بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tarikh 8 Julai 2020, pihak Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Kaherah telah mengadakan perjumpaan bersama Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah bagi membincangkan isu berkaitan hal ehwal pelajar.

Berikut merupakan isi kandungan perbincangan tersebut ;

1. Tarikh ujian terkini Fakulti Perubatan Universiti Kaherah bagi tahun 4 dan tahun 5:

• Ujian bertulis akan dijalankan di dalam dewan peperiksaan bermula dari pertengahan bulan Julai sehingga penghujung bulan Ogos dengan mengaplikasikan Standard Operating Procedure kesihatan secara maksima yang telah disediakan oleh pihak universiti.
• Keputusan ujian akan dikeluarkan seawal 2 minggu selepas selesai semua ujian.

2. Untuk pelajar yang masih berada di Malaysia:

• Mereka akan mengambil ujian ulangan (dur thani) tanpa menjejaskan keputusan ujian mereka.
• Ujian ulangan (dur thani) dijangka akan bermula pada penghujung bulan September atau pada awal bulan Oktober.
• Akan tetapi, dukacita dimaklumkan, setelah mendapat kepastian semula daripada Timbalan Dekan Universiti, pelajar-pelajar ini tidak akan mendapat peluang kedua jika mereka gagal pada ujian ulangan (dur thani) ini dan mereka terpaksa mengulang tahun.

3. Tarikh sesi baharu akan bermula:

• Pihak Universiti menganggarkan sesi baharu akan bermula pada pertengahan bulan Oktober dan akan menggunakan sistem baharu yang akan diumumkan kelak.

4. Status kelas klinikal bagi pelajar tahun 6:

• Pelajar-pelajar tahun 6 sedang mengikuti kelas atas talian seperti dimaklumkan sebelum ini.
• Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Kami daripada Biro Akademik menyarankan agar semua ahli mempertingkatkan masa mengulangkaji mata pelajaran dan memperbanyakkan bermunajat supaya dipermudahkan urusan oleh Allah swt.

Di samping itu, ahli dinasihatkan supaya sentiasa merujuk Biro Akademik jika ada sebarang masalah yang dihadapi.

Sekian terima kasih, Siiru Ala Barakatillah.

Mohd Syahril bin Aripuddin,

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.