بسم الله الرحمان الرحيم

 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang berkuasa atas segala penciptaan yang ada di langit dan di bumi.

 

Seperti yang kita maklum, beberapa posisi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah dianggotai oleh pelajar tahun 6 akhir. Dengan berlalunya masa, mereka bakal menduduki peperiksaan tahun akhir tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, jawatan mereka bakal dipangku bermula 13 Ogos 2018 sehingga tamat peperiksaan tahun akhir.

 

Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut:

 

 

Portfolio Nama AJKT Pemangku
Naib Pengerusi I , Biro Sukan dan Aktiviti luar Husaini bin Abdul Malik Muhammad Faiq bin Saroni
Ketua Jabatan Bendahari , Biro Ekonomi

 

Izham bin Rossli Muhammad Faris bin Ahmad Fath
Timbalan Ketua Jabatan Bendahari , Biro Ekonomi

 

Nor Shahida binti Mohamed Raduan Nurul Syahirah binti Aziz
Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan Hidayatul Naadiah binti Zulkifli Aida Ilyana binti Mohamad Zuki

 

Di kesempatan ini, PCK juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan tahun akhir kepada semua pelajar tahun 6 Universiti Kaherah. Semoga kalian beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

 

“Kita Keluarga PCK”

“At-Taqwa As-Syifa Ar-Rahmah”

Muhammad Faris bin Ahmad Fath

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019