Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dengan iman dan Islam. Seterusnya, selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.

Seperti yang kita sedia maklum, peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar praklinikal bakal bermula pada bulan Januari ini. Sudah pastinya pelajar-pelajar praklinikal Universiti Kaherah memerlukan satu tempoh masa untuk menumpukan segala usaha dan tenaga dalam menelaah pelajaran.

Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli dengan menangguhkan (tawaqquf)  program dan aktiviti persatuan khusus untuk pelajar praklinikal sahaja bermula daripada 30 Disember 2016 sehingga berakhirnya peperiksaan pertengahan tahun.

Namun, terdapat beberapa bentuk program yang tidak akan diberhentikan berikutan kesesuaian program dengan keperluan ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya ialah

  • Exam Fever Campaign (EFC)
  • Smart Circle yang tidak berfokus kepada silibus

Manakala bagi pelajar-perlajar klinikal pula, program dan aktiviti akan dijalankan seperti biasa. Kelas Raudhah dan program berskala kecil akan diteruskan seperti dalam perancangan PERUBATAN.

Kami mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada ahli untuk mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya. Marilah kita bersama-sama menjadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mencari keberkatan Allah SWT serta mencapai kecemerlangan ke arah menjadi pengamal perubatan yang kompeten dalam segenap aspek.

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

Ertinya: Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah al-Mujadalah : 11)

Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua ahli PCK. Pasakkan tekad untuk berjaya, teruskan usaha selagi masih diberikan peluang. Jangan berputus asa mencari rahmat Allah, Dia bersama hamba-Nya yang tekun berusaha.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

wannus
Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.

aween
Nur Syazwin binti Mohammad Shukri
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.