بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.

Setelah hampir dua bulan lebih kita melaksanakan program dan aktiviti selepas cuti musim panas yang lalu, kini tibalah masanya untuk kita berhenti seketika bagi memberi laluan kepada ahli untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan pemakluman organisasi batch yang baharu

  1. Penangguhan Program

Seperti yang kita maklum, pada bulan Januari ini fatrah peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar pra-klinikal bakal bermula. Sudah pastinya pelajar-pelajar pra-klinikal Universiti Kaherah memerlukan satu tempoh masa untuk menumpukan segala usaha dan tenaga dalam menelaah pelajaran. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli dengan memberhentikan (tawaqquf) program dan aktiviti persatuan khusus untuk pelajar pra-klinikal sahaja bermula 15 Disember 2018 sehingga berakhirnya peperiksaan.

Namun, terdapat beberapa bentuk program yang tidak akan diberhentikan berikutan kesesuaian program dengan keperluan ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya ialah

  • Exam Fever Campaign (EFC)
  • Smart Circle yang tidak berfokus kepada silibus

 

Manakala bagi pelajar-pelajar klinikal pula, program dan aktiviti akan dijalankan seperti biasa. Kelas-kelas Raudhah dan program-program kecil akan diteruskan seperti yang ada di dalam perancangan PERUBATAN.

 

 

 

Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada semua ahli agar mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya. Marilah kita bersama-sama menjadikan peperiksaan ini sebagai medan dalam mencari keberkatan Allah SWT serta mencapai kecemerlangan ke arah menjadi pengamal perubatan yang kompeten dalam segenap aspek.

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

Maksud: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah al-Mujadalah: 11)

2. Organisasi Batch Sesi 2018/2019

Rasulullah S.A.W bersabda,

Masing-masing kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang amir yang memimpin masyarakat adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban kepimpinannya atas mereka.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Berikut merupakan Organisasi Batch sesi 2018/2019.

Tahun 3

MUHAMMAD NOOR DANIAL BIN MOHAMED YAHYA

NIK NURIN NADIAH BINTI NIK AHMAD FARHAN

Tahun 4

WAN MUAMMAR SAFUAN BIN WAN AZMI

LIYANA SYAHIRAH BINTI RAZALI

Tahun 5

MOHD HAKIMI BIN MOHD BUDI

Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua barisan pimpinan Organisasi Batch sesi 2018/2019. Semoga Allah bantu sepanjang menjalankan tanggungjawab dan memudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat.

Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pimpinan Organisasi Batch sesi 2017/2018 yang menjadi tulang belakang PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK), atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu gerak kerja batch mahupun PCK.

 

Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua ahli PCK. Pasakkan tekad untuk berjaya, teruskan usaha selagi masih diberikan peluang. Jangan berputus-asa mencari rahmat Allah, Dia bersama hamba-Nya yang tekun berusaha.

Seeru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Naib Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.