بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pendahuluan

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (2:261

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

 

Sejajar dengan kenaikan tampuk pimpinan yang baharu, PERUBATAN Cawangan Kaherah di bawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN bagi sesi 2018/2019.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1;

 

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.

 

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

 

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Kaherah akan bermula pada 28/4/2018 dan berakhir ketika hari pengundian Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing atau melalui Jabatan Bendahari secara langsung. Setiap bayaran yang dibuat akan disertakan resit sebagai bukti.

 

Kerjasama daripada ahli didahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Kaherah yang tercinta, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

 

Siiru Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

 

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

 

“Kita Keluarga PCK”

presetIzham

Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.

presetIda

Timbalan Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019.