Archives for AKADEMIK

KESINAMBUNGAN LEGASI PIMPINAN, HUBUNGAN DUA HALA DIPERERAT

Kasr al-Ainy, 12 April – Satu pertemuan telah diadakan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) bersama pihak Universiti Kaherah. Pihak AJKT PCK diwakili Pengerusi & Timbalan Pengerusi PCK 2016/2017, saudara Muhammad Basheer bin Yahya dan saudari Noor Asyireen binti Ayub. Turut serta beberapa orang wakil iaitu Naib Pengerusi I, Jabatan Setiausaha, Biro Akademik, dan mantan Pengerusi & Timbalan Pengerusi 2015/2016. Pihak universiti pula diwakili oleh Dr Hala’ Salah, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Dr Heba Mustafa, Koordinator Pelajar Malaysia.

Pertemuan sekitar jam 3.25 petang itu dimulakan dengan kata-kata aluan daripada saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli selaku mantan Pengerusi PCK seterusnya menyerahkan majlis kepada saudara Muhammad Basheer bin Yahya sebagai simbolik pertukaran pimpinan. Antara matlamat simbolik ini adalah untuk memastikan kesinambungan gerak kerja pimpinan sesi lepas dan sesi yang baru. Seterusnya sesi pengenalan pimpinan PCK yang baru telah diadakan dengan penyerahan carta organisasi PCK kepada pihak universiti.

Perbincangan diteruskan dengan beberapa persoalan dikemukakan daripada Pengerusi dan Biro Akademik berkenaan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah.

12976758_1035540156521097_682853131792676034_o

Antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan adalah melibatkan sijil rasmi graduan Universiti Kaherah yang masih tidak dikeluarkan, harga tiket makanan di universiti yang meningkat secara mendadak, kebajikan pelajar mengulang seterusnya kebajikan akademik pelajar secara amnya.Soalan-soalan dan perbincangan yang dinyatakan mendapat respon yang positif daripada pihak universiti serta beberapa tindakan akan diambil dalam masa yang terdekat.

Turut dinyatakan juga adalah permasalahan yang berlaku sewaktu International Day yang diadakan tempoh hari. Beberapa penjelasan telah diberikan daripada Dr Hala’ Salah berkenaan perkara tersebut. Jawapan yang diberikan sedikit sebanyak dapat memuaskan hati pihak pimpinan PCK.

12976987_1035540206521092_5057178396547621829_o

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Dr Hala’ Salah dan sesi penggambaran. Perjumpaan rasmi seperti ini dilihat mampu menjadi ruang kepada persatuan untuk menyampaikan permasalahan ahli dan mengekalkan hubungan baik dengan pihak universiti.

12967899_1035540253187754_6542015646840018904_oSemoga perjumpaan ini dapat mengukuhkan tapak PCK yang sedia ada di samping membina ahlinya ke arah keperibadian insan yang hebat. Perjumpaan telah berakhir pada jam 4.40 petang.

Berita oleh: Muhammad Habibullah bin Isa.

 

 

 

A Token of Appreciation

Cairo Medical Team (CMT) has been one of the most recognizable organizations for being the source in providing opportunities to the members of PERUBATAN Cairo Chapter, to improve their clinical skills as well as gain extra values that are beneficial in many aspects. Throughout the year, various activities and programmes such as small group discussions, family day, fund raising activities and a talk show have taken their places to ensure that maximum outputs are received by the members.

On 14th of December, 2014, CMT welcomed 45 new members to the team formed of clinical-year students of PERUBATAN Cairo Chapter. The members were chosen from over 60 candidates that applied through an interview. Commitment, honesty and confidence were the most sought-after attitude needed to become a member of CMT. Congratulations to the chosen ones!

Let’s Go All Out (LEGO), an event similar to a family day was held at Al-Azhar Park on the 10th of April, 2015. The family day played out explorace as the main concept. The participants were tested with both medical and non-medical questions, as well as their clinical skills. With increasing number of the members of CMT, this event succeeded in strengthening the bonds and uniting all the members from the newest to the oldest generations; Novice (Med-Ximus), Junior (Jebat) and Senior (Ace).

coMT2

CMT also invited a very exceptional and distinguished doctor from Malaysia; Professor Rashidi Ahmad, to give out an open talk entitled ‘A Glimpse into the Emergency Room’. The talk show took place at Markas PERUBATAN Abou Rish on December 6th, 2015. He shared his experience in years working as an Accident & Emergency specialist. Professor Rashidi also kindly taught a fraction of electrocardiogram which is very useful especially for the clinical-year students.

All through the year, small group discussions were held monthly among the members of CMT. Medical check-up, basic life supports, first aid course, suturing and stitching are to name from a few of the lessons learned. Occasionally, volunteers among the members were invited by the other associations in Cairo to perform medical check-ups and to become paramedics in any events.

As the Malay proverb goes patah tumbuh hilang berganti. There will be a replacement for everything. Thousands and millions of gratitude to the high committee of Cairo Medical Team 2015 for the blood and sweats spilled during your reign. Only Allah SWT can repay your hard work with His ultimate blessings.

Written by,

Siti Zulaikha binti Zulkapri
Secretary of Cairo Medical Team 2016

Keputusan Temuduga CMT

Alhamdulillah, telah selesai temuduga pengambilan ahli baru Cairo Medical Team (CMT) bagi sesi 2016. Temuduga ini telah diadakan di Markas PERUBATAN Abou Rish, pada 31 Disember 2015. Pihak CMT berharap agar ahli baru yang terpilih dapat mencurahkan komitmen dengan sepenuhnya. Berikut merupakan senarai nama ahli baru CMT :

GENEXIIS

  1. AHMAD ADIB BIN ZAINUDDIN
  2. AHMAD IQMAL HISYAM BIN MOHAMAD SABRI
  3. HUSAINI BIN ABDUL MALIK
  4. IZHAM BIN ROSSLI
  5. MOHD ZULKHAIRI BIN SAHLANI
  6. MUHAMMAD FAZLANS BIN SUTRISNO TANJUNG
  7. MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA
  8. MUHAMMAD IZZAT HAFIZI BIN ZAABA
  9. MUHAMMAD RAFIUDIN BIN HABIB
  10. NURUDDIN AZRI BIN ZULKIFLI
  11. SHAHRUL ‘ARIF BIN SHAHRUL AZHAR
  12. SYED ISMAIL FARUQI BIN SYED NORZA’IM
  13. WAN NUSAIRI BIN WAN MOHD NASRUDDIN
  14. AMALIA BINTI ROSMAN
  15. HIDAYATUL NAADIAH BINTI ZULKIFLI
  16. NAJAH MUNIRAH BINTI AZMAN
  17. NOR SHAHIDA BINTI MOHAMED RADUAN
  18. NORKHALIS KHALISAH BINTI MOHD YUSOFF
  19. NUR AMALINA BINTI ABDUL RAHIM
  20. NUR HIDAYAH BINTI ZAHARAN
  21. NUR SHAHIRA BINTI SHAMSUDDIN
  22. NUR SYAZWIN BINTI MOHAMAD SHUKRI
  23. NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI
  24. NURUL FASEHAH BINTI ZULKELNAIN
  25. NURUL FILZAH ‘AYUNI BINTI ROHAIZAT
  26. NURUL SALSABILA BINTI MOKHTAR
  27. SUHAILAH BIN ABDULLAH
  28. WIDAD BINTI AZIZAN

 

GEN11US

  1. AHMAD SYAHID BIN ABU SAPIAN
  2. MOHAMMAD AQIL BIN AZMAN
  3. MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABU BAKAR
  4. MARDHIAH BINTI MOHAMED HANAFI
  5. NOHA NABILA BINTI MOHAMAD AKHIR
  6. NOR AFIFAH BINTI JILANI
  7. NUR AMALIN SHAFIRAH BINTI TUAN MAHADI
  8. NUR AMIZA ZULAIKHA BINTI ZAWAWI
  9. NUR AQEELA BINTI MOHD TAHIR
  10. NUR AZURA ASHIKIN BINTI AZIZI
  11. NUR HAMIZAH BINTI ABDUL RAZAK
  12. NURUL ASYIQIN BINTI IBRAHIM
  13. NURUL FIRDAUS BINTI HANAFEE
  14. NURUL SHEFAA BINTI AYOB
  15. SHARIFAH NAHIDHAH BINTI SYED ALI
  16. SITI NUR SABIHA BINTI AHMAD FADZIL
  17. SITI NUR SUHAILA BINTI RAMLI
  18. WAN FATHIAH NASUHA BINTI WAN NUDRI

Pendermaan Organ

Pendermaan organ/ tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. . Pemindahan atau transplan organ terbukti sebagai kaedah rawatan yang berkesan untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir (end stage organ failure), termasuk kegagalan jantung, paru-paru dan hati.

Pendermaan organ termasuk jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal). Manakala pendermaan tisu ialah kornea, injap jantung, kulit, tulang,tendon, ligamen, arteri atau vena, amnion, sum-sum tulang dan sel stem.

Pendermaan-organ

Jenis Penderma

  1. Penderma Hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja.

Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • Pendermaan ada pertalian saudara (living related)
  • Pendermaan tiada talian saudara (living-non Related)

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja.

Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku.

  1. Penderma Kadaverik

Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma. Terutamanya kematian otak yang jantung dan paru-parunya masih bergerak. Penderma kadaverik juga terbahagi 2 jenis:

  • Kematian Otak

Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata (kornea), tulang dan kulit.

Penderma yang mati otak adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung tidak berfungsi.

Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya.

Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindakbalas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin (ventilator) jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin.

Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ.

Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia.

Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Jika bukan untuk pendermaan organ mesin akan diberhentikan di Unit Rawatan Rapi.

  • Kematian Jantung Berhenti Berdegup

Kematian ini adalah kematian normal dimana seseorang itu disahkan mati kerana jantung terhenti berdegup.

Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.

Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu.

Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Pandangan agama

Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang mulia. Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan.

Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan Hukum Harus pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli).

Kaedah rawatan transplantasi juga DIHARUSKAN sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sehingga Disember 2013, jumlah rakyat Malaysia yang telah berikrar menderma organ adalah seramai 243,000 orang.

“Setiap tahun kira-kira 15,000 orang yang menjalani hemodialisis, kalau mereka tidak buat rawatan itu, mereka perlu buat pemindahan buah pinggang supaya boleh jalani hidup normal.

“Tetapi, kurang daripada 100 kes setahun sahaja yang boleh jalani pemindahan buah pinggang kerana kita tidak cukup organ, jadi adalah mustahak untuk orang ramai berikrar sebagai penderma organ,” katanya.

Bilangan penderma organ yang berdaftar kini adalah sebanyak 266,000 dan jumlah ini hanyalah satu peratus daripada jumlah rakyat di Malaysia. Maka dengan ini, usaha yang berterusan perlu bagi menambah bilangan pengikrar yang mahu mendermakan organ mereka. Semoga kita semua dapat menjadi pusat info dan kefahaman dalam menggalakkan pendermaan organ.

Ditulis oleh:
Ahmad Azlan bin Mohamad Amin

Sumber:

https://www.malaysiakini.com/news/278008

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kesedaran-derma-organ-masih-kurang-1.252200

http://www.dermaorgan.gov.my/

http://www.myhealth.gov.my/index.php/derma-organ

 

 

Dengar dan Baca

 

Ambil buku yang terdekat daripada anda dan belek kepada muka surat empat puluh empat.

Tidak, ayat pertama yang anda temui tidak memberikan setitik pun maklumat tentang  kisah cinta anda. Tetapi hakikat bahawa buku ini berada dalam jarak capaian anda memberitahu sesuatu tentang apa yang penting bagi anda.

Jadi, sekarang anda sedang berada di dalam bilik sambil menilik koleksi buku di atas rak. Kebanyakan daripadanya belum tersentuh – anda membelinya atas cadangan kawan lagipun.Tajuk-tajuk yang ada nampak menarik, tetapi anda tidak tahu mahu bermula dengan yang mana. Dan bila anda sudah memilih dan menarik keluar salah satu daripadanya, anda tidak pasti adakah anda akan dapat memahaminya.

Sekarang, apa hendak dibuat?

Jawapan yang akan diberikan adalah sedikit panjang memandangkan ia menuntut dan melibatkan pengkaedahan. Tetapi kita telah tertinggal persoalan yang lebih penting untuk dijawab jika kita terburu-buru dengan aspek ‘bagaimana’ berbanding ‘kenapa’.

Sebelum pergi jauh penulisan ini akan lebih bermakna jika anda lebih jujur dan mengaku yang anda tidak nampak kenapa membaca buku itu lebih menyeronokkan berbanding bermain permainan video atau online gaming. Saya sudah mencuba keduanya dan saya boleh katakan permainan video adalah lebih menyeronokkan.

Deria penglihatan, pendengaran, percakapan, deria sentuhan dan bau (sekiranya bilik berkepam) terangsang sewaktu melayari alam maya ini; ia bukan terhad kepada permainan video, tetapi juga filem dan drama bersiri contohnya. Kualiti  dalam medium-medium baru ini juga tidak kurang; bukti bahawa tenaga dan modal yang banyak telah diperahkan bagi menghasilkan produk-produk hiburan ini.

Saya masih ingat satu ketika mendengar cerita daripada mulut salah seorang sahabat -yang maklum diketahui tabiat ‘gaming’nya- tentang Battle of Alamein. Beliau menceritakan pergerakan tentera Berikat seolah-oleh beliau turut berada di sana. Sedangkan saya perlu menjenguk aplikasi Encyclopedia Britannica untuk membaca artikel tentang perang bersejarah antara Pakatan Berikat dengan Jerman yang mengambil tempat di Algeria usai sahaja perbualan tersebut berakhir, sahabat saya tersebut telah memperoleh makulmat tentangnya daripada Battlefield 4.

Belajar daripada ‘game’ bukan berita baru untuk sesiapa pun. Sewaktu sekolah menengah saya mempunyai seorang sahabat yang kemampuan Bahasa Inggerisnya agak baik dan apabila sahabat-sahabat lain bertanyakan kepadanya bagaimanakah cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, dia pantas membalas, “mainlah game”. Saya tahu daripada peribadinya yang janggal bersosial itu bahawa jawapan tersebut terbit daripada pengalamannya menghabiskan waktu selama ratusan jam di hadapan konsol permainan PS2 sewaktu cuti semester baru-baru itu.

Saya sendiri boleh berkongsi daripada pengalaman bagaimana francais Age of Empires yang popular sewaktu era 90-an telah mencetak ‘sejarahwan-sejarahwan’ segera dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di waktu itu. Kami biasa memilih untuk tidak melangkau montaj pra-permainan sebelum mod ‘campaign’ berlangsung  semata-mata untuk mendengar cerita di sebalik tindakan Frederick Barbarossa meluaskan kawasan jajahan Holy Roman Empire dihuraikan.

Namun, jika saya dipaksa untuk berlaku jujur, pengetahuan-pengetahuan yang diperolehi daripada game, atau filem, mahupun daripada drama bersiri yang mempunyai plot dan skrip yang begitu cemerlang seperti House selalunya adalah berselerak, tidak masak (Holy Roman Empire tidak sama dengan Roman Empire!) dan ibarat serpihan berlian yang terpecah, pengetahuan-pengetahun sebegini adalah jauh daripada tersusun serta gagal mendatangkan makna.

Sudah tentu kita perlu realistik: buku dan drama bersiri adalah dihasilkan untuk tujuan yang berbeza, dan khalayak yang khusus. Kerana itu sebagai pembaca anda perlu mengetahui kenapa anda membaca. Sekiranya anda berkehendakkan gugusan maklumat-maklumat yang menarik, pilihan-pilihan di atas tadi adalah memadai. Anda mendapat tahu tentang trivia-trivia ringkas, dan selain daripada berkongsikan apa yang anda dapat tahu daripada filem itu, anda juga boleh bertukar pendapat dengan rakan-rakan tentang kenapa watak Kutner mati secara tiba-tiba pada musim kelima House.

Tetapi jika anda mahukan lebih dari itu; melacak minda, mengenali diri dan mempelajari tentang dunia dan alam persekitaran, dengar nasihat Mortimer Adler tentang cara membaca buku.

Semua ini mungkin terlalu serius. ‘Membaca buku’ selalunya adalah sesuatu yang anda tulis untuk mengisi ruang kosong untuk kategori ‘hobi’ dan bukannya ‘pekerjaan’. Tetapi menurut Adler, itulah poin membaca.  Membaca perlu diambil kira dalam bentuk cara yang sama kita menanggap perihal pengajian atau pekerjaan iaitu dengan penuh cermat.

Sebelum membaca, kategori buku ditangan harus ditentukan. Adakah ia fiksi atak bukan? Jika bukan fiksi, adakah topik yang dibincangkan termasuk dalam ruang lingkup ekonomi, politik, sejarah, atau biografi? Bagaimana pula dengan penulisnya? Seorang professor, atau pengkaji, penulis popular atau jurnalis, atau bagaimana?

Matlamat sang penulis baik dalam bentuk kategori audiens yang dimaksudkan dan juga matlamat di sebalik penulisan buku itu sendiri, perlu dianggarkan sebaik helaian-helaian pertama diselak. Lagi cepat, lagi bagus. Jika pembaca mampu berbuat sedemikian, atau sekurang-kurangnya cuba mengerahkan usahanya untuk menghampiri tujuan tersebut, kegiatan membaca akan menjadi lebih jelas.

Itu tidak bermakna membaca akan menjadi semudah menekan butang ‘play game’. Setiap penulis mempunyai gaya bahasa dan pemilihan kata yang unik (kriteria yang penting untuk mengetahui samada anda sedang membaca sebuah karya yang ditulis oleh makhluk yang berdarah daging atau sekadar sebuah mesin Turing). Sebagai pembaca, adalah suatu tugasan anda untuk membiasakan diri. Penulis telah mengambil keputusan untuk mengusulkan suatu buah fikiran dalam rupa bentuk sedemikian; kini tiba giliran pembaca memutuskan samada untuk meneruskan.

Perilaku ini adalah penting. Kerana jika Adler adalah benar, membaca adalah satu bentuk pembelajaran yang mirip dengan proses perantisan atau berguru. Perlu ada timbal-balik antara pembaca dan penulis. Cuma tidak seperti pengajian di dalam kelas atau kuliah, ‘guru’ di depan pembaca kali ini adalah bisu; penulis hanya mampu berinteraksi dengan dakwat dan pena yang sudah pun termaktub.

Hal ini memang suatu bentuk kekangan memandangkan idea-idea tidak dapat diseberangkan kepada ‘murid’ dengan telus. Pembaca tidak boleh mengajukan sebarang soalan. Pembaca tidak boleh meminta penjelasan tambahan. Sebaliknya pembaca perlu mengerah keringat untuk memahami apa yang telah dibicarakan oleh ‘guru’ bisunya.

Atas sebab itu, membaca adalah suatu gaya pembelajaran yang berbeza daripadu perilaku berguru. Atas sebab yang sama juga, membaca adalah suatu kegiatan menuntut ilmu yang mana ribuan jam di hadapan skrin –menonton filem, youtube– tidak mampu mendakwa kongsi.

Ia adalah proses dialektika yang berlaku antara pembaca dengan penulis. Penulis biasanya meninggalkan sisa-sisa pernyataan lengkapnya di celah-celah baris, tersembunyi dari pandangan. Tetapi sebagai ‘guru’ dia pasti mahukan untuk ideanya difahami. Sekarang, bagaimana ‘anak murid’ mampu menuruti?

Adler menggunakan analogi rumah atau binaan untuk mengusulkan idea bahawa setiap buku mempunyai kesatuan di baliknya.Tugas pembaca adalah mengasingkan bilik-bilik dan ruang-ruang yang wujud serta meleraikan batu-bata yang mana rumah agam tersebut terbina daripadanya. Sepertimana pembaca telah mengkategorikan secara kasar jenis atau genre buku itu tadi, kini pembaca perlu menyusunaturkan apa yang telah dibacanya.

Apakah argumen-argumen asas ‘guru’nya itu? Adakah ia disandarkan kepada bukti dan rasional atau semata-mata pendapat?  Ini adalah langkah yang kritikal bagi mana-mana murid. Untuk pembaca lebih-lebih lagi: perkataan yang dicondongkan oleh penulis, sorotan-sorotan hujah, kata-kata kunci, contoh-contoh yang diberikan – semua ini perlu berada di dalam perkiraan pembaca. Dengan itu, pembaca boleh merajah pernyataan-pernyataan utama di dalam buku itu dan menentukan samada tiang-tiang serinya masih utuh atau tidak.

Sesetengah orang ada mengatakan bahawa kaedah membaca analitikal Adler ini hanya layak dilaksanakan untuk membaca karya-karya akademik atau falsafah. Ada benarnya; judul-judul buku yang disenaraikan Adler dalam Buku-buku Agung (The Great Books) kebanyakannya adalah tergolong dalam kategori-kategori tersebut. Latar belakang Adler memang menunjukkan bahawa beliau datang daripada tradisi kefalsafahan sebegitu di samping Adler sendiri mengakui bahawa tidak semua buku layak dibacakan dengan mengguakan kaedah yang digariskannya ini.

Keseriusan Mortimer Adler tentang kegiatan membaca hampir mencapai taraf mitos. Beliau pernah berkata bahawa beliau membaca kurang daripada 5 buah buku setahun. Sebaliknya, untuk buku-buku yang berada di atas meja tidurnya dan buku-buku yang berada berselerak di dalam pejabatnya, Adler lebih gemar menggunakan istilah ‘mengimbas’ berbanding ‘membaca’. Apa agaknya pendapat Adler terhadap judul-judul buku dasawarsa ini yang rata-ratanya adalah bercorak jurnalistik (tidak perlukan renungan mendalam) dan populis (idea-idea pokok yang sedikit dan ringkas)?

Tetapi saya fikir, kaedah membaca Adler ini masih boleh dimanfaatkan andai kita melihatnya dalam cara yang sama kita memahami konteks-konteks berbeza yang dimaksudkan bagi istilah ‘membaca’. Bilamana seseorang pember menggunakan istilah ‘membaca’  di dalam ayat, “penganalisis politik antarabangsa cuba untuk membaca mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri pagi tadi”, saya fikir beliau tidak tersasar jauh daripada makna ‘membaca’ yang dimaksudkan Adler.

Juga, mengambil contoh yang lebih dekat: sewaktu di tengah-tengah perbualan anda cuba untuk memahami topik apa yang sedang diperbualkan, apakah posisi rakan anda dalam hal tersebut dan apa pula pendapat anda tentang pendiriannya itu–proses ini adalah sama jelas (dan sama sukar) dengan kegiatan membaca.

Sama ketika berbual, pembaca perlu mempunyai pendiriannya sendiri – dan dia perlu tahu apa pendiriannya tersebut. Tetapi adalah mustahil untuk mana-mana individu berbuat sedemikian sewenang-wenangnya. Idea-idea utama perlu dikenalpasti. Tidak semua hujah perlu diteliti rapi; sebahagian daripadanya adalah bukti dan sebahagian yang lain adalah retorik – rayuan supaya hujahnya dipersetujui dan bangkangannya diperakui. Pembaca perlu mengambil satu langkah kebelakang dan menjejaki semula usul-usul pokok yang telah diperkatakan, tanpa lupa untuk menyatakan kepercayaannya sendiri.

Begitu juga halnya dengan membaca. Pembaca bukan sahaja perlu menceraikan jaringan-jaringan hujah yang membina idea utama penulis, pembaca juga perlu mampu untuk melihatnya secara gambaran besar; ibarat melihat dari pandangan atas dengan mata helang. Dari situ, barulah sebagai pembaca, anda boleh katakan bahawa penulis telah tersilap faham, atau kekurangan maklumat, atau penulis gagal menulis dengan jelas.

Kebanyakan orang tidak menyedari yang seni perbualan atau interaksi sosial merupakan satu skil kompleks yang perlu dipelajari. Semua orang boleh melakukannya tetapi tidak semua mampu mencapai tahap kejayaan yang sama. Antara mereka ada yang lebih mahir daripada yang lain. Hal tersebut adalah kerana mereka telah mengulang lakunya sejak bertahun-tahun dan berinteraksi bersama dengan individu-individu dengan karakter yang pelbagai .Ia telah berdarah daging di dalam akal budi (common sense) mereka.

Satu-satunya cara untuk perkara yang sama berlaku terhadap perilaku membaca adalah dengan mengikut nasihat Adler: ambil buku dan baca.

 

Ahmad bin Abdul Rahim. pelajar tahun 6, Universiti Kaherah