Archives for AKADEMIK - Page 3

SGD 4–Melatih Kreativiti Ahli Dalam Memberi Konsultasi

Abou Rish, 3 Mei 2015 – Seramai 42 orang ahli Novice Cairo Medical Team, Medximus, telah menyertai Small Group Discussion (SGD) yang ke-4 di Markas Perubatan Abou Rish. SGD kali ini bertujuan untuk mempersiapkan ahli dengan ilmu pengucapan awam dan konsultasi. Selain itu, ahli juga didedahkan dengan isu-isu kesihatan yang berkaitan masyarakat Mesir khususnya dan Malaysia amnya.

Meskipun program dijangkakan bermula pada pukul 2.45 petang, namun terdapat segelintir ahli yang tiba seawal jam 2.05 petang. Kebanyakan ahli yang lain juga berjaya datang awal ke program kali ini walaupun kelas tahun 4 berakhir agak lewat pada hari tersebut. Hal ini menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan ahli Medximus. Syabas!

Setelah pengerusi majlis, Nurul Emira binti Rashdan, mengalu-alukan kedatangan peserta, program dimulakan dengan tazkirah oleh saudara Muhammad Arif Imran bin Zainal Rashid. Arif telah menceritakan  pengalamannya berbicara dengan doktor pakar di Mesir mengenai hukum pendermaan organ ‘cornea’.

Slot ‘Talk With Senior’ pula telah disampaikan oleh saudari Zatil Hidayah Adnan. Dalam slot ini, peserta telah didedahkan mengenai pengucapan awam, kemahiran pembentangan dan konsultasi. Sebelum slot berakhir, beliau mengadakan kuiz berkenaan istilah-istilah perubatan dalam bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung telah menyedarkan ahli tentang kepentingan penggunaan bahasa yang tepat dalam memberi konsultasi.

Program diteruskan dengan slot pembentangan oleh setiap kumpulan. Pembentangan ini telah diadakan dalam bentuk yang menarik seperti talkshow, forum dan role play. Istimewanya pembentangan kali ini adalah kerana pembentangan setiap kumpulan akan diadili oleh juri yang bukan calang-calang orangnya, iaitu Zainol Izzudin bin Zulkifli, Fatin Nabila bt Luqman dan Zatil Hidayah Adnan. Antara tajuk yang menguji kesediaan ahli untuk memberi konsultasi termasuklah ‘Contraceptive’ dan ‘Breastfeeding and Weaning.’

Setelah slot pembentangan berakhir, juri menyampaikan penilaian mereka terhadap setiap kumpulan. Banyak kritikan dan nasihat yang membina telah diberikan kepada peserta bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. Kumpulan terbaik pada SGD kali ini merupakan kumpulan 5 yang telah mengadakan talkshow ala-ala rancangan ‘Semanis Kurma’ dengan tajuk pembentangannya, ‘Pregnancy induced hypertension.’

11225666_892237040833515_1638512469_n

Di sediakan oleh:
Nur Amalina bt Mustaffa,
Ahli Med-Ximus,
Cairo Medical Team

Childhood Obesity in Malaysia

Childhood obesity is acknowledged as one of the most serious public health challenges of the 21st century. Malaysia has earned the inglorious title of the region’s fattest nation, and the sixth most obese country in Asia. Between 2006-2011 the country recorded a 14% rise in obesity among people aged 18 and above, counting 2.6 million obese adults in the country by 2011.

The most basic determinant of excess weight is a simple imbalance between calories consumed and calories expended. Growing evidence indicates that childhood obesity, as determined by an excess accumulation of body fat, results in a wide range of health risks especially increasing risk of developing chronic diseases in later life such as cardiovascular diseases, type-II diabetes, and certain cancers.Thus, identification and prevention of obesity during adolescence is an important strategy to reduce present and future health risks.

What is perhaps more worrying is that Malaysia has undergone a transition from under-nutrition to relative over-nutrition within a period of three decades. In April 2012, a survey by the Ministry of Health revealed that just over a quarter of Malaysian school children were obese or overweight.

“Developing countries, such as Malaysia, face a ‘double burden syndrome’. While we are still grappling [with] the problem of under-nutrition, prevalence of obesity has clearly increased in the past decade,” said Dr Mohd Ismail Noor, president of the Malaysian Association for the Study of Obesity (Maso). “In fact, in countries like Malaysia, there are more overweight/obese children than underweight counterparts. What’s more striking, the prevalence in rural areas is as bad as those children living in urban areas.”

Factors that aggravates this syndrome.

“[Malaysian] parents should pay greater attention to monitoring the meals of their children. In many families both parents are working and very often this aspect is neglected,” said Dr E Siong Tee, president of the Nutrition Society of Malaysia. “Children skip breakfast… meals are high in meat, fat, salt and low in vegetables and fruits. Sugary drinks including soft drinks, cordials and syrups are another popular group for children, [as are] sweet cakes and local snacks.”

Many energy-dense foods are nutrient poor, high LDL, low fibre, taste good and are readily available in Malaysia. With more than 500 KFC outlets in the country, childrens are being acclimatized of having fast food as a must in their diet. Furthermore, charitable initiatives such as KFC’s Projek Penyayang, which donates meals to over 6,500 children each year in an effort to enable “thousands of orphans and underprivileged children to enjoy KFC meals”, seems a misguided concept considering the country’s current battle with the bulge.

Genetics also plays a role in overweight or obese. One study showed that if both parents are obese, there is a 70% chance that their children are becoming obese. If only the mother is obese, the probability is 50%. If both parents have normal body weight, there is still a 10% chance for the child to be obese. But before we blame our genes, it is important to note that it is not caused by DNA alone, but also ignorance, diet and physical practice of the family.

How to manage this situation?

1) Healthy diet

On average, a healthy nine-year-old requires approximately 1,800 calories a day. Two pieces of fried chicken, mashed potato and a soft drink can total 1,300 calories – or just under three-quarters of the child’s total recommended daily energy intake. Kids rarely have bad eating habits on their own so if your child is gaining too much weight, it’s unlikely the rest of the family is having a healthy diet. If this is the case, encourage a healthy, balanced diet for everyone. This means:
– Cutting down on sweets, cakes, biscuits and fizzy drink
– Eating fewer fatty foods such as potato chips, burgers and fried food
– Eating regularly, especially breakfast
– Basing meals on starchy foods and choosing wholegrain varieties, when possible
– Eating more fruit and vegetables

Do not force younger children to eat everything on their plate. Kids quickly get tired of the same taste, which is why they often only eat half of their main course but still want a pudding. They’ve simply got bored with the taste of the main course. Avoid using food as a reward, it simply becomes more desirable. But that’s not all, other foods become less desirable, too.

2) Help children to be active

-Encourage them to do moderately strenuous physical activity at least 30 minutes a day through games like playing catch, riding a bike or skipping
-Reduce time spent in front of the television TV, playing games or surfing the web to no more than 2 hours a day

3) Get more information

-Parents can empower themselves by pro-actively seeking more information on healthy lifestyle through books or the internet written and prepared by reliable sources.

A diet of fast food is high in energy and low in nutrition, proving a double-edged sword for the needs of a growing child.

A good nutritional start is vital for children to grow and develop optimally, and to be able to achieve well academically. The implications of a prolonged lack of nutrition are serious for growing bodies, and are a known precursor for hindered brain development and intellectual capacity, as well as posing a potential risk for irreversible stunting of physical growth.

Fundamentally, what differentiates adult obesity and childhood obesity worldwide is that grown-ups choose the lifestyle they lead, whereas children are destined to follow the path adults tread before them.

Malaysia is no doubt reaping the benefits of rapid development, but it is also feeling the additional burden of curbing a trend that the majority of the developed world has found difficult to reverse.

Source:

1] Malaysian Medical Gazette,   article by Dr Alya Hamzah
2] Southeast Asia Globe
3]weightlossresources.co.uk

Written by:

Ahmad Azlan Bin Mohamad Amin,
4th year of Medicine Faculty, Cairo University.

LEGO- Kemahiran Diuji, Ukhuwah Bersemi

KAHERAH, 10 April- Satu program Cairo Medical Team (CMT), Let’s All Go Out (LEGO) yang berkonsepkan hari keluarga telah diadakan di Hadiqah al-Azhar. Berikutan dengan pertambahan bilangan ahli Medteam, pastinya program yang berbentuk explorace ini berjaya menyatukan semua ahli yang terdiri daripada Novice (MedXimus), Junior(Jebat) dan Senior(Ace) di bawah satu program mega ini.

Seramai 89 orang ahli CMT telah menghadirkan diri seawal 8 pagi lagi. LEGO pada kali ini menampilkan lima fasilitator yang dijemput khas dari Ain Shams Medical Team. Program yang bertemakan ‘We All, Are Medteam’ dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Zofir Wajdi bin Arip dan perkongsian daripada senior-senior  Medteam. Kemudian, LEGO diteruskan lagi dengan slot Wildmedic dan taklimat permainan oleh Saudara Hilmi Afandi bin Aidi Roslan.

Selepas itu, semua peserta yang terdiri daripada lima kumpulan lelaki dan lima kumpulan perempuan bergerak ke stesen yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis tugasan yang perlu mereka selesaikan di setiap stesen. Majoriti peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran juara LEGO. Semangat yang berkobar-kobar  pada peserta dapat dilihat sebelum majlis pembukaan lagi. Mereka tekun mengulangkaji nota-nota silibus yang telah mereka pelajari semasa Small Group Discussion (SGD).

DSC_0307 (428x640)

Walaupun mereka terpaksa berjalan hampir separuh taman tersebut, namun dengan semangat ukhuwah yang jitu mereka berjaya meneruskan perjalanan dan melaksanakan tugasan di setiap stesen. Mereka saling bekerjasama dan memberi sokongan antara satu sama lain terutamanya dalam permainan balingan kasut, selam dalam air, regu dan non-medical quiz. Disamping mengumpul markah dalam bentuk coklat smarties, mereka dapat berkenalan antara satu sama lain di dalam permainan tic tac toe ukhuwah .Selain menguji ketangkasan fizikal dan mental ahli, program ini juga menguji kemahiran klinikal ahli terutamanya pada tugasan medical check up, medical quiz, cardiopulmonary resuscitation (CPR), splint, sling dan wound management. Di pengakhiran explorace, semua kumpulan dikehendaki menyelesaikan jigsaw puzzle yang diberi.

DSC_0336 (428x640)

Usai makan tengahari dan solat, program diteruskan dengan majlis perasmian penutup. Majlis dimulakan dengan ucapan  Pengarah LEGO, saudara Mundzir Zainuddin. Beliau mengingatkan kepada semua peserta agar saling berkenalan bukan sekadar untuk berseronok sahaja namun berkenalanlah untuk mencari keredaan Ilahi.

Saudara Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi, mantan Majlis Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah telah dijemput untuk berucap sebagai wakil daripada senior Medteam. “Kita janganlah menyertai Medteam semata-mata untuk menerima sahaja, tetapi berusahalah pada satu perkara yang boleh kita sumbangkan dan memberi manfaat kepada orang lain,” ujar beliau. Kata-kata beliau tersebut telah memberi kesedaran kepada ahli agar terus menyumbang kepada komuniti serta menjadi ahli yang terkehadapan dalam bidang kesihatan.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah Sesi 2015/2016.Beliau memberi penekanan tentang konsep ukhuwah islam yang sebenar dan keperluan untuk memantapkan kemahiran klinikal serta pengurusan sebagai  ahli CMT.

Kalah menang adat permainan, LEGO  tahun ini telah menobatkan kumpulan Rambutan lelaki dan Nenas perempuan sebagai juara. Manakala kumpulan Oren sebagai naib juara dan kumpulan Manggis di tempat ketiga. Cenderamata kepada ahli Medteam terbaik , kumpulan JEBAT terbaik serta ahli jawatankuasa Medteam sesi 2014/2015 dan para sukarelawan yang telah berkhidmat untuk CMT juga telah diberi bagi menghargai jasa mereka. Hari keluarga CMT ini telah berakhir pada jam dua setengah petang dengan sesi bergambar.

DSC_0343 (640x427)

 “Thank you to all  the members of Medteam  for this nice ukhuwah. I really enjoy it. May Allah bless.Stay happy, stay strong and be steadfast. Always be confidence and have a nice day!” kata saudari Wahdaty Najihah Mohd yang dinobatkan sebagai peserta terbaik akhawat.

Ternyata LEGO berjaya mencapai objektifnya untuk merapat ukhuwah antara ahli dan memantapkan kemahiran klinikal. Semoga program yang telah dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada peserta seterusnya mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

DSC_0519 (640x428)

Disediakan oleh,

NUR’AINI SOFIA BINTI ROSMAN
Setiausaha LEGO 2015,
Cairo Medical Team(CMT),
PERUBATAN Cawanagan Kaherah Sesi 2015/2016.

JEBAT Memperkukuh Kemahiran Klinikal

Abou Rish, 6 April –Small Group Discussion (SGD) bagi batch junior Cairo Medical Team, JEBAT, telah diadakan di Markas PERUBATAN Abou Rish. SGD kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengamal perubatan dalam kemahiran manjahit dan membuat simpulan (Stitching and Surgical Knot).

Seramai 40 orang ahli batch JEBAT telah menghadirkan diri untuk mempelajari ilmu-ilmu baru berkenaan soft skill yang jarang diperolehi di dalam silibus pelajaran di universiti. Usai solat maghrib, SGD dimulakan dengan slot kuliah tiga minit (KUL-TIM) yang disampaikan oleh Saudari Nur Suhaira binti Abd Rahim. Selepas itu,  tazkirah pembukaan telah disampaikan oleh saudara Muhammad Munawir bin Azman. SGD pada kali ini begitu istimewa kerana telah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris bersempena Hari Professional Day.

Slot Mass Lecture telah disampaikan oleh seorang ahli senior Cairo Medical Team, Saudara Ahmad Shahir. Pembentangan  dimulakan dengan pengenalan alatan pembedahan dan cara penggunaannya. Peserta juga didedahkan dengan  jenis-jenis jahitan mudah yang selalu digunakan oleh semua pengamal perubatan.

Setelah selesai sesi teori, SGD diteruskan pula dengan sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Semua ahli berada dalam kumpulan masing-masing dan telah berpeluang untuk mempelajari 5 jenis jahitan daripada fasilitator-fasilitator senior Cairo Medical Team yang berpengalaman.

Program berakhir pada jam 9.30 malam . Pada akhir sesi, semua kumpulan berjaya mempelajari kelima-lima jenis jahitan. Walaupun pada permulaan LDK terdapat ahli yang menghadapi kesukaran dalam menjahit, namun di pengakhiran bengkel, semua sudah mampu melakukan jahitan asas “Simple Interrupted Suture” dengan mudahnya. Ahli jawatankuasa perlaksana berharap semoga ilmu baru yang dipelajari pada hari itu, bakal menjadi ilmu yang bermanfaat untuk digunakan pada masa hadapan.

sgd

Nur Amnina binti Nordin
Tahun 5, Universiti Kaherah
Ahli Junior Cairo Medical Team

Hubungan PCK Dan Pihak Universiti Semakin Mantap

Kasr al-Ainy, 2 April- Satu pertemuan rasmi  telah diadakan antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) bersama Dr Hala’ Salah, Timbalan Dekan Bahagian Prasiswazah dan Hal Ehwal Pelajar.

Wakil PCK terdiri daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCK, saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli dan saudari Noha Nabila binti Mohd Akhir beserta beberapa orang wakil daripada Jabatan Setiausaha, Biro Akademik, Biro Penerbitan dan Penerangan, Biro Sukan dan Aktiviti Luar dan Biro Perumahan. Perjumpaan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dan berjaya membentuk satu perbincangan yang positif dalam memastikan kebaikan dapat dicapai antara kedua-dua belah pihak.

Pertemuan dimulakan dengan pengenalan barisan kepimpinan baharu PCK  untuk meneruskan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak. Matlamat pertemuan ini juga adalah untuk memberi tanggapan baik tentang pelajar Malaysia di Universiti Kaherah.

Dalam usaha menjaga kebajikan ahli secara khusus, PCK tidak akan pernah mengabaikan isu akademik dalam membina diri ahli. Isu fail pelajar mahupun isu yuran universiti juga telah dibincangkan secara mendalam bagi membantu ahli untuk terus fokus dalam pelajaran tanpa memikirkan  masalah ini. Namun, apa yang lebih penting adalah kesedaran ahli untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.

Selain itu, isu klinikal dan konferens juga diketengahkan oleh Ketua dan Timbalan Ketua Biro Akademik. Antara hal lain yang mendapat perhatian Dr Hala’ ialah isu kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti dan tarikh buka kuliah.

“You have a great association, you are not only trying to build a person, but also a good manager, a leader and a medical doctor. You have to be malleable, because priority changes. One’s capacity to learn declines after age 27. We can only use the experience we already had. So, try to find as much experience  as you can right now,” nasihat Dr Hala’ kepada semua pelajar pada akhir pertemuan.

Perjumpaan diakhiri dengan pemberian cenderahati  kepada Dr Hala’. Semoga perjumpaan ini dapat mengukuhkan tapak PCK yang sedia ada di samping membina ahlinya ke arah keperibadian insan yang hebat.

 

Photo 3-4-15 1 28 34 am