Senarai Nama Akhir AJKT 2020/2021
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
[Surah al-Baqarah, 30]
Tidaklah Allah mentaklifkan seseorang melainkan atas kemampuan dirinya. Mudah-mudahan peluang yang diperolehi ini menjadi ladang kebajikan untuk bekalan hari akhirat dan menjadi nilai tambah sebagai pengamal sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.
Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah pun bermesyuarat dan memutuskan senarai nama bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah (AJKT PCK) bagi Sesi 2020/2021.
PENGERUSI
Muhammad Faiq bin Mohamad Saroni | Tahun 5
|
TIMBALAN PENGERUSI
Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid | Tahun 5 |
AJKT SISWA :
Mohd Shahril bin Aripuddin | Tahun 5 |
Muhamad Hakimi bin Mohd Budi | Tahun 6 |
AJKT SISWI :
Nurul Syahirah binti Aziz | Tahun 4 |
Nur Huda Hanisah binti Abdul Mutalib | Tahun 5 |
Semoga keputusan yang diambil sentiasa mendapat keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.
Wallahu ta’ala a’lam.
Sekian, terima kasih.
“Kita Keluarga PCK”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
Muhamad Aiman bin Adnain,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2019/2020.
komen membina peribadi mulia