PERUBATAN-SMALL-Color-
سم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  1. Segala puji hanyalah milik pencipta yang satu, Allah SWT atas nikmat Islam dan iman. Selawat dan salam ke atas kekasih Allah yang agung, Nabi Muhammad SAW.
  2. Berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28 Perkara 1 Ceraian (c):

“ Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.”

  1. Berikut merupakan penetapan portfolio jabatan dan biro Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah:
PORTFOLIO NAMA FACEBOOK
PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD FATH Muhammad Faris
AIDA ILYANA BINTI MOHAMAD ZUKI Aida Ilyana
NAIB PENGERUSI

 

BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR

HUSAINI BIN ABDUL MALIK Husaini Abdul Malik
NUR ‘AIN SYAHIRAH BINTI MOHD YAZID Syerah Yazid
JABATAN SETIAUSAHA

 

BIRO PENERBITAN & PENERANGAN (BPP)

RAIS FARHAN BIN RASHDAN Rais Farhan
NUR HUDA HANISAH BINTI ABDUL MUTALIB Huda Hanisah
JABATAN BENDAHARI

BIRO EKONOMI

IZHAM BIN ROSSLI Izham Rossli
NOR SHAHIDA BINTI MOHD RADUAN Nor Shahida
BIRO AKADEMIK MOHD IZZAT BIN IBRAHIM Izzat Ibrahim
NURUL SYAHIRAH BINTI AZIZ Nurul Syahirah
BIRO PEMBANGUNAN INSAN MUHAMMAD FAIQ BIN MOHAMAD SARONI Faiq Saroni
HIDAYATUL NAADIAH BINTI ZULKIFLI Naadiah Zulkifli
BIRO PERUMAHAN

 

BIRO KEBAJIKAN

AHMAD LUQMANUL HAKIM BIN SHAMSUDDIN Luqmanul Hakim
FAIQAH BINTI SUDIN Faiqah Sudin

 

  1. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pimpinan sesi 2017/2018 yang dinakhodai oleh saudara Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin dan saudari Najihah binti Janudin atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam mengemudi PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) dengan jayanya.
  2. Untuk makluman semua, Markas PERUBATAN Abou Rish yang selama ini menjadi pusat perkumpulan dan kegiatan ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah terpaksa berpindah dalam masa terdekat atas beberapa faktor. Faktor utama yang mendorong kepada perkara ini ialah harga sewa markas yang tinggi mencecah LE2500 setiap bulan serta tidak sesuai dengan kuantiti ahli yang semakin mengecil.

Setelah empat bulan proses pencarian markas baru ini, alhamdulillah dengan izin-Nya kita telah menemui sebuah penempatan yang sesuai untuk dijadikan markas baharu. Beberapa siri perbincangan sesama ahli jawatankuasa tertinggi (AJKT) PCK 2017/2018 juga telah dilakukan dan kata sepakat telah dicapai bersama. Antaranya:

1) Lokasi markas baharu ialah di Rumah Tingkat 3,Imarah 17,Syarie Mawardi,Mounira. (Lorong Pizza Nur Islam)

2) Tarikh perpindahan ialah pada 24 Februari 2018  bersamaan hari Sabtu. Manakala tarikh pembekuan markas bermula pada 22 Februari sehingga 3 Mac 2018.

Kami menyeru semua warga PCK supaya turun bersama-sama membantu memudahkan proses perpindahan markas pada kali ini. Segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga bantuan dan kerjasama yang telah diberikan, dinilai dengan ganjaran yang cukup besar di sisi Allah SWT.

Sebarang persoalan, penerangan dan informasi, boleh merujuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah melalui talian berikut:

Pengerusi: MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD FATH (+2 01128833634)

Timbalan Pengerusi: AIDA ILYANA BINTI MOHAMAD ZUKI (+60 19-547 3398)

 

Wallahu a’lam

Siiru ‘Ala Barakatillah.

“Kita Keluarga PCK”
AFARIS
Muhammad Faris bin Ahmad Fath,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2018/2019.
Aida
Aida Ilyana binti Mohamad Zuki,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2018/2019.