بسم الله الرحمن الرحيم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Asr:
‘Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran.’

Ayat di atas jelas menunjukkan sekiranya umat Islam meninggalkan kewajipan memberi nasihat sesama umat, tentulah kefasadan dan kesesatan akan merebak dan berleluasa. Oleh kerana itu, nasihat merupakan salah satu senjata paling ampuh dalam menangani kebinasaan ini. Nasihat seharusnya dijulangi supaya yang benar dan hak dapat ditegakkan dan yang salah dan batil dapat dijauhi bersama.
Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN , Bab ke-4 , Fasal 30 , Perkara 1 yang berbunyi :

“ Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan”

“Patah tumbuh, hilang berganti”

Selari  dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN  (AJKT) sesi 2021/2022 maka, pada mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah telah bersetuju melantik seramai 3 orang Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan.
Berikut adalah  senarai nama Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Kaherah 2021/2022–

Ahli Lembaga Penasihat Siswa

NamaNo. Tel
1. Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni+20 1286432782

Ahli Lembaga Penasihat Siswi

NamaNo. Tel.
1. Aida Ilyana binti Mohamad Zuki+20 111 9766382
2. Engku Fatim Azzahra’ binti Syed Norza’im+20 1555196093

‎انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

‘Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.’ (at-Taubah:41)

‘Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan secara itqan dan bersungguh-sungguh.’ (HR Bukhari)

Semoga dengan perlantikan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan  sesi 2021/2022  dapat membantu Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN dalam menjalankan gerak kerja dengan lebih  lancar  dan  lebih bersemangat  mengemudi bahtera PERUBATAN dalam mencapai redha Allah. Justeru itu kerjasama yang jitu daripada seluruh ahli amatlah diharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya.

Berlayarlah PERUBATAN. Kita bekerja dengan PERUBATAN , kita bekerja untuk Islam.

Wallahu a’lam,

Siiru ala barakatillah.


MUHAMMAD FAIQ BIN MOHAMAD SARONI,
Pengerusi,  PERUBATAN Cawangan Kaherah 2021/2022.