بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah, tuhan sekalian alam, yang kerajaanNya meliputi apa yang ada di langit dan di bumi. Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan Kaherah (PCK) akan pulang ke Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab mereka di tanah air tercinta.

 

لاَّ يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُوْنِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّهِ فِي شَيْءٍ إِلاَّ أَن تَتَّقُواْ مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللّهِ الْمَصِيرُ

“Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya, dan hanya kepada Allah tempat kembali.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“ Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Justeru, pemangkuan jawatan adalah diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan berkaitan. Pemangkuan ini akan bermula dari 1 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018. Sebarang urusan berkaitan portfolio boleh hubungi pemangku yang telah dilantik.

 

Portfolio Nama AJKT Pemangku
Naib Pengerusi HUSAINI BIN AB MALIK MUHAMMAD FAIQ BIN MOHAMAD SARONI
Timbalan Jabatan Bendahari dan Biro Ekonomi (BKON) NOR SHAHIDA BINTI MOHAMED RADUAN NURUL SYAHIRAH BINTI AZIZ

 

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

presetFaris

Muhammad Faris bin Ahmad Fath

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2018/2019