بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Format ujian Fakulti Perubatan Universiti Kaherah:

1.1 Bagi pelajar praklinikal (tahun 2 dan 3):

  • Ujian bertulis dan ujian amali tidak akan dijalankan, mereka hanya akan dinilai melalui sistem kajian (research).
  • Tiada markah akan diberikan, keputusan hanyalah lulus atau tidak sahaja.
  • Bagi pelajar mengulang, mereka bukan dinilai melalui sistem kajian (research), tetapi mereka akan menjalani ujian bertulis seperti pelajar klinikal.
  • Hal ini adalah keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Mesir.
  • Ujian amali juga perlu diambil sama ada sebelum atau selepas ujian bertulis.
  • Walau bagaimanapun, untuk ujian lisan masih belum diputuskan.
  • Tarikh ujian tersebut akan dimaklumkan kemudian bergantung kepada keadaan semasa dan keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Mesir dan Kementerian Pendidikan Mesir.

 

1.2 Bagi pelajar klinikal (tahun 4, 5 dan 6):

  • Ujian akan dijalankan dalam bentuk ujian bertulis dan ujian amali.
  • Tetapi tarikh belum dapat diputuskan disebabkan keadaan semasa di Mesir.
  • Tarikh akan dimaklumkan kemudian bersama dengan tarikh ujian pelajar pra klinikal yang mengulang.

 

2. Pendapat pihak universiti tentang relevansi pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air:

  • Pihak universiti tidak dapat memberi jawapan yang pasti kerana tarikh sesi pengajian akan bermula semula dan tarikh ujian masih tidak dapat diketahui sehingga sekarang.

 

3. Sekiranya tarikh ujian sudah diputuskan, untuk pelajar yang sudah pulang ke Malaysia:

  • Pihak Universiti akan memaklumkan tentang tarikh ujian seawal satu bulan sebelum ujian.
  • Jika ada pelajar yang menghadapi masalah untuk pulang ke Mesir dalam masa yang ditetapkan, pelajar harus memaklumkan kepada Biro Akademik untuk kami berurusan dengan Timbalan Dekan fakulti untuk mendapat kelulusan pengecualian bagi pelajar berkenaan.
  • Setelah mendapat kelulusan, pelajar tersebut akan menduduki ujian ulangan (dur thani). Jika tidak lulus, pelajar masih akan diberikan peluang kedua.

 

4. Anggaran tempoh kuarantin akan tamat:

  • Masih tidak boleh dijangka, ianya bergantung kepada keadaan semasa dan keputusan daripada kementerian di Mesir.

 

5. Saranan daripada Biro Akademik:

  • Sentiasa konsisten mengulangkaji mata pelajaran untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku mengenai tarikh ujian terkini walaupun ketika berada di Malaysia dan bersama keluarga.
  • Jangan terlalu leka menghabiskan cuti dengan perkara yang kurang berfaedah.
  • Sentiasa merujuk Biro Akademik jika ada sebarang masalah yg dihadapi.

Siiru ‘ala barakatillah.

“Achieve The Highest, Improve Others”

“Kita Keluarga PCK”

Mohd Syahril bin Aripuddin,

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020/2021.