KENYATAAN RASMI PEMANGKUAN AJKT TAHUN 6
بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang berkuasa atas segala penciptaan yang ada di langit dan di bumi.
Seperti yang kita maklum, satu posisi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah dianggotai oleh pelajar tahun 6 akhir. Dengan berlalunya masa, mereka bakal menduduki peperiksaan tahun akhir tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, jawatan mereka bakal dipangku bermula 12 Oktober 2020 sehingga tamat peperiksaan tahun akhir.
Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut:
Portfolio | Nama AJKT | Pemangku |
---|---|---|
Ketua Biro Pembangunan Insan, Biro Penerbitan dan Penerangan, Biro Kebajikan | Mohd Hakimi bin Mohd Budi | Muhammad Faiq bin Mohamed Saroni |
Di kesempatan ini, PCK juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan tahun akhir kepada semua pelajar tahun 6 Universiti Kaherah. Semoga kalian beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
“Kita Keluarga PCK”
“At-Taqwa As-Syifa Ar-Rahmah”
Muhammad Faiq bin Mohamed Saroni
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.
komen membina peribadi mulia