1.Logo PERUBATAN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang cuti musim sejuk yang akan datang, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan tiada di Mesir dalam tempoh yang tertentu. Oleh itu, kekosongan jawatan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir.

Merujuk Fasal 28, Perkara 3(b) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan kekosongan jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan senarai pemangku yang telah dipersetujui di peringkat AJKT.

Portfolio Nama AJKT Tarikh Pulang Ke Malaysia Tarikh Pulang Ke Mesir Pemangku
Pengerusi Muhammad Basheer bin Yahya 27 Januari 2017 6 Februari 2017 Wan Nusairi Bin Wan Mohd Nasruddin 
Ketua Jabatan Bendahari Muhamad Faisal Arief Bin Mohd Suhaimi  29 Januari 2017 4 Februari 2017 Shahrul ‘Arif Bin Shahrul Azhar
Ketua Biro Ekonomi (BIKON) Ahmad Syahid Bin Abu Sapian 30 Januari 2017 6 Februari 2017 Muhammad Faris Bin Ahmad Fath
Timbalan Biro Akademik (BCAD) Nur Aqeela Binti Mohd Tahir 2 Februari 2017 6 Februari 2017 Noor Asyireen Binti Ayub 
Timbalan Biro Ekonomi (BIKON) Nur Adilah Binti Soddri 1 Februari 2017 7 Februari 2017 Nurul Atikah Binti Mohd Rafi 
Timbalan Biro Perumahan (BHOME) Nur Huda Hanisah Binti Abdul Mutalib 1 Februari 2017 8 Februari 2017 Nur Hamizah Binti Ab Razak

Selamat bercuti kami ucapkan kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah. Manfaatkanlah masa anda sebaiknya dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.

Seeru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

basheer (2)
Muhammad Basheer bin Yahya,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.

asyireen (2)
Noor Asyireen binti Ayub,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.