Dengan nama Tuhan yang menciptakan nikmat ijad dan imdad , hidup di dunia menjadi satu kurniaan dengan tambahan melihat, mendengar, berbicara, merasa dengan lidah mahupun bergerak dengan tubuh sebagai bukti berfungsinya jasad. Semuanya patut disyukuri tanpa ada segelintir perasaan kufur. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda terangkat sifat mahmudah dan tertolaknya sifat mazmumah. Sabda baginda, “sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Memetik surah Ali Imran ayat 159:

“Maka, berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa”.

Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat di atas: “Syura terjadi kerana perbezaan pendapat. Maka seseorang yang bermusyawarah hendaknya melihat perbezaan tersebut kemudian melihat kepada pendapat yang paling dekat dengan al-Quran dan as-Sunnah jika ia mampu. Lalu jika Allah membimbingnya kepada apa yang Allah kehendaki, maka hendaknya ia berazam untuk kemudian melakukannya dengan bertawakal kepada Allah. Dimana inilah penghujung dari ijtihad yang diminta dan dengan inilah Allah perintahkan nabi-Nya dalam ayat ini”.
Penekanan ke atas perlaksanaan perbincangan atau musyawarah adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana perbuatan ini adalah apa yang dilaksanakan para rasul, khulafa’ ar-Rasyidin, para ulama dan juga hamba-hamba Allah yang soleh yang terkenal di dalam sejarah perkembangan Islam seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Sesungguhnya, Rasulullah itu uswah yang paling baik bagi umat manusia.

Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang pandai adalah orang yang mengintrospeksi dirinya dan beramal untuk setelah kematian, sedang orang yang lemah adalah orang yang jiwanya selalu tunduk pada nafsunya dan mengharap pada Allah dengan berbagai angan-angan”.  (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Hadis di atas menekankan kepentingan introspeksi diri dalam apa jua perkara. Setiap kali iman bergoncang tatkala melakukan dosa, cepat-cepat kembali kepada tuhan dengan bertaubat dan melakukan kebaikan. Muhasabah diri atau sesebuah organisasi adalah langkah yang baik dalam membentuk masyarakat yang saling memperingati antara satu sama lain.

Tidak terbina sesebuah negara dan tamadun yang agung dengan sifat kuku besi dan kepala batu pemerintah, bahkan hancur.

Dengan itu, Jabatan Setiausaha (JSU) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) sesi 2018/2019, dengan ini menjemput ahli PCK menjadi perwakilan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali keenam dalam membawa suara-suara ahli, mahupun menjadi pemerhati.

Moga Allah SWT meribat hati-hati kita dalam ketaatan dan ikatan ukhuwah yang terbentuk lebih utuh dari berlian.
Berikut adalah lampiran surat jemputan ke MTC kali keenam:
Pautan: http://bit.ly/2DtKuY2

Di samping itu, dijemput semua ahli untuk mendaftar kehadiran ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) pada pautan berikut:

Pautan: https://bit.ly/2FOmNeP

“Kita Keluarga PCK”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”


Rais Farhan bin Rashdan,
Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.


Nur Huda Hanisah binti Abdul Mutalib,
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.