بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tarikh 31 Mei 2020, pihak Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Kaherah telah mengadakan perjumpaan bersama Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah bagi membincangkan isu berkaitan hal ehwal pelajar.

Berikut merupakan isi kandungan perbincangan tersebut:

1. Berapa lamakah tempoh ‘study leave’ bagi pelajar tahun 4,5 dan 6?

  • Bagi tahun 4 dan 5, mereka akan memulakan kelas online pada awal bulan Julai sehingga pertengahan bulan Julai dan peperiksaan bertulis akan bermula pada awal bulan Ogos.
  • Bagi pelajar tahun 6, kelas akan berjalan selama 2 bulan bermula dari awal bulan Julai sehingga akhir bulan September. Tempoh ‘study leave’ adalah selama dua bulan sebaik sahaja kelas berakhir.
  • Bagi pelajar tahun 6, mereka perlu menghadiri kelas di universiti bukannya kelas secara atas talian seperti tahun 4 dan 5. Perkara ini masih lagi dalam perbincangan pihak universiti.
  • Bagi pelajar tahun 4 dan 5, tiada ujian lisan dan ujian yang melibatkan perjumpaan dengan pesakit. Akan tetapi ujian tersebut akan digantikan dengan ‘OSCE’ dan ‘oral sheet’.Manakala tahun 6, masih belum ada ketetapan lagi berkaitan dengan sistem peperiksaan daripada pihak universiti.

2. Adakah pelajar prakinikal yang mengulang perlu melakukan ‘research’ bukannya ujian bertulis?

  • Ya. Pelajar akan dinilai melalui ‘research’ dan penilaian gred adalah secara lulus atau gagal sahaja bagi membolehkan mereka naik tahun.
  • Bagi ujian praktikal untuk pelajar praklinikal, ujian praktikal akan dimulakan pada awal sesi pengajian akan datang bukannya pada sesi pengajian semasa.
  • Pelajar dibenarkan untuk menangguhkan ujian praktikal sehingga tahun 6.

Akhir sekali, kami daripada pihak Biro Akademik menyarankan agar semua ahli cakna bahawa keputusan yang dibuat setakat ini adalah daripada pihak universiti sendiri, akan tetapi sekiranya terdapat perubahan, pihak Biro Akademik akan segera berhubung dengan pihak Universiti.

Selain itu, perlu diberi perhatian bahawa maklumat ini telah dikemaskini pada tarikh 31 Mei 2020, sebarang perubahan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak universiti.

Seterusnya, semua ahli digalakkan untuk sentiasa mengulangkaji mata pelajaran dan memperbanyakkan bermunajat supaya dipermudahkan urusan oleh Allah swt.

Di samping itu, ahli dinasihatkan supaya sentiasa merujuk Biro Akademik jika ada sebarang masalah yang dihadapi.

Sekian terima kasih, Siiru Ala Barakatillah.

 

Mohd Syahril bin Aripuddin,

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.