بسم الله الرحمن الرحيم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT,
“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi golongan-golongan yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran: Ayat 159)

“Dan juga (bagi) orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Surah asy-Syura: Ayat 38)

[Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) : Mesyuarat Tahunan Cawangan]
Notis:
Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) 2019/2020 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ketujuh seperti berikut:

Tarikh : 14 Februari 2020
Hari : Jumaat

Mesyuarat Tahunan Cawangan menandakan berakhirnya sesi PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020 dan juga merupakan acara yang diperuntukkan dalam perlembagan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

• Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
• Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membahas dan meluluskan usul.
• Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
• Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)
• Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Pendaftaran kini dibuka buat seluruh ahli untuk menjadi sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC). Pendaftaran akan dibuat melalui talian WhatsApp.

Pendaftaran dibuka dari 22 JANUARI 2020 sehingga 10 FEBRUARI 2020.

Moga Allah SWT meribat hati-hati kita dalam ketaatan dan ikatan ukhuwah yang terbentuk
lebih utuh dari berlian.

Negeri kecilku moga kekal malar, jika bukan di buana, biar sahaja abadi di kalbu.

Berikut adalah lampiran surat jemputan ke MTC kali ketujuh:

Siiru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Muhammad Faris bin Ahmad Fath,
Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020.

 

Aida Ilyana binti Mohamad Zuki,
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020