بسم الله الرحمن الرحیم

السلام علیكم ورحمة الله وبركاته

وَهُوَ ٱلَّذِی جَعَلَكُمۡ خَلَـٰۤىِٕفَ ٱلۡأَرۡضِ وَرَفَعَ بَعۡضَكُمۡ فَوۡقَ بَعۡضࣲ دَرَجَـٰتࣲ لِّیَبۡلُوَكُمۡ فِی مَاۤ ءَاتَىٰكُمۡۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِیعُ ٱلۡعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورࣱ رَّحِیمُۢ

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-An’am: 165)

 فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِی ٱلۡأَمۡرِۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِینَ

Dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakalah kepadaNya.

(Surah Ali Imran: 159)

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Kaherah telah pun bermesyuarat dan memutuskan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2021/2022.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT:

AJKT IKHWAH:

Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni, Tahun 6

AJKT AKHAWAT :


Nurul Syahirah binti Aziz, Tahun 5

Bagi nama calon Pengerusi dan Timbalan Pengerusi akan diumumkan pada hari pengumuman senarai akhir nama-nama AJKT.

Sejajar dengan pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini sehingga 3/1/2021. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada kepada Pengerusi  MMPC, Muhammad Faris bin Ahmad Fath dan Timbalan Pengerusi MMPC, Aida Ilyana binti  Mohamad Zuki . Pengumuman nama-nama AJKT akan dihebahkan sehari selepas tempoh  bantahan ditutup.

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhammad Faris bin Ahmad Fath,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.