PERUBATAN-SMALL-Color- 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

  1. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.

Menjadi sunnatullah bagi alam ini memerlukan kuasa yang agung mentadbirnya. Jadi untuk menguruskan urusan hidup insani, Allah memberi mandat dan amanah tersebut kepada manusia untuk memikulnya. Justeru bagi lokaliti kita di Sayeda Zainab, urusan tadbir diamanahkan kepada para pimpinan PERUBATAN Cawangan Kaherah. Maka sebagai ahli, taat dan saling membantu itu sangat dituntut selagimana tidak bercanggah dengan syariat.

Tidaklah Allah mentaklifkan seseorang melainkan atas kemampuan dirinya. Mudah-mudahan peluang yang diperolehi ini menjadi ladang kebajikan untuk bekalan hari akhirat dan menjadi nilai tambah sebagai pengamal sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

 

Berikut merupakan senarai nama pimpinan PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 18/19.

PENGERUSI DAN AJKT IKHWAH :

PENGERUSI : . Muhammad Faris bin Ahmad Fath

AJKT :

  1. Rais Farhan bin Rashdan
  2. Ahmad Luqmanul Hakim bin Shamsudin
  3. Muhammad Faiq bin Mohammad Saroni
  4. Izham bin Rossli
  5. Muhammad Izzat bin Ibrahim (AJKT KEKAL)
  6. Husaini bin Abdul Malik (AJKT KEKAL)

 

TIMBALAN PENGERUSI DAN AJKT AKHAWAT:

TIMBALAN PENGERUSI : Aida Ilyana binti Mohamad Zuki

AJKT :

  1. Nur ‘Ain Syahirah binti Mohd Yazid
  2. Nur Huda Hanisah binti Abdul Mutalib
  3. Nurul Syahirah binti Aziz
  4. Faiqah binti Sudin
  5. Hidayatul Naadiah binti Zulkifli (AJKT KEKAL)
  6. Nor Shahida binti Raduan (AJKT KEKAL)

Boleh ambil perhatian terhadap perubahan yang berlaku atas sebab-sebab tertentu. Diharapkan perubahan tersebut memberi maslahah yang lebih besar untuk pergerakan PCK akan datang.

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

 

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

image001

Mohd Zulkhairi bin Sahlani,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2017/2018