Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarga baginda.

Sejajar dengan pembukaan sesi pengajian yang baharu, PERUBATAN Cawangan Kaherah dibawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut; Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound. Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN.

Di sini, ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan(MTC) dan Mesyuarat Agung PERUBATAN(MAT).

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Kaherah akan diadakan dari 18/11/2016 sehingga 17/12/2016. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti.

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Kaherah yang tercinta.

Siiru A’la Barakatillah. Sekian,Terima Kasih.

“Pengurusan Kewangan Berkualiti,Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

pecal-dp
Muhamad Faisal Arief Bin Mohd Suhaimi,
Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.

atikah
Nurul Atikah Binti Mohd Rafi,
Timbalan Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.