بسم الله الرحمن الرحیم

السلام علیكم ورحمة الله وبركاتھ

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya dihidupkan kita pada hari ini dengan pelbagai nikmat untuk disyukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan Baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286:

لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَیۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ إِن نَّسِینَاۤ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَیۡنَاۤ إِصۡرࣰا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَاۤۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakan. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, janganlah  Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Bulan Disember telahpun menjelang, seiring dengan MMPP peringkat PERUBATAN dan MMPC di peringkat PERUBATAN Cawangan Kaherah. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah pimpinan PERUBATAN Cawangan Kaherah yang akan datang.

Berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan  2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Berkat syura yang telah dilaksanakan, sukacita diumumkan bahawa 1 orang AJKT kekal lelaki dan 1 orang AJKT kekal wanita PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2021/2022  adalah seperti berikut:

1.Mohd Syahril bin Aripuddin

(Tahun 6)

2.Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid

(Tahun 6)

Semoga AJKT yang telah dipilih diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK  memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang.

Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ‘ala barakatillah.

“Kita Keluarga PCK”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.