بسم الله الرحمن الرحيم

Garis panduan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan:

1. Pelajar dikehendaki untuk berada di universiti sekurang-kurangnya sejam sebelum peperiksaan bermula.

2. Pelajar dikehendaki untuk membawa kad pengenalan pelajar “kernih”.

3. Pelajar dikehendaki untuk memakai pelitup muka sepanjang masa.

4. Pelajar perlu masuk ke universiti melalui pintu utama.

5. Setiap pelajar perlu patuh dengan segala arahan dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak universiti.

6. Pelajar tidak perlu berasak-asak ketika memasuki dewan peperiksaan.

7. Sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

8. Pastikan sentiasa berada pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter di antara pelajar.

9. Elakkan daripada berjabat tangan sesama pelajar.

10. Elakkan daripada menyentuh bahagian muka.

11. Sentiasa menjaga kebersihan dengan membasuh tangan atau menggunakan sanitasi tangan.

12. Elakkan daripada membentuk kumpulan pelajar yang sesak.

13. Pelajar tidak dibenarkan untuk masuk ke dewan peperiksaan setelah peperiksaan bermula.

14. Pelajar perlu membawa alat tulis masing-masing.

15. Dilarang untuk berkongsi barang-barang peribadi dengan pelajar yang lain.

16. Bawa air masak atau jus masing-masing daripada rumah.

17. Dibenarkan untuk menamatkan peperiksaan lebih awal jika sudah siap menjawab peperiksaan.

18. Setelah selesai peperiksaan pelajar dikehendaki untuk terus pulang ke rumah.

 

Siiru ‘ala barakatillah.

“Achieve The Highest, Improve Others”

“Kita Keluarga PCK”

Mohd Syahril bin Aripuddin,

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.