بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”

Bulan Disember bakal menjelang, seiring kemunculan pilihan raya di peringkat PERUBATAN dan MMPC di peringkat PERUBATAN Cawangan Kaherah. Maka, sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan PCK yang akan datang.

Berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Berkat syura yang telah dijalankan, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2019/2020 adalah seperti berikut:

Ahmad Luqmanul Hakim bin Shamsuddin

(Tahun 3)

Muhammad Faiq bin Saroni

(Tahun 4)

 

Aida Ilyana binti Mohd Zuki

(Tahun 4)

Nurul Syahirah binti Aziz

(Tahun 3)

 

Semoga AJKT yang telah dipilih diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang yang akan dipilih di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ‘ala barakatillah.

“Kita Keluarga PCK”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Muhammad Faris Bin Ahmad Fath,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.