بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(1) Status pengajian semasa :

– Pengajian masih diteruskan, ahli dikehendaki untuk mengulangkaji pelajaran sendiri di rumah dan menghabiskan subjek yang berbaki.
– Medium penyampaian boleh didapati melalui laman web rasmi e-learning Universiti Kaherah.

(2) Format dan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2019/2020 : Setelah berhubung dengan wakil pihak Universiti, Dr. Heba berkata,
– Kenyataan yang dikeluarkan dari pihak universiti berkenaan pembatalan ujian bertulis dan lisan setakat ini hanya dijalankan bagi fakulti selain dari Fakulti Perubatan.
– Bagi Fakulti Perubatan, pihak universiti belum lagi mengeluarkan apa-apa keputusan tentang format & tarikh ujian.
– Menurut Dr. Heba, kemungkinan keputusan rasmi daripada Universiti Kaherah mangenai format ujian akan diumumkan pada minggu hadapan.
– Sebarang maklumat terbaru berkenaan ini, Dr. Heba akan menghubungi Biro Akademik dengan segera.

(3) Saranan daripada biro akademik :
– Jangan terlampau panik dalam membuat keputusan tentang keinginan pulang ke Malaysia
– Manfaatkan sebaik-baiknya waktu cuti dengan mengulangkaji matapelajaran untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku mengenai tarikh peperiksaan semasa
– Jangan terlalu leka menghabiskan cuti dengan perkara yang kurang berfaedah.
– Aktiviti sesama ahli rumah seperti budaya saling membantu dan menegur dalam pelajaran serta ‘study group’ adalah sangat digalakkan kepada semua ahli.
– Sentiasa merujuk ke laman Facebook rasmi Universiti Kaherah ‘ اتحاد طلاب قصر العيني’ untuk maklumat terkini tentang status pengajian Universiti Kaherah
– Sentiasa log masuk ke aplikasi ‘Google Classroom’ untuk memuat turun bahan pembelajaran & memudahkan pembelajaran secara dalam talian
– Sentiasa merujuk Biro Akademik jika ada sebarang masalah yg dihadapi

Langkah langkah menggunakan aplikasi ‘Google Classroom’ :
1. Muat turun aplikasi ‘Google Classroom’ menggunakan Apple Store atau Play Store di telefon anda.
2. Log masuk menggunakan email yg tertera pada kerneh masing-masing.
3. Kata laluan adalah nombor giliran peperiksaan masing-masing.
4. Setelah berjaya log masuk, tekan pada butang ‘+’ pada bahagian bawah kanan skrin, anda diminta untuk masukkan kod kelas yang boleh didapati daripada group Facebook atau Whatsapp batch masing-masing.

 

 

Mohd Syahril bin Aripuddin,

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2020, 2021.