Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarga baginda.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu diperhitung amalan kamu”.

Bagi menyahut seruan tersebut, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan mengadakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP) bagi sesi kali ini. MSP pada kali ini diadakan untuk membuat penilaian terhadap beberapa aspek seperti: Misi PERUBATAN, Pembawaan PCK, Kertas Kerja Dasar (KKD) Biro dan Unit Khas, muhasabah ahli dan kesinambungan daripada resolusi panel kajian khas pada sesi yang lepas.

Selain pimpinan, ahli juga akan dinilai dan diberi ruang untuk membuat penilaian terhadap gerak kerja melalui borang atas talian yang akan dibuka pada 6 Oktober 2016 sehingga 10 Oktober 2016. Kami juga akan membuka ruang kepada ahli untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil pimpinan dengan menyediakan satu slot khas MSP yang akan diadakan di penghujung kelas RAUDAH pada 18 Oktober 2016.

Nantikan juga artikel khas yang akan dikeluarkan oleh unit Research and Development (R&D) PCK berkaitan kepentingan sistem evaluasi dalam gerak kerja dan kehidupan seharian.

Akhir sekali, kami menyeru kepada semua ahli PCK untuk sama-sama kita menjayakan MSP pada kali ini. Semoga usaha ini dapat memacu PCK ke arah yang lebih baik untuk terus berkhidmat sebagai persatuan kebajikan di bumi Sayyeda Zainab ini.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

wannus

 

 

 

 

 

 

 

 
Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.

aween

 

 

 

 

 

 

 

 
Nur Syazwin binti Mohammad Shukri
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.