بسم الله الرحمن الرحیم

السلام علیكم ورحمة الله وبركاتھ

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ إِنِّی جَاعِلࣱ فِی ٱلۡأَرۡضِ خَلِیفَةࣰۖ قَالُوۤا۟ أَتَجۡعَلُ فِیهَا مَن یُفۡسِدُ فِیهَا وَیَسۡفِكُ ٱلدِّمَاۤءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّیۤ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
[Surah al-Baqarah, 30]


Tidaklah Allah mentaklifkan seseorang melainkan atas kemampuan dirinya. Mudah-mudahan peluang yang diperolehi ini menjadi ladang kebajikan untuk bekalan hari akhirat dan menjadi nilai tambah sebagai pengamal sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.


Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah pun bermesyuarat dan memutuskan senarai nama bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah (AJKT PCK) bagi sesi 2021/2022.


PENGERUSI :
Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni
Tahun 6


TIMBALAN PENGERUSI :
Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid
Tahun 6


AJKT SISWA :
Mohd Syahril bin Aripuddin
Tahun 6


AJKT SISWI :
Nurul Syahirah binti Aziz
Tahun 5

Semoga keputusan yang diambil sentiasa mendapat keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

Wallahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhammad Faris bin Ahmad Fath, Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC), PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.