Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.

Bulan Disember bakal menjelang, seiring kemunculan Pilihanraya PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016. Maka, sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan PCK yang akan datang.

Berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Berkat syura yang telah dijalankan, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2017/2018 adalah seperti berikut:

habib-dp

Muhammad Habibullah bin Isa
(Tahun 5)

ijat-dp

Muhammad Izzat Hafizi bin Zaaba
(Tahun 5)

hidayah

Nur Hidayah binti Zaharan
(Tahun 5)

huda

Nur Huda Hanisah binti Abdul Mutalib
(Tahun 3)

Semoga AJKT yang telah dipilih diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang. Ayuh bersama-sama kita memeriahkan Pilihanraya PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016. Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ‘ala barakatillah.

“Kita Keluarga PCK”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

basheer (2)
Muhammad Basheer bin Yahya,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.

asyireen (2)
Noor Asyireen binti Ayub,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.