilihan negara-negara ini bergantung kepada lokasi atau tujuan saya ke sana. Selain tu, perlu juga pertimbangkan aspek cost effective nya.

Jadi, setelah anda tetapkankan negara mana dan jalan mana yang akan anda gunakan dalam trip itu, selesaikan hal-hal pengangkutan pula. Untuk pengetahuan anda, jangan terlampau risau tentang pengangkutan di kebanyakan negara-negara di Eropah (terutamanya negara-negara Western Europe) kerana sistem pengangkutan mereka sangat canggih dan efektif.

 

 Jalan Udara atau Jalan Darat?

Persoalannya sekarang, hendak pilih jalan udara atau jalan darat untuk bergerak dari sebuah negara ke negara yang berikutnya? Bagi saya, faktor utama yang saya pertimbangkan adalah kos dan masa. Jika jarak antara satu destinasi ke destinasi tu agak jauh, saya lebih suka untuk memilih jalan udara. Di Eropah terdapat banyak penerbangan kos rendah yang boleh digunakan, dan jika anda tempah awal anda mungkin mampu untuk dapat harga tiket serendah 9 EURO! Berikut adalah antara syarikat penerbangan kos rendah yang ada di Eropah :

1) Easyjet. Merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang berpangkalan di London. Satu kelebihan menaiki easyjet ini ialah tiada had berat untuk bagasi tangan dengan syarat saiz bagasi yang anda bawa ke dalam kapal dalam had dimensi 56 X 45 X 25 cm.

10917819_864805133539998_3894379273219924560_n

Harga tiket untuk 3 orang yang dibeli sewaktu trip musim sejuk 2014

10924754_864805216873323_8697960571309427372_n

Harga tiket untuk 3 orang yang dibeli sewaktu trip musim panas 2014

 

2) Wizz Air. Syarikat penerbangan kos rendah yang berpengkalan di Budapest, Hungary. Saya pernah menaiki kapal ini dari Milan ke Budapest dengan harga hanya 15 Euro.

10906323_864805123539999_9142187747666623023_n

Harga tiket untuk 3 orang yang dibeli sewaktu trip musim sejuk 2014

 

3) Norwegian Air Shuttle. Kalau anda melancong di antara negara-negara Scandinavian, inilah pilihan terbaik untuk syarikat penerbangan kos rendah di sana. Kawan saya pernah terbang dari London ke Stockholm dan apa yang menariknya terdapat wifi onboard percuma!

10406394_864805223539989_5452459352803001651_n

10409711_864805280206650_688106059031074138_n

10455645_864805240206654_1164057621066927189_n

4) Transavia. Syarikat penerbangan kos rendah yang berpengkalan di Amsterdam dan Paris. Had berat untuk bagasi tangan adalah 10kg.

5) Ryanair. Syarikat penerbangan kos rendah yang berpangkalan di negara Ireland. Ryanair mungkin menawarkan tiket pada harga yang lebih murah berbanding dengan syarikat penerbangan kos rendah yang lain tapi servisnya agak kurang memberansangkan. Bukan pilihan yang baik bagi saya!

 

6) WOW Air. Syarikat penerbangan kos rendah yang berpengkalandi Iceland.

7) Pegasus Airlines. Kalau anda mulakan perjalanan dari Istanbul, pilihlah Pegasus Airline . Syarikat ini mempunyai servis yang agak baik.

Selain daripada syarikat penerbangan kos rendah yang saya nyatakan di atas, ada juga beberapa syarikat lain yang boleh anda pilih. Antaranya ialah :

1) SmartWings (Berpengkalan di Prague, Czech Republic)

2) Niki (Berpengkalan di Vienna, Austria)

3) Germanwings (Berpengkalan di Cologne, Germany)

4) Air One & Blue Panorama Airlines (Berpengkalan di Italy)

5) Vueling (Berpengkalan din Barcelona, Spain)

6) Flybe & Jet2.com (Berpengkalan di UK)

Jalan Darat

Kalau anda memilih jalan darat untuk berjalan antara sebuah negara ke negara lain, jadi kereta api adalah pilihan terbaik. Di Eropah, kereta api yang paling popular ialah Eurostar, TGV dan Thalys. Servisnya juga sangat bagus dan sangat menepati masa. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi bagaimana cara melancong dengan kereta api di Eropah, anda boleh rujuk di laman web Seat61, memang lengkap dan terperinci penerangannya.

Kalau anda mahu perjalanan yang lebih murah, naiklah bas. Setakat ni saya pernah menaiki bas Eurostar, Student Agency (Prague), ALSA (Spain), Slovak Lines (Slovakia) dan lain-lain. Bagi saya bas Student Agency dan bas di Turki adalah terbaik kerana menyediakan sedikit makanan, kopi dan Wifi percuma.

Sebelum saya terlupa untuk pengangkutan dari Kaherah ke Sharm El-Sheikh atau Hurgada, anda boleh cuba menggunakan Go Bus(berdekatan Hotel Hilton,Tahrir). Harga untuk kelas pertama sekitar 100 LE manakala harga tempat duduk biasa sekitar 55LE. Suka untuk saya ingatkan supaya anda menjaga barang anda sebaiknya kerana saya pernah kehilangan beg bagasi sewaktu menaiki bas ini. Perjalanan menaiki bas ini juga agak jauh iaitu sekitar 8 jam. Murah kan?

Saya nasihatkan anda untuk datang sehari lebih awal di Sharm El-Sheikh atau Hurgada dan menginap di sini sebelum memulakan perjalanan ke Eropah. Banyak aktiviti menarik yang dapat anda lakukan di sini seperti quadbike, snorkeling dan scuba diving. Kalau setakat nak lepak dan jalan-jalan pun memadai memandangkan kawasan yang sangat cantik.

 

 Langkah 5 : Mencari dan membuat tempahan tempat penginapan

Setelah selesai segala urusan logistik, anda perlulah mencari tempat untuk anda berteduh dari hujan dan panas. Segala urusan tiket telah anda selesaikan, dengan kata lain segala waktu perjalanan antara sesebuah negara/tempat telah anda maklum, saya nasihatkan anda untuk membuat catatan perancang perjalanan anda, saya bagi contoh perjalanan saya pada cuti musim sejuk 2013.

10920252_864805460206632_6092343077543714441_o

Ini adalah waktu perjalanan kami antara Switzerland (Geneva) dan Germany (Berlin).

Perhatikan pada 28 haribulan, kami akan bergerak ke Berlin dari Geneva pada 6.40 petang dan akan sampai jam 8.25 malam, jadi malamnya kami menginap di U-inn Berlin dan begitu juga pada malam 29 haribulan, memandangkan kami sudah merancang untuk menghabiskan dua hari di Berlin.

Namun perhatikan pada 30 haribulan malam, kami keluar dari Berlin menuju ke Madrid dan tiba jam 6.00 petang. Namun disebabkan flight keesokan harinya (Tiada dalam gambar) adalah jam 5.00 pagi, kami membuat keputusan untuk tidur di airport sahaja.

Anda sangat-sangat dinasihatkan untuk buat planner agar anda tahu secara terperinci mengenai rancangan perjalanan anda dan masa penerbangan anda.

Sebenarnya tidur di lapangan terbang ini seronok. Saya sendiri pernah tidur di Haneda Airport, Kansai Airport, Geneva Airport, Milan Airport, Sciphol Airport, Muscat Airport, Doha Airport, Abu Dhabi Airport dan Prague Airport. Saya sering merujuk laman web www.sleepinginairports.net/tips.htm sebelum membuat keputusan untuk tidur di situ.

Pelan rencana sebenarnya membantu kita untuk mengenal pasti tarikh mana yang kita perlukan tempat tinggal. Anda boleh merujuk laman-laman web di internet untuk membuat tempahan. Berikut sebahagian yang saya gunakan :

  • hostelworld.com
  • hostelbooker.com

 

 Tips :

  • Carilah tempat tinggal yang bersesuaian dengan jarak ke destinasi jalan-jalan dan bajet anda.
  • Perhatikan juga pandangan dan komen dari orang yang pernah tinggal disitu. Sekiranya anda pandai menggunakan peluang, anda bakal dapat tempat yang menyediakan sarapan percuma.
  • Mencari asrama yang mengasingkan penggunaan bilik dan tandas mengikut jantina.

Anggaran tempat tinggal di eropah satu malam dalam belasan Euro sahaja untuk seorang. Untuk tempahan asrama ini, biasanya pihak asrama akan meminta 10% wang deposit yang anda akan bayar menggunakan kad debit anda dan baki selebihnya anda akan bayar setibanya anda ke lokasi penginapan.

Langkah 6 : Penantian Mendebarkan

Setelah semuanya selesai, anda boleh menarik nafas lega dan hanya perlu menanti tarikh tersebut sahaja. Jangan mengganggu konsentrasi anda dalam belajar atau segala perkara lain.

Akhirnya, saya menyarankan untuk anda menyertai group facebook backpackers tegar di Malaysia untuk mengetahui segala maklumat dan perkongsian pengalaman dan cara menjadikan perjalanan anda lebih menarik. Anda boleh menyertai mereka di Malaysian Backpackers Club dan Backpackers Buddies Malaysia.

Happy backpacking!

 

Muhd Hasif bin Kamarudin

 

Live a Thousand Lives

FB DR SUESS

“The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go.” –Dr Seuss.

Often we hear the motto YOLO which most of you would agree (unless you are Catwoman or simply descendants of cat). For those who have no clue what YOLO means, you might want to come back to planet Earth. Oh, and also, do you know we use emails now, not letters?

You Only Live Once is a saying made popular by Drake the rapper (Or so they say, the exact origin is questionable). This motto is too frequently used, my ears start to bleed and each time someone says YOLO, I would give them a venomous glare so intense my eyeballs might pop. Anyway, I am happy to point out that you can toss this saying into a rubbish bin of Neverland because you can live several lives! Heck, even the cats will envy you.

How is that even possible? In a logical sense, unfortunately, no it is impossible unless of course, you learnt the Dark Arts and secretly have Horcruxes hidden all over the world.

0002693_yolo_you_only_live_once_greenblack

 

“A great book should leave you with many experiences, and slightly exhausted at the end. You live several lives while reading”. –William Styron

 

A recent study by David Comer Kidd and Emanuele Castano of The New School for Social Research in New York City argues that reading literary fiction (as compared with reading nothing at all) temporarily enhances one’s ability to understand others’ mental states and deepens empathy. Why is that so? Simple. A well-written story takes you into the lives of its characters and it is as if you were in their shoes, in that same era, tasted the same food, done the same things they did.

You can meet the characters and picture how they look like, you feel for them, you laugh, as if you have known them your entire life. One moment you are an aristocrat in a Victorian era, the next you are an astronaut in the year 3075 trying to save mankind. The whole scene would play in your head like a film. However, if you do not have good imagination, that scene would remain static, possibly even blurry-looking like a pirated DVD.

When Snape died, I almost shed a tear but the machoness inside me sucked that tear back into my sockets. I read ever so slowly not wanting the book to end. There is no better way of describing than through the words of Paul Sweeney, “You know you’ve read a good book when you turn the last page and feel a little as if you have lost a friend”. Have you experienced that feeling before? If no, it is time to make a change.

read-good-books-11616410

Thaw your frozen heart with stories that make you feel warm inside, as warm as wrapping yourself with a blanket like a burrito in a cold winter. Reading helps you relax, and no, schoolbooks do not count. I am talking about leisure books, ones you read when you want to take a break from all those medical words (but there are “special” people out there who do find joy in reading textbooks all day long. I have nothing but respect for these people, and pity).

Some prefer fictions, some autobiographies, self-motivational books, textbooks *coughs* and some classic literature. It does not matter what you read, as long as it stimulates your mind and gives you a new perspective in life. Ralph Waldo Emerson once said, “If we encounter a man of rare intellect, we should ask him what books he reads”. A diverse reader will have vast knowledge of a little bit of everything. It can only happen through immersing oneself in those magical words printed on a few humble volumes of paper.

If you are a beginner in the world of books, you might want to take it slow and read what catches your eye. But if you have read hundreds, I suggest reading anything of any genre for if you only read what everyone else is reading, you can only think what everyone is thinking. Be the exception. Read more. Explore the unknown.

tumblr_m90vf8iJ7R1rvhkf4o1_500

Have you ever wondered why top students can answer questions thrown by lecturers during class? Aside from the genius mind factor, extreme Professor X’s focusing skill and the power of staying awake like a soldier, they READ. They read from previous years’ books, Wikipedia pages, international books, science journals. We can too. Just tell those little devils at your sides to back off and show them who the boss is!

Whenever you read a good book, somewhere in the world a door opens to allow in more light. Books are like time portals, so go on and grab yourself one and live a thousand lives; lives that are full of joy and wonder, bursting with colors beyond your wildest imagination. After all, a good book is like holding a dream in your hand only to not forget it and you can keep on having the same pleasant dream over and over again without the need to sleep.

 

Fairuz Nabilah Borhanudin

BCAD: Medical info

bcad artikel TB
<Infections in Malaysia>

– What do you know about the top infections?

– Here’s some valuable info that we need to ‘know by heart’.

1. Tuberculosis or TB:
→ is the oldest disease in the world.
→ was found for the first time in bones around 400 BC in Egypt.
→ was the no.1 fatal disease in Malaysia around year 1945-1957

2. HIV:
→ consumed RM 20.95 millions by the government of Malaysia for the health education program to prevent AIDS.

bcadtopinfection

– Besides from these, there are many things that crucial for our future life as a doctor. So, please work hard to be the responsible student.

– Here’s some sparks for you guys.
1. What infection causes a town in Arizona passed a law forbidding people to shake hands?
2. What is the first drug in 1940s able to arrest leprosy?

“Achieve the highest, improve others”
Academic Bureau, PERUBATAN.
Cairo chapter.

KEKASIH DAN KITA

Muhammad_by_frizdan

“Muhammad, menyebut namanya sahaja nescaya hati mekar berbunga.”

Sering kita bertanyakan diri sendiri, sepanjang hidup atas muka bumi Allah SWT ini, adakah bertambah kenal kita akan Nabi?

Ya,kita sensitif mengenangkan tribulasi dan cemuhan terhadap Nabi sedari hidup dan setelah wafatnya baginda. Mungkin sahaja mereka berkiblatkan rujukan songsang, mereka dangkal tahu siapa Insan Kamil yang kita sayangi ini. Mereka gagal memahami keterikatan emosi kita dengan baginda.

Sekali lagi bertanyakan pada diri, sepanjang hidup di atas muka bumi Allah SWT ini, adakah bertambah kenal kita akan Nabi?

Sedangkan baginda yang paling banyak diduga, baginda jualah insan yang dilihat paling murah senyumannya. Kata-katanya benar, jelas difahami dan mendamaikan. Malamnya asyik mengadu kasih pada umat, melirih ke hadrat Ilahi agar selamat umat ini dari fitnah dunia. Rindunya baginda kepada kita umat terkemudian sangat menggugat jiwa hingga bersabda bahawa martabat kita yang belum pernah bersua dengannya itulah merupakan saudara-saudara baginda yang punyai darjat keimanan tinggi.

Jangan berhenti bertanyakan pada diri, sepanjang hidup di atas muka bumi Allah SWT ini, adakah bertambah kenal kita akan Nabi?

 

Seakan butir mutiara dalam penyimpanannya
terpancar dari dua punca yakni pada ucapan dan senyumannya

Janganlah diingkari tiap wahyu dan mimpi
sungguh dia memiliki hati yang tidak tidur saat kedua matanya terpejam

Ketika Allah menamai penyeru kita dengan sebutan Rasul paling mulia
kerana ketaatan kepada-Nya, kita adalah umat yang paling mulia

[petikan Qasidah Burdah nukilan Imam Syarafuddin al-Busiri]

 

[HAKIKAT MURABBI NAN AGUNG]

‘Baginda ialah nabi terakhir di alam wujud, namun nabi pertama secara maknawi.’
-Syeikh al Barzanji-

Seumpama cahaya lilin yang membimbing kita menuju destinasi, tanpanya hidup ditimpa samar kegelapan, demikian peranan abadi Rasulullah SAW. Ibnu Arabi menegaskan cahaya penciptaan ruh Nabi SAW merupakan esensi terawal dan cahaya kenabian tersebut meliputi seluruh penciptaan alam yang kemudian dimasukkan ke dalam ruh para nabi lainnya. Hakikat ini dinamakan Hakikat atau Nur Muhammadiyyah. Dengan kata mudah, Nabi dilantik sebagai rasul sejak alam arwah lagi ketika Nabi Adam AS masih berada antara ruh dan jasadnya.

muhammad

“…Dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi.”

[surah Al-Ahzab ayat 46]

Manakala istilah Khatam an-Nabiyyin (penutup segala nabi) selain memaknakan tiada lagi nabi selepas baginda, ia juga menandakan cahaya kenabian sementelah dahulu telah sempurna di bawah taklif kerasulan yang didukung baginda. Di sinilah terdapat rahsia bersatunya pengakuan syahadah Rasul ke dalam syahadah Tauhid serta mengapa Rasulullah SAW kerap berdoa “Ya Allah, tambahi daku ilmu pengetahuan.”Bila mana ilmu yang melimpahi baginda ialah cahaya makrifatullah yang akan terus menerus bertambah dan mengaliri hati Murabbi Agung SAW.

Menyedari hakikat ini, baginda juga digelar ‘Nurul Huda’ (cahaya petunjuk), ‘Syams ad-Dhuha’ (mentari pagi) dan ‘ad-Dhiaul lami’ (cahaya bersinar) yang kerap menghiasi bait-bait untaian syair karangan para ulama dan auliya.


[AHMAD,MAHMUD DAN AL-HAMD]

Ahmad tanpa mim

Huzaifah RA meriwayatkan : Baginda bersabda ‘Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah nabi pembawa rahmah. Aku adalah nabi pembuka pintu taubat. Aku adalah al-Muqaffa (yang dimuliakan).
[HR Tirmidzi]

Adapun lafaz nama baginda ‘Ahmad’ jika dibandingkan dengan lafaz asmaullah ‘Ahad’ hanya berbeza pada pertambahan huruf ‘mim’ menggambarkan tahap keakraban Nabi Muhammad SAW kepada pemilik zat maha tunggal yakni Allah SWT. Juga tertera menerusi alamat nabi Isa AS terhadap Bani Israel semasa mengumumkan khabar gembira perihal kedatangan seorang rasul selepas baginda yang dinamai sebagai Ahmad.

34120_127458463959930_127447437294366_128676_117897_n

Tempat terpuji

Imam As-Suhaili menerangkan Muhammad bererti ‘yang paling banyak dipuji’ sementara Ahmad dinisbahkan dengan ‘sebaik-baik pemuji Tuhannya’. Terdapat tafsir menceritakan tatkala seluruh manusia meminta syafaat daripada nabi ke nabi tika tiba hari semua manusia masing-masing sibuk dengan urusan dosa pahalanya, namun tidak mendapatkan pertolongan sehinggalah tiba kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian baginda bersujud di hadapan Rabbul ‘Izzah lalu diilhamkan seraya mengungkapkan kata-kata pujian ke hadrat Ilahi yang tidak pernah didengari oleh mana-mana makhluk sebelum itu. Lalu Allah perintahkan Nabi agar diberikan syafaat kepada siapa yang baginda kehendaki. Maka maqam al mahmud (tempat yang terpuji) dimaksudkan dengan kedudukan baginda yang terkhusus dalam memberikan as-syafa’atul kubra (syafaat teragung) kepada umatnya ini.

Jabir bin Abdullah meriwayatkan sabda Nabi SAW ‘Barangsiapa membaca doa setelah tamat azan “Ya Allah kurniakan Sayyidina Muhammad wasilah kelebihan dan dirikan untuknya tempat terpuji seperti yang telah Engkau janjikan kepadanya” maka baginya syafa’atku pada hari Kiamat kelak.’ [HR Bukhari]

Panji kepujian

Nabi SAW turut bersabda,“Di tanganku nanti adalah liwa’ al-hamd (panji kepujian) dan aku bukan berbangga. Kesemua nabi akan berkumpul di bawah naungan panjiku” [HR Tirmidzi].
Berputar hal ini, bagaimana semasa malam Mikraj saat para nabi solat berimamkan baginda, begitulah keutamaan baginda akan terkota ketika semua nabi akan berkumpul di bawah panji kepujian yang dibawa oleh Sayyidul Mursalin SAW pada hari kiamat kelak. Bermakna baginda diutus bagi seluruh umat manusia meliputi nabi-nabi dan mereka yang hidup sebelumnya hinggakan andai baginda diutus pada zaman nabi lain maka risalah dakwah baginda telah berbentuk sejagat serta mencakupi setiap zaman malah wajib diikuti oleh mereka.

Dan Kami tidak mengutus kamu (Muhammad) melainkan kepada manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pembawa peringatan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[surah Saba’ ayat 84]

 

[ALAM TURUT MENGERTI]

Sebuah riwayat menceritakan Rasulullah SAW mendaki bukit Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar RA, dan Sayyidina Uthman RA. Setelah keempat mereka berada di puncak, terasa bukit Uhud bergegar menggoncang tubuh dek rasa gah cintanya menadahi Khayrul Anam SAW di mana Nabi ada menyatakan ‘Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya’ [HR Bukhari dan Muslim].

Baginda kemudian menghentakkan kakinya dan bersabda,”Tenanglah kamu duhai Uhud. Di atasmu sekarang Rasulullah, seorang siddiq, dan dua orang syahid.” Maka Uhud pun kembali diam seperti sedia kala.

swan-shaped-muhammad-calligraphy-pbuh

Suatu kisah sayu apabila batang kurma yang sentiasa menjadi mimbar Rasulullah SAW terpaksa dialih untuk memberi keutamaan kepada para hadirin, batang kurma tersebut menangis umpama anak kecil yang kehilangan ibu kerana merasa luluh berjauhan dengan baginda. Lantas baginda turun dari mimbarnya lalu mendakap dan memujuk halus rajuk batang pokok itu malah ditawarkan kepadanya agar kekal bersama baginda di syurga kelak. Setelah itu tangisannya tiada kedengaran lagi. Menurut Ibnu Majah Nabi bersabda ‘Seandainya aku tidak mengusapnya nescaya ia tetap akan merintih hingga hari kiamat’.

Dengan adanya sifat rahmah bagi sekalian alam, baginda membalas tiap ekspresi cinta yang ditujukan kepadanya bahkan dengan lebih hebat lagi. Nah, malu benar kita selaku umat yang meredhai pepohon tumbuhan lebih lunak kerinduannya dan gunung batuan lebih besar kegirangannya terhadap Nabi SAW berbanding kita yang dititipkan nikmat kalbu dan lisan untuk menzahirkan kecintaan.

 

[RERANTING MAHABBAH NABI]

Gelaran khayru ummah yang dimahkotakan kepada umat Muhammad SAW tergolong kepada kemuliaan para penuntut ilmu selama meniti jalan juang membezakan antara hak juga batil. Namun krisis masakini mendapati semakin dalam ilmu digali, semakin sesak mengkambus identiti diri yakni ilmu yang dituntut berubah menjadi senjata kemegahan yang meranah sifat rahmah dan mahabbah sehingga justifikasi persengketaan dan kejahilan tidak berasas telah dengan sengaja mengatasi namakan agama.

Demikian kita lupa manhaj pengislahan hati membutuhkan intipati mahabbaturrasul . Sepertimana Nabi umat ini Nabi pembawa rahmah, umatnya haruslah umat penyebar rahmah.

 

Berikut huraian al-Alamah Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith al-Kitani merujuk ayat rantaian mahabbah yang terletak dalam surah Ali Imran ayat 31:

إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ  (jika kamu mencintai Allah) bererti tahap al-Muridin iaitu darjah orang yang ingin berjalan ke arah tujuan.

Maka syarat kepada tujuan tersebut ialah فَاتَّبِعُونِي (maka ikutilah aku) menandakan tahap as-Sadiqin iaitu terdapat kebenaran dan pembuktian pada apa yang didakwa mahu tuju.

Sementara sambungan ayat يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ (Allah mencintai kamu) berada pada tahap al-Faizin iaitu menjadi sebenar-benar hamba yang mencapai matlamat hidupnya iaitu cinta Allah SWT.

i_love_my_prophet_muhammad_peace_be_upon_him_by_benbachir1991-d4sapwr

Rasulullah SAW merupakan hadiah terindah dan teristimewa kepada umat ini lantas jika ingin diukur kadar cinta kita kepada Allah maka harus dinilai timbangan cinta kepada Sayyidunal Mahbub SAW kerana seorang kekasih secara wajib akal pastinya akan mencintai apa sahaja yang dicintai oleh kekasihnya.

Sesungguhnya kaedah paling ringan demi menjalinkan hati Muslim dengan Nabi SAW adalah amalan berselawat ke atas baginda yang mana tiap satunya berbalas sepuluh, al hasil sepuluh cahaya kearifan,kebaikan dan penawar meresapi hati kita.

Juga bukankah akibat terbiasa mengingati baginda,rutin harian seorang muttabi’(pengikut) meski sekelumit perkara akan berganding niat agar mampu meniru seluruh peribadi baginda nan sempurna. Contoh mudah, andai ketika mendahulukan memakai kasut ke kaki kanan sambil menyebut basmalah, cuba kita bayangkan barang sejenak bahawa Nabi SAW sudah menunjukkan perilaku serupa nun empat belas kurun lalu. Justeru berkat didikan Uswatun Hasanah SAW, faham ketaatan sebegini awalnya tumbuh dari ranting-ranting istiqamah yang telah kita semai dari benih-benih cinta pada baginda.

“Duhai Rasulullah, bilakah datangnya hari akhirat itu?”
Nabi bertanya kembali, “Apa yang kau persiapkan untuk menghadapinya?”
“Cinta Allah dan Rasul-Nya.”
Nabi menjamin, “Sesungguhnya engkau bersama siapa yang engkau cintai.”
[HR Bukhari]

Diam jujur pertanyakan diri, seumur hidup atas muka bumi adakah bertambah cinta kita akan Nabi..

‘Muhammad; merinduinya segenap kalbu adalah anugerah rasa terindah.’

Sollu ‘alaihi wa wasallimu taslima.

 

Hanis Zikri binti Mohd Nahrawi merupakan salah seorang penulis Unit Karya PCK 2014/2015. Mahasisiwi tahun 5 Kuliah Perubatan di Universiti Kaherah, beliau berhasrat untuk menyimpulkan rasa cinta yang perlu ada pada diri seorang muslim melalui penulisannya sempena kelahiran insan agung, kekasih setiap mukmin, Sayyidina Muhammad SAW.